HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, July 24, 2013

Berbuka di Kampung Nogori Sombilan


Assalamualaikum and Salam Ramadhan.

Sabtu lepas , roommate aku, Linda ajak balek kampung dia  teman untuk berbuka puasa. Aku ngan roommate sorang lagi , Erra ikut je lahh. Kalau hujung minggu duduk kat bilik.. boring kott.. So, kami bertiga bertolak dari kolej jam 6 petang.

Sampai kat kampung macek tu nak dekat jam 7 gak arr.. So, memang agak ramai jugak ar femly members belah bapak Lynn, tak seramai femly aku… tapi… ramai jugak lahhh *ayat keling*.

Sampai je, kami yang segan-segan, malu-malu kucing tahap gaban ni hanya mampu duduk je mengadap tv and phone memasing. Tak tahu nak buat ape. Nak tolong angkut pinggan pun rasa macam berattt je.. haihhhh…

Then, ade plak sorang pacek nak berkenalan ngan kiteowang bertanyakan nama… Nak bagitahu, segan. Sengih sengih je sudah.. memasing cakap loghat Negeri Sombilan, susah plak eden nak paham apa-apa yang dorang cuba tanya. Berbalik pada pacek tu tadi.. Eh, die panggil nama aku , “ Azizah.. jangan le memalu..”..

Aku dah macam.. Whattt????? Dia panggil aku Azizah?? Habis kampung dia panggil aku.. Tapi.. aku hanya mampu gelak.. Takkan nak melawan plak.. Adoi. Sesungguhnya, kami berdua mengalami kejutan bahasa disitu. Hahah..

Then, dah sampai waktu berbuka tuu , dorang panggil makan kat luar rumah. Ikutkan aje. Rasa macam lambat je nak menunggu berbuka kat Nogori ni.

Sekali lagi, pacek yang sama tu tukar nama aku.. “Yang baju biru tu.. (aku).. jangan malu-malu.. Linda… apa nama budak baju biru tu?

Izzati,” , balas Lynn.

Ha.. Aisyah.. makan-makan.. jangan memalu..” .

Aisyah pulak dahhh. Stress aku dia main tukar-tukar nama ni. Ehhh, sesuka hatiiii jeeee.. Aku ngan Erra mampu gelak je lahh. Stress.

Lepas makan ape semua, tunggu parents Lynn plak datang. Pukul 12 malam baru gerak dari kampung. So, salah satu tujuan kami temankan macek Lynn ni sebab temankan dia drive malam-malam la.. Kalau sengsorang… tak balek bilik la macek tu…terus balek rumah.

Well, itulah pengalaman berbuka puasa saya warga Perak, dan Erra warga Johor di kawasan Nogori Sombilan. Fhewww. Thanks untuk pengalaman yang singkat. Thanks jugak untuk Azizah dan Aisyah. Huahahah~

p/s : aku tak bermaksud nak kata nama Azizah tu nama orang kampung je yang pakai tau. Don't take it so serious ye sayang... Peace no war.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

No comments: