HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, December 14, 2011

Bukit Merah Laketown Resort

 Dah lame teringin nak beli , so adorable right??? Huahaha.
Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Alhamdulillah, sudah dua tahun adek beradek aku kumpul duit sama sama and melancong together. Duit perbelanjaan sekolah, separuh untuk belanja, separuh untuk simpanan sendiri and kite bajet bape sen kite nak kumpul satu hari untuk pergi melancong. Memey ar aku bukanlah datang dari keluarga yang senang lenang, cukup hujung tahun je, cakap je nak pergi sana sinun ,kiteowang just gerak je. Bukan begitu yer awak.

Inisiatif ini diambil sebab nak ringankan kos perbelanjaan pelancongan kiteowang satu keluarga. Oleh itu, aku sebagai anak sulung haruslah meringankan beban ibubapa. Hikhik. Lagipun, kiteowang yang nak pergi melancong setiap hujung tahun, kiteowang lah yang harus keluarkan duet. Mak bapak just bawak kiteowang ke tempat yang kiteowang nak pergi jee. Semua perbelanjaan ditanggung oleh ‘Duit Melancong’.

Bagi bloggers yang Alhamdulillah keluarga u olls hidup serba serbi dalam kesederhanaan and adek beradek pun semuanya masih dalam alam persekolahan lagi and rasa femly korang biasa biasa je macam me, better ikut plan niyh. Sebaiknya perancangan niyh dimulakan pada awal tahun persekolahan, sebagai contoh ada 4 orang adek beradek, suggest dalam satu hari simpan RM1 or 50sen jaa. Hanya dijalankan pada waktu persekolahan. Sabtu and Ahad kite tolak sebab hari itu mak tak bagi duet belanja. Cun tak?

Tanda lah setiap kali pembayaran tuh dalam buku 555. Lantiklah seorang bendahari dalam kalangan adek beradek korang. Ciri cirri bendahari tu plak mestilah muka tebal and ringan mulut mintak duet kat ade beradek yang laen. Selain itu, sediakan satu tabung khas untuk simpan duet melancong tuh. Tukang kutip and jaga duet mestilah amanah oke. Jangan seleweng duet orang laen pulak yer. InsyaAllah habis je cuti sekolah dalam tabung ada lebey kurang RM400 dalam tangan. Cukuplah kan, setakat melancong dalam negara memang cukup.

Dengan duet sebanyak tuh, 4 orang yang kumpul duet korang boleh belanja mak and bapak kotang sekali. Janganlah kedekut sangat okeh. Belajarlah dari sekarang macam mana kita nak eratkan hubungan kekeluargaan di musim cuti sekolah taw. Mandi kat theme park ke, kat Malaysia an banyakkk. Pilih destinasi dulu, then u olls bajet lah berapa jumlah korang nak kumpul keyh. That’s all thank you. Next year tak rancang lagi nak pergi mana because I am not a student anymore…in school.

Setakat dua tahun niyh da kumpul duet pergi Gambang and tadi pergi Bukit Merah. Kali niyh pergi Bukit Merah, satu keluarga besar belah my mak join cuti cuti Malaysia kecuali my tokwan, pakteh, pacek and paksu. Peace. Best gilak!

Musim cuti Eco Combo and Waterpark. [ Bukit Merah ]
Dewasa : RM29
Kanak kanak bawah 12 : RM25
Warga Emas : RM10

Between Gambang and Bukit Merah, Gambang lagi best and rasa macam berpatutan je kalau nak buang duet kat sana. Makanan pun sedap giler giler kat Gambang and berpatutan [ dulu la, tak taw sekarang lak] , tapi kat Bukit Merah memang mencekik arhh wa cakap lu.Sebagai contoh, nasi goreng, kuetiaw goreng and mee goreng RM4.50 and burger biasa RM5. Fuhhhh, mencekik darah tak namanye tuh? So, decide lah sendiri. Kuang3. Peace again. Next year tahun melawat Negeri Perak, yes Bukit Merah kat Perak, tapi takkan nak suggest korang yang tak best plak? The best part I have to tell you that, Mi Sanggul hanya terdapat kat Simpang Perak jaa. Sumpah kat tempat laen takde.

KBye!

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

2 comments:

amiey lee said...

Hmmm tahniahh dik....teruskan sifat mnyimpan mcm ni..insyaAllah satu hari nnti msti dpt smpai londonn

Izzati Amira said...

@amiey lee

thanks sys!