HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, December 31, 2012

Texas Steak House , Cheras.


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Malam sebelum saya dan Debot pulang ke negeri masing-masing kami mengunjungi ke Texas Steak House for our dinner. Disebabkan pilihan aku sebelum ni adalah Taste of Asia Food Court , so pilihan Debot pulak Steak House. Nak sangat kann.


Lupa pulak nama steak ni. Tapi ini pilihan Debot dengan air Apple Asam Boi.


Ini pulak pilihan Mira bersama air Limau Asam Boi.


Ni air aku yang tersangatlah sedap sampai habis licin aku minum , rasa macam perahan Mangga sebenar you!


Aku punye ni HotPlate. Aku ingatkan daging aku macam Debot punye jugak , rupanya macam ini. Nasi memang banyakk giler bro , wa tak tipu okayy.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Dokumentari : Key El , Day 2


Untuk maklumat penuh mengenai KTM , Do Click.
Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Day 2. Kami gerak dari rumah Lynn sekitar jam 1 lebeyh , then Debot nak pergi pantai yang berdekatan dengan rumah Lynn tu. Cantik sangat pantai tu oke. Gambar ade kat Debot , lupe nak bluetooth. Masukkan nanti la. Day 2 , Lynn tak join. Thanks untuk kesemua keluarga Lynn yang sanggup menerima aku ngan Debot sebagai tetamu untuk menginap di rumahnya dua hari satu malam. Thankss. Tersangatlah berbesar hati dapat tidur kat situ. Tetibe nak rindu Bihun goreng mak Lynn perisa tomyam tu , sedap hokayy!!


Peneman setia tyme aku punye energy level tahap loww loww loww. Haha, thanks 100 plus.

Untuk hari yang kedua ni , aku mewajibkan diri aku untuk menjejakkan kaki ke Sungei Wang Plaza. Bukannya aku hamak sangat atau jakun tak pernah pergi tempat yang jual-jual baju ni. Cuma kempunan nak jejakkan kaki ke Kpop Garden Level 3 tu je. Hamek ko , mata blink blink je.


Kesemuanya ber-RM... tettt , harga haruslah dirahsiakan. Banyak yang aku beli kann , tapi sebahagiannya ada dari adek-adek aku punya. Aku punye ade 4 je , beg CNBlue tu dapat free sebab aku beli banyak kann. Kwang kwang kwang.. Lama jugak la aku buang masa nak pilih itu ini. Before ni ade Kpop Collection kat TS , tapi aku pergi masa aku betul betul betul rasa penat giler and energy level aku tahap tu memang low. So, kat Sg Wang punye aku rasa freshhh je , ekeke.


Met my girlfren , Yeay! Miss her , Marina. As usual she's so excited seeing me. "Hello Marina , kau kat mane? Aku kat TS ni." Macam tak percaya , besoknya ( on 2nd day ) we're met. Soon , she must come to Malacca oke hunny!


Ape name orang yang tak bergerak ni erk? Hmm, ntah la. Ekcely kiteowang terjumpa je tepi jalan tu , then amek je la gambar untuk kenang kenangan kann. Then tyme tengah mencari-cari jalan tu ade lagi dua orang yang kaler hijau and purple.

Pastu , aku ngan Marina pun berpisah kat situ. Ade jodoh jumpe lagi ye hunn. Kami meneruskan perjalanan untuk bertemu dengan Mak Mirazemi , hehe. Acik so sporting and talkative. Untuk malam kedua kami tidur di rumah Mira pulakk. Ucapan terima kasih yang tak terhingga kat seluruh femly Mira coz sudi terima aku ngan Debot sebagai tetamu kat situ. Thankssss. Thankss.

Before niyh abah tak yakin nak jenjalan ke KL , sebab selalu jammed and takut sesat. So , aku yakin ar nak bawak dorang jenjalan sini dengan bekalan ilmu selama 3 hari aku kat sana. Tapi naek KTM dengan monorail je la , heheh.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, December 30, 2012

Dokumentari : Key-El , Day 1.


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Tajuk nak gempak je aku ni kan? kan? Hehe. 3 hari 2 malam di Key-El secara keseluruhannya. Dua minggu sebelumnya just cakap-cakap je , kendian konfem pada parents sesape yang dapat join and 5 days before pergi Key-El aku dah plan mane nak pergi , mana tempat yang best and ohsem. Weee~

Pada 27 Disember yang lalu , bas dari Alor Gajah ke Seremban bergerak pada jam 8:30 pagi and aku serta Debot bertolak awal dari rumah dan bertemu di AG Sentral. Masing-masing konon excited kann , and aku yang tiada pengalaman naek bas ni bergantung harapan pada Debot je lahh. Hahah.


Sampai je kat Seremban , kiteowang bergerak ke KTM dan beli tiket ke KL Sentral. Dua stesen seterusnya adalah stesen Nilai , so kami berdua tunggu Lynn dan member die datang. Dapat kawan baru , Anith namanya. Untung Anith ni peramah , kalau die pun senyap jadi batu , aku apetah lagi.

Then , jumpe Paen kat KL Sentral je. Hi Paen. Aku agak sedikit ladylike tyme tuh bak kate dorang , walhal memang aku keluar ngan femly aku , will wear wedges. LOL.

First thing , kita kenalah menjamah makanan dulu kan. So, tempat makan adalah pilihan aku, iaitu Taste of Asia Food Court. Kat situ bagi korang yang nak merasa pelbagai jenis makanan tradisional negara-negara Asia ade la dekat situ. So , pilihan aku adalah , BiBimBap or dalam kata laennya nasi yang bercampur dengan sayur-sayuran serta daging yang agak rangup gitu. Bagi aku yang lidah melayu ni boleh la kot kalau nak try rasa kann.


Cara nak makan , kene gaul kesemuanya dulu dengan muka penuh kenikmatan. Dorang cakap muka aku semangat je tyme gaul benda alah ni, heheh. Sup kat tepi tu pun sedap kalau nak makan bersama BiBimBap ni. Side dish yang dia bagi kentang dengan kimchi. Kimchi tu memang aku tak sentuh sebab aku review jugak ramai lidah melayu tak boleh terima. Paen yang terus ngapp pun luah balek. Sambal yang die bagi pun kurengg ar dengan lidah aku , tapi aku masukkan je biar rasa pedas itu ada. Korean Tea kat tepi tu pun aku tak sentuh. Hmm, teh hijau pun aku tak layan apetah teh yang pelik-pelik berherba ni.


Ini Paen yang order. Mulenye die nak Kimchi Ramen , aku tanya die banyak kali , kimchi da la tak sedap , kang tak sentuh langsung Ramen tu kang. Aku pun try rasa , sama je macam megi kedai Mak Timah sebelah rumah aku ni.


Muke happy lettew dapat rasa makanan tradisional korea kannn.


Lepas makan kiteowang rehat and relax-relax kejap buat pape yang patut then terus masuk theme park tanpa membuang masa lagi. Yeayyy. Perasaan tersangatlah teruja tyme ni. Wooooo~


Aku tembam. Aku tembam. Aku tembam. Yeayy. We are having fun last Thursday , gonna miss that moment till the end.

Lepas ni , kite planning tempat laen pulak yerr. Ekeke,

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.