HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, July 12, 2013

Mana hilangnya sifat hormat?


Assalamualaikum.

Ingat lagi masa kecik-kecik dulu pergi surau dengan kengkawan pacek paksu semua nak solat tarawikh masa bulan Ramadhan buat kali pertamanya. Is it 9 to 10 years ago??

Masa tu pergi pun saja-saja sebab nak try belajar solat tarawikh dekat surau. Nak tahu macam mana suasananya orang solat tarawikh kat surau ni. Nak tahu , moreh tu apa. Sambil nak jumpa kengkawan jugak. Kiteowang ni kiranya lebih suka berkawan dengan orang-orang yang lebih besar sikit. Yang kecik-kecik bawah kiteowang tu tukang ikut jugak la.

Sembahyang tarawikh pun takde la tahu sangat. Orang rukuk, kita rukuk. Orang sujud, kita sujud. Budak budak kan. Agak jahil jugak la dulu.

Tapi takde la pulak aku nak buat bising belakang surau tu dengan kengkawan. Takde pulak nak main-main belakang surau tu. Tapi sekarang ni? Budak-budak yang sekarang ni? Buat aku saket hati and bikin hati panass je.

Tension aku dengan bebudak sekarang ni. Kalau kau datang surau setakat nak buat bising je. Buat pondok sendiri lah weyy. Pastu yang si perempuan ni pulak tergedik-gedik belakang surau kalau si jantan dah usik sikit.

"Laura... Laura....," pikir ni wayang anak mami ke kau nak bising belakang makmum yang tengah solat?

Gelak plak mengalahkan kau tengok Raja Lawak kononnnya. Mengucap kau pandai panjang berjela. Tapi hormat??? Mana hilangnya sifat hormat??


Tolong lah hormat orang lain. Tak mintak banyak pun, tak luak pun kalau nak hormat orang ni. Sikit pun jadi la. Orang tengah solat, hormat la. Jangan buat bising , kalau orang cakap mak bapak tak ajar, boleh pulak korang nak marah. Tapi tu lah hakikatnya.

Takpelah dik. Nak tegur pun , awak tu anak orang. Nanti orang cakap apa pulak kan. Susah nak terima teguran. Saya pun macam tu jugak , tapi tak salah untuk hormat orang lain , kan? Maafkan saya.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

9 comments:

sha (chirp chirp) said...

huui, marah betul ni. good girl betul dia msa kecik :D

Izzati Amira said...

@sha (chirp chirp)

xde nak good girl sangat lahh...hihih

Nadya Shafeqa ツ said...

budak zaman skg . ishh memang xreti hormat org kot. kite yg tgok ponn sakit hati -_-

Izzati Amira said...

@Nadya Shafeqa ツ

kita doakan sajelah supaya generasi akan datang tak akan menjadi lebih teruk (: , tq for ur comments

Angelika Fadhilla said...

sabar jelar dengan perangai dorang, orang tengah solat dalam surau, dia pergi main mercun kat luar, habis mak cik mak cik melatah, hihihi,

Izzati Amira said...

@Angelika Fadhilla

aah kan? hehe, tapi setakat ni belum jumpa lagi..heheh (:

Nurazlan Azmi said...

sama lah kita geram jer dgn budak-budak yg bising tu ikutkan hati ni nak bagi penampar sedas tapi apa kan daya anak orang......

Izzati Amira said...

@Nurazlan Azmi

anak orang oi...hahaa..

Nurazlan Azmi said...

@ Izzati Amira tau anak orang kalau tidak kena lempang lah budak tu heheehehe......