HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, May 29, 2013

Self made : Making Strawberries & Bananas Smoothies

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Dah kenapa blog aku ni dah nak jadi blog tutorial ajar makan makan ke macam mana niyh? LOL. Relax dan bertenang ye sayangku sekalian. Aku just nak share je apa yang aku buat kat rumah ni selain melannntakkk je. Hehe. So, kali ni aku nak share lagi topik mengenai melannntakkk jugak, tapi version yang more healthier to our body.

Aku niyh memang dah gian sangat nak minum jus buah-buahan , smoothies atau milkshake buatan sendiri niyh. Tapi tak berkesempatan sebab , blender kat rumah mak selalu guna untuk kisar cili, serai bagai whatsoever tu. Kalau aku tetap jugak nak guna blender yang sama , nanti rasa pedass pulak jus istimewa aku tuh. Fuhh~

Since dua tahun lepas lepas lagi aku dah berhajat nak buat benda cenggini. Tapi Alhamdulillah , hajat tu tercapai. Perghh, lama gilerr siott. Nak beli blender satu hal sebab mindset aku harga blender mesti mencecah RM50 and above. So, semalam aku decide nak jenguk-jenguk harga pengisar tu , paling murah RM15 , aku amik yang RM20 sudah lerr. Janji smoothies yang aku nak buat niyh tak rasa pedasss. Zasss!

Hamek kau , kemain semangat aku edit kasi cun habess.

Bahan-bahannya :
Strawberry
Pisang
Ice
Susu cair

Cara-caranya :
1. Kisar pisang anda bersama sedikit susu cair lebih kurang setengah cawan.
2. Kemudian kisar pula strawberry anda.
3. Selepas memastikan kesemuanya dikisar dengan baik , masukkan ais dan kisarkan sekali lagi.

Semudah 1, 2, 3 kan? kan? Pastikan , buah-buahan yang anda nak guna tu disejukkan terlebih dahulu. Kalau korang suka yogurt , boleh tambahkan perisa yogurt kegemaran anda. Cheq tak reti makan yogurt sebab tu la tak beli. Kalau pengisar anda jenis yang mahal-mahal gitu , boleh la guna ketul ais. Kalau tak pasti dengan resipi aku, korang boleh je surf mana-mana video kat youtube.com tu. Aku pun belajar kat situ jugak , bhahah~

Taaaadaaaaaaa!!!!


Siap untuk dihidangkan kepada diri sendiri serta keluarga tersayang. Hehehe.

Khasiat buah pisang. Credit SINI untuk baca lagi.
- Penawar segala penyakit
- Membuat anda rasa lebih tenang
- Neutralkan paras glukosa
- Menghilangkan pelbagai penyakit kulit

Khasiat buah strawberry. Credit SINI untuk baca lagi.
- Mengandungi Vitamin C
- Memelihara tulang
- Mencegah kanser
- Membuat kulit halus


Rumah aku takde studio atau dapur yang serba cun nak jadikan background niyh nampak lawa. Cukuplah yang seperti korang lihat. Hehe.

Apa rasa dia?? Rasa pisang dan strawberries lahh sayang oi. Kalau buah pisang merupakan buah kegemaran anda , taruk kasi lebih sikit. Yang aku punya niyh rasa dia lebih kepada pisang sebab mungkin aku letak pisang banyak sangat. Walaubagaimanapun , Nek Ton harap korang enjoy lah ye! Peace.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, May 23, 2013

Senarai barang yang perlu dibawa ke PLKN



Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Sebenarnya dah lama sangat aku nak buat entry tambahan fasal ni. Cuma ianya asyik tertangguh sebab entry macam ni memakan masa yang agak panjang. Kena make sure maklumat yang aku nak share ni kenalah sehabis baik yang mungkin. Niat nak bantu budak-budak yang bawah umur dari aku and antara yang bertuah dapat masuk PLKN kan? Yelah , sampai ada yang menangis kegembiraan sebab dapat PLKN tau. Suka sangat lettewwww~. *dah habis perli sangat dah ni*

Well , aku nak share benda-benda macam niyh sebab aku pun pernah rasa pengalaman niyh and nak jugak korang bawak kelengkapan barang sepenuhnya. Alhamdulillah , ada orang sudi membantu even boleh tolong setakat list down barang-barang yang perlu dibawak je kan.

Sebelum itu , KLIK SINI untuk senarai barang yang diperlukan oleh pihak pengurusan PLKN nanti.


Jum bandingkan list korang dengan list aku.

