HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, August 20, 2013

Nasi Kukus Ayam Panggang Koboi , PD.


Assalamualaikum dan Salam Syawal.

Masih berada dalam mood raya ke weyh? Huntongg sangat laaa. Baru raya dua hari aku dah kena pi Kuantan, raya keempat pulak dok rumah rehat je bersiap sedia untuk pulang ke kolej tercinta. Haktuii. Eekeke.

So, masih belum mahu nak share story raya kat sini. Takde gambar raya lagi lol. Kesian tol. Citer ni before raya punya jugak. Tyme bulan Ramadhan yang lalu. Ada satu hari tu kami bercadang bukak puasa kat luar on the way pulang ke kampung. So, bagi yang familiar mesti pernah dengar Nasi Ayam Koboi kat PD tuh. Sodapp weyh!


Kalau lambat pergi memang selalu ayam dorang ni habes!! Selalunya jam 8 malam dah tutup, takpun 7 malam dah tutup, bergantung pada stok ayam yang ade. Habis awal ni selalunya ayam yang dorang buat ni ade limit tertentu.

Kalau orang yang baru first tyme datang sini mesti terkejut monyet sikit sebab nasi yang dorang bagi niyh memang nampak sikit ( bagi yang selalu makan banyak laa ) tapi bila korang dah kunyah telan bagai, serius korang akan rasa kenyang. So, tiada pembaziran berlaku di situ. Tapi ade jugak yang boleh mintak nasi tambah sebab nasi dah habis, tapi ayam tak habis habis. Haaaaaaa.




Nasi Ayam Koboi ni pulak lain sikit dari nasi ayam yang selalu mak korang masak, nasi dorang kasi nasi putih je. Ayam , sup dan sos istimewa dihidangkan bersama. Lagi satu, untuk minuman korang tak boleh sesuka hati nak order air bajet special macam banana juice whatever lahh. Setiap kali bukak kedai dorang hanya buat 3 jenis air je. So, kena pilih salah satu la korang nak minum air apa.


Bila sebut Nasi Ayam Koboi , nama ‘Koboi’ tu sendiri mestilah membuatkan kedai makan ni bertemakan Koboi..kan? kan? Nak rasa suasana ala-ala Koboi tyme tengah melantak nasi ayam, try lah Nasi Ayam Koboi dekat PD ni.

Alamat : berdekatan PD World Marina Resort , tepi jalan.

Nak cakap beribu kali riban melantak kat sini, tak jugak. Tapi kalau dah takde tempat makan yang special kat PD tu, kitorang terjah je kat sini. Tapi kena cepat laa.. Kalau bercadang nak makan pukul 8 malam dan ke atas tu, susah sikit der.


Ini gambar kenangan kami. Muaahha. Tak ramai orang boleh le bergambar. Kalau ramai orang, takde maknanya kepala aku terjojol kat situ. Bhahaha.

Kbye. Tengok entry bloggers lain pulak. SINI.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

No comments: