HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, May 7, 2013

Balok Sejahtera : Miss Them Too. A lot.

Pantai Balok. Credit : SINI

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Sekarang niyh memang tengah musim saling merindui ke macam mana? Haha. Dunno why. Tapi untuk aku yang sering berpindah randah sejak kecil ni dah rasa diri ini banyak sangat pengalaman dalam berkawan.

Kami mulanya menjadi kawan yang tidak saling kenal mengenali. Kalau nak cerita satu persatu kat sini memang panjang sangat lahhh weyyh. Takpe , kalau korang tak baca. My lovely sweety friends akan baca ini. Ingat balek kenangan lama.

So sad. Kami tak pernah ada gambar bersama. Dulu mane ade henpon yang serba canggih macam sekarang ni. Masa budak-budak dulu mane ade fon sendiri. Adek aku yang sekolah rendah tu pun dah pakai fon. Huh.

Masa aku darjah 1 pertengahan bulan dari Lumut aku berpindah ke Balok. Bapak aku dulu navy. Tapi masa naik darjah 2 aku berpindah ke sekolah rendah yang berdekatan dari SK Balok Baru ke SK Pelabuhan. Masa tu SK Pelabuhan sekolah baru bukak. Aku merupakan antara batch yang awal masuk sekolah tu.

Dari Balok nak ke sekolah kiteowang niyh memang jauh la weyyh. Naik bas TLDM. Kiteowang kan anak-anak navy , so kemudahan ini diberikan kepada kiteowang lahh. Bila imbas balik, macam-macam jenis bas yang kiteowang pernah naik. Kejap bas buruk, kejap guna bas baru. Lori TLDM pun ade tau. Kengkadang bas rosak, kengkadang bas digunakan untuk van lain. Ohmyy , manisnya kenangan itu.

Pada peringkat umur inilah aku banyak main kat luar rumah. Boleh dikatakan nakal jugak arhh. Masa inilah semua jenis permainan kiteowang try. Satu Taman Balok Sejahtera tu tempat permainan kiteowang tau. Boleh cakap , satu kawasan tu milik kiteowang je. Puhahaaha~ Rasa nak terbang ke sana sekarang!!

Satu taman tu kiteowang dah ceroboh. Hampir semua taman perumahan berdekatan kiteowang jadikan tempat permainan kiteowang. Main explorace satu taman tu, buat muka tak malu petik buah ceri depan rumah orang. *hmm, nanti nak buat entry lanjut fasal niyh.

With her Little Boy. Dulu die ni kecik lagi tak tahu pape. Skang dah besau. Hehe.

Macek Intan yang dah aku kenal since darjah 2.  Pernah bergaduh. Pernah saling membenci. Tapi itu kenangan budak-budak. Biasalah , salah sikit. Tak nak kawan. Gaduh. Siap bilang berapa hari kiteowang dah tak bercakap. Walhal, tempat duduk dalam kelas sebelah menyebelah je pun. Aku tepi dinding. Dia sebelah aku.

Yang aku ingat , memang kiteowang banyak gaduh. Tapi lepas tu kiteowang akan berbaik semula. Cara kiteowang nak mintak maaf ni memang kelakar gilerr. Arghhh , kenangan.

Kenal masa dalam bas. Masa tu tayar bas masuk dalam parit. Tak silap aku first day sekolah tahun 2002. Masa ni lah tayar nak masuk parit kan. Hikmahnya, aku berkenalan dengan macek kat atas ni. Masa ni aku tengah berdiri sebab seat penuh. Dorang ajak aku duduk sama ngan dorang. Dah jodoh , kiteowang satu kelas di sekolah yang sama. 2 Kreatif. Peace.

Ingat tak kita mengaji kat tempat yang sama? Lepas balik sekolah agama, kayuh basikal laju-laju nak berebut tempat ngaji kononnya. At last , ngaji sama-sama jugak. Haha.

With her lovely twin brothers.

Macek Rashidah. Kenal masa darjah dua jugak. Tapi dia niyh masuk lambat sikit. Awek cun lagi kurus yang tinggi masa tu. The best part , kawan aku yang Zikri masa tu nak ngorat dia. Belum lagi dia masuk dalam kelas, belum lagi cikgu memperkenalkan dia. Zikri dah cakap , "Rashidahh!! Meh duduk sebelah aku." Puhahaha, masa tu satu kelas ketawa kat dorang. Korang ingat tak? Hahah. Terus jadi geng kan?

To Izwanie, Amira, Zikri, , Akmal, Hakimi, kawan kembar kiteowang kalau tak silap Syafiq dan Aini Syafiqah serta others. Aku lupa lagi nama yang lain. Kiteowang memang group yang agak besar, campur lelaki dan perempuan. Kami kawan. Yang sukakan benda lain dari yang lain. Suka masuk hutan. Suka main benda yang adventure and banyak lagi. InsyaAllah lepas ni aku post entry lagi.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

No comments: