HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, June 24, 2012

Teletubbies

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Main picture , Teletubbies. Oke der, ekcely lecturer aku yang timbulkan isu niyh dulu.. Apekah? Rahasia ( Kalau nak tahu search sendiri kat google okeh ). So, bile die dah timbulkan isu niyh, teringat pulak tyme aku kecik kecik dulu yang merupakan seorang kanak kanak yang setia menonton Teletubbies di kaca tv. Masa tu, kalau tak silap ditayangkan di saluran TV2. Setiap pagi.

Nak habaq mai and kalau kalau korang pun merupakan salah seorang member yang setia dulu kann. Teletubbies niyh khas disasarkan untuk tontonan budak pra-sekolah. Tadika or Tabika lah kan or sama waktu dengannya. Macam aku dulu dulu, pacek aku and paksu aku pun tengok jugak benda alah niyh. Hewhew. Takde tua mana dorang pun, beza aku ngan paksu aku pun 5 tahun jeaa. So, maknenyer die dalam golongan kanak kanak lagi lah kan.

Program niyh ade 4 main characters die iaitu Tinky Winky, Dipsy, Laa-Laa, and Po. 


Tinky winky ( Purple ) : Teletubby yang pertama , paling besar ( tua ) dalam kalangan Teletubbies yang laen. Antenna kat kepala berbentuk segi tiga terbalik. Karakter niyh merupakan pilihan adek lelaki aku yang muda setahun dari aku.

Dipsy ( Hijau muda ) : Teletubby yang kedua dan antenna die berbentuk dipstick, sebab tu nama die Dipsy. Karakter niyh jadi pilihan pacek aku yang tua 6 tahun dari aku. Hehe. Ekcely, pacek aku kene mengalah ler sebab karakter niyh je yang tinggal selepas aku, adek aku and paksu aku pilih yang masing masing suke. Haha.

Laa-Laa ( Kuning ) : Teletubby yang ketiga dan agak keperempuanan sedikit and antenna die agak kerinting sedikit. Karakter niyh menjadi pilihan utama aku ler. Haha. Sebab die comel and cute ( same jer kot! ). Nampak cam ladylike sikit kan, so aku je yang perempuan berbanding pacek, paksu and adek aku. Derr.

Eh Oh!

Po ( Merah ) : Teletubby yang ke-empat. Paling kecik dan yang paling muda dibandingkan dengan yang laen. Antenna die macam bentuk korang maen belon buih buih tu. Pilihan paksu aku lahh sebab paksu aku kan anak bongsu dalam kalangan adek beradek die. And and, adek aku da pilih purple, aku pilih kuning, so pacek and paksu aku kene pilih antara dua lah. Huihui.


Memperkukuhkan lagi tahap kesukaan kiteowang kat Teletubbies niyyh adalah, pada suatu hari kiteowang as keluarga yang amat besar niyh pergi cuti cuti Malaysia ade satu tempat tu ada macam pasar jual jual baju...and so on. Disebabkan dah malam sangat, kiteowang tak sempat nak check in hotel pun, so just tidur kat luar je lahh. Kesian. Kat Johor tyme tu, aku pun kechik lagi. Before that,  aku ngan adek laky aku niyh nampak le ade orang jual patung Teletubbies niyh. 


Adek aku dapat Teletubbies Tinky Winky yang agak besar jugak lah mungkin dalam ketinggian budak 4 tahun. Sampai sekarang patung Tinky Winky ada dalam 'jagaan' kiteowang. Hoho, apekah? Memang ar patung tu wujud lagi kat rumah ni, tapi dah kene henyak henyak, hinjak hinjak, poket tah kemana, mulut tah kemana. Tinggal mata je. Hehe. And untuk aku pulak, Laa-Laa sebesar saiz kasut saiz 8. Comel, tapi hilang entah kemana. Wuhuuu~ Kenangan kann.

Macam macam jenis kartun yang kiteowang layann. Bese arr. Budak budak..

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, June 9, 2012

Minggu Orientasi ( MDS )

Note : Bahagian atas entry adalah mengenai pengalaman aku semasa MDS , kalau nak tanya preparation , tengok bawah sikit.

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Sape rindu saye sila buat muke 'cool'! Kfine, ramai yang tengah buat muke cool sekarang ni and ramai rindu saya haha. Please jangan cepat cepat tukar reaction!! Lebih kurang seminggu gua tak update blog an? an? So, dalam seminggu uh memang bermacam macam perkara yang telah pun berlaku. Past tense! *tetibe.

2 Jun yang lepas gua menjejakkan kaki ke Uitm berdekatan. Dekat cinonet jaa. Sampai sana lepas daftar bagai ape sume gua ditempatkan di kolej kediaman yang agak baharu. Alhamdulillah, besar rupanya kawasan Uitm Lendu ni. Kolej baharu tingkat paling atas sekali aku dapat. Weyh...penat seyhhhh kalau tertinggal barang. Mak ai.


Satu bilik dua orang sahaja. Kalau kolej lama satu bilik 4 orang. whoaa, privasi sikit. And and, tak campur ngan senior. Kami berdua budak baru a.k.a Part 1. Roomate aku budak Johor. Namanya ade ala-ala feveret adek aku, just call her Mira. Kiteowang berdua sama kos and 24 hours kiteowang bersama ke hulu ke hilir. Hehe. Tapi, harini bile da dapat jadual, kiteowang dah berpisah kelas..aiyooooo. It's oke. Berdikari keyh!

Satu minggu ini sahaja kiteowang join orientasi a.k.a MDS ( Minggu Destini Siswa ). Start dari hari Sabtu and berakhir Jumaat ( semalam jam 1.00 pagi ). So far...so good! Tiap tiap hari kiteowang akan menapak dalam 1km lebih mungkin. Bukan jalan straight, tapi bukit bukit belok belok. Perghh. Ter-uji tahu. Nak nak pulak, ke sana sini pakai baju kurung and kasut sukan. Perghhh. Berlecak!!! Oopss!

Even dalam DTS ( Dewan Taming Sari ) pasang air cond, tapi bukannye sekali kau masuk dalam terus peluh and panas hilang. Hussshhh. Paling best bangun seawal 4.40am and tidur selewat 12 ke 1 pagi. Paling best. Tapi itu barulah namanya Minggu Orientasi.


Well, sepanjang minggu tersebut, kiteowang dibawa melawat ke sana ke mari, berkenalan dengan Rektor kiteeowang... Dr Mizan.  The best part, abang abang and kakak kakak PM ( Pembimbing Mahasiswa ) memang the best. Dorang punye semangat kental giler ad sometimes tegas jugak nak pimpin kiteowang niyh sebab sumenyer begau. Wakaka. Tanpa MDS , kiteowang mungkin akan blur 100% bile jejak kaki masuk U niyh, and aku rasa mesti ramai giler yang bengap bengap tolol tolol sebab tak tahu kelas kat mana, jadual kat mane, fakulti kat mana , semua tak tahu. PARAH! Big thanks untuk abang abang and kakak kakak PM! Thank you.

Note tambahan : Aku nak share kat bakal-bakal junior kat luar sana tu especially yang nak jadi budak part 1 tu Minggu MDS niyh memang sangat menguji mental dan fizikal korang sebab dalam seminggu tu matahari belum naek korang dah kena bangun dari tidur and ke hulu ke hilir tengah malam baru sampai kolej untuk berehat. Tidur pun mungkin dalam 4-5 jam je. Tapi masa aku MDS dulu , kakak dengan abang PM seboleh-bolehnya nak kasi kita semua tidur awal , asalkan kita semua bagi kerjasama. Mengantuk dan letih tak cukup tidur setiap hari tu memanglah biasa , tapi korang dapat rasa pengalaman tu hanya dalam masa seminggu je. Waktu MDS je , jalan naik turun bukit tu seminggu sahaja. Doakan yang terbaik untuk korang wokeyh. Selamat datang ke UITM.

Next week da start kelas. Baru salin jadual hari ni. InsyaAllah akan ku belajar bersungguh sungguh untuk mencapai gelaran yang aku mahukan. Ada dua gelaran yang sangat sangat aku idamkan. Hopefully, aku akan belajar bersungguh sungguh untuk itu. Aku harapkan korang doakan yang terbaik untuk aku agar tidak mudah terleka terikut ikut gejala yang bukan bukan. Assalamualaikum. =)


Update : 28 Mei 2013.

Actually , entry asal nak mengisahkan fasal kehidupan aku di Uitm semasa aku berpenat lelah waktu MDS tak cukup tidur bagai tu. Memandangkan , mostly viewers datang ke blog aku bertujuan untuk mengetahui fasal MDS dan UITM. Aku buat entry tambahan sedikit untuk makluman para juniors yang bakal memasuki Minggu Destini Siswa/Siswi atau Minggu Orientasi di Uitm.

Pertama. Tempat tidur sudah pasti lah ianya disediakan. So, jangan risau.
Kedua. Makanan pun disediakan. Free. Tapi kalau korang nak bawak makanan tambahan pun its okay. Ada masa korang boleh makan.
3. Barangan berharga seperti laptop tidak disarankan untuk dibawa sebab waktu ni korang sangat super busy. Masa akak MDS dulu, jiran bilik kiri kanan depan  pun tak sempat nak tengok muka. Hehe.
4. Minggu macam ni barang keperluan yang nak guna sahaja bawak , yang tak bape nak penting nanti , habes MDS korang boleh balek rumah. Bagi yang duduk jauh and fikir TAK AKAN balek rumah tu, terpulang kepada anda.
5. Minum air banyak-banyak. Jaga kesihatan diri pada minggu MDS niyh.
6. Free hair? Minggu MDS mewajibkan anda untuk memakai tudung.
7. Kasut sukan perlu sebab kalau Dewan yang bakal gunakan tu jauh dengan kolej/asrama anda , memang harus untuk berjalan kaki. So kena pakai kasut sukan. Tak tahulah kalau dah tukar sistem naik bas sahaja atau apa-apa je.


Kebaikan MDS.
1. Bertujuan untuk menyesuaikan diri anda selaku pelajar untuk lebih mengenali mengenai Uitm.
2. Pembimbing MDS ( PM ) akan membantu korang mengenali Uitm dengan lebih dekat.
3. Berkenalan dengan pelajar lain dimana kos yang diambil adalah berbeza.
4. Mengenali blok-blok di Uitm dimana ianya merupakan kelas anda untuk belajar sampai habis sem.
5. Hafal lagu Uitm.
6. Kenal dengan Rektor Uitm, Timbalan Rektor Uitm dan orang-orang kuat Uitm.
7. Berkenalan dengan Ketua Fakulti korang sendiri , para penasihat.
8. Lastly? Berkenalan dengan hotstuff Uitm!! Bhahaha~ I mean... Senior korang lahhh. Hehe. dll.

p/s : Selalunya hari terakhir MDS iaitu acara penutup anda akan diminta memakai baju kurung putih dan kain hitam bagi siswi. Tudung mungkin akan disediakan oleh pihak Uitm ataupun pakai tudung kaler putih takde corak. Bagi siswa, kemeja lengan panjang putih, seluar hitam dan tali leher yang disediakan pihak Uitm, InsyaAllah.


Follow IG @dropshipmina untuk gelang Pandora cantik-cantik dengan harga below RM30 okayyy!!

Have fun okeyh. Boring tu memang ada. Pandai-pandai korang lah macam mana nak atasi masalah keboringan korang tu nanti ye u olls.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.