Thursday, May 23, 2013

Senarai barang yang perlu dibawa ke PLKN



Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Sebenarnya dah lama sangat aku nak buat entry tambahan fasal ni. Cuma ianya asyik tertangguh sebab entry macam ni memakan masa yang agak panjang. Kena make sure maklumat yang aku nak share ni kenalah sehabis baik yang mungkin. Niat nak bantu budak-budak yang bawah umur dari aku and antara yang bertuah dapat masuk PLKN kan? Yelah , sampai ada yang menangis kegembiraan sebab dapat PLKN tau. Suka sangat lettewwww~. *dah habis perli sangat dah ni*

Well , aku nak share benda-benda macam niyh sebab aku pun pernah rasa pengalaman niyh and nak jugak korang bawak kelengkapan barang sepenuhnya. Alhamdulillah , ada orang sudi membantu even boleh tolong setakat list down barang-barang yang perlu dibawak je kan.

Sebelum itu , KLIK SINI untuk senarai barang yang diperlukan oleh pihak pengurusan PLKN nanti.


Jum bandingkan list korang dengan list aku.

1. Kad Pengenalan.
2. Loker mangga / padlock. Jangan beli yang biasa , beli yang lain dari yang lain. Kita tinggal dengan orang yang kita baru nak kenal, so barang peribadi kita kena jaga sebaik mungkin.
3. Peralatan menulis. Spare part jee.
4. Baju kurung/melayu
5. Makanan ringan. Snek atau minuman yang anda suka. Kat sana memang selalu rasa nak makan jee!
6. Pakaian. Bawak lah secukupnya, sebab bila tiba waktu malam, dibenarkan pakai pakaian casual yang sopan.
7. Tuala. Pihak pengurusan akan beri tuala PLKN satu atau dua , tapi kalau nak guna towel sendiri pun aku okey je *tetibe*
8. Selipar. Boleh bawak pi toilet atau ke tempat lain atas kebenaran pihak kat sana nanti.
9. Berus baju/gigi
10. Baldi/gayung/cebok
11. Sabun baju/mandi
12. Shampoo/conditioner/losyen. Keperluan mandi lah pokoknya.
13. Kain batik
14. Pads
15. Hanger/Penyangkut baju
16. Surat khabar lama
17. Telekung/Sejadah
18. Pengetip kuku
19. Mangkuk/Sudu/Garfu/Cawan. Ni gunanya bila nak melantak megi.
20. Air masak secukupnya.
21. Minyak angin/ubat-ubatan * yang ni aku tak pasti.
22. Tisu / cotton buds.
23. Calendar. Menghitung hari berapa lama nak habes PLKN
24. Sikat.
25. Sepit baju.
26. Jam loceng. Penting sebab korang dah kena bangun awal untuk solat Subuh bagi yang muslim.


Barang yang tak payah bawak.

1. Cadar , bantal dan selimut. Ianya telah pun disediakan oleh pihak pengurusan kat sana , tapi nak bawak pun takpe.
2. Pengering rambut. Setahu aku barangan elektrik memang dorang tak benarkan , tak tahulah kalau lain-lain tempat macam mana kan.
3. Seterika. Disediakan.
4. Cermin yang agak besar. Tak payah bawak yang besar sangat lol.
5. Alatan tajam. Memang terus kena rampas.
6. Marker. Dorang tak nak berlakunya sesi conteng menconteng dinding dah sebagainya.


Note pemberitahuan. Sila baca dalam kelajuan yang sederhana perlahan.

1. Oke , aku paham korang duduk sana hampir tiga bulan , tapi tak payah nak banyak sangat lah makanan ringan yang korang nak kena bawak sampai stok makanan pun kena cukup 3 bulan kan. Sebab nanti parents korang boleh datang setiap Ahad and bawakkan makanan untuk korang.

2. Telefon bimbit. Ini korang kena tanya pihak pengurusan kat sana. Peraturan mengenai telefon bimbit dorang akan jelaskan.

3. Jaga hubungan baik sesama bangsa dan kaum.

Kalau ada pape keraguan boleh je tanya. InsyaAllah aku akan jawab pertanyaan korang sebaik mungkin. Tataaa~

Sesiapa yang rajen boleh baca pengalaman aku membuat persiapan diri ke PLKN. Hope sedikit sebanyak ianya membantu.



Persiapan ke PLKN Part 1 , Part 2 , Part 3 , Part 4 dan Part 5.
Pengalaman di PLKN Ayer Keroh : Pengenalan , Kelas Integrasi Part 1, Kelas Integrasi Part 2 dan Memories di PLKN Ayer Keroh.

Suka ENTRY ni? Tolong ler tekan button DONATE bawah tu. Ngee~

Kbye.


26 comments:

wantie said...

sedih tau dodulu tak de pun PLKN. kalau le ada akak dulu yang lelaju register kot.

Izzati Amira said...

@wantie

untung lah kalau jd mcm akak..ekekek

Qila Violet said...

PLKN mmg terbaik. Kita pun dpt jgak Kump 1 Siri10/13. Hehe :)

Izzati Amira said...

@Qila Violet

tahniah ye, im happy 4 u (: , pengalaman yg ckup bgus utk kita.

siti farishah An said...

Akak second batch plkn sesi 2004.time tu plkn br diperkenalkan n byk juga isu2 panas yg terjadi.tp plkn sekarang dah lain n keadaan semakin terkawal.so,jgn tkt2 kpd sesiapa yg kene g plkn.enjoy ur day!

Izzati Amira said...

@siti farishah An

thanks for ur good advices (:

Anonymous said...

salam kak. terima kasih bebyak sebab sudi tulis entry ni. sedikit sebanyak dapat membantu saya. doakan saya dapat supaya dapat mengharungi 3 bulan itu dengan baik. gumawo.

Zaim Areim said...

Assalamuailaikum, nk tnya, zaim x dpt surat menyurat ttg dpt plkn ni sbb alamat dkt ic tmpt lama, skrg dh pindah.. jd nk buat cmmna ? or just download borang2 tu dkt internet ja ?

Izzati Amira said...

@Zaim Areim

tak pastilah Zaim.. akak bukannya pihak plkn nk jwab soalan ni.. cari web dorang and contact dorang okay. ? (:

Izzati Amira said...

Kepada Anon dan Zaty yang memberi komen, sorry sebab terdelete komen korang. Ni reply nya :

Anon : iron tak boleh bawak. nanti mintak jurulatih kat sna ye.

Zaty : Terpulang la nak bawak baldi atau tak. Tapi haritu masa akk pergi bawak baldi dia tak kata apa-apa pun. (: , boleh je bawak sbb nak letak peralatan mandi.

Asmidah Isdal said...

TQ..kak..

Anonymous said...

Asslm kak, smue org wajib ke buat medikal chek up?..tq

Izzati Amira said...

@Anonymous

wajib sayang (:

Anonymous said...

baju kurung kalau perempuan kena bawak brp banyak ?

Izzati Amira said...

@Anonymous

ikut keperluan awak. boleh dikatakan setiap hari awak akan guna baju kurung untuk solat maghrib & isyak.

Anonymous said...

Hmm kalau yg bagi pompan muslim kan sis . Boleh freehair ke tak ea ?
Kasut sukan kene bawak tak ?
And mase tidur boleh pakai seluar pendek ? Haha sorry banyak tanye :)

Hafiz Parman said...

Tumpang tanya, kasut boot yg tebal lagi perkasa tu kena bawa ke diaorang sediakan?

Izzati Amira said...

@Anonymous

yang tu terpulang pada pihak pengurusan kat sana.
kasut sukan dia ada bagi.
masa tidur tak kesah kot nak pakai ape pun.. (:

Izzati Amira said...

@Hafiz Parman

yup. kasut boot gagah perkasa tu dorang yang sediakan (:

Gula-Gula Kapas said...

Hai i am the second intake for series 11 .. thanks for the list and it helps me too much .. if nak sorok2 guna enfon bole x ? Thats mean x pyh bg dorg just keep it myself ??

potret hati said...

Salam. Sy kna plkn siri 11 .tp xtaw .perasaan nak pergi pun ada,perasaan xnk pergi pun ada,huhu

Anonymous said...

Nak bawak tudung color lain dgn lenses boleh tak?

sponglecrosseyed said...

akak baldi tu kna bawak mase ari pndaftaran ke?

Izzati Amira said...

@sponglecrosseyed

terpulang.. kalau parents adik ade dtg melawat hujung minggu, tak payah la bawak lagi. sebab menyusahkan kita pulak nak bawak baldi kan

Anonymous said...

selalu tuala dia bagi masa hari pendaftaran ke or selepas hari pendaftaran

zakiah sahad said...

Salam baldi kena bwk ke or dh disediakan