HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, October 28, 2013

Review Part 2 : Thailand Movies

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Haritu aku ade cakap aku nak buat review untuk beberapa Thailand movies yang seterusnya , kan? kan? Well, banyak yang aku dah tengok so aku nak sekali kan dalam satu entry jaa. Benda yang aku nak citer pun sikit sikit ja. Sape yang tengah bosan boleh la dok layan movies ni. Review yang sangat simple and pendek.

Love at First Flood


Kalau search kat youtube , nama movie ni Sweet Love. Tak tau pulak aku ape sebab musababnya nama movie ni lain-lain. Si hero ni terpikat dengan kecantikan si heroin masa dorang tengah tolong angkut barang untuk diberikan kepada rakyat Thai yang jadi mangsa banjir ni. Ada jugak part-part kelakar yang korang boleh jumpa dalam movie ni nanti. Score : 2/5.

Fabulous 30


Fabulous 30. Si heroin ni memang cantik bak model baq hang. Well, even cantik sekalipun, pada usia 30-an dia masih tak jumpa cinta yang berkekalan ekoran kekasih lama meninggalkan dia atas urusan kerja. Then , ada datangnya seorang lelaki muda , Si hero. Si hero ni bila nampak je si heroin terus terpikat. Hari-hari yang seterusnya dia akan mencari jalan untuk mendekati perempuan yang disukainya. Sedang cinta mula berputik, kekasih lama si heroin muncul kembali. Score : 3/5.

Hello Stranger


Latar tempat movie ni boleh dikatakan 90% kat Korea Selatan. Si hero ni join satu rombongan aktiviti pelancongan ke Korea manakala bagi si heroin ni sebab memang dia nak pergi sendiri. Disebabkan sikap kecuaian hero yang tidak mengingati jalan pulang ke hotelnya jadi dia sesat. Bila dah sesat , dipertemukan pula dengan si heroin. Kemana sahaja si heroin pergi si hero akan ikut sebab dia tak nak sesat dalam negara orang lain. The best part bila muncul seorang pelakon yang sebijik macam BaeYong-joon pelakon lelaki yang terkenal dekat Korea Selatan. Score 3/5.

Yes or No , EP 1 & 2.


Antara movie yang paling disukai ramai. Friendship or Love? Kim ni seorang perempuan yang zahirnya berpenampilan seperti lelaki. Pie ni pulak seorang perempuan yang baik dan cantik. Mereka ditakdirkan menjadi satu roommate. Mulanya Pie tak nak, tapi pihak kolej dah tak kasi tukar , so dia terpaksa terima. Mulanya dia tak suka dengan Kim, tapi lama kelamaan mereka jadi rapat sebab Kim ni seorang yang baik. Kemudian mereka pun jatuh cinta. Perempuan dengan perempuan. Score : 4/5.


Disebabkan ramai yang suka dengan movie yang pertama. Muncul pulak part yang kedua. Kali ni hubungan antara Pie dan Kim diganggu oleh pihak ketiga , Yam. Disebabkan Kim ingin buat praktikal dekat ladang bapak dia, jadi dia terpaksa berjauhan dengan Pie. Yam pulak merupakan housemate Kim dekat kawasan ladang bapak Kim. Sebab Kim ni baik dengan semua orang , lama kelamaan Yam pula jatuh hati dekat Kim. Score : 4/5.

Done. Itu saja yang dapat aku ringkaskan. Aku tak arif sangat bab-bab nak review ni. Kalau korang nak layan, tengok aje lah okay. Wa nak layan Korean Movies pulak. Ade movie yang baru keluar tahun ni aku dah tengok. Nanti aku review.

Gambar kredit kat pacek google.com
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

7 comments:

cik orange jingga said...

nice thank dah taw nak tengok citer pe arini :)

Izzati Amira said...

@cik orange jingga

welcome dear (:

Zaf98 said...

waaahhh...thanks kak. b0lehlah layan nanti~ :D
tak sangka ada pempuan dgn pempuan jugak. lol. tapi, kim tu comel~ (Y)

Cik Nur Shaz. said...

sy suka post2 awk psl review movie2 ni . teruskan post mcm ni . awk bg sy idea untuk isi masa lapang :D

Izzati Amira said...

@Zaf98

wlc. Kim tu kalo kehidupan sbnr cantik giler rambut pnjg.. tp dia lebih suka berambut pendek..huhu

Izzati Amira said...

@Cik Nur Shaz.

hehehe. thanks dear (:

Asma Sah said...

Done follow sini =D