HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, October 30, 2013

Review : A Werewolf Boy


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Song Joongki : ChulSoo
Park Boyoung : Suni

Aku explain guna bahasa sendiri lah erk.

A Werewolf Boy. Antara filem yang mendapat sambutan pecah panggung ( box office ) kat Korea Selatan. Sebuah filem bergenre fantasy romance.

Mengisahkan Suni seorang remaja perempuan yang terpaksa berpindah ke kawasan pedalaman disebabkan masalah kesihatan yang dia alami. Satu malam tu dia ternampak bayang-bayang seseorang melalui tingkap bilik tidur. Dengan keberanian yang dia ada, dia keluar dari rumah cuba mencari bayang-bayang tersebut. Kat sebelah rumah dia tu ada sebuah pondok kecil , bila dia masuk dalam pondok tu, tiba-tiba seekor serigala cuba menyerang dia kemudian ianya lari.


Besoknya , semasa Suni tolong mak dia sidai baju, mereka berdua nampak seseorang sedang berselindung di balik semak dan besi. Munculnya seorang remaja lelaki yang berjalan merangkak serta mendatangkan bau yang tidak senang kepada Suni. Emak Suni membuat pilihan untuk membela remaja lelaki tersebut yang kemudiannya diberi nama ChulSoo. Segala tindakan dan perilaku ChulSoo sebijik seperti binatang. Suni dari awal lagi tidak menyukai ChulSoo kerana ChulSoo ni tak menjaga etika makan dan tingkah laku.


Tapi lama kelamaan , Suni mendapat idea bagaimana mahu mendidik ChulSoo supaya menjaga etika makan dan kelakuan. Makin hari hubungan mereka makin rapat. Suatu hari , seorang lelaki datang ke rumah untuk mengajak Suni keluar tetapi Suni tak nak ikut. Disebabkan lelaki tersebut, Ji-tae terus menerus memaksa Suni, ChulSoo yang sakit hati melihat kawannya dipaksa-paksa, terus menyerang lelaki tersebut dan rakan-rakan yang bersubahat.


Besoknya, Ji-tae ingin membalas dendam lalu melaporkan kepada pihak polis bahawa ChulSoo merupakan seorang manusia yang merbahaya. Pelbagai cara yang dilakukan olehnya supaya ChulSoo ditangkap. Suatu hari Suni jatuh sakit akibat berlari tanpa henti, ChulSoo yang bimbang dengan keadaan Suni yang tiba-tiba pengsan membawa remaja perempuan tersebut pulang ke rumah. Namun, ibu Suni tiada di rumah begitu juga jiran-jiran terdekat yang lain membuatkan ChulSoo membuat keputusan membawa Suni masuk ke dalam hutan.

Kelakar tengok Joongki pakai seluar senteng. Bhahaha~

Besoknya, satu kampung cuba mencari Suni yang tiba-tiba hilang. Suni yang terjaga dari pengsan terdengar suara orang-orang yang memanggil dirinya. Disebabkan ingin menjaga keselamatan ChulSoo, Suni menyuruh ChulSoo menyembunyikan diri. Kat sinilah part paling sedih muncul. Muahahaha.

Sedih sebab Song Joongki hensem sangat. Boleh gitu?? Hahah. And Park Boyoung masa nangis memang real giler!!

Ending dia?? Sila tengok sendiri. Aku suka dengan citer ni : 4.7/5. Fuyoooooo.
Disebabkan citer ni release dalam akhir 2012 , aku kira movie ni masih baru and takde kat youtube lagi. Aku copy dari member gak. Pandai-pandai korang arh cari.

Update : Blogger Cik Nur Shaz share link movie ni kat kotak komen. Copy kat situ eyh.


Credit : google.com
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

8 comments:

Cik Nur Shaz. said...

wahh cita ni mcm best jea. sy puas cari link nak tgok . hihi . ni link dia. ada 8 part . http://www.gooddrama.net/korean-drama/a-werewolf-boy-movie-2012?page=6

Izzati Amira said...

@Cik Nur Shaz.

thanks dear (: .

Cik Nur Shaz. said...

takdek apa sgt lah . hihi ^^ . baru habis tgok . ending dia tak best lah mcm tu . :3

Izzati Amira said...

@Cik Nur Shaz.

kan?... hahah. sedih and macam tak happy. hehe

Niena Reen said...

alah kalau ending tak best, tak mau tengok arhh... tapi song joongki memang cuteeee.... ahak. :D

Izzati Amira said...

@Niena Reen

hahah. sebab song joongki tu selamanya muda... so pompuan tu pun kawen lain..

Zaf98 said...

waaahhh! jong ki! jalan citer pun cam best ja! 0kay! masuk dlm list! <3

Izzati Amira said...

@Zaf98

tengoklaa.. tengokla..hehe