HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, December 31, 2012

Texas Steak House , Cheras.


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Malam sebelum saya dan Debot pulang ke negeri masing-masing kami mengunjungi ke Texas Steak House for our dinner. Disebabkan pilihan aku sebelum ni adalah Taste of Asia Food Court , so pilihan Debot pulak Steak House. Nak sangat kann.


Lupa pulak nama steak ni. Tapi ini pilihan Debot dengan air Apple Asam Boi.


Ini pulak pilihan Mira bersama air Limau Asam Boi.


Ni air aku yang tersangatlah sedap sampai habis licin aku minum , rasa macam perahan Mangga sebenar you!


Aku punye ni HotPlate. Aku ingatkan daging aku macam Debot punye jugak , rupanya macam ini. Nasi memang banyakk giler bro , wa tak tipu okayy.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Dokumentari : Key El , Day 2


Untuk maklumat penuh mengenai KTM , Do Click.
Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Day 2. Kami gerak dari rumah Lynn sekitar jam 1 lebeyh , then Debot nak pergi pantai yang berdekatan dengan rumah Lynn tu. Cantik sangat pantai tu oke. Gambar ade kat Debot , lupe nak bluetooth. Masukkan nanti la. Day 2 , Lynn tak join. Thanks untuk kesemua keluarga Lynn yang sanggup menerima aku ngan Debot sebagai tetamu untuk menginap di rumahnya dua hari satu malam. Thankss. Tersangatlah berbesar hati dapat tidur kat situ. Tetibe nak rindu Bihun goreng mak Lynn perisa tomyam tu , sedap hokayy!!


Peneman setia tyme aku punye energy level tahap loww loww loww. Haha, thanks 100 plus.

Untuk hari yang kedua ni , aku mewajibkan diri aku untuk menjejakkan kaki ke Sungei Wang Plaza. Bukannya aku hamak sangat atau jakun tak pernah pergi tempat yang jual-jual baju ni. Cuma kempunan nak jejakkan kaki ke Kpop Garden Level 3 tu je. Hamek ko , mata blink blink je.


Kesemuanya ber-RM... tettt , harga haruslah dirahsiakan. Banyak yang aku beli kann , tapi sebahagiannya ada dari adek-adek aku punya. Aku punye ade 4 je , beg CNBlue tu dapat free sebab aku beli banyak kann. Kwang kwang kwang.. Lama jugak la aku buang masa nak pilih itu ini. Before ni ade Kpop Collection kat TS , tapi aku pergi masa aku betul betul betul rasa penat giler and energy level aku tahap tu memang low. So, kat Sg Wang punye aku rasa freshhh je , ekeke.


Met my girlfren , Yeay! Miss her , Marina. As usual she's so excited seeing me. "Hello Marina , kau kat mane? Aku kat TS ni." Macam tak percaya , besoknya ( on 2nd day ) we're met. Soon , she must come to Malacca oke hunny!


Ape name orang yang tak bergerak ni erk? Hmm, ntah la. Ekcely kiteowang terjumpa je tepi jalan tu , then amek je la gambar untuk kenang kenangan kann. Then tyme tengah mencari-cari jalan tu ade lagi dua orang yang kaler hijau and purple.

Pastu , aku ngan Marina pun berpisah kat situ. Ade jodoh jumpe lagi ye hunn. Kami meneruskan perjalanan untuk bertemu dengan Mak Mirazemi , hehe. Acik so sporting and talkative. Untuk malam kedua kami tidur di rumah Mira pulakk. Ucapan terima kasih yang tak terhingga kat seluruh femly Mira coz sudi terima aku ngan Debot sebagai tetamu kat situ. Thankssss. Thankss.

Before niyh abah tak yakin nak jenjalan ke KL , sebab selalu jammed and takut sesat. So , aku yakin ar nak bawak dorang jenjalan sini dengan bekalan ilmu selama 3 hari aku kat sana. Tapi naek KTM dengan monorail je la , heheh.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, December 30, 2012

Dokumentari : Key-El , Day 1.


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Tajuk nak gempak je aku ni kan? kan? Hehe. 3 hari 2 malam di Key-El secara keseluruhannya. Dua minggu sebelumnya just cakap-cakap je , kendian konfem pada parents sesape yang dapat join and 5 days before pergi Key-El aku dah plan mane nak pergi , mana tempat yang best and ohsem. Weee~

Pada 27 Disember yang lalu , bas dari Alor Gajah ke Seremban bergerak pada jam 8:30 pagi and aku serta Debot bertolak awal dari rumah dan bertemu di AG Sentral. Masing-masing konon excited kann , and aku yang tiada pengalaman naek bas ni bergantung harapan pada Debot je lahh. Hahah.


Sampai je kat Seremban , kiteowang bergerak ke KTM dan beli tiket ke KL Sentral. Dua stesen seterusnya adalah stesen Nilai , so kami berdua tunggu Lynn dan member die datang. Dapat kawan baru , Anith namanya. Untung Anith ni peramah , kalau die pun senyap jadi batu , aku apetah lagi.

Then , jumpe Paen kat KL Sentral je. Hi Paen. Aku agak sedikit ladylike tyme tuh bak kate dorang , walhal memang aku keluar ngan femly aku , will wear wedges. LOL.

First thing , kita kenalah menjamah makanan dulu kan. So, tempat makan adalah pilihan aku, iaitu Taste of Asia Food Court. Kat situ bagi korang yang nak merasa pelbagai jenis makanan tradisional negara-negara Asia ade la dekat situ. So , pilihan aku adalah , BiBimBap or dalam kata laennya nasi yang bercampur dengan sayur-sayuran serta daging yang agak rangup gitu. Bagi aku yang lidah melayu ni boleh la kot kalau nak try rasa kann.


Cara nak makan , kene gaul kesemuanya dulu dengan muka penuh kenikmatan. Dorang cakap muka aku semangat je tyme gaul benda alah ni, heheh. Sup kat tepi tu pun sedap kalau nak makan bersama BiBimBap ni. Side dish yang dia bagi kentang dengan kimchi. Kimchi tu memang aku tak sentuh sebab aku review jugak ramai lidah melayu tak boleh terima. Paen yang terus ngapp pun luah balek. Sambal yang die bagi pun kurengg ar dengan lidah aku , tapi aku masukkan je biar rasa pedas itu ada. Korean Tea kat tepi tu pun aku tak sentuh. Hmm, teh hijau pun aku tak layan apetah teh yang pelik-pelik berherba ni.


Ini Paen yang order. Mulenye die nak Kimchi Ramen , aku tanya die banyak kali , kimchi da la tak sedap , kang tak sentuh langsung Ramen tu kang. Aku pun try rasa , sama je macam megi kedai Mak Timah sebelah rumah aku ni.


Muke happy lettew dapat rasa makanan tradisional korea kannn.


Lepas makan kiteowang rehat and relax-relax kejap buat pape yang patut then terus masuk theme park tanpa membuang masa lagi. Yeayyy. Perasaan tersangatlah teruja tyme ni. Wooooo~


Aku tembam. Aku tembam. Aku tembam. Yeayy. We are having fun last Thursday , gonna miss that moment till the end.

Lepas ni , kite planning tempat laen pulak yerr. Ekeke,

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, November 20, 2012

Teringin nak try Shimino crepes

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Actually benda niyh da lame aku tahu dalam magazine , tapi asyik terlupa je nak research kat google.com . Teringin nak merasa Shimino Japanese Crepes ni weyhh. Nampak cam sedap je and nampak macam laen dari yang laen. Aku memang suke nak merasa benda-benda macam ni , halal or tak?? Mestilah halal awak! Aku dah tengok locations die , salah satunya kat Pavilion tuh!

Source credit : Shimino Japanese Crepes website


Dah tentu perisa niyh yang menjadi pilihan aku nanti!



Paen cakap rumah die dekat dengan Pavi , ehem ehem. InsyaAllah saya nak die bawak saya ke sana nanti. Hehe, Memang aku tak tahu pun jalan KL tu. Saya orang kampung , ekeke.

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, November 19, 2012

Barang yang perlu dibawa ke Uitm


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Kesinambungan untuk persiapan ke PLKN dulu jugak. Aku tengok dah nak hampir 1000 orang view fasal entry tu. Aku mintak maaf la , kalau ada terkurang informasi yang aku boleh share dengan korang waktu tu. Sebab masa tu pun aku ‘terlebih excited’ nak join PLKN jugak , hehe.

Tergerak hati nak share benda alah ni kepada bakal-bakal budak U insyaAllah sama ada yang untuk sem yang akan datang ataupun untuk adik-adik bawah aku nanti. Tak pasti sama ada yang bakal masuk kolej or politeknik pun boleh tahu benda yang sama , yang pasti aku akan cuba sebaik mungkin nak kongsi dengan korang tentang barang-barang yang perlu or saja-saja korang nak bawak masuk U nanti.

Kalau macam keadaan aku yang sekarang ni , jarak rumah aku dengan kolej ( tempat tinggal ) dekat je , so tiap-tiap minggu kalau berkesempatan aku boleh balik rumah bawak barang-barang yang tak pernah terfikir pun nak bawak. So , kalau korang dah packed barang or belum ke , jum bandingkan checklist korang sume dengan checklist aku.


UPDATED : 11 NOVEMBER 2013

Memandangkan aku dah setting tak dok sesapa boleh copy apa-apa maklumat dari blog aku. Jadi, untuk kemudahan adik-adik sekalian, akak sediakan link microsoft word untuk korang download and print. Tak payah penat-penat salin kat kertas. Okay tak? Baik tak? Hahah.

Akak guna akaun 4shared.com untuk file ni. So, sebelum download korang kene sign in/up 4shared.com dulu okay??? Kalau ada pape masalah infom tau.


Penting ( Very the important , ekeke )
Seharusnya kat bawah ni haruslah menjadi keutamaan korang semua tahu. Supaya takdela nak kelam kabut bagai resah gelisah nak fikir barang apa yang perlu dibawak semua tuh. Bawak lebih takpe , kurang jangan.

-Surat tawaran ke UITM
-Gambar pasport – 10 keping insyaAllah cukup , kalau lebih boleh guna untuk next sem.
-Salinan fotostat ic sendiri / ibu bapa yang telah disahkan
-Sijil SPM - original
-Beg duit / kad bank / kad SSPN
-X-Ray / medical result

Alatan tulis / Kelas
Alatan tulis ni wajib ada bagi setiap penuntut , malu lah kalau baru first day dah nak pinjam orang je. Kalau yang tak penting uh tak payah la bawak pergi kelas , sederhana sudah. Selalunya untuk first day korang masuk kelas tak belajar sangat , ice breaking dulu. Terpulang pada lecturer nak korang cakap dalam bahasa Melayu or English , nasiblah. Nantikan dah jadi budak U , nak introduce ourselves tu dah bukan macam budak darjah 1 tau. Lebih dari itu , hehe. All in english , be prepared.

-Tali matrik – kalau dah bosan pakai tali matrik U , pakai yang ade corak sikit. Hehe.
-Testpad – tak cukup boleh beli lagi
-Fail – ikut keperluan lecturer masing-masing
-Pen/boxes – wajib ni
-Kipas tangan – tempat aku ni panas , dah sampai kelas mule ar rasa panas , masa ni lah bergunanya kipas tangan anda yang comel tu.
-Notebooks – wajib untuk buat catatan masa dalam kelas nanti.


Bilik tidur
Tempat yang harus dititikberat akan kebersihannya. Sebab tempat tu la korang nak tidur, makan, lepak, belajar semua so kenalah jaga kebersihan bilik. Cooperate sikitlah dengan roommate korang eyh, saling bantu membantu. Selalunya ampaian baju ni terhad kalau nak sidai kat luar , kat bilik pun boleh sidai , tapi pandai-pandai lah cari tempat yang strategik oke. Untuk bantal busuk ke hape ke, ade sesetengah bilik takde bantal or bantal dia keras , bagi korang yang mengade tak suke bantal keras , sila bawak bantal sendiri. Hehe.

-Selimut
-Bantal
-Cadar


Makan / minum
Makanan-makanan ringan niyh kalau boleh spare sikit dalam bilik. Tapi bila stock makanan korang dah betul-betul habis tu jangan cuak sudah. InsyaAllah korang boleh keluar malam tapi kena berada dalam kawasan kolej before 11PM. Kadang-kadang ade jugak kakak-kakak jual makanan lalu lalang kat koridor kolej. Nasi goreng , sandwiches, jambu, hotdog and so on.

-Biskut / snacks – wajib jugak, yang korang suke makan la. Tyme bajet lari , makan ni je.
-100 plus – minuman isotonik , yang ni aku sorang je kot. Penat balik dari kelas aku minum ni , kasi tenaga! Hehe,
-Megi – tak suke megi? Kuewtiaw pun boleh , mihun, bubur. Spare la satu packet!
-Air masak satu tong besar – ini harus! Life kat U niyh memang banyak minum air masak yer awak!

Pakaian
Seharusnya apa-apa sahaja pakaian yang dipakai haruslah mengikut sahsiah rupa diri selagi korang berada dalam kawasan kolej ( tak termasuk pakai kad matrik, hehe ).  Kalau kat tempat aku ni banyak pak polisi selalu lalu lalang , kalau nasib tak bagus insyaAllah korang akan dapat berkenalan dengan pak polisi dengan lebih dekat, hehe. Baru-baru niyh dapat berita , naik semester 2 niyh wujudnya ‘Sistem Saman Terus’ , maksudnya kalau korang ada buat salah pape ke , tak ikut sahsiah rupa diri ke , tanpa banyak soal terus kena saman.

-Anak tudung / anak..anak..
-Kemeja – untuk lelaki , pakai setiap hari Isnin.
-T-shirt berkolar – untuk lelaki pakai pada hari-hari biasa dalam kawasan U.
-Seluar slack / jeans – no jeans ketat-ketat katanya.
-Kasut sarung – for ladies , hari Isnin sahaja ( hari korporat katenye )
-Kasut sukan – part 1 wajib koko , so kena gune kasut ni.
-Stoking - bawalah secukupnya
-Towel
-Blouse  / Baju kurung
-Tudung / Pins
-Kasut tali / flat shoes
-White t-shirt / tudung puteh – untuk koko budak Part 1
-Tracksuit
-Sweater / cardigan – terpulang pada empunya diri , untuk beli makanan kat dewan.

Alatan mandi
Alatan mandi ni, ape je barang yang korang gune semasa mandi-mandian bawalah ye. Selain itu , baju-baju kotor uh kena basuh jugak, dah takde mak korang nak basuh baju korang lagi dah. Tapi, bagi yang banyak u-wang ( money ) boleh menggunakan perkhidmatan mesin basuh yang disediakan oleh setiap kolej. Takpun , guna perkhidmatan dobi je. Senang je cerita die , hulur duit semua beres!

-Berus baju
-Baldi
-Sabun basuh baju
-Body shampoo
-Hair shampoo
-Berus gigi / ubat gigi
-Gayung or cebok


Lain-lain
Bawak lah kalau korang rasa perlu ok!

-Hanger – nak gantung baju lah kan
-Ampaian bulat yang kecil – tempat ampaian niyh sangatlah terhad.
-Extension wire – tak digalakkan.
-Pads
-Surat khabar lama – join sekali dengan pads.
-Plastic beg – buang sampah
-Tong sampah
-Telekung / sejadah
-Al quran / yasin
-Cermin meja
-Pembalut meja
-Tupperware / sudu / garfu / cawan – niyh untuk buat korang makan or kalau ade kengkawan bawak -makanan lebeyh dari rumah , hehe.
-Sabun basuh pinggan dengan berus sekali – ini harus ada kalau korang bawak tupperware kang.
-Ketip kuku
-Minyak angin yuyi
-Kamus – terpulang.
-Tikar - kalo bilik kolej takde alas.
-Kipas meja / kipas tidur – panas-panas kena la pasang kipas, hehe.
-Selipar toilet – apa kata korang bezakan selipar toilet dengan sandal nak kua pergi dewan..
-Ubat ubatan
-Sikat
-Padlock – untuk safety pintu bilik korang ataupun locker.
-Kayu panjang – ampaian kat luar selalunya tak cukup space , kalau kolej lama tempat aku , ampaian kat -bawah sekali , bayangkan kalau korang dapat level 3?? Tercungap , better buat ampai sendiri dalam bilik.
-Beg beg beg – perempuan kan , haruslah ade pelbagai beg kehulu kehilir.
-Payung – bukan setakat guna waktu hujan je , kalau terlebih panas pun guna payung jugak!
-Seterika – seterika niyh boleh je share dengan roommate , jimat space and bayar elektrik.
-Heater – heater ni pun boleh share dengan roommate.
-Laptop / Charger/ Phone/moviess / pendrive – gadget wajib ada lah kan? Tyme bosan boleh lepak tengok movie sama-sama , tukar-tukar movies.
-Some books / magazine – boring duduk dalam bilik beleklah magazine , tapi kalau dah ade lappy , ade lagi ke nak belek magazine??
-Broadband -  wifi kolej ni takdelah laju mane kecuali UITM Shah Alam , sdn bhd mungkin laju, hoho.
-Penyapu – kenalah rajin kemas bilik ye kak, sapu sawang-sawang.
-Tisu
-Cotton buds
-Tuala kecil
-Jam – jam loceng more better right? Phone kan ade..
-Sepit baju
-Rak buku ( kotak ) - terpulang
-Penyangkut yg gam kat dinding – banyak sangat benda nak gantung kan?? Gune lah benda ni.
-Kalendar – untuk menghitung hari balik rumah / cuti / outing

Bagi buku-buku teks untuk korang gune nanti boleh je beli terus dari lecturer masing-masing , tapi barang baru mestilah harga tip top. Tapi , kalau korang nak yang murah sebab benda nak guna satu semester je , boleh beli dari senior korang.

Banyak sangat dah ni. Kalau ada rasa tak cukup , tambahle sendiri. Aku harap checklist ni sedikit sebanyak membantu korang tau. Sedikit sebanyak jugak membantu persiapan korang serta membaiki kelemahan entry aku yang lalu mengenai persiapan ke Uitm , peace. Terkurang atau terlebih harap dimaafkan. Basic je semua ni , insyaALLAH. 
Selamat menjalani kehidupan sebagai budak U.

Rujuk >> FAQ UiTM sebelum bertanya.

Kbye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, November 14, 2012

Malacca comics

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

I miss everything. I miss you , yess. Saya rindu kawan-kawan saya. Thanks to my sweetie Fazera , sebab call gua tadi. Missing you lah girl. Ekcely , die pakai nombor fon baru , memang aku tahu pun die tukar no.baru kan. Then , aku tanye lah siapa empunya diri yang sedang call aku yang tengah bersenang-lenang ni. Dah merajuk pulak makcik tu , heheh. Hmm , die suruh maen teka-teki , aku mintak dia bersuara lagi untuk sesi pengecaman *lololz* , belum sempat lagi die bagi klu aku dah tembak and sasaranku tepat , hehe.

Ayat rempitss ---> "Itew windu awakk" , betul ke ni ayat rempits?? Haha.

Semalam saya dan keluarga tersayang serta saudara mara jauh saya datang menziarah. Alhamdulillah , macam biasa , kami akan pergi ke Melaka *as usual* lolol. Hehe,

Kami di Kampung Morten. Jyeahhh , Pergi malam-malam ni memang shoooo nice lah awak sume. Sebab kan , banyak lampu biru merah hijau kuning ape sume tu lah! Lagipun , tak bagus jalan-jalan dalam gelap. Wahaha~ Kalau pergi siang boleh la masuk dalam rumah-rumah yang cantik lagi vogeh ni. FOC keyh.

Ohsem sangat and nice. Bukan saye , tapi rumah kecik ni. Hoho, Tak lawak eyh? Kfine. Dah tahu dah? Bagus la , kita memang ade kimia lah awakk. Hehe.

Gambar tak nice kann? Sebab resolution or pixel niyh?? Or sebab model dalam picture ni?? Hehe. Model? Kfine. Haha, Lovely cousin since we're born. Taller than me , younger than me. Hmm, bese ar, lelaki. Takpe-takpe , dulu aku buli die sekarang dah terbalik. Kfine!

Addicted dengan lagu Kim Jongkook - Men Are All Like That and Boyfriend - Janus. Love Love it!

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, November 11, 2012

Cool Apps



Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Baru dua tiga hari tak online aku dah rasa sunyi giler tahap gaban tak tahu nak buat ape. Hoho , so korang dah boleh nilai tahap ke-addictive-an aku terhadap internet kat situ. Oke what , kalo masuk kolej mana aku dapat rasa nak online sepuas hati sampai lebam ni. So, gunekan cuti sem ni sebaiknya. Hoho , jangan tiru aksi ini di rumah.

Nasib lah aku da download movie banyak banyak and beberapa episode Running Man yang kononnya aku nak simpan untuk next sem , tapi dah habes tengok da. So, aku kena download movie yang lain dengan banyakkknya! Lol. Bosan. Bosan. Gua tak layan tv , takde citer best yang menarik larh. Benda-benda yang lawak ke, senang hati aku sikit. Hoho.

Baru-baru ni aku layan episode Running Man yang guest die Park Jisung pemain bola sepak MU yang warganegaranya ialah Korea. Fuh, macam detail je aku bagi kat sini. Aku tengok kalau kat padang Park Jisung niyh takde hensem mane , tapi dalam RM stylo lah jugak and buat aku tambah suke die niyh memang boleh ngam dengan RM members. Hoho. Dia buat lawak memang best arhh. Sesuai untuk variety shows, Park Jisung jjang!



Kalau ade apps yang best mesti aku install dalam phone. Then , bile aku da master or aku rasa bosan aku uninstall balek. Huwahuwa~ So, beberapa minggu yang lalu aku jadi curious dengan kpop fan yang menghadiri konsert kpop ni , dorang tak bawak banner ke hap eke tulis name idol kesayangan dorang , tapi dorang gune apps yang ada dalam phone. Jadi , beberapa hari yang lalu aku try la cari kat internet ape name apps yang dorang gune uh , cari punya cari cari dan cari akhirnya aku jumpa.


Apps die sungguh COOL and Daebak! Haha , rasa berangan-angan pulak bila aku waving phone aku and rasa cam ade kat konsert pulak. Hoho. Untuk phone laen aku tak bape nak sure , tapi kalau yang ada android or market uh aku rasa korang boleh try install for free , ‘Kpop Board Star’. For kpoppers only , yang bukan tu tak payah la nak susah-susahkan diri ye, harap maklum.

BIGBANG ( in Korea ) ---> cun ark tulisan korea aku?? hehehe

Lagi satu , aku pun baru rasa nak belek-belek ape yang best tentang music apps dalam phone aku tu , konon nak tukar wallpaper bunga yang tak bape nak menarik tu tapi aku jumpe setting untuk kita tuar suasana atau bunyi lagu tu sendiri yang dipanggil ‘equaliser’. Yang kita selalu dengar ni equalizer die normal je , tp aku pun try la tukar semua jenis equalizer yang ade kat situ. Yang paling aku suke jenis ‘Concert Hall’ , sebab hape??



Aku kan kempunan nak pergi konsert group kesukaan aku , so aku try BigBang – Blue and guess what? Aku rasa aku berada kat konsert dorang betul-betul and dengar dorang nyanyi live betul-betul depan mata aku. Perghhh , dapat bayang tak suasana die macam mane? Hoho. Tahap bahaya jugak aku ni kan, tapi tahap yang masih boleh dikawal. Amin.

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, September 22, 2012

Our Beloved Lecturer


Assalamualaikum and  Anyeonghaseyo.

Cuti semester hampir tiba tapi sebelum tu kene final exam dulu tahu. InsyaAllah masuk bulan Oktober ni aku akan menduduki final exam yang pertama as Part 1 student. Habis je exam baru le start cuti sem and enjoy enjoy bagai then Disember masuk balek. Huh. Let it be.

Sekarang niyh dalam mood study week patutnya , tapi aku balek rumah bukan study pun , online je memanjang. Naseb lah kan. InsyaAllah aku balek rumah tidak lama, nak fokus final exam punye fasal doe. Jangan memain even baru Part 1. So, sekarang ni kelas semua dah habes and dah tak jumpe dah our beloved lecturer untuk next sem. Kalau nak jumpe selisih uh memang susah la citer die an. Memasing busy je. Kuikui. Ehem *kering  tekak*.

Jum tengok gambar cucuri yang kiteowang tangkap dalam kelas. Our beloved lecturer semasa sem 1 , Dais 1B. Kesemuanya lelaki , untung sangat tahu. Kalau boleh taknak lecturer gegurls laa sampai part 6. Ehem.

Semua nama lecturer terpaksa dirahsiakan , nak tahu cari sendiri. Haha. Lecturer kiteowang untuk program FAR100 iaitu subjek perakaunan la. Lecturer yang pertama kiteowang kenal dalam kelas Dais 1B. Sir memang habes cool and fun lahh. Sir kalau bagi contoh selalu 'menyakitkan hati' kiteowang nak fikir , lawak la. And sebab Sir la baru aku tahu camne nak sebut C.I.M.B Bank dengan betul which is 'Cim Bank'!

Lecturer yang kedua kiteowang kenal dalam kelas ni. Handsome! Muda! Bujang! Smart! Pakej tahu. Ajar dalam program MAT112. Subjek lebey kurang macam Add Maths jugak. InsyaAllah dalam masa terdekat Sir akan pergi ke oversea nak sambung pengajian yang lebih tinggi lagi dari Master tak silap aku. Fighting untuk Sir! Haha.

Sir yang ketiga kiteowang kenal. Mengajar dalam program AIS130 iaitu mengenai komputer la. Antara lecturer paling ehem ehem yang mengajar kiteowang. 50 ke atas mungkin. Tapi Sir baek tahu. The best part , antara kelas yang paling mengantuk kelas AIS la. Buku tebal giler giler , masuk kuliah bace je , sebab tu mengantuk. Sorry Sir , saya akan berusaha lagi. <3

Sir yang keempat kiteowang kenal. Sir yang sangat comellll. Program BEL120 , subjek bahasa inggeris. Sir sangat comel , wahaha. Paling tak boleh blah, aku yang duduk dihadapan sekali kelakar je tengok Sir. The best part , semasa sir nak explain cara nak menulis jawapan kat paper , kalau dalam bahasa melayu , 'Kamu kene salin jawapan bulat bulat dari petikan' , tapi Sir , ' U can copy circle circle the sentence'. First tyme aku dengar Sir betul betul pandai buat ayat. Wehehehe~

Actually ade satu lagi lecturer. Our Ustaz. Beloved Ustaz. Gambar dia lupe nak tangkap, tapi InsyaAllah kami satu kelas akan pergi ziarah rumah Ustaz , InsyaAllah <3 Ustaz yang paling comel and best. Hehe.

Even post kali niyh korang rasa annoying but who cares? Nak cakap aku newbie yang saje havoc fasal first tyme masuk u? Derrr, kesah pulak aku? Heheh.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, August 24, 2012

Jenjalan Raya 2012

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

*Hot Story* fasal citer semalam. Vahhh gitu!! Takde ar hot mane, hot dalam memori masing masing arr. Just wanna share and nak simpan as diari ( kenangan ) kat sini. Oke kepada kengkawan yang setia mengunjungi blog aku, mekaseh bebanyak. Hahaha.

Semalam, kiteowang da plan sebulan before raya nak konvoi macam last year jugak! Tapi tahun ni advance sikit kowtt. Vahhhh! Ehem, janji pukul 9 lah konon kann, walhal pukul 11 ke atas baru lah semua cukup untuk dikumpulkan. Big Thanks to Azren Dollah and Syukri coz sebab dorang bawak transport le kiteowang boleh ke hulu hilir.

Rumah pertama : Kiteowang terus ke rumah Mas , penolong ketua kelas 5pa 2011, Vahhhh!. Ehem, Semua berkumpul kat rumah Mas je nak dijadikan cerita. Kung kang kung kang, bertolak pulak ke rumah Syukri.

Rumah kedua : Naek kereta terus ke rumah Syukri , ketua kelas 5pa 2011. Sebabnye last year tak pergi rumah dorang pun, tahun ni le kene pergi. Hikhik. Rezeki mak Syukri goreng mee siap hotdog lagi. Waaa~ Alhamdulillah.

Mulanya jamah kueh mueh dulu kat depan rumah Syukri yang serba cantek tu. Heheh.

Dalam rumah Syukri pulak. Sambil sambil menjamah mee goreng bersama sosej, sempat posing lagi youu!

Latar tempat : Rumah Syukri. Ngee~

Rumah ketiga : Cadang nak raya dua buah rumah je, dah bebudak ni malas nak raye banyak banyak rumah cam tahun lepas. Tetibe Daq Ekin ajak jugak kiteowang pergi rumah die selepas kiteowang hantar Daq Jia balek dulu coz ade hal.

Plan keempat : Habes je raya umah orang tu, bebudak niyh kate 'Hari masih siang' kalau dah nak balek awal. Daq Azren balek umah tukar kereta jadi motor. Dua biji motor and sebuah kereta gerak pergi town ( sorry kalau bahasa melayu aku terkontang kanting ). Katenye nak maen boling lah citer die an. Wayang lah boling lah.

Then, aku ngan Timah Harun dah cakap awal awal dalam keta yang kiteowang taknak maen coz berbaju kurung. Segan lah kann. Tapi, dorang niyh tak bape nak dengar agaknya, tyme kiteowang pergi sholat jap, name dah letak. Adoi. Kesian ar Dayat dah bayar sume dulu, nak tak nak aku maenkan jugak even berbaju kurung. Ehem.

Aku dengan Mas. Aku dengan Dayat plus penyibuk Suhaila and Mas. Wahaha.

Daq Dayat tyme kat rumah Mas and Syukri kemain senyap je bagai. Semua orang dah pelik asal ler mamat ni senyap nak mampus. Aku nak tegur pun takut bhaai. Kakak besarr tu, Kak Dayat! Vahhhh! Bak kate Linda, "Belum panas lagi tuu..kalau bergabung Safwan ngan Razi uh hentam Daq Keri jadi le..". Tyme kat rumah Ekin baru dah keluar asap sikit. Hakhak.

Dorang ajak aku maen boling, tapi kalau maen saje saje memang takde UMMPPHH lah weyy. So, aku cakap kat dorang, yang kalah kene belanja yang menang makan. Duet tontong ar bro. Daq Dayat aku tanye cam mane nak pegang boling pun marah, katenye aku buat buat bodoh tak reti maen, masalahnye aku dah lame tak maen. Berkurun..lah sangat.. Hahah. Tanye Daq Keri laen pulak yang diajarnye.. Adoi.

Dapat kat Daq Safwan tolong maenkan untuk Daq Keri, hancusssss! Nampak gaya mula macam pro, sekali die baling, gaya over nak hancuss terus masuk longkang.. Hahahah. Cian Daq Keri 0-0. Heheh. Suhaila plak baling baling gitu je "Spare", sama ngan Mas, baling baling lengan dah nak patah "Strike"!! Mak ai...At last, Dayat yang menang. Ergghhh, sungguh kejam. Ehem. Terpaksa belanja makan. Makannye pulak Yongtaufu sepinggan RM12. Adoi, MCD lagi murah. Hehe. Naseb baek tontong.

The best part yang memang aku nak gelak giler tapi ku tahan sedikit. Daq Azren nak cari sudu garpu, tapi die 'terkuat-kan' suara die pergi tanye Dayat kat mana die amek sudu. Then lepas tanye Dayat die cakap lagi, 'Eyh, macam cakap dekat kampung plak (nada biasa). Eh Zati, ko amek sudu kat mana? ( nada bisik )', then aku terus tunjuk tempat amek sudu and die blah. Puhlamak betul arr, bikin geli hati betul.

Friends aku yang superbb cool weyhhhh. Heart korang sebab sporting habess. Wahaha~

With mini cooper bro. Ekcely, kereta Daq Keri parking bersebelahan dengan mini cooper ni haa. Memang tak arr kiteowang nak naek mini cooper niyh an.

Drama sebabak dalam kereta Saga : 6 people in Saga. Syukri as driver, aku as wifey wannabe *jokes* , and the others as wifey tambahan. Vahhhh! Then, Mas mulanya yang naek motor naek ngan kiteowang sekali, so tukar position Suhaila pulak wifey wannabe. Ergghh, aku nak duduk depan!! Dalam kereta uh, kiteowang rushing sikit je sebab nak hantar Daq Wani balek awal takut parents die henyak die before 8pm. Banyak kali jugak arhh Daq Abang die call message and bapak die call. Cian die. Kiteowang plak duduk sebelah BUKAN DUDUK DIAM je, tapi BIKIN HAVOC jugakk.

Macam ayat kiteowang punye idea dikeluarkan semata - mata nak kelentong parents Wani baek baek punyaa. Hakhak. Ase cam dalam kereta uh dah bergerak siap gegar gegar bagai dengan gelak ketawa kiteowang. Ase nak pecah perut sume ade. Tambah pulak Daq Mas yang 24 hours pot pet pot pet yang superb fun uh. Fuhhhhhh, memang menjadi memasing. Daq Wani tengah resah bagai, kiteowang pulak boleyh buat ayat lawak nak kelentong.

Tetibe Daq Abang ( Abang Wani ) call, tapi aku yang tolong angkatkan, cakap tengah makan kat Seh Seafood Masjid Tanah, walhal still kat Sungai Udang ontheway nak balek umah ; fyi jarak Sg.Udang dengan Kuala, dekat lagi ngan Masjid Tanah ;. Cakap ngan dorang, Abg Wani salah dengar tu, sangguplah aku jadi pelat + sengau jap semata-mata nak tolong kawan dari kene marah kan. Apedahal. Yang penting dalam kereta Keri memang havoc!! Miss that moment. InsyaAllah plan lagi wokeyhh! Next raya lambat sangat, tunggu aku cuti sem oke. Hah, semata-mata kann.

Big Thanks to semua yang join semalam ; Syukri, Suhaila, Timah Harun, Wani, Azren Dolah, Linda, Mastura, Timah Jaafar, Dayat, Nabil, Jihah, Safwan.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, August 22, 2012

Hari Raya Saya.

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Lets make it short ( InsyaAllah ) , Raya saya kali niyh. Vaahhh!

Last day before Raya : Kami di Kuala Kangsar bersiap sedia untuk buat persiapan majlis kenduri tahlil, so tolong je lah pape yang patut.


Raya pertama : Paginya kami satu keluarga pergi masjid Simpang sembahyang raya then melawat kubur arwah Pak Tam. Al-Fatihah. Then, balek je umah aku mulakan visi mengumpul duet raya macam tahun tahun sudah jugak daripada mak bapak sedara. Hehe.

Raya Kedua : Kami bakar sate!! Yeayyhh. Tempah satay and bakar sendiri je sudah. Fuhh, berpeluh peluh, mata pedih masuk asap bagai la weyy. The best part, hujan turun dengan lebat setengah jam kemudian, kejap ase mata pedih tu aku cuci muka ngan air hujan je. Pastu, air da bertakung banjir kecil sampai buku lali. Wahaha~


Satay die makan macam tu je da rase manis. Apetah lagi bila cicah ngan kuah die an an. Hehe

Raya ketiga : Kami dikejutkan dengan berita kematian besan Atok saya waktu Subuhnya ( Al-Fatihah ). So, satu keluarga bergerak ke BM ( Bukit Mertajam ).

Focus to the Little one.. So hyper lol


So cute this little 


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, July 15, 2012

Event's.


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Hello everybody!!. Oh really, minggu niyh memang banyak story nak share ngan u olls. Kite share slow slow. Ouhh. Tapi an..before that.. Awan Nano dah start nak havoc kat bebudak kelas aku fasal blog aku.. Alaaaaaaaa. Senyap senyap sudahh. By the way.. Sir Cloud terbaek!! Wahahah. Sunyi je kelas kalo takde Awan Nano. Hah! Tetibe.

Khamis lepas...
Kelas pagi dibatalkan coz ganti dengan ceramah sesi kerjaya. Well...memang lah suke kalau kelas dibatalkan.. Tapi kalau bab bab dengar ceramah..sume kepala lentokk baek punyer! Kesian pun hadoo kat penceramah ni.. Tapi tu laa.. Dah jadi budak u pun still tak boleh nak tegak kepala and fokus terhadap penceramah.

Tapi an..tapi an.. Bila seorang penceramah ni mula dijemput kehadapan.. Kebanyakan perempuan start tegakkan kepala termasuk aku. Weheee~ Laky hensem der... Sape tak straight kan kepala nak tengok an. Tambahan gaya langsung tak poyo and murah dengan senyuman derr. Fuh...kusss semangat! At first, semangat giler kot dengar ceramah dari lelaki yang lahirnya dari Sarawak niyh. Muka die ala ala cina gituh. Mata sepet , senyuman..perghhhh! Fokus kat die sorang je. Hewhew.

 Sorry arh cucuri tangkap gambar. Heheh.

Then, bile die nak share story pengalaman die ngan kiteowang.. Tetibe ade perkataan ‘wife’ pulak dalam citer die..Hadooooiiiii. Sumpah. Bile die cakap fasal die bagi duet kat wife die, hampir kebanyakan nye cam... ‘Hahh???...............................’ nada keciwa. Nampak tak? Faham tak? Boleh agak tak? Keciwa sangat..Ingat an bujang lagiii. Muda lagi kot. Fuhhh. Even chinese...who cares???

Jumaat ( semalam... )
Semalam adalah hari perkampungan budaya kat Uitm Lendu niyh. Ada pertandingan antara kolej lelaki dan perempuan. Contoh nye macam sorak sorak..hakka and sebagainya. Aku mewakili kolej THZ , and yes aku bahagian tarian. Level 3 semuanya masuk tarian. Aku group Jpop. Yes, Ayumi Hamasaki – Trauma. Hehe. Dah cukup lanjut kat situ information yang aku share ngan korang.


And aku pulak...bahagian hadapan. Yes, choreo sendiri plus idea Ayumi vids sendiri kenelah duduk hadapan kann. Mak aii. Tyme practice takde arhh nak malu sangat. Bile berhadapan dengan orang ramai terselit malu sikit. Hehe. Naseblah lagu kiteowang tak same ngan kolej laen. Rasanye memang takde pun sebab yang femes kan Kpop, tapi lagu Ayumi niyh pun ramai jugak yang tahu kan. By the way, THZ da best!

 Niyh idea Sab. Konon tak nak kene amek gambar an. Podahhh. Hehe.

Kami lah D'Ais! Semuanya jiran D'Ais yang join kpop. Ada gaya cam pemain bola ark? Ade cam suasana bergambar dalam studio ark? Hehe.

Ahad ( 4 jam yang lalu.. )
Patutnye pukul 8:30 dah kene berkumpul.. Tapi memang tak arr nak datang awal sedangkan group Tarian Sabah nombor yang ke 13. Hushh, lame lagi kot. Jiran kiri kanan depan pergi awal..Aku ngan roommate je pergi lambat. Memang tak arr nak pergi awal semata mata an. Nak tengok persembahan and support THZ je. Lepas makan..relax...then pergi D.I nak beli barang sikit. Ehem ehem. Lalu depan masjid insaf sikit coz ade ceramah agama, tapi kiteowang pergi tempat laen.

 Support THZ! Support tarian Sabah!

Dah sampai kat padang kawad uh, cari jiran. Dorang duduk depan sangat, kiteowang duduk belakang je. Agak lewat sedikit sebab sampai dalam jam 10. Ade persembahan Girls Generation and Wonder Girls dari kolej lelaki. Dapat tengok tyme kemuncak dorang start menari lagu kpop je. Hehe. Sumpah, daebak!!


Belakang tempat duduk aku pulak, senior a.k.a ex-thz. Ergghh, mulut cam !@#$%^&. Kutuk kutuk kolej thz, mak aii. Panas je telinga aku. Tyme thz perform aku buat bodoh je dorang nak maki hamun ape, kutuk itu ini. Tak sayang mulut. Dah arr ketawa cam kuda tarek handbreak!! Gggrr, kalau korang tak boleh nak bayangkan, mesti korang ingat Rita Rudaini ( pelakon feveret ) dalam Mami Jarum tu! Hisyyyy. Sejibik tahu, tapi dalam movie tak rase ape sangat. Tapi bila dah realiti niyh..rasa cam annoying giler. Diri tak perfect kutuk orang je lebey. Dah la senior.. Perangai cam hampeh. Sejibik cam perangai mokcik mokcik tepi jalan yang suke mengumpat tu! Eeeee. Dah stop!

Feeling baek punyaaa. Back to da story. Conclusion nyer, bertuah la classmate yang nampak aku menari tu kan. Thanks to Jpop group yang bagi komitmen yang baek punyaa! Thanks korang. Dulu...seingat aku tyme form 2 or 3 or 4 , aku ade tengok member aku ade pakai satu gelang cam tali uh and aku suke gelang tu. So, kiteowang pergi TS ( Taiping Sentral ) berkonvoi and aku beli gelang tu.



And kat sini, kadang kadang ada bazaar ape tah. Ade la jual jual gelang, baju and so on tu. So, bile aku dah nampak. Aku nak beli lagi. Addict ngan gelang pulak daaahhhh. Minat baru. Kalahkan Amy. Sumpah Amy memang banyak kumpul benda alah tu. Eyyy. Hoho.

 With roommate <3



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, June 24, 2012

Teletubbies

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Main picture , Teletubbies. Oke der, ekcely lecturer aku yang timbulkan isu niyh dulu.. Apekah? Rahasia ( Kalau nak tahu search sendiri kat google okeh ). So, bile die dah timbulkan isu niyh, teringat pulak tyme aku kecik kecik dulu yang merupakan seorang kanak kanak yang setia menonton Teletubbies di kaca tv. Masa tu, kalau tak silap ditayangkan di saluran TV2. Setiap pagi.

Nak habaq mai and kalau kalau korang pun merupakan salah seorang member yang setia dulu kann. Teletubbies niyh khas disasarkan untuk tontonan budak pra-sekolah. Tadika or Tabika lah kan or sama waktu dengannya. Macam aku dulu dulu, pacek aku and paksu aku pun tengok jugak benda alah niyh. Hewhew. Takde tua mana dorang pun, beza aku ngan paksu aku pun 5 tahun jeaa. So, maknenyer die dalam golongan kanak kanak lagi lah kan.

Program niyh ade 4 main characters die iaitu Tinky Winky, Dipsy, Laa-Laa, and Po. 


Tinky winky ( Purple ) : Teletubby yang pertama , paling besar ( tua ) dalam kalangan Teletubbies yang laen. Antenna kat kepala berbentuk segi tiga terbalik. Karakter niyh merupakan pilihan adek lelaki aku yang muda setahun dari aku.

Dipsy ( Hijau muda ) : Teletubby yang kedua dan antenna die berbentuk dipstick, sebab tu nama die Dipsy. Karakter niyh jadi pilihan pacek aku yang tua 6 tahun dari aku. Hehe. Ekcely, pacek aku kene mengalah ler sebab karakter niyh je yang tinggal selepas aku, adek aku and paksu aku pilih yang masing masing suke. Haha.

Laa-Laa ( Kuning ) : Teletubby yang ketiga dan agak keperempuanan sedikit and antenna die agak kerinting sedikit. Karakter niyh menjadi pilihan utama aku ler. Haha. Sebab die comel and cute ( same jer kot! ). Nampak cam ladylike sikit kan, so aku je yang perempuan berbanding pacek, paksu and adek aku. Derr.

Eh Oh!

Po ( Merah ) : Teletubby yang ke-empat. Paling kecik dan yang paling muda dibandingkan dengan yang laen. Antenna die macam bentuk korang maen belon buih buih tu. Pilihan paksu aku lahh sebab paksu aku kan anak bongsu dalam kalangan adek beradek die. And and, adek aku da pilih purple, aku pilih kuning, so pacek and paksu aku kene pilih antara dua lah. Huihui.


Memperkukuhkan lagi tahap kesukaan kiteowang kat Teletubbies niyyh adalah, pada suatu hari kiteowang as keluarga yang amat besar niyh pergi cuti cuti Malaysia ade satu tempat tu ada macam pasar jual jual baju...and so on. Disebabkan dah malam sangat, kiteowang tak sempat nak check in hotel pun, so just tidur kat luar je lahh. Kesian. Kat Johor tyme tu, aku pun kechik lagi. Before that,  aku ngan adek laky aku niyh nampak le ade orang jual patung Teletubbies niyh. 


Adek aku dapat Teletubbies Tinky Winky yang agak besar jugak lah mungkin dalam ketinggian budak 4 tahun. Sampai sekarang patung Tinky Winky ada dalam 'jagaan' kiteowang. Hoho, apekah? Memang ar patung tu wujud lagi kat rumah ni, tapi dah kene henyak henyak, hinjak hinjak, poket tah kemana, mulut tah kemana. Tinggal mata je. Hehe. And untuk aku pulak, Laa-Laa sebesar saiz kasut saiz 8. Comel, tapi hilang entah kemana. Wuhuuu~ Kenangan kann.

Macam macam jenis kartun yang kiteowang layann. Bese arr. Budak budak..

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, June 9, 2012

Minggu Orientasi ( MDS )

Note : Bahagian atas entry adalah mengenai pengalaman aku semasa MDS , kalau nak tanya preparation , tengok bawah sikit.

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Sape rindu saye sila buat muke 'cool'! Kfine, ramai yang tengah buat muke cool sekarang ni and ramai rindu saya haha. Please jangan cepat cepat tukar reaction!! Lebih kurang seminggu gua tak update blog an? an? So, dalam seminggu uh memang bermacam macam perkara yang telah pun berlaku. Past tense! *tetibe.

2 Jun yang lepas gua menjejakkan kaki ke Uitm berdekatan. Dekat cinonet jaa. Sampai sana lepas daftar bagai ape sume gua ditempatkan di kolej kediaman yang agak baharu. Alhamdulillah, besar rupanya kawasan Uitm Lendu ni. Kolej baharu tingkat paling atas sekali aku dapat. Weyh...penat seyhhhh kalau tertinggal barang. Mak ai.


Satu bilik dua orang sahaja. Kalau kolej lama satu bilik 4 orang. whoaa, privasi sikit. And and, tak campur ngan senior. Kami berdua budak baru a.k.a Part 1. Roomate aku budak Johor. Namanya ade ala-ala feveret adek aku, just call her Mira. Kiteowang berdua sama kos and 24 hours kiteowang bersama ke hulu ke hilir. Hehe. Tapi, harini bile da dapat jadual, kiteowang dah berpisah kelas..aiyooooo. It's oke. Berdikari keyh!

Satu minggu ini sahaja kiteowang join orientasi a.k.a MDS ( Minggu Destini Siswa ). Start dari hari Sabtu and berakhir Jumaat ( semalam jam 1.00 pagi ). So far...so good! Tiap tiap hari kiteowang akan menapak dalam 1km lebih mungkin. Bukan jalan straight, tapi bukit bukit belok belok. Perghh. Ter-uji tahu. Nak nak pulak, ke sana sini pakai baju kurung and kasut sukan. Perghhh. Berlecak!!! Oopss!

Even dalam DTS ( Dewan Taming Sari ) pasang air cond, tapi bukannye sekali kau masuk dalam terus peluh and panas hilang. Hussshhh. Paling best bangun seawal 4.40am and tidur selewat 12 ke 1 pagi. Paling best. Tapi itu barulah namanya Minggu Orientasi.


Well, sepanjang minggu tersebut, kiteowang dibawa melawat ke sana ke mari, berkenalan dengan Rektor kiteeowang... Dr Mizan.  The best part, abang abang and kakak kakak PM ( Pembimbing Mahasiswa ) memang the best. Dorang punye semangat kental giler ad sometimes tegas jugak nak pimpin kiteowang niyh sebab sumenyer begau. Wakaka. Tanpa MDS , kiteowang mungkin akan blur 100% bile jejak kaki masuk U niyh, and aku rasa mesti ramai giler yang bengap bengap tolol tolol sebab tak tahu kelas kat mana, jadual kat mane, fakulti kat mana , semua tak tahu. PARAH! Big thanks untuk abang abang and kakak kakak PM! Thank you.

Note tambahan : Aku nak share kat bakal-bakal junior kat luar sana tu especially yang nak jadi budak part 1 tu Minggu MDS niyh memang sangat menguji mental dan fizikal korang sebab dalam seminggu tu matahari belum naek korang dah kena bangun dari tidur and ke hulu ke hilir tengah malam baru sampai kolej untuk berehat. Tidur pun mungkin dalam 4-5 jam je. Tapi masa aku MDS dulu , kakak dengan abang PM seboleh-bolehnya nak kasi kita semua tidur awal , asalkan kita semua bagi kerjasama. Mengantuk dan letih tak cukup tidur setiap hari tu memanglah biasa , tapi korang dapat rasa pengalaman tu hanya dalam masa seminggu je. Waktu MDS je , jalan naik turun bukit tu seminggu sahaja. Doakan yang terbaik untuk korang wokeyh. Selamat datang ke UITM.

Next week da start kelas. Baru salin jadual hari ni. InsyaAllah akan ku belajar bersungguh sungguh untuk mencapai gelaran yang aku mahukan. Ada dua gelaran yang sangat sangat aku idamkan. Hopefully, aku akan belajar bersungguh sungguh untuk itu. Aku harapkan korang doakan yang terbaik untuk aku agar tidak mudah terleka terikut ikut gejala yang bukan bukan. Assalamualaikum. =)


Update : 28 Mei 2013.

Actually , entry asal nak mengisahkan fasal kehidupan aku di Uitm semasa aku berpenat lelah waktu MDS tak cukup tidur bagai tu. Memandangkan , mostly viewers datang ke blog aku bertujuan untuk mengetahui fasal MDS dan UITM. Aku buat entry tambahan sedikit untuk makluman para juniors yang bakal memasuki Minggu Destini Siswa/Siswi atau Minggu Orientasi di Uitm.

Pertama. Tempat tidur sudah pasti lah ianya disediakan. So, jangan risau.
Kedua. Makanan pun disediakan. Free. Tapi kalau korang nak bawak makanan tambahan pun its okay. Ada masa korang boleh makan.
3. Barangan berharga seperti laptop tidak disarankan untuk dibawa sebab waktu ni korang sangat super busy. Masa akak MDS dulu, jiran bilik kiri kanan depan  pun tak sempat nak tengok muka. Hehe.
4. Minggu macam ni barang keperluan yang nak guna sahaja bawak , yang tak bape nak penting nanti , habes MDS korang boleh balek rumah. Bagi yang duduk jauh and fikir TAK AKAN balek rumah tu, terpulang kepada anda.
5. Minum air banyak-banyak. Jaga kesihatan diri pada minggu MDS niyh.
6. Free hair? Minggu MDS mewajibkan anda untuk memakai tudung.
7. Kasut sukan perlu sebab kalau Dewan yang bakal gunakan tu jauh dengan kolej/asrama anda , memang harus untuk berjalan kaki. So kena pakai kasut sukan. Tak tahulah kalau dah tukar sistem naik bas sahaja atau apa-apa je.


Kebaikan MDS.
1. Bertujuan untuk menyesuaikan diri anda selaku pelajar untuk lebih mengenali mengenai Uitm.
2. Pembimbing MDS ( PM ) akan membantu korang mengenali Uitm dengan lebih dekat.
3. Berkenalan dengan pelajar lain dimana kos yang diambil adalah berbeza.
4. Mengenali blok-blok di Uitm dimana ianya merupakan kelas anda untuk belajar sampai habis sem.
5. Hafal lagu Uitm.
6. Kenal dengan Rektor Uitm, Timbalan Rektor Uitm dan orang-orang kuat Uitm.
7. Berkenalan dengan Ketua Fakulti korang sendiri , para penasihat.
8. Lastly? Berkenalan dengan hotstuff Uitm!! Bhahaha~ I mean... Senior korang lahhh. Hehe. dll.

p/s : Selalunya hari terakhir MDS iaitu acara penutup anda akan diminta memakai baju kurung putih dan kain hitam bagi siswi. Tudung mungkin akan disediakan oleh pihak Uitm ataupun pakai tudung kaler putih takde corak. Bagi siswa, kemeja lengan panjang putih, seluar hitam dan tali leher yang disediakan pihak Uitm, InsyaAllah.


Follow IG @dropshipmina untuk gelang Pandora cantik-cantik dengan harga below RM30 okayyy!!

Have fun okeyh. Boring tu memang ada. Pandai-pandai korang lah macam mana nak atasi masalah keboringan korang tu nanti ye u olls.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.