1. Kad Pengenalan.
2. Loker mangga / padlock. Jangan beli yang biasa , beli yang lain dari yang lain. Kita tinggal dengan orang yang kita baru nak kenal, so barang peribadi kita kena jaga sebaik mungkin.
3. Peralatan menulis. Spare part jee.
4. Baju kurung/melayu
5. Makanan ringan. Snek atau minuman yang anda suka. Kat sana memang selalu rasa nak makan jee!
6. Pakaian. Bawak lah secukupnya, sebab bila tiba waktu malam, dibenarkan pakai pakaian casual yang sopan.
7. Tuala. Pihak pengurusan akan beri tuala PLKN satu atau dua , tapi kalau nak guna towel sendiri pun aku okey je *tetibe*
8. Selipar. Boleh bawak pi toilet atau ke tempat lain atas kebenaran pihak kat sana nanti.
9. Berus baju/gigi
10. Baldi/gayung/cebok
11. Sabun baju/mandi
12. Shampoo/conditioner/losyen. Keperluan mandi lah pokoknya.
13. Kain batik
14. Pads
15. Hanger/Penyangkut baju
16. Surat khabar lama
17. Telekung/Sejadah
18. Pengetip kuku
19. Mangkuk/Sudu/Garfu/Cawan. Ni gunanya bila nak melantak megi.
20. Air masak secukupnya.
21. Minyak angin/ubat-ubatan * yang ni aku tak pasti.
22. Tisu / cotton buds.
23. Calendar. Menghitung hari berapa lama nak habes PLKN
24. Sikat.
25. Sepit baju.
26. Jam loceng. Penting sebab korang dah kena bangun awal untuk solat Subuh bagi yang muslim.


Barang yang tak payah bawak.

1. Cadar , bantal dan selimut. Ianya telah pun disediakan oleh pihak pengurusan kat sana , tapi nak bawak pun takpe.
2. Pengering rambut. Setahu aku barangan elektrik memang dorang tak benarkan , tak tahulah kalau lain-lain tempat macam mana kan.
3. Seterika. Disediakan.
4. Cermin yang agak besar. Tak payah bawak yang besar sangat lol.
5. Alatan tajam. Memang terus kena rampas.
6. Marker. Dorang tak nak berlakunya sesi conteng menconteng dinding dah sebagainya.


Note pemberitahuan. Sila baca dalam kelajuan yang sederhana perlahan.

1. Oke , aku paham korang duduk sana hampir tiga bulan , tapi tak payah nak banyak sangat lah makanan ringan yang korang nak kena bawak sampai stok makanan pun kena cukup 3 bulan kan. Sebab nanti parents korang boleh datang setiap Ahad and bawakkan makanan untuk korang.

2. Telefon bimbit. Ini korang kena tanya pihak pengurusan kat sana. Peraturan mengenai telefon bimbit dorang akan jelaskan.

3. Jaga hubungan baik sesama bangsa dan kaum.

Kalau ada pape keraguan boleh je tanya. InsyaAllah aku akan jawab pertanyaan korang sebaik mungkin. Tataaa~

Sesiapa yang rajen boleh baca pengalaman aku membuat persiapan diri ke PLKN. Hope sedikit sebanyak ianya membantu.

Persiapan ke PLKN Part 1 , Part 2 , Part 3 , Part 4 dan Part 5.
Pengalaman di PLKN Ayer Keroh : Pengenalan , Kelas Integrasi Part 1, Kelas Integrasi Part 2 dan Memories di PLKN Ayer Keroh.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, May 22, 2013

Tempat-tempat menarik di Malaysia

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Aku menanam satu impian. Dah lama aku tanam. So, nak siram air tu aku perlu cari air untuk siram pokok impian aku tu. Wahh gitu! Maksud 'air' dalam ayat aku niyh adalah duit dan masa. Perghh , mendalam tak??

Masa aku Form 2 , aku tak ingat macam mana cikgu cakap nak selesaikan Addmaths , tapi aku ingat cikgu ada cakap , "Sebelum kawen , melancong lah satu Malaysia niyh dulu dengan kengkawan. Sebab bila dah kawen and dapat anak, susah nak enjoy." Perghh , sampai sekarang aku ingat petikan yang masyuk tu. Haha.

So, kat bawah ni ada beberapa tempat yang aku tak pernah pergi and nanti aku nak pergi. Ala-ala travel gitu u olls. Trip dengan kengkawan dan femly jika berpeluang insyaAllah. Yang pasti memang tak akan tertunai dalam masa yang terdekat. Perlahan demi perlahan. Aku dah buat listdown kat bawah ni. Senarai je lah , kalau ada entry nanti berganti lah link dia tu. Peace yo!



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, May 21, 2013

Buang background hitam pada header


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Setengah jam yang lalu , aku dah bukak photoshop cs3 nak edit header baru kononnya. So, bila dah siap cun bagai tu , try pulak upload kat blog. Sekali kaler hitam muncul menggantikan background header aku yang asalnya aku edit transparent.

Siap aku guna photoshop White Rabbit lagi , still tak nak hilang jugak kaler hitam uh. Haihh. Aku dah sakit hati sikit sebab takkan aku nak redho je biar header kaler hitam? Then , aku buat keputusan dengan buang je header , biarkan blog aku takde header. Keciwa jap.

Dah give up sikit tu ada ar , tapi aku try plak google tuto macam mana nak hilangkan benda alah hitam ni. So, entry paling popular daripada pacek Nabeel Fikri , tak tahulah pangkat adik atau lebih tua dari aku. Walaubagaimanapun , entry pertama dia menyatakan masalah yang sama dihadapi macam aku. Next entry nya dah jumpa penyelesaian. Thanks bro.

Note : Korang boleh guna cara yang sama menggunakan Photobucket.com (:

Kalau korang menghadapi masalah yang sama , KLIK SINI untuk tengok tutorial dari pacek Nabeel Fikri niyh. Aku just nak share je. Peace Yo.

Assalamualaikum.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, May 19, 2013

Drama : Kisah Cinta dan Teduhan Kasih

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Sekarang niyh tengah hangat tip top drama Slot Lestary - Kisah Cinta dan Slot Akasia - Teduhan Kasih.



Drama Kisah Cinta @ #kisahcinta niyh memang aku nak tengok sangat sebab adanya Fazura dan Shaheizy Sam!!!! Ohmaigaddd. I love both of them. Aku memang suka tengok Fazura , gorgeous gituuu. Siap follow insta u olls. Peminat lah katekan. Well , aku hanya follow selebriti yang aku betul-betul suka je , tu pun tak banyak , Fazura dan Tasha Shila si gorgeous. Ekeke.

Berbalik pada cerita asal , aku memang suka dengan kedua-dua pelakon niyh and dapat tahu je dorang bergandingan dalam satu drama , terus rasa "Mesti tengok drama niyh!!". Dan nanti ,dorang pun bersama-sama bergandingan dalam filem Manisnya Cinta , akan datang u olls.

Scene episode minggu lepas. Kelakar sebab memasing try ajuk memasing. Kak Fazura so beautiful!


Tak lupa juga aku turut menyukai pelakon Nadia Aqilah dan Nazim Othman yang ada dalam drama kat slot Lestary ni. Aku expect genre cerita niyh romantik komedi je sebab rasanya mostly cerita kat slot Lestary macam tu kot.

Saluran : TV3
Slot : Lestary
Waktu tayangan : Setiap Selasa , 9pm

Credit : SINI

Drama Teduhan Kasih @ #TeduhanKasih yang diadaptasi dari novel niyh membuatkan aku nak sangat tengok jalan cerita dia sebab ada Adi Putra dengan Nabila Huda dan Shah Iskandar. Heroinnya , Sherry Ibrahim. Well, aku memang peminat Adi Putra dah lama dahhh. Tapi aku just minat gitu-gitu je , takde plak nak follow twitter sebab aku tak suka follow retis , kecuali GD. Hehe.

 

Sebelum niyh ade jugak cerita Adi Putra dengan ND , tapi aku tak berkenan sangat. Selalunya aku akan tengok drama tu bila kedua-dua Hero dan Heroin nya aku berkenan sikit. Hehe. Nanti nak beli novel ni ker hah?? Hmmm. Pikir dulu.

Aku rasa kat slot Akasia niyh pulak mesti genre dia lebih kepada drama , sedih sedih gitu. Rasanya nye lahh.

Saluran : TV3
Slot : Akasia
Waktu tayangan : Isnin - Khamis , 7pm

Nak tahu Sinopsis fasal novel ni sikit , klik SINI dan SINI.
Credit : 1, 2, 3,


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, May 13, 2013

Sistar Members Profile

SISTAR Members Profile




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Big Bang Official Thread : Profile




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, May 11, 2013

Self made : Kek Butter Vanilla

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Buat kek lagiiii... Yeayy. Asal rajin sangat? Saja aku nak habeskan stok tepung tu... semak sangat.. kesah pulak? Ekeke. Hmmm, alasan yang kukuh aku buat kek secepat ini... No komen. Dah, jum sambung.

Ekcely , before niyh ada 3 jenis resipi kek yang berada dalam pemantauan aku *ceh* , Rainbow Cake, Kek Butter Vanilla dan Sky Blue Ombre Cake. Yang first tu dah lepas , even tak bape nak menjadi sangat. So, kite try yang kedua dulu sebab ianya simple and tak susah [ insyaAllah ] untuk buat. Haha. Sky Blue Cake tu memang banyak kerja nak buat, susah sikit je dari Rainbow Cake.

Today , we made Vanilla Butter Cake. Credit : SINI

Aku pilih resipi ni sebab aku suka perisa Vanilla tentunya. Lebih tepat aku suka aiskrim berperisa Vanilla , tapi nak jugak try adakah Vanilla Butter Cake niyh sama rasa Vanilla-nya dengan perisa aiskrim yang aku suka, hahah.


Wooo.. inilah bahan-bahan untuk buat kek butter vanilla yang simple niyh. Semua dah cukup sukat padat dah kiteowang sediakan kat situ. Hoho.

Pehal botol susu budak boleh sesat kat situ? Haha. Actually , rumah aku takde bikar yang boleh sukat isipadu air. Jenuh jugak pikir macam mana susu segar yang 1 liter tu , aku just nak gunakan 60 ml je. Pusing punya pusing kat dapur kecik mak aku, ternampak botol susu Zikri atas peti ais. Rembatttttt.... hahah. Itu je cara yang ada. Sorry ye Zikri , susu jugak tu. Hoho.


