HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, October 25, 2013

Melayu , mudah terpedaya dengan perkataan FREE.

Pantang dengar , FREE.

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Bila aku dah bosan tak tahu nak buat apa bila mengadap internet ni , so aku akan ber-blogwalking ke blog-blog lain untuk tingkatkan trafik dan tengok muka-muka bloggers baru. So, sambil aku ber-blogwalking ni , ada satu entry yang menarik minat aku untuk baca pengalaman seorang blogger yang pernah ditipu oleh salah satu produk yang agak terkemuka and femes kat Malaysia ni , 24 hours masuk tv you!

Dulu masa zaman sekolah , kaki tv macam aku ni dah lali sangat dengan iklan-iklan yang selalu keluar dekat tv ni. Nak nak iklan macam NYSS, LWM and YNHC yang femes la baq hang! Muka putih licin berseri , body super slimmer, rambut gugur kembali lebat hape la. Sampai terbayang-bayang , kalau muka aku teruk macam orang dalam iklan tu , aku kena pergi tempat tu. Well, sesapa yang terpandang iklan macam tu mesti fikir macam aku jugak kan? kan?

So, kat entry aku ni , just nak share pengalaman pendek aku yang tak dapat pihak tersebut perdaya aku. Muahaahaha.

Ada satu kempen NYSS yang boleh aku share kat blog aku ni , so before aku share kat orang lain , aku mesti kena ambil tahu ape , 'Iklan ni nak promote ape?'. Lebih kurang gitu. So , iklan NYSS yang aku tengok tu dulu dia suruh fill up form untuk dapatkan free sample product dorang. Aku pikir lagi , 'Mungkin dorang akan hantar free sample kat rumah kot', even kat form tu dia tak mintak alamat tapi aku isi je.

FREE. Disebabkan dia cakap free , aku pun rasa macam takde hal kalau setakat mencuba. Aku pun salah seorang kaum melayu yang pantang dengar benda free or pantang nampak benda free. Haha.

Note : Aku tak bermaksud nak memperkecilkan bangsa sendiri. Anggap lah ianya sebagai membantu bangsa sendiri supaya mereka dan kita sama-sama sedar. Masih ramai lagi kat luar sana tak tahu fasal ni.

Besoknya aku terima panggilan dari dorang , a bit surprise. Memandangkan aku stay Melaka, dorang ada event kat Melaka nanti and nak suruh aku datang pergi ambil free sample tu sendiri. Before tu, kena dengar ceramah 3 jam , lepastu baru dapat free sample dari dorang.


Aku memang tak pernah percaya pada iklan , seriously. Tapi kalau setakat mencuba produk yang tak mahal mana and harga pun aku mampu bayar , aku tak kesah sangat. Tapi, kalau dah cakap fasal treatment itu ini tak ke kau rasa dalam poket mesti ada 3-4-5 angka??

Setakat pergi Melaka sejam lebih untuk dapatkan produk tu semata-mata , baik tak payah. So, aku cakap kat amoi tu aku takde transport. Dia suggest suruh parents hantar , then aku cakap 'Jauh laa...'. Memandangkan aku ni student, aku cakap la masa tarikh tu aku ada final, walhal final aku dua minggu selepas tarikh tersebut. Aku cakaplah aku busy, abah tak bagi pergi. Amoi tu still tak faham bahasa and keep requesting alternatif lain untuk datang jumpa dorang.

Lama jugak amoi tu tahan aku borak dengan dia dalam phone , then bapak aku yang tengok aku on the phone lama sangat dengan orang yang aku tak kenal , bapak aku panggil aku , "Kak, dah stop borak! Meh sini tolong abah!". Thanks Abah, aku dah tak larat nak layan amoi ni even tak sampai 20 minit pun perbualan kiteowang. Then , aku mengakhiri ayat terakhir aku , "Takpelah amoi. Saya busy ni." Matikan panggilan.


Bila aku baca blog bro Khalidsuxx dan sys Ida ni , rupanya ramai Melayu yang dah kena tipu dengan ayat Free Facial Treatment dari dorang. Kesian. Beratus beribu duit dorang habis macam tu je. Hasil nya? Tak memberangsangkan!! Kalau orang yang tak pernah tahu taktik yang digunakan oleh mereka ni memang kesian arhh. Siap guna sistem PAKSA-PAKSA. And paling kurang ajar bila staff dorang sendiri kutuk customer dorang. Bagi aku, sikap dorang memang sangat-sangat kurang ajar.

Aku just nak share post dorang ni and harap korang dapat baca and jadikan pengajaran. Sangat bagus tau. Baca, jangan tak baca!! Enjoy!

Blog bro Khalidsuxx
Blog sys Ida - kalau rajin bacalah pengalaman tukang-tukang komen tu sekali.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

12 comments:

MG schmidt said...

eh jgn caye.
skank mmg byk scammer mcm tu
lagi2 facial ni tayah la
dala free nnti effect negative t xpasal je ..
len kali kalau rsa pelik letak je
huhu :)

sa mic said...

must be careful zaman sekarang, bahaya kalau cepat percaya sangatkan

Izzati Amira said...

@MG schmidt

thanks for ur advice dear!!

Izzati Amira said...

@sa mic

kan? sia-sia je kena tipu nanti.

cik orange jingga said...

huahuahua baru kene hari tu :(
thank for the info

http://nerd2aku.blogspot.com/

atien zuraidah said...

Saya bru post entry tentang ni,,jom ke blog saya baca
http://atienstory.blogspot.com/2013/10/awas-dengan-voucher-keep-slim.html

Izzati Amira said...

@atien zuraidah

ok dear (:

nur hidayah said...

Perkata "free" semua orang akn tergoda bila dengar nye.. hehe. jgn percaya sgt tau. jauh kut melaka tu semata nak pergi ambik sample free tu jer.. hehe

Izzati Amira said...

@nur hidayah

hahah, kan? walo cmne pun, kena hati-hati je sblm buat ape2 (:

Ayu Zan said...

ayu pun da tkena. mati2 ingat dia pos ke rumah kan. upenya kna datang. memang xlayan ar. dia call trs buat xtau. kikiki.. ajarkan.. org kata kalau kena 2,3 jam mana bleh tunggu.xreti bahasa diorang tu.

Izzati Amira said...

@Ayu Zan

hahha, kan? sakit hati betul. ekeke

Hunny Kitty said...

blogwalking n follow! :D