HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, November 15, 2013

Daiso , Popular & Watson

Assalamualaikum w.b.t

Semalam keluar jenjalan dengan femly pi Jusco. Memang tempat tu ajelah yang kiteowang selalu pergi pun sebab 3 kedai tumpuan utama kiteowang ade kat situ je , Daiso, Popular ngan Watson. Tu aje yang menarik perhatian aku dengan adik-adik nak ke sana. Mak dengan Abah ikutkan aje. Sekali sebulan je pergi , parakk kalau selalu pergi sana. Nanti bosan pulak. Ngee~

Daiso

Kedai barangan Daiso ni dia jual semua barang yang harga dia "Always RM5"! Sudah tentu aku yang jenis mata suka tengok barang-barang murah ni harus menjejakkan kaki. Fyi, kedai macam ni jual barangan dari Jepun even though ada sesetengah barang 'Made In China' , ngeee.

Semua barang dari pinggan mangkuk, peralatan kereta, alat tulis, kotak-kotak comel, barangan kaca & plastik, bantal kecik, tuala, barangan dalam bilik air & dapur, berkebun, minyak wangi, alatan jahit, payung, makanan & minuman, barangan penjagaan muka & badan kesemuanya RM5 sahaja.

Tapi kan, style aku, aku takkan beli barang yang sebesar sudu @ 5 batang pen @ mini notebook @ lain-lain dengan harga RM5. Sudah tentu tidak. Agak ar weyhh, satu sudu @ piring pinggan comel tu aku nak bayar dengan harga RM5 kan? kan? Tapi kalau korang jenis tak kesah and benda tu memang korang nak sangat-sangat, up to you lah derr.

Jenis aku lagi, kalau dah pergi kedai yang aku suka tu, satu kedai tu aku pusing, satu kedai tu aku perhati barang dia elok-elok. Wahaha. Kot-kot ade yang berkenan.


Semalam aku beli dua ni je , botol kaca and kotak simpan barang. Aku pilih yang paling besar punya even bagi aku takde lah besar mana.


Yang ni lokasi-nya kat Aeon Jusco Melaka. Peminat Daiso mesti dah selalu pergi ni , kalau yang duduk Melaka tapi tak tahu kat mana , ia berhadapan dengan tempat korang g nonton wayang dengan gegurls or boboys korang tu la. Kedai kaler pink tingkat paling atas. (:

Kat DP ( Dataran Pahlawan ) pun ade satu, tapi kaler hijau. Tapi aku rasa yang kat Jusco ni lagi besar and banyak pilihan.

Kalau yang berminat and tak pernah tahu kat mana kedai-kedai cenggini sila lah google okay. Tapi aku mudahkan korang sikit and carikan satu blog yang share lokasi Daiso ni kat blog dia. Klik kat bawah tu , btw gambar kedai Daiso ni pun dari dia. Takde kerja pulak aku nak snap sebab tak teringat pun. Ngee~

Cr : SINI

Kedai Buku Popular

Tempat wajib pergi sebab adik-adik aku ni jenis gila novel. Lahai, ikutkan saje la. Semalam pergi untuk re-new member card sekali sampai aku terlupa nak beli komik kesayangan aku, Detective Conan. Huwaaa.. Abah la rushing sebab dia dah lapar sangat. Sampai Watson aku pun terlepas. Sedihnyaaaa~

InsyaAllah, PM nak bagi baucar buku lagi kan? kan? Masa tu aku borong buku habis-habisan. Tahun depan kot. Kena beratur panjang and tunggu lamaaa lagi lah ni. Okay okay.

Mostly novel Top 10 terlaris tu yang tengah hot kat kaca televisyen u olls tu la. #PISA. No.1. Dah baca dah last sem, pinjam adik Mira punya. Aku jenis tak suka baca novel yang dah trang tang tang femes sebab drama kat tv. Tak tau la pasai apa. Kalau aku tengok drama dia, aku takkan baca novel dia. Kalau aku baca novel dia, aku takkan tengok drama dia. Ade jugak eyh orang macam aku ni. Bhhahahaah.


Semalam beli novel Pemegang Watak Cinta. Macam best je lepas baca sinopsis dia. Tapi aku tertarik dengan Eksperimen Cinta. Top 7 kalau tak salah aku. Tunggu aku dapat baucar nanti. Hehehe.

Cr : google.com

Watson

Okay semalam aku tak dapat pergi and aku sedikit sedih. Sikit je laa. Sebab mostly aku beli barang keperluan aku kat situ je. Bila dah keluar dari parking Jusco tu baru teringat pasal Watson. Lahai.

Barangan jenama lain boleh je beli kat tempat lain. Tapi, aku paling suka barangan Watson yang dua ni!!


Pics Cr : Watson , Beauty Junky

1. Nose Pore Strips Watson ni memang paling best. Bila pakai kat hidung tu , boleh cakap 99% semua benda pori-pori hitam tu dia cabut. Feeling dia? Hidung korang akan rasa lembut gilaaaaaa bak kulit beby , u olls. Tak tipu weyh.

Sekali tu aku tengah belek-belek nose pore strips yang ade banyak-banyak jenama tu. Aku pulak tengah dok pikir-pikir mana satu nak amek, kat tangan dah pegang jenama Novea tu. Then, pekerja lelaki tu asyik dok ushar je dok sebelah aku nengok-nengok, aku pun konon ramah tanya dia mana yang paling best. Dia cakap, yang Watson ni dapat banyak good reviews tau. After using it , admitted that. 

2. Strawberry body scrub ni dah bertukar wajah dari gambar atas tapi tak jumpa pulak kat pakcik google tu. Tak updated kot. Tapi serious memang wangi , bau strawberry lah kan. Satu lagi yang aku suka apple body scrub tu. Ade banyak lagi yang lain, rajinkan diri tanya pekerja kat situ mana yang bau yang best , okay??

p/s : Tak kira, kalau bukan next week, next month, next year aku harus pergi. Waaahha. Beday aku bulan 1 , so kalau beli barang kat situ, point jadi 2 kali ganda. Ya, aku pemegang kad member Watson. Hehe.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

19 comments:

Anne Nurain said...

sabar je tunggu semester depan sebab nak tunggu dapat baucer buku nak beli novel.. hihi..

Fatanah Khirizan said...

popular tu memang saya selalu pergi la..hehe,tapi sekarang ni jarang2 je,huhu..takde masa...saya duduk kat penang...saya suka pegi popular kat pacific tu,hehe...sebab dia besar,2 tingkat pulak tu..memang macam2 buku la ada dgn stationery ada kat situ :) wah,macam best je nose pore strips tu macam best je,hehe..nak try belilah! :D

Izzati Amira said...

@Anne Nurain

sabar sabar..ngee~

Izzati Amira said...

@Fatanah Khirizan

serius dua tingkat?? ngaaa~. boleh buat rumah tepi tu nanti.. hahah

Izzaty Azma said...

waa~ lme dah x pegi daiso. hari tu pegi daiso dkt the curve rse mcm nk lari-lari panda je kt dlm tu excited punya psl

Hidayah Suhailee said...

wah! yaya sgt2 suka tgk barang yg comel2 ni.. plus plus plus suka novel.. haritu yaya nak sgt beli satu novel tu.. tp cari 1tawau xda.. last2 ada pameran buku dari "popular" dpt tengok 3novel yang yaya cari.. omg.. tapi dapat beli 2 ja.. :'( tak tau "popular" tu terlatak dekat mana

Mazni Munawar said...

saya pun suka pegi daiso! barang2 kt situ semua comel2. ahad depan nk pegi lagi~ hehehe ^^

ezyra daniel said...

macm tertarik plak dgn body scrub tu..btw komen sini sambil klik nuffnang huhu

Izzati Amira said...

@Izzaty Azma

nanti boleh tak tunjuk kat kita mcm mana lari2 panda? teringin nak tengok.. heheh

Izzati Amira said...

@Hidayah Suhailee

okay la tu dpat beli dua kan. btw, kalau nak mudah google la kat mana lokasi Kedai Buku Popular ni kat area berdekatan , okay? (:

Izzati Amira said...

@ezyra daniel

thanks hunn (:

ain. said...

sy tag dlm GA ni :)

http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/11/giveaway-nov-bersama-hunyeda.html

Akeyla Azmi said...

nak gi jugakkkkkkkkkkkkkkkk
daiso qila nak pergi nanti lepas spm muhahahahahah <3

qila selalu guna baucar kakak hehehehehhe
bestnyeeeeeeeeeeewwww tak sabar!!!!

Amna Shihin said...

DAISOOOOOOOOOO!!!I love going to Daiso.
Pergi situ sumpah rambang mata.
Kes RM5, semua barang nak cekau -..-

Anis Farhana said...

kat kulim takde daiso, popular. sobs sobs >.<

nose strips saya selalu pakai jenama oxy. best gak :)

Aefa Aerisya said...

aefa pon suke g daiso kat aeon bndr mlka tu.. besar n byk pilihan :D

Ahmad Kamil said...

la...sebaya rupanya...=P

http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/11/exam-dah-habis.html

Hafiza AizZawa said...

Fiza pun suke ke daiso.. brg kiut2.. kdg2 takde niat nk membeli tp bile dah masuk mst tergoda nk membeli jugak..

Izzati Amira said...

@Hafiza AizZawa

biasalah , kita kan pompuan.. haha, memang selalu rambang mata..hehe