HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, August 30, 2013

Uitm Lendu : Merdeka Raya , 28 Aug 2013.

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Rabu lepas , tempat aku ada buat event Merdeka Raya kat Dataran Keris ( DK ) . Semua makanan gempak-gempak wa cakap sama lu. Antaranya..

Nasi beriani.. Daging kambing yang disalai kat area DK tu jugak.. yang aku nampak ade la 2-3 ekor.. kot?? Pastu... aiskrim nestle, burger, laksa, roti canai, aiskrim 1 Malaysia, sosej, nugget, kuih raya, buah-buahan, pastri seperti blueberry tart, fruit tart.. kerepek.. cheese cake, otak-otak,  puding karamel ( tak sempat amek ) , pizza, dadih and banyak lagi lahh sampai aku malas nak tengok semua kedai jual ape. Kang aku amek semua makanan, payah pulak nak angkut. Wahaahahah~

Hanya kami bertiga. Lynn, Mira dan aku. Dibah tak join sebab dia overnight dengan roommates dia before tu, so die nak bayar hutang tidur dia balek. Dah la si penggemar makanan macam aku jugak, hehe. Erra pulak sebab dia ade kelas.

Lepas habis kelas Far, yang patutnya 1 jam, disingkatkan setengah jam je sebab masing-masing tak tahan nak melantak makanan free, kononnya. Lepas Lynn park kereta dekat ( Unit Kesihatan ) UK, kiteowang masuk DK.


Macam ni lah DK kiteowang kelihatan dari tingkat atas tepi. Nice isn't?? Waktu ni VIP dah berangkat naik atas untuk menjamu selera. So, orang pun terus serbu tempat-tempat yang ada sediakan makanan ni. Hanya kat sini je free, hanya booth area DK ni je makanannya korang boleh ambil sesuka hati.


Antara makanan yang kami bertiga dapat capai.. hehe. Jangan tamak. Muahaha, tapi dalam 3 orang, tangan aku paling laju capai makanan yang sedap mata memandang, sedap lagi perut ni nak melantak. Hamek kauu. Heheh.


Dalam banyak-banyak makanan, roti canai, laksa, aiskrim vanila, fruit tart, blueberry tart, otak-otak, karipap, cheese cake, agar-agar, nenas, mangga muda, , sosej, nasi beriani bersama awas-awasnya...


Waktu ni memasing yang berbakat dalam bidang seni suara tunjuk bakat dorang kat sini dengan menyanyikan lagu-lagu patriotik dan lagu Hari Raya. Ade yang best, ada yang best giler, ada yang boleh tahan, ada yang ke-laut.. erk?


Aku rasa gambar ni tak bape nak ready sebab mata aku pandang tempat lain. Bukan sengaja buat juling hokayy. Habes ayu dah wa posing ni. Wahaha~ Emang gua pikirin?


Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, August 20, 2013

Nasi Kukus Ayam Panggang Koboi , PD.


Assalamualaikum dan Salam Syawal.

Masih berada dalam mood raya ke weyh? Huntongg sangat laaa. Baru raya dua hari aku dah kena pi Kuantan, raya keempat pulak dok rumah rehat je bersiap sedia untuk pulang ke kolej tercinta. Haktuii. Eekeke.

So, masih belum mahu nak share story raya kat sini. Takde gambar raya lagi lol. Kesian tol. Citer ni before raya punya jugak. Tyme bulan Ramadhan yang lalu. Ada satu hari tu kami bercadang bukak puasa kat luar on the way pulang ke kampung. So, bagi yang familiar mesti pernah dengar Nasi Ayam Koboi kat PD tuh. Sodapp weyh!




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, August 11, 2013

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.


Assalamualaikum and Salam Syawal.

Ini story masa bulan Ramadhan haritu. Lepas balik kampung mak area Taiping, hari selepasnya kami sekeluarga haruslah pulang ke kampung sebelah abah pulak kat Kuala Kangsar bukak pose sesama.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.