HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, November 19, 2013

Self made : Pai Tee

Assalamualaikum w.b.t


Tu diaaaaaa... Dah berzaman tau benda alah ni. Dah berzaman jugak la wa nak buat benda alah ni kat rumah. Masalahnya dulu , 'acuan' untuk bikin kulit Pai Tee tak jumpa-jumpa lol. Sampai la, baru-baru ni aku dengan adik aku pi Femly Store and saje pusing-pusing kat side barangan dapur , belek kat tempat orang selalu buat kuih goyang tu, eh ade????. La, tak susah pun nak cari citer dia.

Dulu pernah pergi Chicken Rice Shop tu, then benda alah ni memang sedap giler arhh wa cakap. "Balik rumah nak kena try ni!!". Lepas bertahun-tahun jugak la nak menunggu hasrat tu tercapai sebab masa ni je la gua free, hehe. Aku tahu kulit Pai Tee yang aku bikin ni tak cantik mana, beginner kot. Korang pikir senang ke nak buat benda alah ni? Berpeluh tau nak bikin kulit dia, kadang-kadang dia tak nak tanggal laaa.. Saket hati mak!! *urut kepala*

Korang boleh tengok blogger ni punya resipi and cara-cara macam mana nak gunakan acuan dia, bagi yang tak tau la, sys Hasue . Dia tunjukkan satu persatu cara nak buat kulit dia yang susah tu. Waaaaa.

Kredit pics : Google.com 

Untuk isi , mulanya aku buat guna timun, sengkuang, lobak merah, udang, isi ayam, cili dengan isi ketam je. Otak kreatif, kita tak limitkan dalam sesuatu benda, kalau dalam peti ais takde barang-barang tu, aku letak je apa yang aku suka, sosej, kobis kaler ungu tu atau apa-apa yang boleh muat nak isi dalam tu.

Sesetengah orang tak makan sayur, so dorang letak ayam, udang or apa-apa je lahh. Tu je nak citer. Haha. Memandangkan nak buat kulit dia ni macam susah sangat je, rasanya setahun sekali je kot nak buat benda alah ni kat dapur. Hahahaha.

Rate buatan sendiri : 3.5/5 . Heheh.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

8 comments:

sha dhira said...

macam sedap... :) hehe

ezyra daniel said...

macam sedap je...hurmmm!!

Izzati Amira said...

@sha dhira

@ezyra daniel

try lee...heheh, kalau rajin

Teena Tna said...

Eh, kita pun pernah buat jugak. Ada entri pasal kuih ni kat blog saya :) sedap kan....

Affy Afiqah said...

comelnya, nak makan pun sayang huhu tapi banyak syur, ika tak makan syur

Nurakmaniza Jamil said...

mcm sedap jer...heheh

Lisa seoby said...

woww... sedapnya. laparr~ :3 hehe. nak kene try ni . pandai akak buat :)

Cik Fafa said...

macam kat the chicken rice shop tu kan. rangup2 sikit rasanya.