HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, June 9, 2013

Tips : Untuk adik-adik PMR & SPM.


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Aku dengar-dengar budak-budak yang amek PMR tahun ni *2013* last batch. Betul kah? Tak pulak aku kira-kira. Tapi rasa-rasanya macam ya. So, adek aku yang second last tu group terakhir yang dapat merasa PMR lah ni. Best of luck untuk korang semua lahh. Chaiyok!!

Buat lah yang terbaik oke.

Tak nak bahasakan diri 'akak'. Harap adik-adik bawah umur faham lah ye. Hehe.

Bila imbas kembali masa aku salah seorang pelajar yang pernah berada dalam dewan peperiksaan untuk menghadapai PMR'10 dulu. Result takde lah gempak dan tak pulak tahap mengecewakan. Sedang-sedang sahaja cukup makan. Cantik lah jugak. Bagi aku. Hehe.

Masa aku Form 3 dulu. Family aku takde lah nak hantar aku pergi tuisyen bagai Skor itu ini. Semuanya atas usaha sendiri dan tunjuk ajar dari cikgu dan kengkawan kat sekolah je. Fyi , aku duduk kat kelas 2nd last pulak. Disebabkan result form 2 aku tak best. And banyak C masa tu. Sebab tu dapat kelas C. Haha. Well panjang ceritanya, habes je form 2 aku tukar sekolah.


Aku yakin. Kalau rajin berusaha dan banyak buat latihan, dengan izin Allah , korang pasti boleh berjaya. So, aku nak tekankan kat sini , adik-adik yang bakal ambil PMR/SPM tahun niyh. Banyakkan buat latihan mengenai soalan past year. Buku latihan past year kaler oren tu sangat-sangat membantu korang tahu tak. Rasanya kalau cetak baru sekalipun , warna kulit buku tersebut tetap kaler oren.

Teknik belajar yang betul :
1. Buat nota ringkas yang boleh dibawa kemana-mana sahaja.
2. Mengikut jadual belajar. *kalau ada.
3. Memberi penumpuan yang lebih kepada subjek yang korang lemah.
4. Banyak bertanya.
5. Banyakkan ulang kaji.
6. Buat soalan past year. *hehe, habiskan!!! Tahu. ( tak paksa kalau tak mampu beli )
7. Bersungguh-sungguh!
8. 21 Teknik belajar yang betul. SINI.

Aku tak mention tuisyen di luar sekolah itu tak bagus. Ianya juga banyak membantu korang. Tapi make sure, bila dah tuisyen hasilnya mestilah memberangsangkan. Jangan hangat hangat tahi ayam je. Jangan terlalu bergantung pada tuisyen semata-mata sampai korang malas nak belek buku dekat rumah. Percayalah.


Lastly , banyakkan berdoa dan bertawakal setelah berusaha oke. InsyaAllah.

Tujuan buat soalan past year :
1. Supaya korang familiar dengan format PMR/SPM.
2. Selalunya soalan yang hampir sama dikeluarkan setiap tahun.

Take note :
1. Jangan kesihatan diri dan banyakkan minum air masak. *Sekarang niyh cuaca semakin panas.
2. Ramadan dah dekat. Berdoa kepada Allah S.W.T semoga dipermudahkan.
3. Raya?? Sehari je lah.
4. Latihan, latihan dan latihan. *Tolonglah banyakkan buat latihan ye adik-adik.
5. Banyakkan bertanya guru mata pelajaran atau kengkawan yang pandai dalam subjek-subjek tertentu.

p/s: Peringatan juga kepada aku yang nak menghadapai Final Sem 3 , bulan Sept - Okt niyh. Hehe. Sama-samalah kita berjaya oke. Aku harap adik aku pun dapat banyak A dari result aku. Biar aku jeles. Hehe. Amin.

SINI. Tips menghadapi peperiksaan dari Kak Fatin. Kalau terkurang maafkan saya yer. Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

6 comments:

Che Rosliza Che Mat said...

datang singgah dan follow sini...

Miss Za said...

nice sharing! masa zaman PMR dulu sy paling suka subjek Science n Mate. Zaman SPM xsuka kimia, addmate, and fizik. tp suka bio n BM..

Izzati Amira said...

@Che Rosliza Che Mat

terima kasih (:

Izzati Amira said...

@Miss Za

kan? sye suka math je..hihi

ahmad said...

btl2... kena biasa kan diri dgn exam baru la nnti x terkejut sgt kan.. hehe

jom try widget nie yer

http://www.ahmadhasif.info/2013/06/top-commentor-in-site.html

AiSyA LiEzA said...

usaha+doa+tawakal..insyaAllah :)