HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, January 27, 2013

Perbelanjaan makan di UITM


Perbelanjaan makan di UITM + Jimat cara aku dan rakan-rakan..


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Aku bukanlah berada dalam kelompok bangsawan yang banyak duet ataupun pemegang biasiswa gituw. Aku hanyalah pemegang pinjaman bla bla yang biasa. Hidup secara bersederhana dengan duit pinjaman yang ada. Sesungguhnya aku begitu jimat ( lah jugak... ) dalam berbelanja niyh. Hehe. Untuk menjadikan aku sentiasa beringat dan berhati-hati dalam berbelanja , setiap malam aku akan catat semua perbelanjaan harian aku dalam sehelai kertas. Cara aku takdelah sampai hari-hari makan megi je , nehi nehi.

Aku merupakan manusia yang tak boleh hidup tanpa nasi. Faham itu. So , bincang fasal soal makan. Untuk semester kali niyh aku prefer dewan makan Jebby *bukan nama sebenar. Mulenya aku prefer Temmy *juga bukan nama sebenar , tapi sejak aku tak amek ayam pun dah jadi RM4.50 hangin jugak lahhh. Member amek ayam pun baru RM3 lebeyh. So , berdendam sikit dengan pacek tu. Then, aku ikut cakap Lynn , die cakap better beli lunch kat Jebby sebab situ selalu murahhh. Makanan-makanan kat sana banyakkk pilihan and murah. Siap boleh beli untuk makan malam lagi dengan harga RM5 something je.

Pakej makan tengah hari + malam.

Bagaimana?

·         1 polistrene tu penuh dengan nasi je. Balek bilik pandai-pandai korang la nak asingkan. Sebab , selalunya banyak atau sikit nasi yang korang amek , die tetap charge RM1.
·         Amek satu lauk untuk lunch , contoh ayam atau ikan masak pape je.
·         Then , amek lagi satu lauk contohnya sayur-sayuran kegemaran anda.

Then , dijamin harganya kurang dari RM4.

++ macam aku ,  sehari tak boleh hidup tanpa sambal , sekali cedok penuh sambal satu plastik aku amek , balek bilik je sambal tak habes. Membazir betul *sebab masa cedok tu aku ikut nafsu*.
++ tiap kali makan aku memang suke cedok banyak-banyak , sebab itu nafsu. Then , bila nasi and lauk tak habes , member aku akan marah sebab aku selalu ikut nafsu. Haihh.
++ tapi bila kat rumah aku on je.

Selalunya aku dapat berbuat demikian pada hari Isnin, Selasa dan Jumaat je. Hari-hari laen kiteowang tak balek bilik , so makan kat cafe je. Kalau makan kat cafe , sekali makan je da cecah RM4.50 something. Baru kira untuk makan tengah hari. Belum campur makan malam kalau order nasi goreng tambah air dah jadi RM5. Hari tu je da hampir RM10 belanja. Bandingkan dengan hari tertentu yang belanja kurang dari RM5. Banyak sangat boleh saving niyh.

Menderita ke cara yang aku bagi niyh? Haha. Tentulah tak , sedangkan aku yang banyak makan pun tahan je nafsu dalam berbelanja apetah korang yang keding. Hehe. Ini jugak disebabkan faktor aku malas nak kua bilik hanya semata-mata untuk makan. Aku lebeh prefer sekaligus beli untuk makan malam terus. Sebab aku bukanlah pelajar yang rajin nak kua hanya untuk beli makan malam.

Di samping itu , kalau korang jimat sikit dengan duet yang korang ade , sekali sekala boleh lepak jenjalan pergi bandar ke , having fun tepi pantai ke. So, tak la rasa budget tu lari sangat. Sometimes korang boleh beli pape barang yang korang teringin sangat-sangat tapi still dalam harga yang mampu dibeli , hhehe. Tapi , berhemah la dalam berbelanja.

Masa aku kecik-kecik dulu aku niyh memang pemboros orangnya. Tak pernah nak reti jadi orang yang berjimat-cermat. Tak teringin langsung nak pegang title ‘kaya’ dalam kalangan adik beradik sebab aku la orang yang paling malas nak menabung. Tapi sekarang aku dah berubah. Aku dah ada wawasan. Hahah.

Tips : Sampai bilik , lepas korang makan untuk bahagian tengah hari korang , untuk bahagian makan malam korang haruslah dijauhi dengan tempat yang mudah diserang semut. Almaklumlah , nama pun makanan.

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

No comments: