HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, May 8, 2013

Bawak Dea jenjalan KK.


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Baru-baru niyh my family and I kan balek kampung sempena musim mengundi haritu kan? Dalam dok sibuk orang lain tengah berkempen dan berarak bagai tu. Tak lupa juga kami harus menziarahi sanak saudara yang berada di kampung. Maklumlah, orang jauh. Bukan luaq negara, luaq negeri jaa.

Mak abah aku mengundi kat area Simpang jaa, so sedara mara kat Cheh Kati tu kena jugak tengok khabarnya. Tak berapa nak pagi sangat dah kami bertolak menuju ke Kuala Kangsar a.k.a KK. Benda wajib bila dah balik KK , kena la pekena mi kuah KK kan.


Haaaaaaaa..... tu dia Mi Kuah Kuala Kangsar a.k.a Mi Kuah KK , hehe. Ada sejarah kenapa kami sekeluarga suka makan kat sini.

Abah cakap , masa dia kecik kecik dulu Pak Mat ( bapa saudara I ) , selalu bawak abah makan Mi Kuah kat sini. So, since kiteowang kecik pun abah bawak kiteowang p makan kat sini. We love this. Sedap sebab ada lada jeruk tu. Makan dengan Mi Kuah KK ni memang sedap lah weyhhh. Citarasa ori yang simple gitu. Plus , dengan Limau Ais plak kan. Peace yo.


This little girl called Dea. Gambar fotogenik kat profile blog aku ni gambor dia laa. Dah besaq dah baby aku niyh. Hehe.


1. "Dea...senyummmm..". Doing a pair of peaces.
2. "Dea...tunjuk gigi..." This is how do i look , really.
3. "Dea...buat gwiyomi.." 5 + 5 is gwiyomi.


Then , kiteowang bawak pi KK Playground yang agak besar tuh. Suasana playground kat sini memang ohsemm sebab banyak pokok besar, so ianya teduh. Tengah tengah panas bawah matahari pun korang still boleh date.


Si macek Dea niyh memang terkinja-kinja habes bila nampak taman permainan. Seronok sampai gila. Faham tak? Hehe. Habis satu taman tu dengar suara dia melonjak kegembiraan je. Takde bende lain dahh. Happy sangat sangat.

Abah said , "Eh Dea, mak kau tak pernah bawak pergi taman permainan ke?" . Ekeeke. Kalau korang dapat tengok sikap kegembiraan dia tyme tu, korang pun boleh fikir yang budak niyh macam tak pernah tengok taman permainan. Macam jakun giler. Haha. Seronok je main dengan Dea niyh.


Love this. Sebab masa niyh gambar dia yang paling tak poyo. I mean, she looked at my camera!!!! Kalau tak, jangan harap nak pandang camera , focus dengan game dia je.


Sad. She cried this time. And many more. Haha. She's afraid with this Ikan Jerung a.k.a Ikan Yu. Patung je pun. Relax sudah. Haaha. And, bila suruh masuk dalam terowong pun dia takut bagai nak gila. Walhal, terowong permainan tu pendek je pun. 


Credit : SINI.
Terowong permainan yang aku bulatkan tu yang aku maksudkan. Hhehe. Boleh nampak orang hujung sana dengan orang hujung sini tapi dia still takut. Apatah lagi gelongsor terowong tu. Haha.

Ekcely , tu je yang die takut. Yang lain, dia oke je. Kira aku , dia yang perempuan ni lagi kuat dari anak mengasuh mak aku , si Zikri. Itu olang memang penakut, sebab dah manja sangat dengan umi dia. Hoho.

Rumah baru atok dengan rumah lama atok berhadapan je. Aku niyh memang kuat sangat nak mengusik budak-budak. So, before nak solat Maghrib tu, aku dengar suara Haziq tengah main-main kat rumah atok yang lama. So, aku yang dekat rumah baru ni panggil Haziq , "Haziqqqqqq.......", konon suara hantu. Sekali pacek bukak pintu , Haziq tengok relax je, Dea plak yang muncul jugak kat situ. Nampak aku yang bertelekung putih tengah melambai-lambai dorang.

Masa makan malam sama-sama , Mak Uda pun datang dengan Dea. Dea langsung taknak berenggang dengan mak dia sebab nampak hantu kat rumah atok tadi. Hahah. Semua dok bising, aku pergi mengusik hantu kat Dea. Haha, tapi tak kena marah pun. Tak syiokk la kalau tak dapat mengusik budak kecik. Hhaahah. Senang hati aku. Hakhakahk. ROTFL.

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

No comments: