HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, December 5, 2013

Berjaya Times Square Theme Park



Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Last 3 days , gua dengan awek-awek gua jenjalan ke Key-El ( KL ) --- sambungan entry sebelumnya. Actually bende ni da plan since last semester , masa tu planning cakap mulut je. Memandangkan this sem ade manyak cuti , so kiteowang try untuk memanfaatkannya , haha. Well , kiteowang saje menghabiskan duit ke Berjaya Times Square Theme Park < --- Nama baru. Untuk adult yang boleh maen semua game + myKad harganya RM38. Segala information yang korang nak tahu fasal theme park ni boleh Klik Sini.

Tanpa kesabaran yang tinggi kami terus simpan beg dalam loker , 1 token 1 ringgit. Then , Mira yang pernah maen kat TS ni terus ajak kiteowang maen game yang tak bape nak ramai orang queue lagi. So, kebetulan DNA MIXER ni kosong je. Kiteowang berlima menuju ke situ , letak barang, cari sit and duduk relax wat cool. Masa duduk-duduk uh gua cuak jugak lah kan sebab maen bende alah ni first time dalam hidup.

GALAXY STATION


It is so damn scary! Mira cakap die pernah naek dua tiga kali and rasa biasa biasa je. And rasa die yang biasa biasa tu bagi aku tersangatlah luar biasa. Kalau nak cakap fasal mende alah ni je aku da rasa cam amek masa tiga hari pun luar biasa die amatlah menakutkan aku. Honestly , aku bukan jenis takut tinggi , tapi bila ingat mati membuatkan aku takut nak main sekali lagi. Haha.

Takut lah nak main sekali lagi !! Serius !!

Kebanyakannya aku maen benda alah ni tutup mata je , bila aku rasa tudung aku da nak tercabut and try tengok situasi keliling aku bukak mata kejap kejap. Dalam banyak banyak perasaan tu , the top one is aku rasa aku jatuh dari tingkat 15 tapi sampai G Floor aku diselamatkan. Perghh! Tak boleh blah ade budak kecik watlek watcool je maen bende alah ni , tercalar maruah aku kejap , hehe.



Habes Dna Mixer budak ni terus serbu Spinning Orbit ni. Arghh , susahnye aku nak gambarkan bahawa aku memang tak beri kepercayaan 100% pada benda besi and belt yang ade kat situ. Nobody’s screaming at here tyme kiteowang naek tu , tapi agak muke aku pucat kot mase tu. Kalo die pusing background die gambar angkasa lepas , i’ll be fine. Tapi dekat je dengan laluan roller coaster , bangunan-bangunan yang laen. Perghh , rasa cam kaki gua cecah je kalo pijak situ. Wuuu~ Kat sini aku da rasa pening sikit.


Next. Bende ni cam best je , aku duduk couple sit dengan Mira coz Debot tak main. Semua game yang kiteowang maen tak review pun other people maen, kiteowang hentam kromo je. So, aku yang duduk bahagian dalam tak expect pun bila berpusing aku akan menghimpit Mira yang duduk bahagian luar. Ekeke , keras jugak tangan aku genggam tiang kat tepi. Bila aku tarik, die tolak balik aku , tarik...tolak...tarik..tolak..hmm. Best , kiteowang die bagi dua round.


Yang ni best. Yang ini aku langsung tak cuak. Aku duduk sorang je sebab masing-masing dah ade cople kan. Btw , aku dengan yang laen memang suke naek yang ni. Naek sampai dua kali. Kalo boleh nak lebih , tapi disebabkan kesuntukan masa tak dapat la nak try sampai lebam. Fuhh~ Yang ni tak payah jerit-jerit kot. Peace. Layan masyukk je naek ni.

Space Attack dengan Supersonic Odyssey ( roller coaster ) aku tak maen pun. Sudahlahh. Debot ngan Mira je try roller coaster tu , Debot cakap ; Dna Mixer lagi scary berbanding roller coaster. See!!??? Hmm,. Lepas habes bahagian Galaxy Station kiteowang try yang aman lagi damai ni pulak. Menyesal kejap sebab patutnya kite kene warm up dengan game yang ringan-ringan dulu. Ni tak , terus serbu yang ganas , patutle trauma.

FANTASY GARDEN

Ada 8 game kesemuanya. Tapi kiteowang juz maen 5 sahaja. Yang laen tu kanak-kanak sahaja kot.


Botanic Drive.
Konon nak feeling-feeling bawak kereta sendiri , boleh la merasa kan. 3 round sahaja. Nak feeling jadi bebudak tekan hon tak tentu fasal pun oke.


Fantasy Trail.
Kat sini die akan bawak kite pusing satu Fantasy Garden tu. Akan ade satu laluan gua , and pemandangan die sungguh ohsem. Sesape yang berpakaian puteh , nanti baju korang akan bercahaya. Kanak-kanak pasti suka , so kiteowang pun excited jugak baju kiteowang terang benderang gitu , so kiteowang pun feeling kanak-kanak. Tyme tengah feeling-feeling nak bergambar ade satu pekerja kat situ konon nak tolong tangkap gambar kiteowang , posing baekkk punya sekali tengok , blank. Fon Lynn canggih sangat ni. Adoi.


Crazy Bus
Ini agak kelakar jugak lahh. Kiteowang yang da besar gedabak still lagi nak naek jugak permainan budak budak ni *eh , kita bayar la*. Except Mira yang dahaga pergi beli air , kiteowang pun maen benda alah ni , tyme die naik kiteowang ; Aaaaaaa..... . tyme die turun kiteowang ; Uuuuuu... . Sengal tak kat situ sampai budak depan kiteowang pandang-pandang , ‘Apehal kakak ni? Jakun ke macam mana?’

Buddy Go Round
Yang berempat naek kuda , aku je yang duduk dalam kapsul sengsorang. Aku pikir die akan pusing-pusing macam naek cawan , rupenye tak. Kfine. Beberapa minit sebelum benda tu bergerak , ade dua orang kanak-kanak comel lagi vogeh konon nak tumpang kapsul aku sebab kuda laen sume da penuh. Aku pun benarkan je la , guess what. She’s so talkative and her sister so damn cute. Da budak ni tanye umur aku bagai sekolah mana bagai aku pun layan je laaaaaa~ Lalalalaaaa~.



Robo Crash
Kiteowang queue , tapi untuk intake ketiga baru dapat masuk. Sesungguhnya memang ramai nak maen game ni. Even aku rasa kurang 5 minit je pusing-pusing stereng kereta tu.

Balek je rumah , terus badan sendi hape sume lenguh-lenguh. Penat lah sangat kann. Effect besar die disebabkan oleh Dna Mixer tu la. Dah shake + mix ape sume terus sengal sengal. Ekeke , btw nampaknya impian aku untuk ke Genting Highlands rasanya macam tak tercapai je lepas aku merasai sebahagian game yang agak serupa kat Cosmo’s World ni. < --- Nama lama.
Kbye.

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

7 comments:

Quera Aini said...

woow.. betnye :)

ain fazlin said...

DNA mixer tu best kan.. -_- rsa dah nk pengsan naik bnda tu.. ahaha

Izzati Amira said...

@ain fazlin ; kann?? rasa nak pengsan tu ade sikit. tapi rasa tak nak naek dah tu mmg banyak..hahah

Liza Licha said...

salu je g times square .tapi tak pernh naik pon bnda alah tu.
sebb penakut. hihi

Farah Arina said...

bestnya , teringin pulak nak pergi , hehe :3

Izzati Amira said...

@Farah Arina

nanti try pergi and main okay. hehe

Atika Baharudin said...

oh really dah ade nama baru? wow... bestnye,, qaqa dah lama tak pegi T_T last pegi tahu lepas . sobs sobs....