Mula-mula , arahan suruh pukul putih telur sampai kembang. Lama jugak lah nak menunggu putih telur ni kembang , and bila diterbalikkan macam gambar kat atas ni , make sure tak jatuh. See? We did it!! Aku pernah try buat krim ni masa darjah 5 atau 6 sebab teringin nak merasa krim buatan sendiri , tapi hampehhh.. tak jadi langsung. Masuk dalam sinki je lahhh..

Krim ni bukannya nak jadikan sebagai topping cake. Mengikut arahan, kat akhir sekali nanti kita kena campur dengan bahan-bahan lain. So, tup tap tup tap..

Tadaaa...


Takde kesan bakar dari oven sebab aku guna cari kukus. Guna cara kukus ni lebih cepat dari bakar. Tapi , aku tak nafikan rasa kek yang dibakar dalam oven lebih Uuummpphhhhhhhh!

Before niyh pun aku da cakap yang oven rumah dah rosak. Dah banyak berjasa pada kami semua.


Inilah gupe nya selepas dipotong cun melecun oleh gua untuk dimakan dan untuk tatapan korang. Wahaaha~

Rating yang aku boleh bagi kat kek gua niyh?? Sejujurnya , 7/10. Perghhh , meningkat dari yang sebelumnya. Hahaha. Sebab tu aku berani nak share resipi akak Azie kak korang. Aku yang amateur dalam dunia baking ni sukses untuk kali ketiga dalam hidup aku buat kek, apatah lagi korang...kan? kan? Kalau rajin , boleh la cuba.. Kalau malas , tatap je laa... Kalau banyak duet , beli kat kedai je le...

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, May 8, 2013

Bawak Dea jenjalan KK.


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Baru-baru niyh my family and I kan balek kampung sempena musim mengundi haritu kan? Dalam dok sibuk orang lain tengah berkempen dan berarak bagai tu. Tak lupa juga kami harus menziarahi sanak saudara yang berada di kampung. Maklumlah, orang jauh. Bukan luaq negara, luaq negeri jaa.

Mak abah aku mengundi kat area Simpang jaa, so sedara mara kat Cheh Kati tu kena jugak tengok khabarnya. Tak berapa nak pagi sangat dah kami bertolak menuju ke Kuala Kangsar a.k.a KK. Benda wajib bila dah balik KK , kena la pekena mi kuah KK kan.


Haaaaaaaa..... tu dia Mi Kuah Kuala Kangsar a.k.a Mi Kuah KK , hehe. Ada sejarah kenapa kami sekeluarga suka makan kat sini.

Abah cakap , masa dia kecik kecik dulu Pak Mat ( bapa saudara I ) , selalu bawak abah makan Mi Kuah kat sini. So, since kiteowang kecik pun abah bawak kiteowang p makan kat sini. We love this. Sedap sebab ada lada jeruk tu. Makan dengan Mi Kuah KK ni memang sedap lah weyhhh. Citarasa ori yang simple gitu. Plus , dengan Limau Ais plak kan. Peace yo.


This little girl called Dea. Gambar fotogenik kat profile blog aku ni gambor dia laa. Dah besaq dah baby aku niyh. Hehe.


1. "Dea...senyummmm..". Doing a pair of peaces.
2. "Dea...tunjuk gigi..." This is how do i look , really.
3. "Dea...buat gwiyomi.." 5 + 5 is gwiyomi.


Then , kiteowang bawak pi KK Playground yang agak besar tuh. Suasana playground kat sini memang ohsemm sebab banyak pokok besar, so ianya teduh. Tengah tengah panas bawah matahari pun korang still boleh date.


Si macek Dea niyh memang terkinja-kinja habes bila nampak taman permainan. Seronok sampai gila. Faham tak? Hehe. Habis satu taman tu dengar suara dia melonjak kegembiraan je. Takde bende lain dahh. Happy sangat sangat.

Abah said , "Eh Dea, mak kau tak pernah bawak pergi taman permainan ke?" . Ekeeke. Kalau korang dapat tengok sikap kegembiraan dia tyme tu, korang pun boleh fikir yang budak niyh macam tak pernah tengok taman permainan. Macam jakun giler. Haha. Seronok je main dengan Dea niyh.


Love this. Sebab masa niyh gambar dia yang paling tak poyo. I mean, she looked at my camera!!!! Kalau tak, jangan harap nak pandang camera , focus dengan game dia je.


Sad. She cried this time. And many more. Haha. She's afraid with this Ikan Jerung a.k.a Ikan Yu. Patung je pun. Relax sudah. Haaha. And, bila suruh masuk dalam terowong pun dia takut bagai nak gila. Walhal, terowong permainan tu pendek je pun. 


Credit : SINI.
Terowong permainan yang aku bulatkan tu yang aku maksudkan. Hhehe. Boleh nampak orang hujung sana dengan orang hujung sini tapi dia still takut. Apatah lagi gelongsor terowong tu. Haha.

Ekcely , tu je yang die takut. Yang lain, dia oke je. Kira aku , dia yang perempuan ni lagi kuat dari anak mengasuh mak aku , si Zikri. Itu olang memang penakut, sebab dah manja sangat dengan umi dia. Hoho.

Rumah baru atok dengan rumah lama atok berhadapan je. Aku niyh memang kuat sangat nak mengusik budak-budak. So, before nak solat Maghrib tu, aku dengar suara Haziq tengah main-main kat rumah atok yang lama. So, aku yang dekat rumah baru ni panggil Haziq , "Haziqqqqqq.......", konon suara hantu. Sekali pacek bukak pintu , Haziq tengok relax je, Dea plak yang muncul jugak kat situ. Nampak aku yang bertelekung putih tengah melambai-lambai dorang.

Masa makan malam sama-sama , Mak Uda pun datang dengan Dea. Dea langsung taknak berenggang dengan mak dia sebab nampak hantu kat rumah atok tadi. Hahah. Semua dok bising, aku pergi mengusik hantu kat Dea. Haha, tapi tak kena marah pun. Tak syiokk la kalau tak dapat mengusik budak kecik. Hhaahah. Senang hati aku. Hakhakahk. ROTFL.

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, May 7, 2013

SK Pelabuhan : Memories.

Moment 2002 - 2004 SK PELABUHAN

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Cepat sangat ke aku post entry yang seterusnya ni? Haha. Well. Tak terfikir nak buat entry ini dan yang sebelumnya. Tapi , bestfriend lama tetibe mention rindu kenangan lama. LOL. Terus bukak blog update. Try untuk ingat kenangan lama satu persatu dengan mencatatkannya disini.

Memang harapan lahh weyy ada gambar kenangan kat sekolah SK Pelabuhan ni. So aku buat research sedikit. All pics credit kat blog and fb SK Pelabuhan. Cikgu , saya bekas pelajar SK Pelabuhan 2002-2004. Batch 1994.
Fb SK PELABUHAN.
Blog SK PELABUHAN.

SK Pelabuhan dengan SMK Pelabuhan bersebelahan sahaja ye. Sebab tu rapat dengan abang kakak kat situ. Yang tinggal berdekatan dengan kawasan perumahan jugak daa. Hehe. Masa tu guru besar sekolah kiteowang Encik Abdullah bin Daud. Baru teringat selepas buat research. Heheh.

Lencana SK Pelabuhan.

Inilah lencana sekolah yang pernah menjadi kebanggaan kiteowang suatu masa dahulu. Nak aku share lagu sekolah jugak ke? Heheh. Tak ape lah. Well , bila aku tengok lirik lagu sekolah , rasanya macam tiada perubahan.

Sedang stalk Blog SK Pelabuhan ni. Mestilah aku nak tengok guru-guru ku yang tercinta yang pernah mengajar aku dulu kan? Tengok gambar boleh la ingat. Takde gambar , tak ingat kot. InsyaAllah aku cuba ingat cikgu.


1. Cikgu Raffee bin Manap. Hensem orangnya. Bermisai. Berkaca mata. Ustaz. Rasanya tak pernah ajar aku ni.


2. Cikgu Suharman. Cikgu BM yang hensem gagah masa aku darjah 4 Kreatif. Bersuara lantang.

Satu cerita fasal cikgu Suharman ni. Banyak jugak yang aku ingat semasa dia mengajar kiteowang dulu, dan aku apply apa-apa yang dia ajar dalam memahirkan pemahaman serta penulisan aku. Contohnya imbuhan PTKS , menulis karangan Autobiografi.  'Aku sebuah kereta' tu la contohnya. Ape erk formula die, sejak masuk U aku dah lupe. Hehe.

Aku pernah tiru signature dia yang lawa tu, sebab dia niyh tak suka budak hantar kerja lambat. Karangan aku tu dia dah tanda, tapi cam mane tah helaian karangan tu terkoyak rabak, aku terpaksa salin semula bulat-bulat.Takut kena marah punye fasal , so aku terpaksa. At last , kantoi. Hahaah.


3. Cikgu Ahmad Muniff bin Mohamed

Maaf kan saya ye cikgu. Tapi sepanjang cikgu Muniff mengajar kiteowang dalam subjek Matematik , masa aku darjah 4 sangat mengantuk buat aku. Aku bukannya jenis pelajar yang suka tidur dalam kelas. Tapi cara cikgu ajar buat aku mengantuk. Mata cikgu macam nak tidur je, sebab tu aku rasa mengantuk kot. Hujung tahun aku failed maths. Haha.

Tapi , masa darjah 3 cikgu Muniff pernah bawak aku ngan 2-3 pelajar yang lain pergi Kuantan Parade join pertandingan mewarna. Terima kasih cikgu. Cikgu Muniff pandai main alatan muzik tau. Merangkap cikgu pendidikan seni, muzik, pendidikan jasmani dan matematik masa tu.

Teacher yang berbaju kurung kuning oren pernah ajar aku BI masa darjah 3 kot. Lupe nama. Tapi teacher punya mulut memang best. Heheh.

Sir yang pernah ajar aku BI masa darjah 4. Nama Cikgu Mahtar bin Mat. Masa saya darjah 4 sampai lah saat tadi saya pikir sir orang cina. Lepas tu cari jugak sampai jumpa. Bila da tengok nama, oh saya lupa sir memang Melayu. hehe. Sir Mahtar!!! 

Patutla kengkadang aku pelik tyme perhimpunan dia tadah tangan masa bacaan doa. Ape la aku ni.

Ketiga-tiga cikgu perempuan di atas pernah ajar aku. Baju pink tu cikgu Zarina , rasanya aku pernah jumpa anak dia masa fom 3 tapi kat SK Sungai Soi. Masa tu event Puteri Islam, muka iras, tak tahula tu anak dia atau tak. Cikgu yang senyum tutup mata tu plak Cikgu Shamsiah. Tapi , aku lupe la nama cikgu cun purple ni. Hehe.

Oh. Baru aku teringat. Aku ada satu cikgu nama Cikgu Fadzilah. Cikgu ni garang giler. Guru Kelas bagi kelas aku jugak ,3 Kreatif. Cikgu BM. Tak siap kerja sekolah tak boleh rehat la ape la. Hisyy. Tapi yang best, tiap-tiap minggu mostly kiteowang akan menang kelas kebersihan tu. Hanya sekali atau dua je kelas 3 Inovatif menang. Tu pun cikgu marah sape yang tak jalankan tugas. Hahah.

Jum melawat sekolah pulak.

SK PELABUHAN ni memang sebuah sekolah yang sangat besar and luas. Dulu sekolah ni takde pagar sebab sekolah baru kan. Sekarang dah cantik. Pusat Sumber SK PELABUHAN adalah yang terbesar dalam banyak-banyak sekolah yang aku pergi. Boleh main sorok-sorok , kejar-kejar sebab ber-air cond. Hehe.

Hai adik-adikku. Comel je korang ni. Dulu kelas aku lebih kurang macam ni lah. Tapi masa darjah 2 , pelajar memang tersangat ramai dalam kelas tu. Bila waktu exam,  sampai dah takde ruang nak susun jarak antara meja. Woooo.

Kantin sekolah. Di meja makan inilah aku pernah makan roti canai mak Wanie buat. Sedap wooo. Kiteowang banyak beli kat luar bawak makan sini. Kengkadang je beli makanan kat kantin.

Ruang legar. Hujung kiri kalau tak silap ianya merupakan koperasi sekolah. Depan bahagian kiri ni pulak bilik SPBT. Depan kanan niyh bilik injection. Haham sesuka hati aku je. Itu semua dahulu. Sekarang tak tahulah bilik apa dah. Kat ruang legar ni jugak dulu dijadikan sebagai tempat membaca. Waktu rehat boleh lah baca buku kat rak yang yang disediakan, tapi kalau tengok kat gambar, rak tu da takde. Mungkin kat tempat lain kot.

Aku pernah ditugaskan susun buku-buku cerita kat rak buku dulu.

Ini pengetua sekolah yang terkini. Bukan nak cakap fasal pengetua ni. Tak jugak nak cakap fasal apa yang dia tengah buat. Tapi nak cakap fasal background nya. Kejam betul aku. Hehe. Belakang tu tempat permainan kiteowang. Bukan hape, memang satu sekolah tu tempat permainan kiteowang lah senang cite. 

Datang sekolah bukan setakat nak belajar, tapi nak main jugak. Haha.

Besar kan? Nak cakap sekolah korang lagi besar? Cakaplah. Kesah plak aku. Yang aku nak cakap inilah ruang tapak perhimpunan kiteowang setiap pagi. Aku dan members lain selalu datang awal ke sekolah. Boleh dikatakan, memang yang terawal sampai ke sekolah. Kalau takde kerja sekolah yang terbengkalai, kiteowang akan bermain galah panjang kat tapak perhimpunan ni. Haha.

Kan aku da cakap. Semua tempat kat sekolah niyh adalah game. Eekeke, asalkan boleh dibawak main, kiteowang main je lahh. Best giler tahuuuu!!!

Masa darjah 2 kelas aku kat pintu kaler kuning tu. Bersebelahan dengan kelas pintu biru. 2 Kreatif dan 2 Inovatif.

Belakang tu kantin. Ini boleh dikira sebagai dewan terbuka. Kalau kosong ni, kiteowang main galah panjang jugak ni. Galah panjang dulu femes tauuu!!

Pondok menunggu bas. Antara pondok menunggu bas sekolah yang amat selesa. Hehe. Habis je kelas, loceng balik pun berbunyi, terus jadi orang yang pertama keluar dari kelas, berlari-larian menuju ke pondok menunggu bas, letak beg.

Masa tu bas tak sampai lagi. So takkan kiteowang sendiri nak beratur menunggu bas kan? Jadi kiteowang gunakan beg untuk beratur. Hehe. Rindunyaaaa...

Panjang giler aku taip ni. Penat plak. Hehe. Malam kang nak buat entry lain laksss. Hahah.

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Balok Sejahtera : Miss Them Too. A lot.

Pantai Balok. Credit : SINI

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Sekarang niyh memang tengah musim saling merindui ke macam mana? Haha. Dunno why. Tapi untuk aku yang sering berpindah randah sejak kecil ni dah rasa diri ini banyak sangat pengalaman dalam berkawan.

Kami mulanya menjadi kawan yang tidak saling kenal mengenali. Kalau nak cerita satu persatu kat sini memang panjang sangat lahhh weyyh. Takpe , kalau korang tak baca. My lovely sweety friends akan baca ini. Ingat balek kenangan lama.

So sad. Kami tak pernah ada gambar bersama. Dulu mane ade henpon yang serba canggih macam sekarang ni. Masa budak-budak dulu mane ade fon sendiri. Adek aku yang sekolah rendah tu pun dah pakai fon. Huh.

Masa aku darjah 1 pertengahan bulan dari Lumut aku berpindah ke Balok. Bapak aku dulu navy. Tapi masa naik darjah 2 aku berpindah ke sekolah rendah yang berdekatan dari SK Balok Baru ke SK Pelabuhan. Masa tu SK Pelabuhan sekolah baru bukak. Aku merupakan antara batch yang awal masuk sekolah tu.

Dari Balok nak ke sekolah kiteowang niyh memang jauh la weyyh. Naik bas TLDM. Kiteowang kan anak-anak navy , so kemudahan ini diberikan kepada kiteowang lahh. Bila imbas balik, macam-macam jenis bas yang kiteowang pernah naik. Kejap bas buruk, kejap guna bas baru. Lori TLDM pun ade tau. Kengkadang bas rosak, kengkadang bas digunakan untuk van lain. Ohmyy , manisnya kenangan itu.

Pada peringkat umur inilah aku banyak main kat luar rumah. Boleh dikatakan nakal jugak arhh. Masa inilah semua jenis permainan kiteowang try. Satu Taman Balok Sejahtera tu tempat permainan kiteowang tau. Boleh cakap , satu kawasan tu milik kiteowang je. Puhahaaha~ Rasa nak terbang ke sana sekarang!!

Satu taman tu kiteowang dah ceroboh. Hampir semua taman perumahan berdekatan kiteowang jadikan tempat permainan kiteowang. Main explorace satu taman tu, buat muka tak malu petik buah ceri depan rumah orang. *hmm, nanti nak buat entry lanjut fasal niyh.

With her Little Boy. Dulu die ni kecik lagi tak tahu pape. Skang dah besau. Hehe.

Macek Intan yang dah aku kenal since darjah 2.  Pernah bergaduh. Pernah saling membenci. Tapi itu kenangan budak-budak. Biasalah , salah sikit. Tak nak kawan. Gaduh. Siap bilang berapa hari kiteowang dah tak bercakap. Walhal, tempat duduk dalam kelas sebelah menyebelah je pun. Aku tepi dinding. Dia sebelah aku.

Yang aku ingat , memang kiteowang banyak gaduh. Tapi lepas tu kiteowang akan berbaik semula. Cara kiteowang nak mintak maaf ni memang kelakar gilerr. Arghhh , kenangan.

Kenal masa dalam bas. Masa tu tayar bas masuk dalam parit. Tak silap aku first day sekolah tahun 2002. Masa ni lah tayar nak masuk parit kan. Hikmahnya, aku berkenalan dengan macek kat atas ni. Masa ni aku tengah berdiri sebab seat penuh. Dorang ajak aku duduk sama ngan dorang. Dah jodoh , kiteowang satu kelas di sekolah yang sama. 2 Kreatif. Peace.

Ingat tak kita mengaji kat tempat yang sama? Lepas balik sekolah agama, kayuh basikal laju-laju nak berebut tempat ngaji kononnya. At last , ngaji sama-sama jugak. Haha.

With her lovely twin brothers.

Macek Rashidah. Kenal masa darjah dua jugak. Tapi dia niyh masuk lambat sikit. Awek cun lagi kurus yang tinggi masa tu. The best part , kawan aku yang Zikri masa tu nak ngorat dia. Belum lagi dia masuk dalam kelas, belum lagi cikgu memperkenalkan dia. Zikri dah cakap , "Rashidahh!! Meh duduk sebelah aku." Puhahaha, masa tu satu kelas ketawa kat dorang. Korang ingat tak? Hahah. Terus jadi geng kan?

To Izwanie, Amira, Zikri, , Akmal, Hakimi, kawan kembar kiteowang kalau tak silap Syafiq dan Aini Syafiqah serta others. Aku lupa lagi nama yang lain. Kiteowang memang group yang agak besar, campur lelaki dan perempuan. Kami kawan. Yang sukakan benda lain dari yang lain. Suka masuk hutan. Suka main benda yang adventure and banyak lagi. InsyaAllah lepas ni aku post entry lagi.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, May 1, 2013

Self made : Rainbow Cake

Sape belum tengok Samsung Galaxy S4 yang tengah HOT skang ni? KLIK SINI

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Heyya heyyo. Aha, ni kali kedua aku buat kek seumur hidup aku. Before niyh pernah buat kek epal , ergghhhh *tak jadi* pun. Hehe. Itu cerita 4 tahun yang lalu. Mak aiii.....

So, sebab aku da boring sikit duduk rumah, selepas 4 tahun aku kembali nak belajar buat kek yang tengah femes amos niyh. Rainbow cake. So, lately pening and kusut kepala otak aku nak cari bahan-bahan itu ini untuk buat kek. Maklumlah , aku ni boleh dikategorikan sebagai tak pandai buat kek. Langsung.

Patutnya , sebagai beginner kena mula dari kek biasa-biasa kan? Aku je yang nak terus masuk level atas sekali. Hehe. Kesah pulak ! Jum sini aku nak share ngan korang pengalaman aku buat kek , comeback selepas 4 tahun tau. Jangan memain u olls!! Hahah.

Semua video kat youtube fasal buat rainbow cake ni aku dah tengok , mostly yang omputeh punye. And ade jugak resipi yang melambak kat pacek google yang di-share kan oleh blogger yang khas ambil tempahan buat kek ni. Sampai aku pening mana satu resipi aku patut ikut. So, amik aje mane-mane yang aku rasa mudah.com. Hehe.

Takde resipi untuk dikongsi tau.


Mulanya , masukkan butter dengan gula dan kisar sampai gebu. Ni belum gebu lagi. Ntah berzaman nak tunggu dia jadi kaler putih. Dah la macek-macek Zati guna pengisar yang pegang je.


Inilah rupanya selepas masuk tepung, putih telur and whatsoever tu.


Dibahagikan kepada 6 enam bekas. Sama rata. Adil dan saksama. Teguh lagi bijaksana. Kena mengena?


Perghhh. Dah macam artist nak painting bagai pulak kan. Kalah Mr.Bean kalau aku teruskan kerjaya aku niyh. *kalau korang pernah tengok Mr.Bean kartun nak jadi painter tu*. Itulah kaitannya.


Yeahhh. Heart shaped. Aku guna loyang yang berbentuk hati. Makluman , aku masak guna cara kukus. Nak bakar , tapi oven kat rumah dah rosak lahhh. Oven tu dah banyak berjasa kepada kami sekeluarga.


Untuk jadikan dorang niyh stack to each other , aku kena letak gam uhu kasi kuat. Supaya, kek ni tetap teguh even da sampai tingkat 6 nanti.


Jyeahhh. Lapisan yang terakhir. Merah > Purple > Biru > Hijau > Kuning > Oren. Aku hanya gunakan 3 pewarna yang basic untuk menjadikan 3 lagi warna yang lain. Merah, Biru dan Kuning merupakan warna primary. Manakala untuk Hijau, Oren dan Purple merupakan warna secondary. Sila catat ye adik-adik. 


Inilah gam uhu yang aku gunakan untuk lekatkan diantara lapisan kek tadi. Nak guna heavy cream, tapi maklumlah, kawasan tempat aku ni pedalaman. Takde kedai kek nak mintak sikit. So, aku campur je pape yang patut seperti yang tersedia dalam resipi. Yang takde, takdelah. Kita masuk ape yang ade je. Janji boleh hadam. Kan?


Inilah hasilnya selepas di touch up oleh gua. Tak kemas and tak cantek. Thanks. Warna-warni kat atas kek ditabur oleh adik-adik kesayangan gua. Peace.

Tadaaaa.....


Haihhh, tak lengkap la kalau aku tak tunjuk apakah ISI-nya... Nama pun rainbow cake, mestilah nak tengok kat mana rainbow tu pergi kan? kan?


Sepotong kek untuk hidangan. Well, aku bukanlah penggemar kek. So, makan setakat yang patut je.

Sedap tak kek yang aku buat ni? Nak aku jawab dengan jujur? Well, aku mengaku dengan kelemahan aku. Kek yang aku buat ni takdelah setanding pembuat kek yang kat luar tu. Biasa-biasa je. Keras tidak. Hangit tidak. Tapi kalau rasa tu, memang tahu dah budak ni baru nak belajar buat kek. Haha. Nak jugak self defense.

Terima kaseh aku ucapkan untuk adik-adik aku yang bekerja keras dalam membantu aku untuk menyiapkan sebiji kek ini. Maklumlah, jarang buat kek. Bila dah buat kek, bertiga pun dapur rumah kecoh gilerrrr!

Rate : 3/10 STARS. ( aku rate sendiri niyh! )
Credit : ntah dari mana resipi aku amik... lupe plak nak copy url dia. Hmmm..

Lepas ni nak try Kek Vanilla and another rainbow cake , tapi dengan design yang lain, warna yang lain. Belajo jangan tak belajo. Hoho.













Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.