HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, May 11, 2013

Self made : Kek Butter Vanilla

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Buat kek lagiiii... Yeayy. Asal rajin sangat? Saja aku nak habeskan stok tepung tu... semak sangat.. kesah pulak? Ekeke. Hmmm, alasan yang kukuh aku buat kek secepat ini... No komen. Dah, jum sambung.

Ekcely , before niyh ada 3 jenis resipi kek yang berada dalam pemantauan aku *ceh* , Rainbow Cake, Kek Butter Vanilla dan Sky Blue Ombre Cake. Yang first tu dah lepas , even tak bape nak menjadi sangat. So, kite try yang kedua dulu sebab ianya simple and tak susah [ insyaAllah ] untuk buat. Haha. Sky Blue Cake tu memang banyak kerja nak buat, susah sikit je dari Rainbow Cake.

Today , we made Vanilla Butter Cake. Credit : SINI

Aku pilih resipi ni sebab aku suka perisa Vanilla tentunya. Lebih tepat aku suka aiskrim berperisa Vanilla , tapi nak jugak try adakah Vanilla Butter Cake niyh sama rasa Vanilla-nya dengan perisa aiskrim yang aku suka, hahah.


Wooo.. inilah bahan-bahan untuk buat kek butter vanilla yang simple niyh. Semua dah cukup sukat padat dah kiteowang sediakan kat situ. Hoho.

Pehal botol susu budak boleh sesat kat situ? Haha. Actually , rumah aku takde bikar yang boleh sukat isipadu air. Jenuh jugak pikir macam mana susu segar yang 1 liter tu , aku just nak gunakan 60 ml je. Pusing punya pusing kat dapur kecik mak aku, ternampak botol susu Zikri atas peti ais. Rembatttttt.... hahah. Itu je cara yang ada. Sorry ye Zikri , susu jugak tu. Hoho.


Mula-mula , arahan suruh pukul putih telur sampai kembang. Lama jugak lah nak menunggu putih telur ni kembang , and bila diterbalikkan macam gambar kat atas ni , make sure tak jatuh. See? We did it!! Aku pernah try buat krim ni masa darjah 5 atau 6 sebab teringin nak merasa krim buatan sendiri , tapi hampehhh.. tak jadi langsung. Masuk dalam sinki je lahhh..

Krim ni bukannya nak jadikan sebagai topping cake. Mengikut arahan, kat akhir sekali nanti kita kena campur dengan bahan-bahan lain. So, tup tap tup tap..

Tadaaa...


Takde kesan bakar dari oven sebab aku guna cari kukus. Guna cara kukus ni lebih cepat dari bakar. Tapi , aku tak nafikan rasa kek yang dibakar dalam oven lebih Uuummpphhhhhhhh!

Before niyh pun aku da cakap yang oven rumah dah rosak. Dah banyak berjasa pada kami semua.


Inilah gupe nya selepas dipotong cun melecun oleh gua untuk dimakan dan untuk tatapan korang. Wahaaha~

Rating yang aku boleh bagi kat kek gua niyh?? Sejujurnya , 7/10. Perghhh , meningkat dari yang sebelumnya. Hahaha. Sebab tu aku berani nak share resipi akak Azie kak korang. Aku yang amateur dalam dunia baking ni sukses untuk kali ketiga dalam hidup aku buat kek, apatah lagi korang...kan? kan? Kalau rajin , boleh la cuba.. Kalau malas , tatap je laa... Kalau banyak duet , beli kat kedai je le...


Follow IG @dropshipmina untuk gelang Pandora cantik-cantik dengan harga below RM30 okayyy!!

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

8 comments:

fiza saiza said...

macam senang je buat kek ni..

Izzati Amira said...

@fiza saiza

mmg senang pun!!! kot.. hahah , buatlah untuk ibu tercinta..hehe

Mizz Aiza said...

wah.. nampak sedap.. gebunya.. :D

sYiRa LoKMaN said...

gebunyaa...mesti lembut and sedap !

Nur Inani said...

macam mudah je..hihi :)

Cik Fafa said...

wah,fav saya ni kek vanila. macam nak buat ja untuk birthday sendiri tahun depan. wakaka

Anonymous said...

Berapa lama kukus kek ni....tips supaya air x jatuh mengalir dlm adunan kek sewaktu mengukus?

Izzati Amira said...

@Anonymous

berapa lama tu saya tak pasti , kena selalu jugak tengok2 kek tu..

tips supaya air tak jatuh, balut penutup periuk dengan kain bersih. Bila berwap, air takkan jatuh ke bawah.

harap jawapan ini membantu (: