HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, June 25, 2013

Shooting and Outing with roommates.


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Saya kini berada di Library Uitm. Mencuri sedikit masa untuk update blog. Wahh , walhal ade lagi beberapa article untuk jurnal kiteowang yang belum siap nak cari. Fhewww. Ketepikan.

Sekarang ni , as manager kononnya , nak citer fasal semalam punya story.

Sekitar hari Jumaat , Sabtu dan Ahad yang lalu kat tempat aku ni beragak jerebu jugak lah.

Malam Ahad roommate cakap , dia tengok twitter mpp tweet Isnin takde kelas. Cuti. Happy itu pasti.

Malamnya kami konon bergembira nak layan Final Destination yang ke -3 . Aku dengan Dibah je yang tak tengok lagi. So, be relax and cool. Kita layan.


Heroin dia lawa.

Tapi aku tengok separuh je. Rasanya sampai couple ala gothic tu dah mati. Well , i hate that. Cerita hantu mungkin aku boleh terima , tapi bila mati-mati and keluar darah bagai ni , NO.


Besoknya pulak kiteowang , Shoootinggg. Disebabkan ianya masih berjerebu kat luar bilik tu , so just shoot dalam bilik je. Wahahah. So sempoi kan.

Aku dah tunjuk gambar yang dah siap tukar background bagai. Gambar -Work In Progress- memang takde maknenye aku nak letak. Dah bilik kiteowang memang cun habes!! So , tak perlu nak tunjuk sangat. Aku dah post sikit gambar kat entry yang sebelum ni. Nak lagi? Tengok dekat blog dan page kiteowang. Sekian.

Habis shooting tengah hari tu. Petangnya ajak roommates pergi Masjid Tanah. Nak beli barang sikit. Ehem ehem. Konon nak makan KFC lepas beli barang tu , elok jalan borak-borak sampai je depan KFC tu , "Eh!!?"

Nampak ade sorang laki tengah dok baiki pintu KFC tu and dalam KFC tu plak....KOSONG!

Patah balek pergi dekat kereta. Alahai. Can't decide where to go. Parking tepi , decide masa tu jugak.

"Jum Sungai Udang???" , me suggested.

Konon nak try KFC punya fasal. Isi minyak jum Sungai Udang. Bila dah on the way ke Sungai Udang.

Me adding , "Hmm.. alang-alang ke Sungai Udang.. baik pergi Cheng.. Ade Tesco.. Domino's.. Alang-alang ke Cheng.. baik jenjalan ke Bandar Hilir.. Alang-alang ke Bandar Hilir.. Dibah boleh balek Muar.. Kita pekena Mee Bandung..". Wahaha.


Stop kat Tesco Cheng sudah. Yeah , eventhough memang dalam tu takde pape yang best untuk kiteowang enjoy disebabkan jerebu. Cuci mata je. Masuk dekat kids play yang agak kecil tu and main pape yang patut. Dah macam budak-budak! Yes , for sure. We're still kids. Big kids. 

Memang best main dekat kids play tu weyh. Masa kecik tak pernah merasa lebih sangat. Ajak mak abah pun dorang tak nak masuk. Kalau masuk pun dapat main satu atau dua game je sebab dorang tak bagi duit nak beli token. Bila diri sendiri dah ada duit , hamek kau. Main je semua yang ade depan mata.

Bila dah habes kat situ , kiteowang pergi melantak dekat satu kedai fast food kegemaran Dibah tuu. Then balek kolej rehat sebabnya Selasa kelas bermula seperti biasa. Woot woot. Dalam kereta pulak , lagu Saujana - Keluarga Bahagia berkumandang. Bernasyid lah kiteowang berempat kecuali Erra. Hahah.

Beramai-ramai..

" Oh Ayah.. Oh Ibu dengarkanlah rintihan
dan luahan hatiku yang dahaga kasih
jiwaku terasa tersiksa ketandusan kasihmu
marilah kita bina bersama-sama
keluarga bahagia "


Then, ade iklan Anuar Zain tengah nasihat fasal ape tah, background music lagu Bila Resah. Habis je iklan..

"Hoo! Bila resah... " , ( Anuar Zain ) iklan habis.
" Ingat saat indah
Bila rindu , ku nyanyikan lagu mu
Sehari ku rasa bagaikan setahun
menunggu tibanya oh bahagia .." kiteowang sambung.. hahaha. Semangat memasing.



Malamnya. Updated Hasya Surfina punya blog dan page. Penat. Tidur. Sekian.

Blog Hasya : Hasya Surfina
Page Hasya : Facebook



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

2 comments:

nurul missnuyul said...

Bestnya jalan2 dengan kawan2. Rindu nak macam tu...

Izzati Amira said...

@nurul missnuyul

kan? heheh