Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.
Kesinambungan untuk persiapan ke PLKN dulu jugak. Aku tengok dah nak hampir 1000 orang view fasal entry tu. Aku mintak maaf la , kalau ada terkurang informasi yang aku boleh share dengan korang waktu tu. Sebab masa tu pun aku ‘terlebih excited’ nak join PLKN jugak , hehe.
Tergerak hati nak share benda alah ni
kepada bakal-bakal budak U insyaAllah sama ada yang untuk sem yang akan datang
ataupun untuk adik-adik bawah aku nanti. Tak pasti sama ada yang bakal masuk
kolej or politeknik pun boleh tahu benda yang sama , yang pasti aku akan cuba
sebaik mungkin nak kongsi dengan korang tentang barang-barang yang perlu or
saja-saja korang nak bawak masuk U nanti.
Kalau macam keadaan aku yang sekarang ni ,
jarak rumah aku dengan kolej ( tempat tinggal ) dekat je , so tiap-tiap
minggu kalau berkesempatan aku boleh balik rumah bawak barang-barang yang tak
pernah terfikir pun nak bawak. So , kalau korang dah packed barang or belum ke
, jum bandingkan checklist korang sume dengan checklist aku.
UPDATED : 11 NOVEMBER 2013
Memandangkan aku dah setting tak dok sesapa boleh copy apa-apa maklumat dari blog aku. Jadi, untuk kemudahan adik-adik sekalian, akak sediakan link microsoft word untuk korang download and print. Tak payah penat-penat salin kat kertas. Okay tak? Baik tak? Hahah.
Akak guna akaun 4shared.com untuk file ni. So, sebelum download korang kene sign in/up 4shared.com dulu okay??? Kalau ada pape masalah infom tau.
Penting ( Very the important , ekeke )
Seharusnya kat bawah ni haruslah menjadi
keutamaan korang semua tahu. Supaya takdela nak kelam kabut bagai resah gelisah
nak fikir barang apa yang perlu dibawak semua tuh. Bawak lebih takpe , kurang
jangan.
-Surat tawaran ke UITM
-Gambar pasport – 10 keping insyaAllah cukup
, kalau lebih boleh guna untuk next sem.
-Salinan fotostat ic sendiri / ibu bapa yang
telah disahkan
-Sijil SPM - original
-Beg duit / kad bank / kad SSPN
-X-Ray / medical result
Alatan tulis / Kelas
Alatan tulis ni wajib ada bagi setiap
penuntut , malu lah kalau baru first day dah nak pinjam orang je. Kalau yang
tak penting uh tak payah la bawak pergi kelas , sederhana sudah. Selalunya
untuk first day korang masuk kelas tak belajar sangat , ice breaking dulu.
Terpulang pada lecturer nak korang cakap dalam bahasa Melayu or English ,
nasiblah. Nantikan dah jadi budak U , nak introduce ourselves tu dah bukan
macam budak darjah 1 tau. Lebih dari itu , hehe. All in english , be prepared.
-Tali matrik – kalau dah bosan pakai tali
matrik U , pakai yang ade corak sikit. Hehe.
-Testpad – tak cukup boleh beli lagi
-Fail – ikut keperluan lecturer
masing-masing
-Pen/boxes – wajib ni
-Kipas tangan – tempat aku ni panas , dah
sampai kelas mule ar rasa panas , masa ni lah bergunanya kipas tangan anda yang
comel tu.
-Notebooks – wajib untuk buat catatan masa
dalam kelas nanti.
Bilik tidur
Tempat yang harus dititikberat akan
kebersihannya. Sebab tempat tu la korang nak tidur, makan, lepak, belajar semua
so kenalah jaga kebersihan bilik. Cooperate sikitlah dengan roommate korang
eyh, saling bantu membantu. Selalunya ampaian baju ni terhad kalau nak sidai
kat luar , kat bilik pun boleh sidai , tapi pandai-pandai lah cari tempat yang
strategik oke. Untuk bantal busuk ke hape ke, ade sesetengah bilik takde bantal
or bantal dia keras , bagi korang yang mengade tak suke bantal keras , sila
bawak bantal sendiri. Hehe.
-Selimut
-Bantal
-Cadar
Makan / minum
Makanan-makanan ringan niyh kalau boleh
spare sikit dalam bilik. Tapi bila stock makanan korang dah betul-betul habis
tu jangan cuak sudah. InsyaAllah korang boleh keluar malam tapi kena berada
dalam kawasan kolej before 11PM. Kadang-kadang ade jugak kakak-kakak jual
makanan lalu lalang kat koridor kolej. Nasi goreng , sandwiches, jambu, hotdog and
so on.
-Biskut / snacks – wajib jugak, yang korang
suke makan la. Tyme bajet lari , makan ni je.
-100 plus – minuman isotonik , yang ni aku
sorang je kot. Penat balik dari kelas aku minum ni , kasi tenaga! Hehe,
-Megi – tak suke megi? Kuewtiaw pun boleh ,
mihun, bubur. Spare la satu packet!
-Air masak satu tong besar – ini harus! Life
kat U niyh memang banyak minum air masak yer awak!
Pakaian
Seharusnya apa-apa sahaja pakaian yang
dipakai haruslah mengikut sahsiah rupa diri selagi korang berada dalam kawasan
kolej ( tak termasuk pakai kad matrik, hehe ).
Kalau kat tempat aku ni banyak pak polisi selalu lalu lalang , kalau
nasib tak bagus insyaAllah korang akan dapat berkenalan dengan pak polisi
dengan lebih dekat, hehe. Baru-baru niyh dapat berita , naik semester 2 niyh
wujudnya ‘Sistem Saman Terus’ , maksudnya kalau korang ada buat salah pape ke ,
tak ikut sahsiah rupa diri ke , tanpa banyak soal terus kena saman.
-Anak tudung / anak..anak..
-Kemeja – untuk lelaki , pakai setiap hari
Isnin.
-T-shirt berkolar – untuk lelaki pakai pada
hari-hari biasa dalam kawasan U.
-Seluar slack / jeans – no jeans ketat-ketat
katanya.
-Kasut sarung – for ladies , hari Isnin
sahaja ( hari korporat katenye )
-Kasut sukan – part 1 wajib koko , so kena
gune kasut ni.
-Stoking - bawalah secukupnya
-Towel
-Blouse
/ Baju kurung
-Tudung / Pins
-Kasut tali / flat shoes
-White t-shirt / tudung puteh – untuk koko
budak Part 1
-Tracksuit
-Sweater / cardigan – terpulang pada empunya
diri , untuk beli makanan kat dewan.
Alatan mandi
Alatan mandi ni, ape je barang yang korang
gune semasa mandi-mandian bawalah ye. Selain itu , baju-baju kotor uh kena
basuh jugak, dah takde mak korang nak basuh baju korang lagi dah. Tapi, bagi
yang banyak u-wang ( money ) boleh menggunakan perkhidmatan mesin basuh yang
disediakan oleh setiap kolej. Takpun , guna perkhidmatan dobi je. Senang je
cerita die , hulur duit semua beres!
-Berus baju
-Baldi
-Sabun basuh baju
-Body shampoo
-Hair shampoo
-Berus gigi / ubat gigi
-Gayung or cebok
Lain-lain
Bawak lah kalau korang rasa perlu ok!
-Hanger – nak gantung baju lah kan
-Ampaian bulat yang kecil – tempat ampaian
niyh sangatlah terhad.
-Extension wire – tak digalakkan.
-Pads
-Surat khabar lama – join sekali dengan pads.
-Plastic beg – buang sampah
-Tong sampah
-Telekung / sejadah
-Al quran / yasin
-Cermin meja
-Pembalut meja
-Tupperware / sudu / garfu / cawan – niyh untuk
buat korang makan or kalau ade kengkawan bawak -makanan lebeyh dari rumah ,
hehe.
-Sabun basuh pinggan dengan berus sekali – ini harus ada kalau
korang bawak tupperware kang.
-Ketip kuku
-Minyak angin yuyi
-Kamus – terpulang.
-Tikar - kalo bilik kolej takde alas.
-Kipas meja / kipas tidur – panas-panas kena
la pasang kipas, hehe.
-Selipar toilet – apa kata korang bezakan
selipar toilet dengan sandal nak kua pergi dewan..
-Ubat ubatan
-Sikat
-Padlock – untuk safety pintu bilik korang
ataupun locker.
-Kayu panjang – ampaian kat luar selalunya
tak cukup space , kalau kolej lama tempat aku , ampaian kat -bawah sekali ,
bayangkan kalau korang dapat level 3?? Tercungap , better buat ampai sendiri
dalam bilik.
-Beg beg beg – perempuan kan , haruslah ade
pelbagai beg kehulu kehilir.
-Payung – bukan setakat guna waktu hujan je
, kalau terlebih panas pun guna payung jugak!
-Seterika – seterika niyh boleh je share
dengan roommate , jimat space and bayar elektrik.
-Heater – heater ni pun boleh share dengan
roommate.
-Laptop / Charger/ Phone/moviess / pendrive –
gadget wajib ada lah kan? Tyme bosan boleh lepak tengok movie sama-sama ,
tukar-tukar movies.
-Some books / magazine – boring duduk dalam
bilik beleklah magazine , tapi kalau dah ade lappy , ade lagi ke nak belek
magazine??
-Broadband -
wifi kolej ni takdelah laju mane kecuali UITM Shah Alam , sdn bhd
mungkin laju, hoho.
-Penyapu – kenalah rajin kemas bilik ye kak,
sapu sawang-sawang.
-Tisu
-Cotton buds
-Tuala kecil
-Jam – jam loceng more better right? Phone kan
ade..
-Sepit baju
-Rak buku ( kotak ) - terpulang
-Penyangkut yg gam kat dinding – banyak sangat
benda nak gantung kan?? Gune lah benda ni.
-Kalendar – untuk menghitung hari balik
rumah / cuti / outing
Bagi buku-buku teks untuk korang gune nanti boleh je beli terus dari lecturer masing-masing , tapi barang baru mestilah harga tip top. Tapi , kalau korang nak yang murah sebab benda nak guna satu semester je , boleh beli dari senior korang.
Banyak sangat dah ni. Kalau ada rasa tak
cukup , tambahle sendiri. Aku harap checklist ni sedikit sebanyak membantu
korang tau. Sedikit sebanyak jugak membantu persiapan korang serta membaiki
kelemahan entry aku yang lalu mengenai persiapan ke Uitm , peace. Terkurang
atau terlebih harap dimaafkan. Basic je semua ni , insyaALLAH.
Selamat menjalani kehidupan sebagai budak U.
119 comments:
kak...saya nak tanya, tudung kena bawak berapa helai eh? hehehe...
As salam.. lol. saya tak tahu pulak akak course DAIS. saya dapat course ni. hehe. salam perkenalan kak. btw akak uitm mana ek?
@aliah nabilla
akak UITM Lendu syg (: , slmt menjadi warga D'Ais!! hehe
anis dpt uitm shah alam. :'( tp nak sgt dekat melaka..huuuu btw anis salin sikit2 pe yg awk tulis ni :)
seriously lendu?insyaAllah kita jumpa nanti saya pon uitm lendu tapi sementara je. hehe. ^^
@anis
tahniah! tak ape la, janji kita sambung belajar wokeyh. sharing is caring (:
@aliah nabilla
wo, insyaAllah (:
sangat membantu entry nie.
thanks for the info . :)
@Ayishscha Hamdan
welcome dear, big thanks 4 reading (:
sis, ade bpe tingkat ye tmpat kediaman kat yitm lendu nie?
@Anonymous
kolej baru dan beberapa kolej lama 3 tingkat, kolej lama yg laen ada yg 4 tingkat (:
Tumpang tanye.. Harga buku teks 1 brp ye? Nk tau ni..
@Anonymous
Harga buku teks bergantung pada kos atau subjek yang anda ambil. ada yg murah dan mahal. ianya bergantung. kalau nak buku baru boleh beli dari lecturer ,nak murah beli dari senior. Harap komen ini membantu. Kalau nak tahu harga certain setiap buku, akak boleh jawab untuk kos akak je , Dais dan adik boleh nyatakan jenis buku yg adik nak tahu harga dia tu. (:
akak nak tanya, pergi kelas pakai sandal boleh x?
akak ? Time daftar pkai bju ape erk ?? Hehe, confuse. . Bedebar n xcited nk msuk u. . :-)
@Anonymous
rasanya sandal bertali boleh kot. tengok uitm laa (:
@Anonymous
kalo pompuan berbaju kurung, lelaki pakaian formal ataupun pakaian yang sedap mata memandang laa (:
Kak ? dlam room nti xde cdar erk ? Kte kne bwk sndiri k? Hehehe , , lg 1 kt sne ad spare iron x ? Hehe . . Tq kak ;-)
@Anonymous
cadar sendiri , iron pun sendiri (: , sebab tu akak ade letak dalam list kat atas tuuu (:
Salam kak nak tanya , sabtu ahad selalunya ada kelas ke or cuti? kalau cuti boleh balik rumah tak?
@Anonymous
wassalam , sabtu ahad takde kelas. kalo xde event kolej atau fakulti boleh balik rumah (:
salam,kak mcm mne nak apply uitm?
@farah ara
wassalam, adik boleh pegi kat link ni --> http://online.uitm.edu.my/
dapatkan mklumat lanjut kat situ (:
this list is very helpful. thanx a lot! :)
@Anonymous welkem!
thankz :)
Kalu pakai jeams skinny bole? Ieam g kelas
Kalu pakai jeans ke kelas bole tak? Kalu bole apa jenis jeans?
@Farah Anim
semua jenis jeans boleh pakai, yg bewarna warni pun boleh. tapi jangan pakai yang berkoyak2 tu (:
bagus betul la entry ni . hehe . dr blur2 xthu naknbwk ape . now mcm2 plk nk dibawaknye . haha . tq .
@DEE NADYYA
welcome (: . saja nak share utk yang blur2..hehe
Kita rindu kak zati... wink2....
-anith yang comel-
omg kak tq so much gila nak mati omgggg qila dh bookmark omg i hve no self estee and u save my life!! <3
@Akeyla Azmi
hhehe. welcome dik (:
qila singgah sini lagi sbb dah keluar borang upu T_T
hihi
Taknak belajar boleh tak :(((
aslmlkm kak . semua bilik memang tak disediakan iron ye ?
aslmlkm kak . semua bilik memang tak disediakan iron ye ?
@Anonymous
semua brgn keperluan elektrik tidak disediakan. tapi.. xtahulah kalau U lain sediakan iron.. (:
salam kak mase mndaftar tu pakai bju krung putih ng kain hitam kan? tudung ap and wrne ape ? mse mndaftr tu je kan gune bju ni?
Wahhhh.. uitm lendu ekk?? Sme lah.. btw.. kak, pergi kuliah xksah nk pkai bju pe kan3?? Dlm surat pe bnde ntah.. yg kne bwa bju putih n kain hitam uhh mcm mne kak?? Mcm bju skolah ekk?? Hee.. #blur..
@suhaila ayub
ye dear..nak pergi kuliah tak kesah nak pakai baju ape pun janji sopan. nanti masa MDS , kakak & abg senior akan beritahu.
baju putih & kain hitam tu bwk simpan dlm beg. nnti senior akan bgtau bila nak pakai bju tu. (:
@Anonymous
masa mendaftar tak kisah nak pakai baju apa pun. kalau perempuan baju kurung @seluar.
lelaki baju formal tshirt lengan panjang..
baju hitam putih tu nnti senior akn bgtau nk pakai bila.
salam kak, lepas mds nanti ada bagi cuti tak?
@Anonymous
selalunya mds isnin - khamis/jumaat. sabtu ahad cuti la. isnin seterusnya dah mula kuliah.
Boleh tak masa mds tu pakai tudung bawal yg ada manik dkt tepi dia?
