HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, July 14, 2013

Kad raya atau hantar emel yang menjadi pilihan?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Sejak aku kecil lagi aku dah di didik nak hantar ucapan Hari Raya ni seeloknya menggunakan kad raya. Nak pos pulak kena cepat-cepat, sebab kalau lambat pos, nanti lambat la sampai kad raya tu.

Memandangkan kami sekeluarga selalu duduk jauh dengan kampung halaman, hampir setiap tahun akan cuba hantar kad raya untuk Atuk dan Tok wan. Sudah maklum memang Atuk ngan Tok wan ni buta huruf, tapi cucu dorang kat sana boleh tolong bacakan. Ergghh, tetibe rindu Atuk ngan Tokwan. Bila kiteowang balek kampung je mesti Atuk takkan lupa nak buatkan sambal tumis untuk kiteowang sebab adik beradik kiteowang ni memang GILA sambal tumis!! Haha.

Tok wan pulak, sekali dia masuk dapur.. perghhhhh... masakan Tok wan memang best tahap best arhh citer dia. Orang yang sangat-sangat pandai masak ni memang susah nak masuk dapur. Alahai.. terliur plak..ooppss.. baru 10 pagi. Adoi.


Nak cakap fasal makanan atau kad raya ni macek Zati oii?

Mostly , semua sanak saudara kiteowang asalnya dari Perak , negeriku tersayang. Sebelah Abah tinggal kat Kuala Kangsar, mak pulak tinggal kat Taiping. Wajib untuk hantar kad raya kat dorang. Dorang tak hantar pun takpe, asalkan kiteowang yang hantar pun dah cukup. Peace.

So, bila sudah di asuh macam ni, automatik aku takkan lupa kengkawan yang rapat dengan aku. Well, aku memang suka bagi kad raya. Sangat-sangat suka bagi kad raya. Tapi bila zaman teknologi ni boleh je tanya dorang soalan-soalan cliche yang kita selalu dok tulis dalam kad raya tu. Apa guna twitter? Facebook? Sms? Whatsapp? Kakao? Wechat? Haha.

"Apa khabar? Sihat? Sini sihat je. Puasa penuh tak tahun ni? Baju raya berapa pasang? Warna apa? Banyak ke buat kuih tahun ni? Sedap-sedap tau.. Bla bla bla.. Jangan lupa kasi duit raya ye,!"

Ayat kad raya 7 tahun lalu??? Hehe.

Macek-macek kesayangan gua. Merangkap classmates dan roommates , kecuali Dibah gorjess. Heheh. Sorry lah mata macek kesayangan gua ni sepet-sepet belaka. Nak sama macam Kim Jong Kook gak..heh

Casing phone Hello Kitty yang dihadiahkan oleh macek Mira. Comel an? an? Even aku ni bukan peminat Hello Kitty sekalipun, waktu kecik-kecik tengok jugak la katon ni.. kaitan? Haha.

Orang akan cakap, hantar kad raya ni leceh la!! Tulisan mesti nak kena lawaaa je. Nak pergi beli kad raya satu hal. Nak beli setem satu hal. Nak pos lagi lahhh satu hal. Leceh..leceh..

Hantar emel je kan senang. Design je ikut suka hati. Pastu tag je reramai. Dah siap. Ape susah?? Takpun buat status, nanti ramai lah yang tukang nge-LIKE!!

Bagi aku, hantar emel ni tak best. Sebabnya.... tak best!! Terpulang kepada individu lah kan? Nak hantar kad raya biaq ikhlas. Well, aku bagi kad raya ni kat orang-orang yang aku sayang je. I mean, orang yang rapat dengan aku. Orang yang aku takkan lupa.

Miss this lil kid very much!!!


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

12 comments:

Murni Amir said...

dulu rajin jugak hntr kad rya . . tapi sejak zaman teknologi makin canggih ni dh tak guna kad rya dh . . rsa rindu jugk dengan kenangang2 dulu :)

Cik S :) said...

Suka hantar kad raya jugak. Hee. Ade geng la. Jgn hantar lambat2 taw, nanti tak sempat!

Bahrain Ramlan said...

kalo aku prefer kad raya...kad raya ni lain feelingnye dari terima email..hahah

Angelika Fadhilla said...

hello kitty is my favorite! hehe

btw, kad raya macam dah tak relevan kan sekarang? semua nak online, jimat dan senang kata nya, rindu nak dapat kad raya bebanyak macam deduluuu, wheee~ :)

Nurazlan Azmi said...

baru ada feel raya kalau bagi dan terima kat raya ni..kan???

Izzati Amira said...

@Murni Amir

kan?? kenangan dulu byk bagi and dapat kad raya... nak satu boleh?? haha

Izzati Amira said...

@Cik S :)

rajin2 lah hantar kat saya jugak..ekeke

Izzati Amira said...

@Bahrain Ramlan

yup.. dapat kad raya ni lebih rasa diri ini di hargai gitu..whoaa

Izzati Amira said...

@Angelika Fadhilla

lol. hello kitty lovers jugak? aduss. jgn jeles...huahahuah

Izzati Amira said...

@Nurazlan Azmi

ye Alan... dua-dua feel buat kita rasa bahagia...perghhh..hehe

Nurazlan Azmi said...

@Izzati Amira mesti banyak kad raya kan??

Izzati Amira said...

@Nurazlan Azmi

heheh, tahu takpe. hoho