HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, December 30, 2012

Dokumentari : Key-El , Day 1.


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Tajuk nak gempak je aku ni kan? kan? Hehe. 3 hari 2 malam di Key-El secara keseluruhannya. Dua minggu sebelumnya just cakap-cakap je , kendian konfem pada parents sesape yang dapat join and 5 days before pergi Key-El aku dah plan mane nak pergi , mana tempat yang best and ohsem. Weee~

Pada 27 Disember yang lalu , bas dari Alor Gajah ke Seremban bergerak pada jam 8:30 pagi and aku serta Debot bertolak awal dari rumah dan bertemu di AG Sentral. Masing-masing konon excited kann , and aku yang tiada pengalaman naek bas ni bergantung harapan pada Debot je lahh. Hahah.


Sampai je kat Seremban , kiteowang bergerak ke KTM dan beli tiket ke KL Sentral. Dua stesen seterusnya adalah stesen Nilai , so kami berdua tunggu Lynn dan member die datang. Dapat kawan baru , Anith namanya. Untung Anith ni peramah , kalau die pun senyap jadi batu , aku apetah lagi.

Then , jumpe Paen kat KL Sentral je. Hi Paen. Aku agak sedikit ladylike tyme tuh bak kate dorang , walhal memang aku keluar ngan femly aku , will wear wedges. LOL.

First thing , kita kenalah menjamah makanan dulu kan. So, tempat makan adalah pilihan aku, iaitu Taste of Asia Food Court. Kat situ bagi korang yang nak merasa pelbagai jenis makanan tradisional negara-negara Asia ade la dekat situ. So , pilihan aku adalah , BiBimBap or dalam kata laennya nasi yang bercampur dengan sayur-sayuran serta daging yang agak rangup gitu. Bagi aku yang lidah melayu ni boleh la kot kalau nak try rasa kann.


Cara nak makan , kene gaul kesemuanya dulu dengan muka penuh kenikmatan. Dorang cakap muka aku semangat je tyme gaul benda alah ni, heheh. Sup kat tepi tu pun sedap kalau nak makan bersama BiBimBap ni. Side dish yang dia bagi kentang dengan kimchi. Kimchi tu memang aku tak sentuh sebab aku review jugak ramai lidah melayu tak boleh terima. Paen yang terus ngapp pun luah balek. Sambal yang die bagi pun kurengg ar dengan lidah aku , tapi aku masukkan je biar rasa pedas itu ada. Korean Tea kat tepi tu pun aku tak sentuh. Hmm, teh hijau pun aku tak layan apetah teh yang pelik-pelik berherba ni.


Ini Paen yang order. Mulenye die nak Kimchi Ramen , aku tanya die banyak kali , kimchi da la tak sedap , kang tak sentuh langsung Ramen tu kang. Aku pun try rasa , sama je macam megi kedai Mak Timah sebelah rumah aku ni.


Muke happy lettew dapat rasa makanan tradisional korea kannn.


Lepas makan kiteowang rehat and relax-relax kejap buat pape yang patut then terus masuk theme park tanpa membuang masa lagi. Yeayyy. Perasaan tersangatlah teruja tyme ni. Wooooo~


Aku tembam. Aku tembam. Aku tembam. Yeayy. We are having fun last Thursday , gonna miss that moment till the end.

Lepas ni , kite planning tempat laen pulak yerr. Ekeke,

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

No comments: