HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, March 18, 2012

Pengenalan PLKN Ayer Keroh - Part 1

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.


Berakhirlah sudah aku sebagai wirawati di dalam Kem Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka selama 76 hari aku menjalani Program Latihan Khidmat Negara di sana. Alhamdulillah. Jum bace untuk sesi pengenalan okeyh.. Untuk 2-3 hari pertama aku ditempatkan di dalam bilik nombor 15 kawasan wirawati. Aku ingatkan itu adalah bilik aku sampailah aku tamat latihan, rupenyer tidak ye anak-anak.

Aku dikelaskan sebagai wirawati Alpha dan bilik baru aku adalah bilik no.7. Ahaa, act kem kiteowang bukanlah penginapan yang berbentuk dorm, tetapi lebih kepada bilik ala-ala chalet gitu lorhh. Setiap bilik hanyalah boleh memuatkan 7 orang pelatih dan terdapat 7 loker jugak. Bilik niyh lebih private sikit berbanding dorm and selesa untuk freestyle whatever.

Act, ade 4 kompeni iaitu Alpha, Bravo Charlie and Delta. So, bilik air die pun untuk satu kompeni sahaja. Untuk wirawati Alpha, kiteowang ade dua bahagian, kawasan yang kecil sikit iaitu dari bilik 1 hingga 6. Kawasan besar plak dari bilik 7 hingga 34 kalau tak silap. Bilik 7 dan 8 adalah Alpha. And aku duduk dalam bilik 7. So, untuk bilik air yang sangatlah besar itu hanya digunakan oleh dua buah bilik je. And kompeni laen kene berkongsi bilik air yang besar itu seramai 47 orang.

Aku plak just share dengan 11 orang je. Senang coz tak payah berebut-rebut. Bersyukur niyh <3 Ingin daku memperkenalkan rakan rakan sebilikku. Penghuninya adalah aku sendiri, Kak Zati ( tua setahun je ), Diana, Ira, Rachel and Christine. Bilik aku takde India coz pelatih India kureng, tak ramai. Alhamdulillah budak budak dalam bilik aku niyh baik budi pekertinye. Cuma aku je yg hyperactive sikit and kak Zati a.k.a ketua surau , sekolah agama lah katekan.

Tempat penginapan aku sangatlah berdekatan dengan pintu pagar besar, so tak payah nak susah-susahkan diri berlari naek turun bukit if ade emergency. Mudahnye~. Dalam bilik ade 7 katil, disebabkan ade 6 orang je, so 6 katil sahaja yg digunakan. Satu lagi kosong, tapi secara auto nye katil tu katil aku jugak sebab bersebelahan je and aku selalu wat semak kat situ and aku jugaklah yang kene kemas. Sekian sahaja fasal tempat penginapan kami. Rindu bilik pulak. 
Malam niyh buat barbeque. Yummy~ And and nak tambah post lagi kalau sempat. peace!!


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

No comments: