HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, March 20, 2012

Memories in Kem PLKN Ayer Keroh

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Today nak share some pictures and aku akan citerkan serba sedikit mengenai gambar tersebut. Mwehee~ Lets go!
Me and Marina Asenar
Kiteowang menjadi rapat secara tak sengaja okeh. Masa tu aku tengah dengar lagu 2PM  Hands Up siap buat gaya lagi, kebetulan Ryna lalu and die cam shock jap tapi tak lama tu die pun ikut gaya ikut. Start dari situ, bile kiteowang bertembung je, tak payah cakap banyak, masing-masing akan buat gaya Hands up. Lebih parah kalau dalam surau, aku terpandang die, die terpandang aku , terus Hands Up! Hahah. Lebih kamcing lagi bila masing-masing tootttt, both of us akan lepak belakang saf and borak-borak. Itulah perkenalan antara kami. Dua-dua otak giler-giler, tapi Ryna lebih giler dari aku. Kengkadang die niyh sengal gak. Percayalah! Bini....miss you lorh. Nama aku dalam phone die 'Boyfriend'! Ngee~

Kompeni Alpha [ Wirawati ]
Inilah bendera Alpha Team - Phoenix yang kami agungkan. Alpha mewakili warna merah. Dalam banyak-banyak bendera kumpulan terdahulu or yang saing dengan kami sekarang. Aku rasa bendera kiteowang lah paling smart sekali. Kompeni Alpha adalah kompeni yang didahulukan dalam apa-apa perkara sekalipun. And kami sentiasa berada di hadapan. Ekeke. Jangan bongkak. Kekuatan penuh bagi wira adalah 59 orang manakala kekuatan penuh bagi wirawati adalah 47 orang. Bagi wira , kami ada 'Tepuk tepuk Alpha Team' , 'Tepuk tepuk Alpha Hebat', 'Tepuk tepuk Abang Sayang' and 'Tepuk tepuk Alpha marah'. Hehe, bagi aku wira Alpha sangat kreatif and laen dari yang laen. Semangat kerjasama dorang sangat kukuh. Dalam apa jua pertandingan, dalam kumpulan wira, Alpha selalu menang. Cayalahh. Untuk wirawati , kami ada 'Tepuk tepuk Anak Jin', 'HOT-TO-GO' and 'Cuak tak cuak'. Paling femes HOT-TO-GO lah kan, sebab memang unik giler arhh. Semangat kerjasama wirawati Alpha agak kureng cket. So, takmau citer kat sini sebab aku dah tinggalkan sume bende tu dalam kem. Hoho.

Khidmat komuniti , Kampung Permatang Pasir.
Gambar niyh sewaktu kami membuat khidmat komuniti di sebuah kampung yang berdekatan. Inilah first tyme kami keluar dari kem selepas lama terperuk dalam kem. Huhu~

Meja makan wirawati Alpha
Makanan sedap or tak ke, kat sini lah tempatnye untuk kami menjamu selera bagai. Nak berebut ke hape ke, nak chopp tempat ke hape ke kat sini lah. Tak boleh makan kat meja kompeni laen. Nak makan pun kiri kanan bangsa laen tu. Nak mewujudkan bangsa 1 Malaysia. Amin.

Abang dewan makan [ kantin ]
Aku gelar dorang abang kantin je senang, nak sebut panjang-panjang memang susah ar citer die kan. Kebetulan mereka berdua niyh, together-gether dalam gambar niyh. Dua orang abang niyh la yang baek hati sekali and tak banyak komplen kalau aku mintak sambal and kuah lebey. Kalau makan nasi dengan sambal se-co-et memang tak arhh aku nak habiskan nasi tu. Membazir je. Mulenyer memang segan nak mintak lebey ke hape ke, bile fikir balek buat hape nak malu. Kerajaan bayar, bukan dorang. Hahah. Orang laen dapat sambal 1 cedok, aku mintak 3 cedok. Sume owang takut tengok aku kuat makan sambal. Nak wat guane. Dah biase. Siap abang yang bahagian kanan niyh tanye aku, 'Orang melaka ker?'.. 'Tak arhh'. Ye la, orang Melaka je la kuat makan pedas kan. Dah lame tu, abang-abang kantin niyh pun dah biasa ngan sikap aku. Kueng3.

Ada sekali tu aku betul betul betul buat muke tak tahu malu. Waktu dinner, dorang ade sediakan ubi goreng, mulenyer aku amek satu je. Rupenyer sedap plak ubi goreng tu. Lepas basuh tray and cawan sume ingat nak pergi amek lagi. Waktu tu ingatkan ramai lagi pelatih yang tengah beratur, tapi lepas aku habis makan, kosong. And ade beberapa orang lagi abang yang tengah line up baek punye kat situ. Malu, tapi aku tetap nak jugak ubi tu. Then, lepas bisik-bisik kat Ryna, aku terus pergi kat dulang berisi ubi goreng tu, amek and terus choww!! Argghhh, buat muke slamber terus blahh!

Kelas Integrasi - kump 4
Dorang sume adalah yang the best and group paling comel yang pernah aku ade. Sayang korang! Korang sayang aku jugak kan? kan? Hehe~ Btw, seperti yang pernah aku citer sebelum niyh aku ngan Ryna suke sakat wira dalam kump kiteowang. Ke4-4 nyer lah senang citer kan. At selalu cakap kat aku yang aku niyh jenis slamber, jenis yang tak kisah ape orang nak buat and die cakap sikap aku tu bagus. Muahahak, thanks At. Love you lah!! Sakthi Boy laks, lame-lame aku tgok die niyh comel and good looking bile botak. Ade rambut tak hensengg. Bile pandang muke die je, die mesti buat mata terjojol. Shoo cute. Ade sekali tu tyme kat dewan utama, die asyik miscall Ryna. Ryna try to find him, tapi die reply jangan cari die sebab takkan jumpe. Then aku try cari, sekejap je aku boleh nampak die. Ryna terus pergi kat tempat Sakthi tapi Sakthi tak taw yang Ryna tengah cari die, Sakthi nampak aku then die suruh aku rahsiakan kedudukan die, aku just senyum je lah. Tak lame tuh Ryna dah ade kat belakang die and die shock! Hahah. Comel lah dorang niyh.

Me and Wei Siang
Mamat chinese niyh always dengan muke serius die. Tapi dalam gambar niyh bley plak die senyum. Alahai, comel. And aku suke guy pakai topi lorh. Lesung pipit mahal sangat kan. Anyway dorang sume memang sporting kalau nak tangkap gambar sama-sama kan. Ade satu part dalam kelas Integrasi, kiteowang nak buat choral speaking , part Wei Siang niyh ' Betul betul betul ' and kiteowang nak die buat cam Upin Ipin. Tapi dengan muke tak boleh blah die slamber, 'Betul............betul.............betul.........'. Satu demi satu die sebut. Aku ngan Ryna bile dengar and tengok gaya die terus shock!! Dengan macam muke terpaksa and redho je. Lame tu kiteowang berdua pun gelakkan Wei Siang. Adoyai.

Dari hadapan : Ezany , Kak Zati and me. Rehearsal kawad masuk baris.
Waktu niyh kiteowang baris kat tepi kolam di bawah pohon untuk berteduh. Sambil menunggu command masuk baris dari penghulu. Bila dah baris sedia, terus masuk padang kawad diiringi lagu Angkatan Tentera Laut, waktu tu rasa bersemangat and bangga giler arhh. Sukar untuk digambarkan. Kene rasa feel tu sendiri oke.

Backdrop Malam Mutiara Kasih
Cantek kan? Inilah hasil kreativiti dari Ryna, Michelle, Fong and aku sendiri. Kami ber4 adalah orang kuat untuk menyiapkan serta deco sendiri our own backdrop niyh. Ramai yang puji akan kecantikan backdrop niyh and malam tu, ramai yang amek gambar dengan backdrop kiteowang niyh. Tak seperti tahun yang lepas, dorang just gune kertas majong and tulis pape yang patut je. Tak awesome. Even, memang banyak sangat dugaan seperti kekangan masa, komen dari jurulatih yang setiap darinya adalah berbeza. Nak ikut satu persatu memang payah lah kan. Btw, akhirnya jurulatih backdrop kami, Cikgu Lia sangat memuji and berulang kali tengok backdrop kiteowang dalam phone die. Ngee~

Cikgu Dzul
Ade gaya orang arab tak? Hikhik. Inilah cikgu yang senantiasa membawa kamera kehulu ke hilir tangkap gambar segala aktiviti yang dilakukan oleh para pelatih. Waktu niyh aku nak die mengadap kamera aku untuk tangkap gambar, tapi die wat posing niyh contoh cam posing orang seniman je pandang tempat laen kan. Mane taknye, elok aku tengah record video persembahan kompeni, ade je benda die nak kacau. Adoi.

Satu Hasrat, Satu Semangat, Satu Tekad.
Cantek kan gambar niyh, aku copy dari member fb. So, credit to the owner sebab aku tak tahu sape yang amek gambar ni tapi sumpah cantek. Aku da suruh bapak aku tangkap, tapi non-hado plak. Waktu niyh lepas ayat Satu Tekad, semua orang baling topi melambangkan kami semua sudah tamat latihan. Hoorayyy!
Memories in PLKN , dekat di hati. Mmmuah!

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

sronok sgt ke g sne ??

Izzati Amira said...

seronok atau tak kene la alami sendiri...hehe