HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, December 22, 2011

Persiapan ke PLKN : Part 2

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Hi awak awak semua. Selamat malam yer. Hukhuk <--- Gedik jap. Based on the title above malam niyh nak share sikit bagi you ols yang dapat PLKN untuk tahun 2012 SAHAJA. Nampak tak SAHAJA?? Sila gelak sebab mungkin ramai yang tak heran sebab dorang tak heran. Lagi happy sebab tak dapat. Tapi aku? Biasa biasa je. >buat muka poyos< . Credit to this BLOG sebab semalam abah suruh cari semua maklumat niyh sebab nanti nak beli barang keperluan nak pergi sana tahun depan. Cepat cepat bukak lappy, tapi bukak fb, blog, youtube and twitter dulu. 3 jam kemudian baru cari maklumat semua niyh. Hakhakhak. Cun tak ekspresi aku? Kuikui.

Sebelum Ke Kem PLKN

Ketika anda menerima surat dari Jabatan Latihan Khidmat Negara yang menyatakan anda terpilih untuk menyertai latihan PLKN, ia ada menyertakan beberapa perkara yang anda perlu lakukan dan senarai peralatan serta peraturan semasa berada di Kem latihan. Ada beberapa perkara yang anda harus lakukan sebelum bertolak ke kem.

1.Medical check-up di hospital dan klinik yang terpilih.
2. Buka Akaun di mana-mana cawangan Agro bank untuk elaun.
3.Buat persiapan dari segi pakaian dan peralatan yang perlu dibawa ke kem PLKN.
4. Lengkapkan borang yang dilampirkan bersama surat pemilihan anda. Pastikan borang diisi selengkapnya.
5. Bagi bakal pelatih lelaki, potong rambut seperti dalam gambar. Untuk menjimatkan masa di dalam kem. Tak perlu beratur.
6.Jaga kesihatan anda. Pastikan anda sihat sebelum ke kem PLKN.
 


Ketika Melapor Diri

Selepas melakukan persiapan dari rumah, tibalah waktunya dimana anda diminta melapor diri di tempat berkumpul yang telah ditentukan. Di sini ada beberapa langkah yang berguna untuk anda yang telah terpilih.

1. Pakai Pakaian yang sesuai ketika melapor diri. Jangan berpakaian ketat. Bagi yang tidak bertudung, Pakai la T-Shirt & Seluar Track serta berkasut. Dinasihatkan agar tidak memakai Jeans kerana di dalam kem, Jeans tidak dibenarkan.
2. Datang awal ke tempat berkumpul yang ditentukan. Pastikan anda membawa semua barang yang perlu. Jangan lupa juga untuk membawa borang pendaftaran yang telah lengkap diisi.
3.Paling penting, jangan lupa bawa Kad Pengenalan anda.


Semasa Di Kem

1. Pastikan anda meminum air putih secukupnya. Lebih 8 gelas pun tidak menjadi masalah kerana anda akan kehilangan banyak air ketika melakukan aktiviti.
2. Jangan sesekali skip makan (Sarapan/Minum Pagi/ Makan Tengahari/ Minum Petang/ Makan Malam/Supper) kerana anda memerlukan tenaga yang secukupnya untuk melakukan aktiviti dan pihak pengurusan lebih tahu apa yang anda perlukan.
3. Dengar kata-kata jurulatih kerana merekalah 'ibu bapa' anda ketika berada di dalam kem.
4.Bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti. Kalau boleh libatkan diri sebanyak yang mungkin dalam semua aktiviti. Peluang ini hanya datang sekali, so kalau anda lepaskan, rugi..
5. Bak kata pepatah 'berkawan biar seribu', carilah seberapa banyak kawan yang sama-sama mengikuti PLKN. Merekalah keluarga anda ketika masih di dalam kem. Jangan menyombong diri kerana semua pelatih adalah sama dan anda mungkin akan merindui mereka selepas tamat program PLKN.
6.Cuba tonjolkan diri dan kebolehan anda, mungkin ketika di luar, anda adalah seorang yang pasif tapi cuba untuk jadi seorang yang aktif di dalam kem. Beranikan diri untuk melakukan perkongsian terbuka, beri pendapat dan macam-macam lagi.

Take Note : Aku rasa korang kene bawak banyak-banyak spare makanan ala-ala snek gitu sebab korang pasti akan lapar je 24 jam. Kalau nak fikir fasal diet uh tak payah risau, makan banyak-banyak pun boleh turun 10kg kalo korang buat aktiviti yang dijalankan dengan bersungguh-sungguh. One more thing is , bile korang nampak kawan-kawan korang tengah feeling feeling layan snek, takkan korang nak duduk diam je kan? So better bawak snek dalam kuantiti sederhana. Better bawak tyme hari lawatan keluarga lah kan , kalau bawak tyme first day korang kat sana susah pulak kan bile tyme spot check nanti. Fighting!
Ketika Tamat Latihan

Selepas tiga bulan, kini tibalah masanya dimana latihan yang anda jalani selama ini tamat. Anda akan dianugerahkan sijil dan juga dilabel sebagai bekas pelatih. Di sini, ada beberapa tips yang penting ketika tamat latihan dan sebelum bertolak pulang.

1. Selepas perbarisan tamat latihan, dan sebelum pulang pastikan anda telah menyusun semua barang yang anda bawa kembali di dalam beg anda. Pendek kata, semua barang milik anda. Pastikan tiada yang tertinggal kerana anda mungkin tidak akan dapat mengambilnya semula.
2. Pastikan anda mengembalikan barang yang sepatutnya dikembalikan pada pihak kem. Barang-barang tersebut adalah:-


-Pakaian celoreng (2 pasang)
-Tali Pinggang Medan (1 pasang)
-Boots (1 Pasang)
-Cadar (1 Helai)
-Selimut (1 Helai)


3. Jangan sesekali mengambil barang yang bukan milik anda. Contohnya, Pakaian orang lain, gayung di bilk mandi, baldi ataupun tilam dan bantal.
4. Ketika bertolak pulang, pastikan anda bangun dan bersiap awal. Jangan lupa menaiki bas yang betul!


Keryah dah dapat surat pemberitahuan dari pihak PLKN Pekan. Aku bila lagi? Cepatlah sikit sebab aku nak beli barang keperluan niyh. Besok aku share kat korang plak ape yang patut beli and bawa and wajib dibawa untuk ke sana nanti oke. [ Tidak berdasarkan surat pemberitahuan , cari kat blog laen ]. Tapi sapa yang dah dapat tuh untung awal sikit sebab semua keterangan sudah dimaklumkan atas kertas puteh tu. Ni just bayang bayang jerp. Nak anggap betul pun takpe or sedikit tambahan pun boleh. Huhu. Kbye.
Posmen cepatlah hantar surat tu kat rumah saya. Pejabat pos sebelah rumah je. Haipp, takde arhhh. Jauh nun di kuala. Kuikui.


Follow IG @dropshipmina untuk gelang Pandora cantik-cantik dengan harga below RM30 okayyy!!

Kbye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

34 comments:

Noorsha Muhamad said...

time akak dulu xleh guna hp..tp akak mmg xgn handphone time tu..huhu.. sedey.. ketinggalan zaman..

ila said...

kite x dpt plkn pon.
huhuh

Izzati Amira said...

sys noorsha : rasenye kali niyh pun tak bley bwk phone. kwn sye yg ckp. die ade dpt surat.
ila : berharap ke tidak niyh? hehe

Pearl Jangmi said...

have fun there,make friends,learn as many as u can,n follow the rules :) dont be afraid to try new things =] good luck !

Izzati Amira said...

thanks awak!

Farid said...

Terima kasih atas informasi yg diberi,saya sangat menghargainya.

Izzati Amira said...

sama sama ye Farid. Semoge info ni berguna juga utk awak nnty (:

Anonymous said...

Boleh free hair ke time plkn ni?

Izzati Amira said...

Anon : rasanya nak free hair bergantung pada sesuatu kem tu kot , kalo di kem Ayer Keroh saya yg dulu , perempuan melayu wajib bertudung (:

Anonymous said...

ayyya...=='' ''untungla'' sye dpt plkn

Anonymous said...

saya kumpulan 1 , 3.1 kena lapor diri kena pakai baju apa ?

Izzati Amira said...

kalau anda pompuan , baju kurung.
kalau lelaki , jeans dengan tshirt berkolar oke kot

Anonymous said...

kak yg snek2 tu first day bwk sikt je. tk kena rmps ke?

Izzati Amira said...

tak la syg...xkene rampas pun

syafiqah syazlan said...

kak,kalau perempuan time daftar pakai tshirt ngn seluar trek boleh ke dok?

Izzati Amira said...

syafiqah > rasanya boleh kot. asalkan berpakaian tu elok la dipandang.

Anonymous said...

Mase nk g daftar nanti kalau pakai selipar je bleh x

Izzati Amira said...

@Anonymous

rasanya tak salah.. elakkan selipar jepun..hehe

Anonymous said...

kak kalau perempuan masa lapor diri tu pkai jeans boleh tak ? baldi kne bawak tak ?

Izzati Amira said...

@Anonymous

tak pasti. rasanya tak boleh. better berbaju kurung (:

Izzati Amira said...

@Anonymous

baldi boleh bawak

Anonymous said...

Pihak plkn akan bagi 2 tudung kan? Tudung yang dia bagi tu mcm mana? Saya nak kena bawak tudung yang mcm mana? Tudung bawal ke? Boleh bawa yang bercolour atau hitam putih sahaja?

Izzati Amira said...

@Anonymous

yup. dia akan bg dua tudung biru, kain dia mcm tudung sekolah.

tudung bawal lain pun boleh bawak. boleh pakai waktu malam je seingat akak. (:

Anonymous said...

Salam kak , masa melapor diri , masa akak dulu ramai ke yang pkai bju kurung ?

Izzati Amira said...

@Anonymous

wassalam. ramai jugak yg pakai baju kurung. tp ade jugak yg berseluar (:

Harith Hazim Hazim said...

Hye salam .. sy nk tya rambut lelaki masa mndaftar mcmmna yee.. kna botak ke .. atau bleh buat potongan rambut pendek

Harith Hazim Hazim said...

salam hye sy nak tya ..lelaki msa nk mendaftar kna buat rambt mcammna botak ataupun buat potongan rmbt pendek????

Izzati Amira said...

@Harith Hazim Hazim

kalau awk da smpai sana dgn rambut panjang, nanti dia akan kumpulkan budak lelaki untuk potong rambut.

Anonymous said...

Sy lupa nak isi borang n bwat med cek up,takpa ke??tak kena mara??

Izzati Amira said...

@Anonymous

maaf, tu bukan bidang saya and luar pengetahuan saya untuk menjawab soalan tersebut. sorry (:

Nur Dayana Amin said...

Smkum Kak..Juz Nk Ask..Yg AgroBank tu memang wajib Buat kea?....

farah said...

Thanks share serba sikit tntang PLKN ..

ainnurhanimsuhaimi said...

Akak kita dapat plkn siri 14 nihaa.nak tanya baju kurung agak2berapa pasang eh

Izzati Amira said...

@ainnurhanimsuhaimi tahniah!! terpulang nak bawak berapa pasang. tapi rasanya setiap kali nak solat maghrib kena berbaju kurung (kot??) heheh dah lupaaa.. tapi lain tempat lain rules dia.. hihi