HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, February 3, 2013

Korean Drama Review


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Disebabkan kehidupan di U sedikit sebanyak membosankan aku. Maksudnya , masa lapang yang ada membuatkan aku bosan lah jugak. Hanya satu cara je boleh hilangkan bosan aku ni. Bukak laptop kite layan movies. Kalau macam members aku yang mostly anti-kdrama-kmovies dorang akan layan citer omputehh , movies melayu. Bagi aku , mestilah aku layan korean drama ataupun korean movies. Alkisahnya , memang tak la wifi laju giler kat kolej aku tu sampai everyday aku layan drama. Aku balek rumah aku download lah puas-puas. Sampai kolej tinggal nak tengok je. Easy.

So , saje nak share. Ade dua buah korean drama yang aku dah habes tengok and nak buat comment kat sini. Kpoppers yang jenis layan drama , boleh join sekali keyhhh. Sinopsis niyh semua aku bikin sendiri , maksudnya aku just ringkaskan cerita berdasarkan apa yang aku nak cerita je.

Me Too Flower.



Main actor : Yoon Shi Yoon (Baker King, Kim Tak Gu).
Main actress : Lee Ji Ah (Beethoven Virus).

Hero ni sebenarnya orang kaya , tapi jenis yang tak menunjukkan kekayaan dia pada orang ramai. Dia juga tak suka ramai orang yang kenal dia sebab dia kaya. Sebab die ni jenis fobia yang takut berhadapan dengan orang ramai. Tapi fobia die pun still lagi boleh tackle awek. Polis lagi tu! Heroin ni pulak seorang anggota polis rondaan yang bersikap agak bengis jugak la. Overall , hero die sangat sweet and Yoon Shi Yoon ni memang femes dengan watak berair mata , maksud aku citer ni bukan cite sedih , tapi bila ade part-part patah hati tu , nangis die memang real 100%!! Korang mesti akan tertarik akan kecomelan hero die yang pandai mengayat polis si heroin ni. Comel sangat! Jalan cerita die memaparkan mengenai hero yang fobia dengan orang ramai and sembunyikan identiti dia yang sebenar dari girlfren die , and heroin tu tak boleh terima jurang perbezaan dorang yang terlalu banyak. Aku dah review dulu drama ni sebelum tengok full episode die , ramai yang suggested drama ni best untuk korang layan. So , aku pun nak suggest drama ni kalau korang nak layan. Peace. [ 9/10 bintang ].

Wild romance.


Main actor : Lee Dong Wook (My Girl).
Main actress : Lee Si Young (Boys Over Flower).

Actually , drama ni aku tak download pun  , member aku yang ada drama ni , so aku just copy paste. Konon just nak layan time tengah boring-boring dalam bilik. Langsung tak tahu sape hero atau heroin citer ni , just tengok je. Then , tak lama uh rasa muke hero ni macam familiar , same goes to their heroin. Rupanya dua-dua ni pelakon femes yang aku tak bape nak cam sangat , hhehe. Fokus kat hero die , bermisai pun nampak macho , bila dah takde misai terserlah gila kehenseman die tu. Tapi part yang aku tak bape nak berkenan bila hero niyh asyik terbayang-bayang fasal girlfren lama je, spoil betul! Tapi , tetap hensem. Jalan cerita die lebih kepada penyelesaian untuk mencari bad stalker si hero ni. Hero merupakan pemain baseball yang femes , oleh itu terpaksa upah bodyguard. Bodyguard die pulak adalah heroin citer ni , at the end jadi girlfren si hero ni. Stalker die memang psycho habes! Ending die sweet giler. Sweet sangat! [ 8/10 ] .

Notes : Dalam citer ni ade jugak sweet couple sampingan. Manager Kim dengan Dong Ah. How sweet. Couple yang sangat comel. Manager Kim ni tak reti layan perempuan and lurus, tapi at first Dong Ah sangka yang Manager Kim nak tackle die , tapi sebenarnya bukan. So, sedikit demi sedikit Dong Ah try tackle Manager Kim. Tak boleh blah bila tengok Manager Kim jeles , comel giler.

My flower boy neighbour.


Main actor : Yoon Shi Yoon (Baker King, Me Too Flower).
Main actress : Park Shin Hye (He’s Beautiful, Heartstrings).

Ni citer baru , tak habes lagi. Yang sudah ditayangkan baru sampai episod 8. Kisahnya si heroin ni jenis fobia jugak. Dia tak suka bergaul dengan orang ramai , nak jumpa orang pun susah. Dia lebih suka terperap je dalam bilik dia. Mujur si hero ni jenis outgoing , so sebagai permulaan dia akan cuba membuatkan si heroin ni tak akan rasa takut dengan dunia luar.

Antara beberapa buah drama yang setakat ni gua dah layan , suggested by others. Sebahagiannya sebab aku nak tengok , sebahagian yang lain pulak berdasarkan komen review from other watchers yang cakap drama ni best and sebahagian lagi sebab ade yang dah siar kat tv.

1.       49 Days
2.       Baker King , Kim Tak Gu.
3.       Beethoven Virus
4.       Boys Over Flower
5.       Brilliant Legacy
6.       Can’t Lose
7.       Cinderella’s Sister
8.       Dream High
9.       East Of Eden
10.   Exhibition of firework
11.   Fugitive Plan B
12.   My Girlfriend is Gumiho
13.   Heartstrings
14.   Nice Guy
15.   Kpop Altimet Audition
16.   Love Rain
17.   Me Too Flower
18.   My Fair Lady
19.   My Princess
20.   Oh My Lady
21.   Pasta
22.   Personal Taste
23.   Pianist
24.   Naughty Kiss
25.   Protect The Boss
26.   Queen In Hyun’s Man
27.   Reply 1997
28.   Secret Garden
29.   Spring Waltz
30.   Style
31.   The Greatest Love
32.   The King 2Hearts
33.   Wild romance
34.   You’re beautiful

 Sikit je kan? Sebab aku ni memilih sikit bab nak layan korean drama. Kene tengok hero and heroin dulu. Jalan cerita. Genre. Bila best , baru layan.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

1 comment:

syirarr chan said...

wah bayaknya cita yang dah tengok...heheh saya pun minat tengok cita korea gak