HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, August 11, 2013

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.


Assalamualaikum and Salam Syawal.

Ini story masa bulan Ramadhan haritu. Lepas balik kampung mak area Taiping, hari selepasnya kami sekeluarga haruslah pulang ke kampung sebelah abah pulak kat Kuala Kangsar bukak pose sesama.

Sebelum balik tu kiteowang shopping dulu kat sana, tepat jam 12 tengah hari kiteowang start shopping. Ohmyy, bayangkan lah tahap kepanasan macam mana waktu tu. Ergghh, aku kalau dah panas-panas ni memang takde mood lah nak tengok barang itu ini. Asyik berteduh je keja aku. Mak ngan adik-adik nak shopping, p lah shopping sana. Aku tengok je dari jauh. Haha.

Nak cakap aku ni puteri lilin, tu ha, roommates aku lah orang yang pertama dan selalu akan panggil aku macam tu. Tak boleh kena panas sikit. I am already black u olls, takkan nak tambah gelap lagi? Tak nak arhh!! Hehe. Duduk lelama bawah matahari ni boleh kena kanser kulit tahu, hah *tetibe*. Alasan. Hikhik.

So, dah habis shopping sekian sekian bagai, alang-alang dah pukul 2 petang tu cakap kat abah ngan mak, jum solat Zohor kat Masjid Ubudiah.

Ha, ni nak habaq mai. Cakap je asal dari Kuala Kangsar, dah umoq 19 tahun tapi tak pernah pun jejak kaki kat sana. Lol. Masjid Ubudiah yang serba cantik ni berdekatan dengan Istana Iskandariah, sedia maklum, Kuala Kangsar Bandar di-Raja hokayy.




Cantik kan??? Kat bahagian atas dalam masjid niyh terteranya 99 Nama Allah S.W.T. Sempat jugak kiteowang buat kira-kira ni cukup atau tak.

Eh, terlebih kot, Ade 104 plak kat situ. Kira lagi dan kira.

Rupa-rupanya ada 4 corak bunga + kalimah Allah S.W.T + 99 Nama Allah. Patutlah yang dalam bulat-bulat tu ada 104. Heheh.



Nice isn't ?? Do visit jika berkesempatan. Moh le ke negeri Perak Darul Ridzuan. 

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

6 comments:

NurainSuperr said...

subhanallah, lawanya :D

Izzati Amira said...

@NurainSuperr

cantik kan??? heheh

FD. said...

cantik! tak penah jejak perlis lagi. haha.

Izzati Amira said...

@FD.

Perak la sayang (:

nurhamiza shuhada said...

Saya pun pernah pergi masjid ni.Tapi dah lama dah,masa rombongan darjah 6.Memang lawa masjid ni :)

Fatanah Khirizan said...

hehee,akak post entry ni lama dah... tapi takpe,nak komen jugak,hahaa...

cantik sangat masjid ni... luar cantik,dalam lagilahh... lawanya... teringin nak masuk masjid ni,huhuu.... selalu pegi perak nak balik kampung tapi tak pernah masuk masjid ni,huhu...