@Anonymous
boleh... pakai lah tudung apa-apa pun. (:
Assalamualaikum. Thanks for sharing sis. Saya bakal masuk Uitm Seri Iskandar :)
mekasih kak. bkn apa saya risau nak bwk laptop sume lgpon saya duduk jauh kot, anyway thanks :)
assalamualaikum. sis. hi ! thanks for those info kat ats. :) saya masuk uitm lendu for temporary sblum masuk uitm rembau. na tanye... 1 bilik utk 2 orag kan? pastu baju kurung mmg kne bawak stock 6 at least?
then bole pakai seluar gak gy kuliah. jnji sopan kan?
thats all.. terime kasih bbnyk atsa info yg useful giler :)
salam sis. thanks atas info kat ats useful sgt. na tanye.. gy kuliah pakai baju ngn seluar takire jeans ke hape kan bole kan asalkan tutup aurat? pastu banyak ke koku xtvity? ampai kt uitm lendu mmg limited eh? n jauh ta surau dengan ostel? thats all tq:)
@lilkihahitaf96
kalo awk dpt kolej baru,, 1 bilik 3 org.. kalo dpt kolej lama.. 1 bilik 4 org..
baju kurung tu takkesah nak bwk bpe byk pun.. utk mds , hari2 pkai bju kurung..
boleh pakai seluar asalkan sopan utk g kelas.
sama2 dik. (:
@lilkihahitaf96
aktiviti koko , seminggu sekali je.
ampai kt kolej bru setiap bilik disediakan + kt toilet pun ade ampai.
kolej lama , ampai kat bawah.
kolej bru dekat ngn surau.
kolej lama dekat ngn masjid. (:
thanks a lot untuk list tu .uitm mmg takde senaraikan barang2 yang perlu bawa ye ?
woaahhhh thanks for this! <3
dah lama puzzled nak kemas barang masuk u nanti, nasib baik akak ada hewhew
Assalamualaikum wbt.
Akak, memang barang-barang elektrik ni boleh bawa lah kan? Pihak pentadbiran ada kenakan apa-apa caj tambahan ke kat setiap barang elektrik ni?
@Ain Syafiqah
sepatutnya mcm tu lah. setiap barang akan di caj rm10 satu.
thank you so much! berguna entry ni. hhehe
Hai sis , dekat uitm lendu boleh free hair ke ? N time minggu mds wajib pakai tudung right ? Thanks sis :)
@Anonymous
sepanjang minggu mds , semua siswi wajib bertudung.. selesai mds , terpulang sama ada nak pakai atau sebaliknya.
akak saya nak tanya sikit hehehe.kalau saya bawak heater and iron dari rumah,lepastu bil eletrik semua tu kena bayar sendiri ke?almaklumla bawak dari rumah.sendiri pakai sendiri tanggung ke cemana kak?btw blog akak banyak tolong saya.thank u kak!!! :):)
@Alia.
yup dear. setahu akak satu brg elektrik dikenakan charge rm10. tak tahu lah sistem byr ni mcm ni kalau setiap cawangan uitm lain2 kan..
kalo lendu , kita kene byr bil guna bank islam, then resit tu kene tunjuk kat unit kolej.
InsyaAllah , kalau awak rajin tanya senior masa kat sana nanti. dorang akan tolong awak ye.
sama2 ye. harap entry & jwpn ni membantu.
salam, thanks akak for this informative post.. terasa semangat pulak nak masuk u 1hb ni.. btw sy dapat tesl kat uitm shah alam. :D
@Anne Zoak
tahniah ye dear(:
Assalamualaikum kak. :)
Nak tanya, kalau pakai seluar skinny tapi baju labuh melepasi punggung untuk ke kelas dibenarkan ke?
@Anonymous
boleh la kot.
Slm kak.saya nk tnya wktu mds klu pkai baju kurung jarang tp ada inner kt dlm blh x?
Slm kak.saya nk tnya wktu mds klu pkai baju kurung jarang tp ada inner kt dlm blh x?
@Anonymous
boleh je.
Salam,nk tanye pakaian bg siswa spanjang mngu mds mcm mne ek??
@Anonymous
kemeja lengan pnjg + tali leher + seluar slack + kasut. (:
Pakaian siswi sepanjang orientasi macam mane kak?? Siang pkai ape?? Malam pakai ape??
@suhaila ayub
siang malam pakai baju kurung. (:
Thanks sis bnyk mmbntu. I dh bli smua brg nk dftr 1 jun ni kt uitm lendu. But then ble tngok entry sis bnyk lagi sbnrnya ttngl. See ya :D
Akak, nak tanya. Gambar pasport tu yang latar belakang putih ke atau latar belakang biru?
Konfius antara GAMBAR PASPORT dengan GAMBAR BERUKURAN PASPORT >.<
Hai akak. Thanks for the info. Sangat membantu xD. .
Hai kak, kalau korikulum free hair pun tkpa kan?
Hai kak, kalau korikulum free hair pun tkpa kan?
thanks sangat membantu , sama la uitm melaka .. tapi saya baru nak masuk XD
assalam..akak nk tnye..t shirt lmbng pirot bole x??
assalam..akak nk tnye..t shirt lmbng pirot bole x pkai??
@rafizan smart pirot??? ke pirate (lanun)??
seeloknya pakai lah baju yang melambangkan awak itu seorang siswa/siswi. Corak2 pelik tu pakai time jalan je lahh.
Terpulanglah kalau awak nak pakai, tapi sis tak pernah nampak lagi siswa lain pakai baju macam tu. (:
Assalamualaikum kak,bleh ke saya bwk rice cooker sbb nak jimaat kos pmbeljaan mknn kt sana.
@Zierah Nur
utk pengetahuan , pembawaan rice cooker adalah dilarang (:
letihnya nya baca . hahahah . wuu tak sabar nk masuk UiTM wuuu . harap2 dapat UiTM Shah Alam :)
Akak nk tya.. mmg pada hri pndftaran nnty... smua bkal siswi di stiap uitm kna bwa siap2 bju putih ngan kain hitam ka?? Means bju kurung putih hitam ka?? then klu x bwak... kna denda ka cmana?? Thanks psl entry akak di ats tu... mmg brguna =)hehe
@Anonymous
tak dear , u takkan kena denda.
baju tu kena pakai masa acara penutup nanti. selalunya acara penutup hari khamis @jumaat. kalau nak senang, bwk je baju tu sekali masa nak daftar.. sebab nnti terus masuk kolej kan. (:
akak nk tanya filem xray 2 mmg kna bwk ek? ka bwk kerts kecik laporan xray ja?
@Anonymous akak tak ingat sangat la. tapi.. bawak je dua-dua (:
Assalamualaikum kak, lps MDS bleh blik kan? Sy tk bleh blik sbb rumah sy jauh. Sy nk tanya akak kalau sume roommates kita balik,bleh tk kita tumpang bilik org lain? Sy takut tdo sorang2. Tq
@Anonymous
waalaikumussalam. ye boleh dear. awak cari la geng yg tak balik sama. hehe
salam kak baju kurung hitam putih tu mcm mane ea? bj kurung bercorak hitam putih ke.. kalau hitam combine warne lain tak boleh ea, btw saya dpt uitm lendu jgk ��
@Nbellaaa 05 baju putih kosong , kain hitam kosong (: tahniah..!!
ok thanks so much kak! :)
Assalamualaikum
Saya ada beberapa soalan yang nak tanya
1. Yuran uitm mmg rm530 stp sem ke? Ke ada bayaran yg tersembunyi.. Kolej ke perpustakaan ke masuk sekali tak dlm 530 tu
2. Klo bawa iron kena bayar rm10 sekali ke atau setiap bulan.. Elektrik pulak macam mana
3. Uitm mmg xsedia kan bantal sampai sekarang ke ape?
4. Selepas seminggu MDS boleh balik rumah ke? Sebab ada yang ckp tak perlu bawa laptop atau brg berharga dulu lps MDS boleh balik
5. Kalau masuk sarjana muda lepasan stpm perlu MDS juga ke?
6. Ada yang ckp masa MDS tak sempat nak iron so gosok baju siap.. tak pe ke bawa baju bergantung2 masa first2 ni
Maklum balas, amat saya hargai
Terima kasih :)
@Anonymous
Waalaikumussalam.
1. Diploma 480. Degree 530. Yuran UiTM sahaja mcm handouts yg lect bagi , kertas peperiksaan , perpustakaan.. Utk kolej, diploma tak perlu bayar , degree kena bayar (rate bergantung pd kampus uitm tertentu , lain kampus lain jumlah yuran nya) *setahu saya lah.
2. setiap satu brg elektrik , rm10. so, nak jimat boleh share dengan roommate.
3. bantal tidak disediakan.
4. selepas MDS boleh balik rumah jika sabtu ahad tidak ada aktiviti kolej/fakulti. Tidak digalakkan bawak laptop sebab khuatir akan berlaku kes kecurian semasa ketiadaan pelajar di dalam bilik.
5. serapan diploma , lepasan matrik/stpm @ mana2 kolej bersekutu , wajib hadir MDS untuk semester pertama.
6. bolehb je nak bawak baju yang dah siap gosok & bergantung ni. setiap kolej/bilik disediakan almari utk setiap pelajar.
Harap jelas & faham ye. (:
Sama sama
akak,kalau bwk iron sndr, kita kena byar utk skali sahaja atau bayarn akn dikenakn setiap bulan?
Salam, if pakai baju tshirt putih ada corak sikit2 boleh tak? And wajib berkolar ke for siswi?
@Auni Kamalia
wassalam. tak pasti la baju tshirt putih tu boleh bercorak ke tak..dulu pakai yg kosong.
baju berkolar wajib utk siswi yg tak bertudung a.k.a non muslim. sbb masa mds semua siswi muslim wajib pakai tudung
Salam kak, nak tanya kolej nanti dia bahagi macam mana eh random or ikut course?
@Anonymous wassalam..ikut kampus la dorang arrange mcm mana..duluuu masa batch akak..ikut course...10 org kos A...10 org kos B dlm satu kolej. utk part 1. next part da boleh pilih roommate sendiri
Salam kak, saya nk tnya, sepanjang MDS tu berlangsung kena pakai baju putih kain hitam ke? Kee baju tu nk kena pakai time perasmian dn penutupan?
Salam kak, kalau bawa seterika, kena bayar rm10 betul ke?
@Nurul Aisyah wassalam. baju kurung putih+kain hitam pakai sekali je. selalunya masa penutupan. hari2 lain pakai baju kurung biasa @ tshirt putih +seluar
@Anonymous
wassalam, untuk lendu/tapah Yes. kampus lain tak pasti. rasanya semua kampus uitm sama je
Akak,tudung warna hitam je ke yang boleh pakai sepanjang mds tu? shawl boleh pakai tak?
Salam..akak,semester 1 kena selalu guna laptop tak?
@Anonymous
boleh. asalkan tutup kepala (:
@Anonymous
wassalam. depends pada kos jugak. tapi utk mds takpayah la bawak. sometimes lecturer akan bagi assignment..kalo xde laptop boleh guna pc kat library
Akak, waktu pendaftaraan, pakai baju biasa atau kena pakai baju kurung?
@Nurul Aisyah digalakkan berbaju kurung (:
Salam kak, klu kite x bukak akaun bank islam sblm daftar x pe ke ? Kt uitm nnt baru buat boleh x ? Aritu pegi bank islam pon just boleh byr yuran dulu sbb ramai sgt org
@Anonymous
wassalam. bank islam utk yg nak mohon ptptn. kalau awak nk mohon ptptn , pastikan awak dah ada akaun bank islam (:
sebelum @ selepas masuk uitm tu xpenting...kalau tak salah saya la..heee
Akak saya nak tanya boleh ke pakai kasut yg x bertutup masa g kuliah or waktu MDS tu??
@Anonymous sepatutnya awak kena pakai kasut yang bertutup....
Akak saya nak tanya kalau untuk pelajar yang buat rayuan dia kene bawak ke baju putih kain hitam tu?? Then cadar tu kene cadar kosong atau x kesah kalau nak pakai cadar corak2 ke??
@Anonymous pelajar rayuan tidak perlu bawak baju putih sebab tak melalui fasa minggu destini siswa (:
Owh ok Kak. Thanks for your info.
Salam kak. Nak tanya, klu die minta gambar berukuran passport, kene background biru ker? Background putih tak boleh?
Post a Comment