HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, July 6, 2013

Layan movie MAMA bersama roommates.

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Selamat pagi kepada girlfrennss ku sekalian. Morning u olls.

Akhirnya, kini aku merasakan tak terbeban untuk update blog disebabkan kekangan masa or sebagainya sebab aku update kat rumah. Untuk dua hari ni je.

So, hampir 3 minggu  *lahh sangatt* gua tak balek rumah ni , macam-macam jugak lah aku buat kat bilik tu dengan roommates setiap hujung minggu. Memandangkan Mira niyh kaya dengan movies omputeh, so kalau memasing dah takde kerja nak buat tu, "Jum tengok movie.. citer hantu laa..", ajak roommate aku yang sorang lagi , Erra.

Lynn plak dah tak sedap duduk sebab macek ni memang penakut. Kalau dah tengok citer hantu mestilah nak tutup semua lampu bilik tu, so dia akan lari ke bilik atas lepak bilik orang lain kejap.


Masing-masing antara aku, Mira and Erra tak pernah tengok lagi citer ni. Dengar orang cakap citer die takde lah scary mana. Tapi sedih. Hmmmm. Bila dah sebut perkataan seram atau scary , bantal haruslah ready kat depan mata u olls. Kang muncul tetibe, tak saket jantung???? Cer jawab, haha.

Yang macek Erra niyh belum pape lagi dah nak tutup muka bagai, hek ala. Die jugak yang kemain semangat nak tengok citer hantu bagai. Dan dia yang semangat tutup muka dulu. Helamakkk.

Kalau aku, dah dengar bunyi-bunyi suspens tu memang aku dah tutup muka awal-awal dahh. Kalau ade part yang senyapppppp sangat tu, kejap lagi muncul la hantu dia tu!! Punya lah mindset terukk gilosss! Haha.

Yang macek Mira ni okeyh je. Tapi dia plak jenis tak boleh tengok hantu. Takut masuk dalam mimpi. Die pun akan tutup muka awal-awal.

So macam mana tu??? Kalau dah 3-3 tutup muka, baek tak payah tengok citer hantu. Tapi itulah hakikatnyaa. Aku oke je tengok hantu ni, tapi tak boleh tengok kalau dia muncul tetibe. Dari takde saket jantung, terus ada saket jantung gara-gara tengok MAMA niyh. Haha.


Nak aku describe hantu dia macam mana takk? Haha. Sebab aku takkan upload nak show off gambar hantu tu kat blog aku. Takde maknanye! Kang lelame aku tenung, teringat plak.

Memasing bertiga tengok MAMA macam orang giler. Memang tak boleh bawak pergi wayang la kalau nak tengok citer hantu dengan kiteowang niyh. Memang bising satu panggung hanya disebabkan kiteowang bertiga.

Erra nak tengok citer hantu, tapi bila dia ternampak hantu tu.. "Alaaa, ternampak hantu tuuu.." merengek. Ekekek, sengal je. Dah kau tengok citer hantu, mestilah kau akan nampak hantu. Rugilah nak tengok citer hantu tapi tak nampak hantu. Tak scary.

Aku layan je kalau roommates aku nak layan pape jenis movie sekalipun. Kecuali, yang bunuh-bunuh ni. Sumpah aku tak suka tengok. Citer hantu aku oke, kalau dia muncul secara mengejut DAH TENTU aku akan menjerit. Wakakaka.... sengal. Suka tengok citer hantu , tapi kalau hantu muncul aku jerit. Titik.

Lynn yang tak tengok citer hantu duduk tepi je sambil layan fon dia. Bila kiteowang bertiga memasing tutup muka nampak hantu muncul dia plak pergi tangkap gambar kiteowang. Gediks.

Habis je layan movie semua dah lega. Ekeke. Aku kalau tengok citer hantu rasanya takde plak nak bawak sampai ke mimpi. Kalau Erra tu mungkin kot. Haha. Then, dia boleh plak nak memain lagi, panggil Lynn "MAMA!!" sambil buat gaya, sengal!! Memang cari pasal. Pastu, Lynn yang tak tengok pun dah takut nak pergi toilet. Eh eh. Macam-macam.

Citer niyh best la untuk dilayan. Sadis pun ade sebab dua orang kanak-kanak ni tak pernah dapat kasih sayang dari seorang ibu. Dua orang kanak-kanak niyh sangatlahhh comel oke. Kalau belum layan, try lah.

Peace.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

7 comments:

Nurazlan Azmi said...

wah..untunglah tengok cerita mama..alan pun pernah tengok tak seram mana sedih jer....try lah tengok cerita sinister lagi seram..konfom terjerit-jerit tengok :)

Izzati Amira said...

@Nurazlan Azmi

alamak, roommate pun ckp citer tu mmg seram habis.. tapi takut lah nk tgok..hehhe, thanks Alan! (:

Nurazlan Azmi said...

hahahhahaha........sama-sama :)

sha (chirp chirp) said...

huhu. feeling gila tgk cite hantu ttup lmpu. kalau sha, bab hantu nk dtg je mesti ttup mata, buka jelah jari kecik je intai. huhuhu.

Izzati Amira said...

@sha (chirp chirp)

eh, samelah kite. hanya mampu tgok hntu tu kat celah jari je..hehe

A Girl Like You said...

a'a la! cuba tgk sinister! mama ni pun seram dah sebenarnya!

Izzati Amira said...

@A Girl Like You

takmo arhhh , nnti saket jantung plak..ekeke