HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, March 19, 2012

Kelas Integrasi : Part 2

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Wirawati dalam group 4 dimonopoli oleh Alpha.  Sebenarnye dalam Kelas Integrasi 7 dimonopoli oleh Alpha. Yang baek-baek lah kan, hehe. Yang pemes-pemes , havoc havoc group laen. Tapi antara yang baek baek niyh, aku ngan Marina lah yang tukang bikin havoc-nyer. Seorang lagi adalah Fong. Tak banyak citer yang menarik fasal kiteowang bertiga melainkan selalu memberikan idea yang bernas bak emas dalam melakukan aktiviti gerak kerja. Cikgu cakap kump4 banyak diam sebab kiteowang niyh memiliki wira yg pendiam, takkan wirawati nak lebih kuah dari sudu lak? Lagipun memang tak suke masuk campur urusan luar. Suke buat kecoh dalam group sendiri je. Aku ngan Marina just suke usik-usik wira group kiteowang je. Bukan menggedik-gedik kenyit mata ngade-ngade okeh. Just nak bagi kump4 niyh ade mood cket. If wira senyap, wirawati kene jalankan tugas untuk bikin havoc. Bila group kiteowang senyap je, sorang demi sorang kiteowang kacau.

Kalau dapat Mas Joko, kiteowang akan gune slang Indonesia nak usik-usik die. Masing-masing punye cara lah nak kacau dorang kan. Dapat kacau 4 orang wira memang best and rasa kelas Integrasi paling awesome giler. Tukar channel kepada persaingan plak.  Kump2 yang terdiri dari wira yang bising nak mampus suke nak kenekan kump laen. Nak nak dari kump aku sendiri. Aku memang tak suke orang jentik members aku if nak jatuhkan seseorang tu dengan lawak bodoh memasing. Tambahan waktu present kat depan, wira kump2 selalu nak kenekan Mas and At. Yang dorang niyh jenis lurus , so bile tyme soalan yang boleh dikemukakan dorang akan start bertanya then tuju soalan tu kat Mas and At. Dengan secara langsungnye aku terus tepis soalan dorang dengan pelbagai hujahan sebagai contoh, jawapan dah trang tang tang tertulis kat kertas majong boleh tanye soalan yg sama lagi.

Setiap kali kiteowang present ade je soalan pelik-pelik yang dikemukakan oleh kump2. Kalau aku jawab senang je, ‘Tak dengar ke kiteowang dah cakap kat depan tadi?’. Hoho. Padan muke nak kenekan orang sangatkan. And ade skali dorang nak tanye soalan kat kump4, tapi semua ahli aku da masuk dalam, tinggal aku ngan Fong je. Then aku stop, and aku pandang muke mamat tu, ‘Teruskan..nak tanye ape?’... Then terus tak jadi, die suruh aku masuk plak. Haaa~ Nak kenekan orang lagi, soalan terus blank. Kuikui. Waktu pertandingan pokok Integrasi, awalnye kiteowang gune daun-daun yang layu kering sebab nak cabut yang masih hijau takut cikgu marah. Binalah pokok dari daun yang kering. Tengok group laen sume gunekan daun hijau rasa tercabar pun ade. Wira kump2 dah gelakkan kiteowang yang gune daun kering and dorang yakin yang pokok dorang akan menang. At last, aku ubah fikiran and aku suruh group aku cari daun hijau buat pokok baru. Gune daun hijau dah nampak cantek sikit and kump2 cakap , ‘Alamak..dorang gune daun hijau plak..!’. Wira kump2 memang havoc.

Akhirnya, setelah pokok Integrasi kami siap kiteowang memasing puji pokok sendiri yang cantek sangat tu and gaya cam pokok hidup. Waktu sesi lawatan antara kumpulan, ramai yang datang kat group kiteowang and bergambar dengan pokok kiteowang. Hikhik. Hasil kreatviti semua ahli kumpulan. Kump2 ade try nak sabotaj, kiteowang langsung tak berani nak lawat pokok kump laen secara dekat sebab nak awasi pokok Integrasi sendiri. Tengok dari jauh jer la. Akhirnya, selepas undian dibuat, pokok Integrasi kump4 paling banyak mendapat undian sekaligus kamilah J U A R A.
Cantekk kan? Inilah hasil kerjasama members kump4!! Heheh

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

2 comments:

Dhiya said...

going to plkn this year huhuhu. kat sana kalau lewat apa dendanya eh? just asking :)

Izzati Amira said...

@Dhiya tak pasti la kalau lewat apa denda nya... heheh (: