HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, July 2, 2013

Outing : Ber-bowling dengan roommates


Sabtu , 29 Jun 2013.


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Today , seawal jam 7:30 pagi memasing dah bangun dari katil and bersiap untuk keluar main boling. Ni semuanya sebab macek Zati tergedik-gedik nak main boling. Kononnya dah gian sangat nak main boling. Kononnyaaa...

So, pukul 8:30 lebih dah siap and ‘try’ tunggu bas. Kot kot kalau bas nak lalu amek kiteowang kat depan kolej stop depan gate.

Hampehhhh!!!! .

Setengah jam tunggu tak pulak nak munculkan diri. Jalan kaki lah cerita dia. Dah keluar dari Uitm tu, nak menunggu kereta sewa sampai , breakfast kat medan selera. Isi perut.

Bro kereta sewa plak lambat plak sampai nyaaa.. Sabo je lahh... 10 lebih tu baru start gerak dari Lendu menuju ke Ayer Keroh.


MIBC. Maen bowling... yabeda bedu.. hilang keinginan gua yang dah berzaman rasanya tak maen boling. Eekeke


Ada 3 orang pemain handsome dengan sorang awek. Fuyyooooo....

Ramai main boling kat situ. Ada kelab ape tah buat event kat situ. Tunggu setengah jam untuk lane free. Habis je main semua tu makan kat food court Mydin. Mahal... mahal.. macam biasa.. Sekali makan kat situ, boleh dua kali makan dekat Jebat. I mean, makan tengah hari dan malam. Cekik.. cekik..

Then, jam dah nak menunjukkan pukul 2 petang. Hantar Dibah kat Tesco sebab parents dia ada kat situ. Then, tyme tu pulak kereta sewa sesak minyak. Memasing dah blank kat mana stesen minyak terdekat. Depan sikit dari Tesco tu ada Petronas, bila dah sampai, dorang tengah buat renovation ape bende tahhh. perghhh, terus panik 8.5%!! Hahah.

Ada dua jalan , sama ada balek ikut AG atau lalu dekat Sungai Udang. Erra cakap, rasanya kalau ikut AG takdari Teso tu takde stesen minyak. Kalau lalu Sungai Udang plak, jauhh. Takut tak sempat nak sampai minyak dah habis. Ambil risiko, lalu Sungai Udang.


Alhamdulillah. Selamat... wahaha. Dah isi minyak baru tu, jenjalan Masjid Tanah kejap. Beli barang sikit. Tapi bateri badan memang dah tahap low. Penat jugak rasa. Kalau badan macam Ultraman tu, dah lampu merah daahh. Ekeke.

Balek bilik je terus tidur. Re-charge bateri badan.

Lepas maghrib tu, Lynn call ajak nak pergi pasar malam AG atau tak, Erra jawab nak ajee. Kelam kabut memasing satu roommate siap sebab Lynn dah ontheway.

Malamnya keluar lagi. Kemain je memasing. Keluar jenjalan saje! Satu roommate kaki jalan pulak. Balek tu, buat kenduri dalam bilik ajak jiran-jiran datang bilik makan. Lynn baru balek dari kampung, bawak balek pulut kuning and lauk-lauk bagai. Banyak makanan lebih, jemput jiran datang bilik habiskan makanan. Sangat harmoni. Ekeke.

Rindu family and rumah. (:



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

No comments: