HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, May 8, 2012

Result UPU : Alhamdulillah

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Berkemungkinan besar entry ini sangatlah panjang! Wallahualam.

Ehem. Ehem. Hai awak-awak semua. Kat fb and twitter semalam jadi trending sama ada dapat atau tak. Tapi hari ni sonyapp ja. Haha. Hmm, ekceli aku pun tak terlepas nak share ape perasaan aku semalam and baru sebentar tadi kat korang. Well, i’m pass. Alhamdulillah. Doa aku tiap-tiap hari dimakbulkan. Alhamdulillah, again. As usual, aku bekerja seperti biasa dari Isnin hingga Jumaat. Semalam berkocoh-kocoh ngan Timah memikirkan fasal result upu tu. Yelah, kalau tak dapat hati mana yang tak kecewa kan. Bincang ngan Timah pikir nak semak result dalam petang petang gituu. Hakikatnye, tak sabar and macam macam idea gile pikir, tepat jam 12 kiteowang sent. Hehe.

Takde la dapat jawapan serta merta kan. 15 minit kemudian baru le dapat jawapan. Aku orang yang dapat mesej dulu. Alhamdulillah, happy then aku pergi kat kedai Timah bagitahu berita tu. Timah pulak risau fasal result upu tu. *skip cerita*. Aku diberitahu aku dapat kod dip yang aku dapat tu, tapi aku tak taw dip ape. So, aku text sys aku and die nak tolong check-kan. Tak lame lepas tu die cakap aku dapat Dip. Sistem Maklumat Perakaunan. Pilihan ke-5 aku. Haha. Hmm adekah ia berkaitan dengan komputer-komputer jugak? Sesungguhnya aku cetek dalam ape yang akan aku belajar dalam dip niyh. Kalau melibatkan komputer. Memang aku suke arhh citer die. 24 hours ngadap laptop, jangan sampai aku pakai spec sudah. Oh no! Tak boleh dibayangkan!

Balik rumah aku konfem kan melalui semakan online pulak. Hmm, betul lah tu. Nama aku tertera kat situ. Yang aku sedihnye, takde sapa yang bakal menemani aku di sana nanti. Takde kenalan lagi di tempat baru. Sesungguhnya aku kesepian. Kenapa tiap-tiap kali macam niyh? Cian aku. Huhu.


Hari ini. Check plak UITM mane yang aku akan belajar kang. Seperti yang sudah dijangka, UITM Alor Gajah a.k.a UITM Lendu. Hmmm, dekat cinonetnyer lahhh!! Ekcely, aku takde hati sangat kat Lendu tu sebab aku da pernah pergi sana sekali. Da tahu persekitaran die. Da tahu kat mane kuliah, library , dewan dll. So, rasa cam tak SUP-RI-SE lahhh. Aku rasa macam dah tahu banyak benda kat sane. Even ‘rasa’ je pun. Haha. Dah dapat kenal pasti abe abe hensengg kat sane. Tak SUP-RI-SE lah gini. Huhu.

Tapi nak buat camne kan. Peraturan mane boleh ubah ubah tempat belajar. Yang aku jelesnyer, member aku dapat yang jauh-jauh. Aku? Hmmm. *pakk*. Tepuk dahi. ‘Bersyukurlah zati...haishhhh..’... Tarikh pendaftaran pulak tepat-tepat kene dengan event Reunion bapak aku and sedara aku nak bertunang. Mak aiiiiiiii. Hmmm. Lagi sebulan nak pergi daftar pun kan. Banyak benda yang harus aku buat untuk prepare sume-sume niyh. Ke aku patut goyang kaki dulu? Haha. Ade sesape nak kongsi pendapat fasal tawaran yang aku dapat niyh? Mwehee~

Btw, tahniah aku nak ucapkan kepada rakan-rakan seangkatan batch ’94 yang dapat Matrik, U , Poli and masuk form 6 niyh. Yang penting, kat mane je kite pergi, belajarlah sehabis baek mungkin demi masa depan keyh. Ingatlah, kita kene balas jasa ibu bapa kite tahu. Aku harap sangat aku pun dapat buat macam tu. Doakan aku. Thanks kawan. Kepada yang nak sangat masuk U tapi terlepas, silalah buat RAYUAN. Saya support anda untuk membuat rayuan walaupun peratus dapat atau tak sebanyak 1% jer. Janji kita berusaha oke!!.

Takde lah panjang sangat post aku niyh kan? Kan?

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

6 comments:

fatinlea said...

congratz.... memang best bile dapat tau boleh sambung belajar. heee :D

Izzati Amira said...

thanks. heheh

Zaty Zulkifle said...

Tahniah and all the best k dear :)

Izzati Amira said...

thanks hunn <3

mish izyan said...

sy dpt jgk course nihh . 2012/2013 :) susa ta ..

Izzati Amira said...

@mish izyan

nak kate susah pun tak , senang pun tak.. lepas belajar nanti kita tahulah mcm mana , btw congrats ye sebab dapat (: