HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, June 9, 2012

Minggu Orientasi ( MDS )

Note : Bahagian atas entry adalah mengenai pengalaman aku semasa MDS , kalau nak tanya preparation , tengok bawah sikit.

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Sape rindu saye sila buat muke 'cool'! Kfine, ramai yang tengah buat muke cool sekarang ni and ramai rindu saya haha. Please jangan cepat cepat tukar reaction!! Lebih kurang seminggu gua tak update blog an? an? So, dalam seminggu uh memang bermacam macam perkara yang telah pun berlaku. Past tense! *tetibe.

2 Jun yang lepas gua menjejakkan kaki ke Uitm berdekatan. Dekat cinonet jaa. Sampai sana lepas daftar bagai ape sume gua ditempatkan di kolej kediaman yang agak baharu. Alhamdulillah, besar rupanya kawasan Uitm Lendu ni. Kolej baharu tingkat paling atas sekali aku dapat. Weyh...penat seyhhhh kalau tertinggal barang. Mak ai.


Satu bilik dua orang sahaja. Kalau kolej lama satu bilik 4 orang. whoaa, privasi sikit. And and, tak campur ngan senior. Kami berdua budak baru a.k.a Part 1. Roomate aku budak Johor. Namanya ade ala-ala feveret adek aku, just call her Mira. Kiteowang berdua sama kos and 24 hours kiteowang bersama ke hulu ke hilir. Hehe. Tapi, harini bile da dapat jadual, kiteowang dah berpisah kelas..aiyooooo. It's oke. Berdikari keyh!

Satu minggu ini sahaja kiteowang join orientasi a.k.a MDS ( Minggu Destini Siswa ). Start dari hari Sabtu and berakhir Jumaat ( semalam jam 1.00 pagi ). So far...so good! Tiap tiap hari kiteowang akan menapak dalam 1km lebih mungkin. Bukan jalan straight, tapi bukit bukit belok belok. Perghh. Ter-uji tahu. Nak nak pulak, ke sana sini pakai baju kurung and kasut sukan. Perghhh. Berlecak!!! Oopss!

Even dalam DTS ( Dewan Taming Sari ) pasang air cond, tapi bukannye sekali kau masuk dalam terus peluh and panas hilang. Hussshhh. Paling best bangun seawal 4.40am and tidur selewat 12 ke 1 pagi. Paling best. Tapi itu barulah namanya Minggu Orientasi.


Well, sepanjang minggu tersebut, kiteowang dibawa melawat ke sana ke mari, berkenalan dengan Rektor kiteeowang... Dr Mizan.  The best part, abang abang and kakak kakak PM ( Pembimbing Mahasiswa ) memang the best. Dorang punye semangat kental giler ad sometimes tegas jugak nak pimpin kiteowang niyh sebab sumenyer begau. Wakaka. Tanpa MDS , kiteowang mungkin akan blur 100% bile jejak kaki masuk U niyh, and aku rasa mesti ramai giler yang bengap bengap tolol tolol sebab tak tahu kelas kat mana, jadual kat mane, fakulti kat mana , semua tak tahu. PARAH! Big thanks untuk abang abang and kakak kakak PM! Thank you.

Note tambahan : Aku nak share kat bakal-bakal junior kat luar sana tu especially yang nak jadi budak part 1 tu Minggu MDS niyh memang sangat menguji mental dan fizikal korang sebab dalam seminggu tu matahari belum naek korang dah kena bangun dari tidur and ke hulu ke hilir tengah malam baru sampai kolej untuk berehat. Tidur pun mungkin dalam 4-5 jam je. Tapi masa aku MDS dulu , kakak dengan abang PM seboleh-bolehnya nak kasi kita semua tidur awal , asalkan kita semua bagi kerjasama. Mengantuk dan letih tak cukup tidur setiap hari tu memanglah biasa , tapi korang dapat rasa pengalaman tu hanya dalam masa seminggu je. Waktu MDS je , jalan naik turun bukit tu seminggu sahaja. Doakan yang terbaik untuk korang wokeyh. Selamat datang ke UITM.

Next week da start kelas. Baru salin jadual hari ni. InsyaAllah akan ku belajar bersungguh sungguh untuk mencapai gelaran yang aku mahukan. Ada dua gelaran yang sangat sangat aku idamkan. Hopefully, aku akan belajar bersungguh sungguh untuk itu. Aku harapkan korang doakan yang terbaik untuk aku agar tidak mudah terleka terikut ikut gejala yang bukan bukan. Assalamualaikum. =)


Update : 28 Mei 2013.

Actually , entry asal nak mengisahkan fasal kehidupan aku di Uitm semasa aku berpenat lelah waktu MDS tak cukup tidur bagai tu. Memandangkan , mostly viewers datang ke blog aku bertujuan untuk mengetahui fasal MDS dan UITM. Aku buat entry tambahan sedikit untuk makluman para juniors yang bakal memasuki Minggu Destini Siswa/Siswi atau Minggu Orientasi di Uitm.

Pertama. Tempat tidur sudah pasti lah ianya disediakan. So, jangan risau.
Kedua. Makanan pun disediakan. Free. Tapi kalau korang nak bawak makanan tambahan pun its okay. Ada masa korang boleh makan.
3. Barangan berharga seperti laptop tidak disarankan untuk dibawa sebab waktu ni korang sangat super busy. Masa akak MDS dulu, jiran bilik kiri kanan depan  pun tak sempat nak tengok muka. Hehe.
4. Minggu macam ni barang keperluan yang nak guna sahaja bawak , yang tak bape nak penting nanti , habes MDS korang boleh balek rumah. Bagi yang duduk jauh and fikir TAK AKAN balek rumah tu, terpulang kepada anda.
5. Minum air banyak-banyak. Jaga kesihatan diri pada minggu MDS niyh.
6. Free hair? Minggu MDS mewajibkan anda untuk memakai tudung.
7. Kasut sukan perlu sebab kalau Dewan yang bakal gunakan tu jauh dengan kolej/asrama anda , memang harus untuk berjalan kaki. So kena pakai kasut sukan. Tak tahulah kalau dah tukar sistem naik bas sahaja atau apa-apa je.


Kebaikan MDS.
1. Bertujuan untuk menyesuaikan diri anda selaku pelajar untuk lebih mengenali mengenai Uitm.
2. Pembimbing MDS ( PM ) akan membantu korang mengenali Uitm dengan lebih dekat.
3. Berkenalan dengan pelajar lain dimana kos yang diambil adalah berbeza.
4. Mengenali blok-blok di Uitm dimana ianya merupakan kelas anda untuk belajar sampai habis sem.
5. Hafal lagu Uitm.
6. Kenal dengan Rektor Uitm, Timbalan Rektor Uitm dan orang-orang kuat Uitm.
7. Berkenalan dengan Ketua Fakulti korang sendiri , para penasihat.
8. Lastly? Berkenalan dengan hotstuff Uitm!! Bhahaha~ I mean... Senior korang lahhh. Hehe. dll.

p/s : Selalunya hari terakhir MDS iaitu acara penutup anda akan diminta memakai baju kurung putih dan kain hitam bagi siswi. Tudung mungkin akan disediakan oleh pihak Uitm ataupun pakai tudung kaler putih takde corak. Bagi siswa, kemeja lengan panjang putih, seluar hitam dan tali leher yang disediakan pihak Uitm, InsyaAllah.


Follow IG @dropshipmina untuk gelang Pandora cantik-cantik dengan harga below RM30 okayyy!!

Have fun okeyh. Boring tu memang ada. Pandai-pandai korang lah macam mana nak atasi masalah keboringan korang tu nanti ye u olls.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

47 comments:

Anonymous said...

Salam sya nk tya, klau x de kwn blh ke survive srg2?sya ssh nk dpt kwn..

Izzati Amira said...

@Anonymous

sys rasa boleh je, nnti kan awk ade roommate, geng la dengan dorang nanti (:

Anonymous said...

@Izzati Amira
tmpang tnye nnti lpas mds bleh balik cuti kjap ke? sbb ada jiran sye bgtau mse mds tu jgn bwk lgi laptop ke camera smua tuh

Anonymous said...

mds ni sminggu je ke? lpas tu terus msuk blaja?

Izzati Amira said...

@Anonymous

lepas MDS boleh balek sabtu ahad tu kot2 ada brg tertinggal.. boleh bawak (:

Izzati Amira said...

@Anonymous

aah, majoriti kat Uitm ni seminggu je kot. Hari isnin yg seterusnya dah boleh start masuk kelas (:

Anonymous said...

Salam,kalau lelaki mmg kene pkai formal eh spnjang minggu orientasi?

Anonymous said...

Salam,kalau lelaki mmg kene pkai formal eh spnjang minggu orientasi?

Izzati Amira said...

@Anonymous

yes , perempuan pun pakai formal ( baju kurung ) , so lelaki pun samalah (:

Anonymous said...

Salam, Maksudnye, spnjang minggu orientasi tu lelaki kena pkai kemeja ngan tali leher camtu? X boleh pkai t shirt berkolar ke mase orientasi? Sori banyak tanye.

Izzati Amira said...

@Anonymous

Wassalam. Yup. Siswa/siswi kena pakai pakaian formal sepanjang minggu orientasi , kemeja dan tali leher. Tshirt berkolar hanya dibenarkan pakai bila bermulanya kelas dan hanya boleh dipakai pada setiap Selasa hingga Jumaat atau tempat2 tertentu.

Nurrul said...

Terima kasih untuk info orientasi nie.. :D

Anonymous said...

Owh,ok. Thanks bnyk2 sbb jawab soalan. Harap akak dpat kejar cita2 akak tu. Gudluck.kbye...

Izzati Amira said...

@Nurrul

sama-sama (:

Izzati Amira said...

@Anonymous

oke, terima kasih. InsyaALLAH. Aminnn.

Anonymous said...

Kalau bwk byk bju boleh ke ?loker besar ? atau xpayah byk sgt bju ??

Izzati Amira said...

@Anonymous

terpulang pada badan sendiri nak bawak banyak atau tak. saiz loker biasa sahaja.

Detective Fiqa said...

saya teringat time sy MDS :D

Nor Liana said...

Salam .. awak . Memang kne pakai kasut sukan ke? Kalau kasut sarung boleh aka kasut hitam sekolah ke? Boleh tak?

Izzati Amira said...

@Nor Liana

yes dear, sebab waktu MDS ni kita mmg banyak berjalan dan jalan jauh. tapi tak kesah jugak awak nak pakai kasut pape pun, sebab takut melecet je. :P

aku gadis kaca mata said...

Uitm puncak perdana ke ?

Akeyla Azmi said...

thanks kak :D eheehehhe

NuR SYaZWaNi MoHaMaD NooR said...

kita dulu lagi teruk, housemate tak kenal..kenal yang dalam bilik sendiri je miahaha!

Nurin said...

Assalamualikum sister :)

I like what you wrote for your blog. Sangat informative. :D

ada beberapa soalan:
1. Baju kurung kena pakai sepanjang minggu kan? Warna apa pun boleh or has to be white?

2. Bila pendaftaran tu, kena bawak apa je? Other than important documents and baju2. Kena bawak benda spt sarung bantal, cadar dll?

3. on registration day, pakai baju kurung putih, kain hitam and kasut tutup hitam, right?

4. toilet jauh tak? hahaha do i need to buy baldi and such or just toiletries?

5. is there a specific type of kasut rekreasi? kena hitam is it?

thank you o mcuh kalau boleh tolong jawabkan soalan hehehe :)

Izzati Amira said...

@Nurin

waalaikumussalam. TQ dear.

1. sepanjang MDS , siswi wajib berbaju kurung & bertudung.

2. masa daftar uitm ..bawak dokumen je. baju, bantal, cadar boleh simpan dalam kereta. daftar kolej bru la angkut semua brg dlm kereta.

3. on registration day , pakailah baju apa-apa pun , asalkan sopan.

4. setiap kolej ade toilet dear. baldi dgn toilettries itu perlu utk awk guna nanti. nnti nak mandi guna apa sayang?

5. kasut rekreasi tu tak kisah kaler ape-ape pun.

wlc. harap jwpn ni membantu.

Anonymous said...

Hi. I nak tnya. Masa pendaftaran pakai jeans boleh pakai tak? Boleh ke free hair?

Muhammad Shahril said...

tak sabarnya nk masuk UiTM ni .. hehehe

Anonymous said...

Kak nak tanya,yang baju kurung putih and kain warna gelap tu pakai bila ye semasa MDS ?

Izzati Amira said...

@Anonymous

pakai semasa acara penutup MDS (:

Anonymous said...

Salam . Akak nak tnya yg baju putih kain hitam tuh . Baju putih kurung sekolah or biasa je n kain mcm mana ?

Izzati Amira said...

@Anonymous

wassalam, tak kesah asalkan baju kurung putih

Hani Hazwani said...

salam akak nak tanya . nnt bilik cane eh kak . time daftar tu baru dapat bilik or kita mmg dah ready bilik bfore daftar ? Means contoh sy dngn kawan sy daftar sama kami akan dapat bilik yg sama ke or daftar dah mmg tentu dpt bilik yg lain

Izzati Amira said...

@Hani Hazwani 1.tengok tempat jugak dik, lain U, lain pengurusan dia.. akak dulu kena daftar dulu baru dapat bilik.
2. nak sama dengan kawan tu adik kena tanya pihak sana. tak semestinya daftar pada waktu yang sama akan dapat bilik yang sama. tu akak tak pasti (:

Anonymous said...

kain hitam masa yg last day tu, kain hitam macam kain sekolah or kain hitam apa2 pun boleh?

Izzati Amira said...

@Anonymous apa-apa pun boleh asalkan hitam plain (:

Unknown said...

Salam .. Nk tnye laa .. Waktu orientasi pjy bju biasa or pky baju kurung putih ?

Starlight 97 said...

Salam .. Nk tnye sepanjang orietasi pakai baju kurung biasa or kena baju kurung putih ..

Izzati Amira said...

@Starlight 97 baju kurung biasa (:

Syamira Zamri said...

Tudung boleh pakai apa apa je ke macam shawl? Or wajib tudung bawal putih ?

Syamira Zamri said...

Masa mds boleh pakai tudung apa apa ke ? Or wajib tudung bawal putih ?

Izzati Amira said...

@Syamira Zamri

tak boleh nak konfemkan. tapi rasanya boleh je pakai shawl@bawal. tudung putih mungkin utk hari tertentu.

kalau kt lendu, nk compare zaman akak MDS dgn zaman skang...banyakkkkk sangat da berubah. rules dorang more lenient..utk 1st day PMDS akan infom korang apa yg boleh n tak boleh pakai.

Farhanah Subagiya said...

kalau ada aktiviti sukan time mds ni, mmg kena pakai baju lengan panjang warna putih ke ? sbb diminta disediakan

Izzati Amira said...

@Farhanah Subagiya utk tentatif sewaktu mds mmg saya tak pernah tahu. tak mungkin utk aktiviti sukan...mungkin utk memudahkan pelajar baru utk banyak bergerak , perjalanan yg jauh atau sebab spend sehari suntuk di luar (:

Anonymous said...

salam, nak tanya tudung putih tu mmg kena bawak ke ? and tudung uitm purple tu mmg dia bagi kan nanti ? terima kasih :)))))

Izzati Amira said...

@Anonymous

wassalam..bawak je tudung puteh tu.. xpasti la guna ke tak skang ni.. tak ingat la dulu guna ke tak..heheh. tudung uitm akan diberi (:

Siti Amirah said...

Kalau biru gelap x boleh ka?

Izzati Amira said...

@Siti Amirah tak pasti (: