HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, May 7, 2013

SK Pelabuhan : Memories.

Moment 2002 - 2004 SK PELABUHAN

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Cepat sangat ke aku post entry yang seterusnya ni? Haha. Well. Tak terfikir nak buat entry ini dan yang sebelumnya. Tapi , bestfriend lama tetibe mention rindu kenangan lama. LOL. Terus bukak blog update. Try untuk ingat kenangan lama satu persatu dengan mencatatkannya disini.

Memang harapan lahh weyy ada gambar kenangan kat sekolah SK Pelabuhan ni. So aku buat research sedikit. All pics credit kat blog and fb SK Pelabuhan. Cikgu , saya bekas pelajar SK Pelabuhan 2002-2004. Batch 1994.
Fb SK PELABUHAN.
Blog SK PELABUHAN.

SK Pelabuhan dengan SMK Pelabuhan bersebelahan sahaja ye. Sebab tu rapat dengan abang kakak kat situ. Yang tinggal berdekatan dengan kawasan perumahan jugak daa. Hehe. Masa tu guru besar sekolah kiteowang Encik Abdullah bin Daud. Baru teringat selepas buat research. Heheh.

Lencana SK Pelabuhan.

Inilah lencana sekolah yang pernah menjadi kebanggaan kiteowang suatu masa dahulu. Nak aku share lagu sekolah jugak ke? Heheh. Tak ape lah. Well , bila aku tengok lirik lagu sekolah , rasanya macam tiada perubahan.

Sedang stalk Blog SK Pelabuhan ni. Mestilah aku nak tengok guru-guru ku yang tercinta yang pernah mengajar aku dulu kan? Tengok gambar boleh la ingat. Takde gambar , tak ingat kot. InsyaAllah aku cuba ingat cikgu.


1. Cikgu Raffee bin Manap. Hensem orangnya. Bermisai. Berkaca mata. Ustaz. Rasanya tak pernah ajar aku ni.


2. Cikgu Suharman. Cikgu BM yang hensem gagah masa aku darjah 4 Kreatif. Bersuara lantang.

Satu cerita fasal cikgu Suharman ni. Banyak jugak yang aku ingat semasa dia mengajar kiteowang dulu, dan aku apply apa-apa yang dia ajar dalam memahirkan pemahaman serta penulisan aku. Contohnya imbuhan PTKS , menulis karangan Autobiografi.  'Aku sebuah kereta' tu la contohnya. Ape erk formula die, sejak masuk U aku dah lupe. Hehe.

Aku pernah tiru signature dia yang lawa tu, sebab dia niyh tak suka budak hantar kerja lambat. Karangan aku tu dia dah tanda, tapi cam mane tah helaian karangan tu terkoyak rabak, aku terpaksa salin semula bulat-bulat.Takut kena marah punye fasal , so aku terpaksa. At last , kantoi. Hahaah.


3. Cikgu Ahmad Muniff bin Mohamed

Maaf kan saya ye cikgu. Tapi sepanjang cikgu Muniff mengajar kiteowang dalam subjek Matematik , masa aku darjah 4 sangat mengantuk buat aku. Aku bukannya jenis pelajar yang suka tidur dalam kelas. Tapi cara cikgu ajar buat aku mengantuk. Mata cikgu macam nak tidur je, sebab tu aku rasa mengantuk kot. Hujung tahun aku failed maths. Haha.

Tapi , masa darjah 3 cikgu Muniff pernah bawak aku ngan 2-3 pelajar yang lain pergi Kuantan Parade join pertandingan mewarna. Terima kasih cikgu. Cikgu Muniff pandai main alatan muzik tau. Merangkap cikgu pendidikan seni, muzik, pendidikan jasmani dan matematik masa tu.

Teacher yang berbaju kurung kuning oren pernah ajar aku BI masa darjah 3 kot. Lupe nama. Tapi teacher punya mulut memang best. Heheh.

Sir yang pernah ajar aku BI masa darjah 4. Nama Cikgu Mahtar bin Mat. Masa saya darjah 4 sampai lah saat tadi saya pikir sir orang cina. Lepas tu cari jugak sampai jumpa. Bila da tengok nama, oh saya lupa sir memang Melayu. hehe. Sir Mahtar!!! 

Patutla kengkadang aku pelik tyme perhimpunan dia tadah tangan masa bacaan doa. Ape la aku ni.

Ketiga-tiga cikgu perempuan di atas pernah ajar aku. Baju pink tu cikgu Zarina , rasanya aku pernah jumpa anak dia masa fom 3 tapi kat SK Sungai Soi. Masa tu event Puteri Islam, muka iras, tak tahula tu anak dia atau tak. Cikgu yang senyum tutup mata tu plak Cikgu Shamsiah. Tapi , aku lupe la nama cikgu cun purple ni. Hehe.

Oh. Baru aku teringat. Aku ada satu cikgu nama Cikgu Fadzilah. Cikgu ni garang giler. Guru Kelas bagi kelas aku jugak ,3 Kreatif. Cikgu BM. Tak siap kerja sekolah tak boleh rehat la ape la. Hisyy. Tapi yang best, tiap-tiap minggu mostly kiteowang akan menang kelas kebersihan tu. Hanya sekali atau dua je kelas 3 Inovatif menang. Tu pun cikgu marah sape yang tak jalankan tugas. Hahah.

Jum melawat sekolah pulak.

SK PELABUHAN ni memang sebuah sekolah yang sangat besar and luas. Dulu sekolah ni takde pagar sebab sekolah baru kan. Sekarang dah cantik. Pusat Sumber SK PELABUHAN adalah yang terbesar dalam banyak-banyak sekolah yang aku pergi. Boleh main sorok-sorok , kejar-kejar sebab ber-air cond. Hehe.

Hai adik-adikku. Comel je korang ni. Dulu kelas aku lebih kurang macam ni lah. Tapi masa darjah 2 , pelajar memang tersangat ramai dalam kelas tu. Bila waktu exam,  sampai dah takde ruang nak susun jarak antara meja. Woooo.

Kantin sekolah. Di meja makan inilah aku pernah makan roti canai mak Wanie buat. Sedap wooo. Kiteowang banyak beli kat luar bawak makan sini. Kengkadang je beli makanan kat kantin.

Ruang legar. Hujung kiri kalau tak silap ianya merupakan koperasi sekolah. Depan bahagian kiri ni pulak bilik SPBT. Depan kanan niyh bilik injection. Haham sesuka hati aku je. Itu semua dahulu. Sekarang tak tahulah bilik apa dah. Kat ruang legar ni jugak dulu dijadikan sebagai tempat membaca. Waktu rehat boleh lah baca buku kat rak yang yang disediakan, tapi kalau tengok kat gambar, rak tu da takde. Mungkin kat tempat lain kot.

Aku pernah ditugaskan susun buku-buku cerita kat rak buku dulu.

Ini pengetua sekolah yang terkini. Bukan nak cakap fasal pengetua ni. Tak jugak nak cakap fasal apa yang dia tengah buat. Tapi nak cakap fasal background nya. Kejam betul aku. Hehe. Belakang tu tempat permainan kiteowang. Bukan hape, memang satu sekolah tu tempat permainan kiteowang lah senang cite. 

Datang sekolah bukan setakat nak belajar, tapi nak main jugak. Haha.

Besar kan? Nak cakap sekolah korang lagi besar? Cakaplah. Kesah plak aku. Yang aku nak cakap inilah ruang tapak perhimpunan kiteowang setiap pagi. Aku dan members lain selalu datang awal ke sekolah. Boleh dikatakan, memang yang terawal sampai ke sekolah. Kalau takde kerja sekolah yang terbengkalai, kiteowang akan bermain galah panjang kat tapak perhimpunan ni. Haha.

Kan aku da cakap. Semua tempat kat sekolah niyh adalah game. Eekeke, asalkan boleh dibawak main, kiteowang main je lahh. Best giler tahuuuu!!!

Masa darjah 2 kelas aku kat pintu kaler kuning tu. Bersebelahan dengan kelas pintu biru. 2 Kreatif dan 2 Inovatif.

Belakang tu kantin. Ini boleh dikira sebagai dewan terbuka. Kalau kosong ni, kiteowang main galah panjang jugak ni. Galah panjang dulu femes tauuu!!

Pondok menunggu bas. Antara pondok menunggu bas sekolah yang amat selesa. Hehe. Habis je kelas, loceng balik pun berbunyi, terus jadi orang yang pertama keluar dari kelas, berlari-larian menuju ke pondok menunggu bas, letak beg.

Masa tu bas tak sampai lagi. So takkan kiteowang sendiri nak beratur menunggu bas kan? Jadi kiteowang gunakan beg untuk beratur. Hehe. Rindunyaaaa...

Panjang giler aku taip ni. Penat plak. Hehe. Malam kang nak buat entry lain laksss. Hahah.

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah. .... Ingat juga anak murid cikgu tempat dia belajar masa kanak2 dulu. Kenangan terindah dalam hidup adalah di zaman kanak2 @ sekolah rendah. Di masa inilah watak kita hari ini dibentuk. Semoga anak didik cikgu ini menjadi insan yg memberi sumbangan kepada agama bangsa dan negara. Drp- Cikgu Suharman