HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, December 12, 2011

Daki Bukit Larut

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Ketika entry niyh ditaip hendaklah kalian mengetahui bahawa tuan empunya sedang lenguh lenguh badan niyh. Huwaaaa~ Sumpah saket giler. Sebab? Marilah kalian meneruskan pembacaan pada perenggan seterusnya. Apa gua mengarut niyh? Oke, sorry if ayat tunggang terbalek. Sape cara ye dop?

Actually dah lama aku plan nak daki Bukit Larut with my frens Fatin and Hasni. Just three of us. Oke, I admit that memang aku semangat giler nak daki bukit larut semata-mata nak tengok bunga tulip. Aim aku dakit bukit tuh just nak tengok bunga tulip jaa. Memang dah takde bende laen. Faten cakap ada 100 lebey check point. Memang banyak lah kan. So maksudnya memang tinggi lah kan and panjang panjang panjang. Dari bawah sampai atas dalam 10 kilometer.

10 kilometer apa lah sangat kalau jalan dia straight mendatar jeaa. Masalahnya banyak curam and belok sana belok sini. Antara satu check point dengan check point yang laen memang susah and rasa lambat giler nak sampai. Sampai check point 30 lebey Fatin dah give up. Tinggal berdua aku and Hasni jaa. Its oke lah coz die dah pernah daki sampai atas. Aku and Hasni baru 1st time. So nak tak nak kene daki sampai habis coz kiteowang memang dah separuh perjalanan.

Dah sampai check point 50 tuh dah rasa oke sangat lah kan. Rasa bersyukur giler sebab dah separuh perjalanan. Then kebanyakan yang mendaki tu datangnya dari golongan cina. Kuat seyh even ada yang dah berumur. Hasni memang giler laju seyh. Fine she’s thin and I’m fat tambahan lagi metabolism die giler tinggi nak mampuss. Boleh dikatakan die sentiasa di hadapan aku lebey kurang 10 meter. Aku ketinggalan. Kehkeh.

Even rasa penat giler, tapi semangat aku still tinggi sebab aim aku tadi. Hasni always asked that if penat kiteowang turun. Tapi aku taknak, aku nak sampai atas nak tengok bunga tulip. Ada satu budaya yang aku kenalpasti bila daki bukit niyh, sesiapa je yang bertembung dengan kita and rasa ringan mulut, dorang akan say ‘Morning’ to us. So nice right? Banyak sangat kenangan yang menarik bile 1st time kiteowang daki bukit kali niyh because ramai yang ramah tegur kiteowang. Especially Hasni lah kan, kalau ada orang yang ringan mulut try borak ngan kiteowang, Hasni lah yang tolong ‘bla bla’ kan. Nak harapkan aku? Lambat lagi.

Nak nak orang yang aku tak bape nak kenal, tetibe je nak ramah. Mintak simpang weyhh. Mujur Hasni ada. Aku cakap pun sikit sikit. Bahaya okeh, da la dalam hutan. Sepanjang perjalanan tu yang paling ramah layan ada dua orang ustaz tahfiz and ade sorang guys biasa biasa je. Hasni lah yang rajen borak. Aku angguk je, penat. Lagi, aku bawak bekal jugak. Ye la, pagi tak sempat makan, bertolak dari rumah jam 7 lebey. Nampak je tempat persinggahan yang agak cool sikit kiteowang berhenti makan makan. Air botol yang kecik tu plak bile dah habis kiteowang tadah air bukit. Ngeh ngeh~ Masa tadah tu ada sorang uncle Tanya, aku cakap la boleh je coz owing pernah cakap air bukit boleh minum, tapi kalau ada ‘campuran’ air laen wallahualam tapi air bukit tuh sedap. Huahaha.

Nampak air terjun kecik or besar je aku berhenti untuk merasai kesegarannya!!! Huahaha. Lagipun penat seyhh. Hasni dah la laju giler, aku hanya mampu follow dari belakang slow slow jaa. Part paling best niyh. Sampai je kat atas,

BUNGA TULIP DAH TAK ADOOO! HANCUSSSSS!!!

Yeah, aku tanye sorang aunty niyh, aunty tuh cakap bunga tulip memang dah takde. Dulu memang ade, bak kate mak aku, 30 tahun dahulu. Perghhhh, saketnya hati aku. Kecewa hati aku. Musnah impian yang aku dah tanam sejak berkurun lamenye. Adoyaiiiii. Aku patah hati giler kot! Aku cakap kat Hasni, ‘nampaknye aku memang kene cari peluang untuk melancong ke Belanda’. Hasni tanye kenapa plak and aku balas, ‘kat situ lah dorang tanam bunga tulip banyak banyak!!’ Kat Jepun pun ade. Hui hui. Bile dah takde bunga and aku plak rase penat giler ingat tyme turun nak naek jip. Tapi kene plak beli tiket masa kat bawah tadi. Aduhhh. Kaki gua memang dah melecet ase dah nak meletopp sudah.

Terpaksa lah jugak turun bukit dengan kaki yang dah separuh nyawa tu. Penat seyh coz gune kaki lagi nak brek kecemasan or whatever tuh. Aku cakap kat Hasni kalau ade jip kosong yang lalu kiteowang nak tumpang. Dalam hati berharap sangat dapat tumpang aunty tadi, rupenye bila aunty tu lalu she’s jut lambai kiteowang je. Patah hati lagi. Jauh lagi kot kalau nak turun semula. Aku ase nak golek-golek je dari atas sampai bawah. Then, ade satu lagi jip berhenti depan kiteowang and tanye if kiteowang nak tumpang or tak. Ofcourse lah NAK! Owang giler je yang tolak rezeki. Hikhik. Alhamdulillah sangat sebab if tak tumpang kiteowang adalah orang yang last berada kat atas bukit. Yang laen sume dah turun.

Ganas jugak pacek jip yang bawak ni. Terhuyung hayang tapi aku tak kesah janji turun dapat naek jip. At least kekecewaan aku terubat jugak. Fuihhhh. Hasni plak ase nak muntah plak coz pening naek jip. Alahai, rezeki die boleh tolak plak. Ekeke, arrgghh. Dalam hati cakap memang dah tak nak jejak Bukit Larut dah!! Saket ati coz takde pape pong kat atas tuh yang menarik minat aku. Orang laen tak tahu lah coz ramai jugak yang naek turun kat situ. Tetapi bagi aku jauh sekali oke. Never! Faten dah bagi amaran that bile dah turun bukit nanti kiteowang akan ‘kengkang’. Faham? Maksudnya cara jalan tuh dah macam luar biasa dari normal. Memang betul pun. Sambil tunggu my abah amek, hujan plak turun dengan lebat giler, kesejukan kot. Aku sempat jugak tidur sekejap sampai my abah call dua kali aku tak sedar. Hasni and Fatin rancak sangat berborak sampai aku tidur sendiri. Penat seyhhhh.

Balik je rumah mandi apa semua terus baring atas sofa and rehat. Berminat untuk ke Bukit Larut? Better naek jip jaa. Kalau nak daki pun, separuh sudah. Tak payah nak over okeh. Aku memang gedik coz nak tengok bunga tulip jaa. Lagipun niyh sebagai langkah asas or persediaan aku untuk ke PLKN kelak. Aku an suke aktiviti lasak, tapi slow slow ar beb. Kehkeh. Oke bye awak. Penat lagi niyh. Panjang kan?

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

2 comments:

khairul amri said...

boleh sy tau,disane mcm mane urusanny?sy brcadang utk mendaki bukit larut..
ade payment?
or mcm mane?

Izzati Amira said...

pengurusannya saya tak pasti sangat sebab saya pergi sana hanya untuk mendaki. saya datang terus daki bukit larut tu. tapi kalau nak naek jip ada bayarannya. rasanya kalau nak naek jip kene tempah awal awal dulu. Maaf , hanya ini saja yang saya tahu. (: