HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, May 29, 2012

Persiapan ke UITM : Part 2

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Alhamdulillah. Segala barang persiapan aku dah siapkan hampir kepada 80%!! Boleh tahan ler tu kan. Tapi, yang gua mencanak ase nak mengamuknyer, gua da habeskan RM+++ untuk beli itu ini. Whoaahhh, haritu tyme PLKN, kali niyh tyme masuk U lakk. Tahun niyh banyak habes duet kat aku sorang je. Aku harap nanti, aku boleh banyak habiskan duet untuk keluarga aku jugak suatu hari bila aku sudah berjaya. Doakan yang terbaek untuk aku guys!

Untuk episode hari ini. Lepas balek dari kerja, aku, Mak, Abah and my last younger sister, Adeq pi Masjid Tanah (MT). Untuk tambah sikit sikit pape yang patut. ( Huh, sikit apekebendenyer!! ). Ehem ehem. Mulanya kiteowang pergi nak cari kasut dulu, kasut hitam kat satu kedai uncle tu. Tapi design die aku tak bape nak minat arhh. Pergi kedai kasut laen pulak. Yang minat ade, saiz pulak terlebih kecik and besar! Haishhhh. Dah la kasut tu nak pakai untuk sehari je. Takpe..takpe..simpan untuk adek adek kang...

Hmmm, then ade part part yang aku tak bape nak ingat sangat aku skip oke. Kiteowang pergi beli tudung pulak. Almaklumlah, untuk remaja simple yang tak reti gilos nak dress up niyh biasa biasa je. Pakai bawal dua tone sudah. Yang rambu rambai and cun cun cam u olls pakai tu saye tak reti nak sarung lahhh. Untunglah muke comel. Saya tak. Manis jer #mencelah.

Satu lagi. Aku memang kureng giler dengan beg tangan niyh, kalau bab kasut , aku on! Haha. Aku patah balek kat kedai uncle uh sebab nak beli beg galas ala ala ladies tu. Ye la, aku da la tak ade sangat beg beg tangan niyh, beg sekolah ade la. Kang nak taruk barang keperluan takkan nak gune beg plastik kan? kan? Hadoi. Uncle tu tanye sama ada aku da jumpe kasut hitam yang aku cari. Aku cakap la sudah. Then mak aku cakap aku nak masuk U kat uncle tu.


Then uncle tu terus puji aku tawww. Bukan puji sebab masuk u. Puji sebab aku anak yang bagus. Masuk u pakai kasut sekolah je u olls. Kalau anak anak macek laen, nak masuk u kang kene pakai high heels taw. Nak kasut yang lawa lawa tumit tinggi. Dalam hati aku nak gelak guling guling je depan uncle tu tahu. Walhal kasut hitam tu aku nak pakai sekali je, untuk hari hari laen ofcoz lahh aku pakai kasut sarung..hmmm, tapi bukan high heels or kasut tapak tinggi lah kan. Kalau dibenarkan, konfem aku akan pakai. Hehe.

Kat sini aku nak share sikit barang barang yang aku senaraikan untuk bawa kat sana. Makluman, kalau dapat U kat Melaka, dorang memang takkan hantar surat sekaligus tak dapatlah buku panduan tu kat tangan korang. Uitm Segamat ade. Hoho. Aku da try search tapi tak jumpa, akak kedai sebelah tu cakap nanti die bagi link. Buku panduan die pun da hilang mane ntah. Huhu~ Gambar gambar aku tak snap pun. Kalau ade pun mungkin sebahagian. Tapi tidak untuk post kali niyh. Mianhe.

Bantal , Lampu suluh, Baldi, selimut, cadar tilam, loker mangga, ketik kuku, kapas telinga, note book, payung, anak tudung, thermos, hanger, plastik sampah, iron, tuala, stoking, bekas toiletries, berus gigi, ubat gigi, tisu basah, berus badan, sabun, syampu, sabun baju, fail, pencil case, kalkulator ( subjek cam aku ), selipar, sport shoes, kasut sarung, t-shirt, track suit, sepit baju, getah rambut, sikat, kerongsang, telekung, charger, surah yasin, tisu, tudung, baju kurung dll, minyak angin, earfon dan paling penting Handphone! Haha.

Ade barang barang yan tersirat tak perlulah aku kemukakan kat sini, pandai pandai korang lah erk. Kang, kalo aku rajen, aku share sikit, barang persiapan aku kat sane nanti! Kbye. Lots of love.

Rujuk >> FAQ UiTM sebelum bertanya.


Kbye



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, May 28, 2012

Persiapan ke UITM : Part 1

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Title tak bape nak gempak. Sorry. Baeklah, kurang seminggu lagi aku akan dapat title 'Siswi' , hmm tak excited mane arhhh. Sebab untuk permulaannya, aku adalah junior. I hate to become a junior. Masa aku form 1 dulu, aku tak bape nak rasa diri niyh junior sangat coz waktu tu, form 1 and 2 kelas petang. Form 3,4,5 and 6 kelas pagi. Naek form 3 pulak aku sekolah laen. So, tak rase sangat lah.

Harini, aku borak borak sikit ngan akak kedai sebelah. Dulu, die Uitm Alor Gajah, tapi skang kat Uitm Segamat. Aku tanye macam macam arhh kat die. Tak lah 'macam macam' sangat. Aku tanye dari bende yang sekecil kecil maklumat. Haha. Contohnya, keluasan bilik, katil tingkat atau tak, tv, mesin basuh, wifi dll. Kakak tu cakap, untuk part 1 niyh ( junior ) kiteowang memang wajib duduk tingkat atas. Tak boleh duduk katil tingkat bawah. Kene ikut cakap senior. Mane tahu kang senior bawak geng geng die masuk bilik, mesti duduk atas katil korang an? an? Der, sumpah gua tak suke orang luar masuk bilik gua lepak lepak. Mesti selerak. Biar aku je yang selerakkan bilik tu, orang laen tak boleh. Tunggu le aku jadi senior kang!! Ehem ehem.

Tak semua barang aku dah prepare. So, aku still risau sikit coz aku taknak dah sampai sana kang, itu ini tak cukup, tertinggal. Naseb baek rumah dekat, tetibe bersyukur dapat Alor Gajah. Haha. Btw, yang saing ngan aku nak masuk UITM kang, sila klik video kat bawah ni. Persediaan Minggu Orientasi UITM <3 Super simple video niyh and korang pun takkan rasa bosan layan video niyh. Cekidaut!

Persediaan Minggu Orientasi UiTM

Rujuk >> FAQ UiTM sebelum bertanya.

Nanti, aku update barang barang yang bakal aku bawak kat sane nanti. Preparation yang sama cam nak pergi PLKN. Aiyakkkkk. 

Kbye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, May 21, 2012

Cokelat , tyme budak budak.

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Idea niyh dah lame tersimpan dalam sebuah buku catitan semasa aku berada di PLKN dulu. Tyme tu, nak menunggu waktu solat Isyak sambil dengar ceramah, aku dengan Marina buat hal sendiri kat belakang. Hehe. Idea niyh timbul secara tak langsung kot. Rindu zaman kanak-kanak. Hehe. So, aku yang bawak buku catitan kemana sahaja tu pun conteng conteng lah gambar gula gula or cokelat yang kiteowang selalu makan tyme kechik kechik dulu. Korang pun pernah kan?

Semua orang ada pengalaman menjadi kanak kanak yang suke makanan ringan <3

Hampir semua gambar gambar yang aku cari kat google dijumpai. Alhamdulillah, menggamit memori.....klasik nasional... *tetibe. First of all, semua sumber aku search kat google je. Sebahagian gambar yang aku search ni pulak, kebanyakan ade sesetengah blog yang own sendiri. Korang boleh tengok kat gambar yang ade watermark dorang lah kan. So, aku nak ucapkan terima kaseh and izinkan aku nak share pengalaman aku jugak mengenai makanan ringan kanak kanak kesukaan aku and korang tyme dulu-dulu. Hehe.

Pertamanya, aku tak bape nak sure nama asli jajan ni hape. Aku just sebut yang aku tahu or panggilan manja aku kat jajan niyh sume. #Wahaha


1.  Namanya tidak pulak aku ketahui. Tapi, seingat aku, kalau bukak sarung die niyh, die ade dua kaler campur coklat. Kengkadang je beli tyme kechik kechik dulu sebab nak merasa. Tak minat sangat coklat.

2. Coklat ubat doktor. Tu nama yang aku panggil kat coklat tu. Masa aku sekolah agama dulu, tyme rehat selalu beli mende ni banyak banyak then kiteowang maen doktorand pesakit. Sape saket jantung, bagi perisa oren. Haha. #Hamek ko, siap ade saket jantung tu!!!

3. Choki choki. Dalam kategori coklat. Dulu, lepas habis sekolah, selalu beli mende alah ni sebelum tunggu bas datang amek. The best part, teringin nak pakai inai sangat, 'ukir' je kat tangan corak bunga bunga then jilat. #yucksss. hahah.

4. Sugus panjang. Yang ni memang aku suke beli sebab die sedap++. Mende ni jimat, kalau da kenyang makan separuh tu, boleh simpan sambung besok. Haha. Boleh lentur lentur macam pembaris mudah lentur tu plak kan.

5. Coklat cermin mata /  bentuk 8. Mula mula, makan warna coklat yang tak berapa disukai dulu. Yang warna cun cun kite simpan dulu. Kalau dah habes semua tu, bersiap sedia jadi Batman!!!

6. Coklat susu. Ekcely, coklat niyh campuran susu kan. Gua suke makan perisa strawberry , jagung and coconut.

7. Coklat 1 sen. Sebab die kechik and duet 1 sen dulu plak warna hampir sama kan. Kalau nak maen maen tu, nak 1 sen.. 2 sen.. 3 sen.. kayo...kayo...

8. Coklat petak petak. Maen letak je nama dulu dulu ni. Hehe.


9. Pizza / Burger jelly. Dulu, kempunan nak makan pizza tu tak dapat, kat kedai runcit pun jadi la. Murah pun murah harga die. Cuma rasa die dah 'over' cikit. Hehe. *masam*. Aku tak makan kesemuanya sekaligus, kene satu demi satu. Kat kedai Timah ade jual, dah lame sangat tak makan, aku pun beli je la. Hehe.

10. Keropok durian. Keropok paling awesome and sedap. Truly rase durian even die gune 'Perisa tiruan yang dibenarkan' tapi rasa die still awesome. Hehe.

11. Keropok jagung. Dalm plastik ada due je, kene jimat makan ngaap ngaap.

12. Super Ring / Chicken Ring / BIKA . Dulu, hanya 3 jenis kopok ni je yang ngam ngan aku, yang laen sume tak sedap. Haha. Yang ring ring tu, kengkadang selalu pakai buat cincin. Cincin emas takde, sampai ke semua jari aku kasi pakai cincin. Heheh.


14. Lolipop. Lolipop kengkadang je beli coz rase die manes sangat. Takut rosak gigi kalau selalu makan. Dah gongak dah ni haaa. #kidding.

15. Nano nano. Tyme kechik dulu, niyh gula terbaharu siap ade iklan mak bapak anak anak keluar. Teringin nak rasa kite pun beli. Kalau kat umah, lepas makan terus menari nari and menyanyi cam dalam iklan Nano tu. Haha.

16. Gula asam boi. Gula gula niyh memakan masa yang lama untuk hisap bagi hilang warna kuning tu untuk mendapatkan asam boi, pe susah beli je la asam boi yang sedia ada. Hehe.

17. Coklat payung. Ni pun femes jugak dulu. Payung sebenar korang sume tak boleh nak gigit kan? Comel je coklat payung ni, rasa nak simpan buat koleksi jee.


18. Kiddies. Berperisa coklat. *tak bape nak ingat kenangan tyme kechik dengan coklat ni, hehe*

19. Gula gincu / Push pop. Sesape yang dah kechik kechik teringin sangat nak pakai gincu tapi mak tak bagi, boleh try yang ini. Nak pakai 10 lapis pun its oke.!

20. Sugus. Kengkadang kalau nak beli 4 = 20sen, aku amek yang laen laen kaler la.

21. Aiskrim pop. Yang ni memang tipu arhh kalau tak pernah rasa, aiskrim paling popular tyme budak budak. Femes. Top. Sume dapat kat aiskrim niyh tahu. Kalau nak share ngan member, belah dua. Jimat even satu 10 sen je.

22. Sagun. Dulu tyme gua pengotor sikit, letak dalam mulut sikit, then pura pura batuk, terhambur semua dalam mulut. Konon. Hehe, pembazir betul. Hehe.


23. Gula kaki meletop. Suke makan serbuk die je sebab die suke meletop dalam mulut. Macam makan bunga api pulak.

24. Gula gula udang. Yang pastinya, ISI die aku tak makan, aku makan yang plastik die je. Plastik sahaja.

25. Nyam nyam. Feveret jugak bende alah ni, coz dalam die macam corn then kita 'cicah' ngan koko. #whoaahh

26. Gula gula fruit plus. Femes jugak sebab banyak perisa and harga die 2 = 10 sen. Murah murah. Sedap.


27. Chewing gum bulat. Tak prefer sangat yang ade dalam gambar, tapi yang lagi satu design die. Masam, then manis. Nyumnyum.

28. Chewing gum. Sekarang pun still makan tapi kadang kadang. Dulu rajen beli coz dulu ade sticker ninja yang konon macam tatu tu, hehe. *tak padan dek pompuan aku ni. Tatu ninja!!

29. Nini. Suke makan ala ala hisap rokok gitu. Kemain.

30. Tora. Beli benda alah niyh sebab nak game die je. Coklat bulat bulat uh kengkadang makan, kalau taknak kite kasi adek makan je. Hohoho.

31. Drops / coklat dalam tin bulat yang ade bedak. Suke sangat makan benda alah ni sebab sweet!!!! Bila dah habes makan sume tu, serbuk gula die kengkadang makan macam tu je. kengkadang buang terus. Hehe.

Ade banyak lagi gula gula tyme kite kechik kechik selalu makan. Tapi dah try search kat pacek google, gambar die takde. Kalau korang still boleh ingat ....

i ) Coklat ferrero rocher klon - Haaaa. Ferrero rocher yang asli mahal kan, kalau kat kedai runcit 10 sen je. Hehe.

ii) Gula gula cincin - Bentuk nya macam puting baby, gula die macam rainbow + puteh gitu.

iii) Gula gula dapat cincin - Gula die bentuk panjang, then kat atas die tersangkut cincin 20sen. Murahh. Nak beli cincin emas takde duet. Zhulian apetah lagi. Kat kedai runcit je la. Heheh.

Credit : pacek google dan pihak yang berkenaan.

Suka ENTRY ni?? KLIK SINI yer!! (:

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, May 8, 2012

Result UPU : Alhamdulillah

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Berkemungkinan besar entry ini sangatlah panjang! Wallahualam.

Ehem. Ehem. Hai awak-awak semua. Kat fb and twitter semalam jadi trending sama ada dapat atau tak. Tapi hari ni sonyapp ja. Haha. Hmm, ekceli aku pun tak terlepas nak share ape perasaan aku semalam and baru sebentar tadi kat korang. Well, i’m pass. Alhamdulillah. Doa aku tiap-tiap hari dimakbulkan. Alhamdulillah, again. As usual, aku bekerja seperti biasa dari Isnin hingga Jumaat. Semalam berkocoh-kocoh ngan Timah memikirkan fasal result upu tu. Yelah, kalau tak dapat hati mana yang tak kecewa kan. Bincang ngan Timah pikir nak semak result dalam petang petang gituu. Hakikatnye, tak sabar and macam macam idea gile pikir, tepat jam 12 kiteowang sent. Hehe.

Takde la dapat jawapan serta merta kan. 15 minit kemudian baru le dapat jawapan. Aku orang yang dapat mesej dulu. Alhamdulillah, happy then aku pergi kat kedai Timah bagitahu berita tu. Timah pulak risau fasal result upu tu. *skip cerita*. Aku diberitahu aku dapat kod dip yang aku dapat tu, tapi aku tak taw dip ape. So, aku text sys aku and die nak tolong check-kan. Tak lame lepas tu die cakap aku dapat Dip. Sistem Maklumat Perakaunan. Pilihan ke-5 aku. Haha. Hmm adekah ia berkaitan dengan komputer-komputer jugak? Sesungguhnya aku cetek dalam ape yang akan aku belajar dalam dip niyh. Kalau melibatkan komputer. Memang aku suke arhh citer die. 24 hours ngadap laptop, jangan sampai aku pakai spec sudah. Oh no! Tak boleh dibayangkan!

Balik rumah aku konfem kan melalui semakan online pulak. Hmm, betul lah tu. Nama aku tertera kat situ. Yang aku sedihnye, takde sapa yang bakal menemani aku di sana nanti. Takde kenalan lagi di tempat baru. Sesungguhnya aku kesepian. Kenapa tiap-tiap kali macam niyh? Cian aku. Huhu.


Hari ini. Check plak UITM mane yang aku akan belajar kang. Seperti yang sudah dijangka, UITM Alor Gajah a.k.a UITM Lendu. Hmmm, dekat cinonetnyer lahhh!! Ekcely, aku takde hati sangat kat Lendu tu sebab aku da pernah pergi sana sekali. Da tahu persekitaran die. Da tahu kat mane kuliah, library , dewan dll. So, rasa cam tak SUP-RI-SE lahhh. Aku rasa macam dah tahu banyak benda kat sane. Even ‘rasa’ je pun. Haha. Dah dapat kenal pasti abe abe hensengg kat sane. Tak SUP-RI-SE lah gini. Huhu.

Tapi nak buat camne kan. Peraturan mane boleh ubah ubah tempat belajar. Yang aku jelesnyer, member aku dapat yang jauh-jauh. Aku? Hmmm. *pakk*. Tepuk dahi. ‘Bersyukurlah zati...haishhhh..’... Tarikh pendaftaran pulak tepat-tepat kene dengan event Reunion bapak aku and sedara aku nak bertunang. Mak aiiiiiiii. Hmmm. Lagi sebulan nak pergi daftar pun kan. Banyak benda yang harus aku buat untuk prepare sume-sume niyh. Ke aku patut goyang kaki dulu? Haha. Ade sesape nak kongsi pendapat fasal tawaran yang aku dapat niyh? Mwehee~

Btw, tahniah aku nak ucapkan kepada rakan-rakan seangkatan batch ’94 yang dapat Matrik, U , Poli and masuk form 6 niyh. Yang penting, kat mane je kite pergi, belajarlah sehabis baek mungkin demi masa depan keyh. Ingatlah, kita kene balas jasa ibu bapa kite tahu. Aku harap sangat aku pun dapat buat macam tu. Doakan aku. Thanks kawan. Kepada yang nak sangat masuk U tapi terlepas, silalah buat RAYUAN. Saya support anda untuk membuat rayuan walaupun peratus dapat atau tak sebanyak 1% jer. Janji kita berusaha oke!!.

Takde lah panjang sangat post aku niyh kan? Kan?

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.