HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, November 29, 2013

Sem 4 dahh..



Assalamualaikum w.b.t

Hi gegurls. Rindu arhh *k tetibe*. First week sudah pun berlalu, ade lagi 13 minggu harus diteruskan. Macam panjang kan?? Kalau aku cakap 2184 jam lagi masa yang tinggal, agak bunyi macam gempak lagi tak?? Hahah.

Actually ,entry ini wa taip sehari lebih awal sebelum wa publish kat sini. Menunggu bacaan yasiin kat level , then lepas tu wa nak kena sambung homework MAF , 5 soalan. Sikit je tu.. bagi lecturer laa.. Bagi aku, macam banyakkk jee.

Semasa ini , Mira tengah khusyuk main telefon dia dan Linda pulak tengok Playboy Itu Suami Aku using her smartphone pastu bising bising , “Eee, gerammmnyaaa..”, katanya sambil tengok drama tu. Then , aku pasang lagu kuat-kuat supaya tak nak dengar sangat suara dia tengah gelak-geram tengok PISA.  Aku takde la pasang kuat-kuat sangat. Giler kau, pekak telinga aku karang. Hehe.

**kesian tengok Mira yang tak tentu arah akibat lappy tertinggal kat rumah. Hehe

Berbalik pada motif asal...

Untuk sem kali niyh, wa dan rakan-rakan amek 6 subjek kesemuanya dan takde koko okay, muahaha. Alhamdulillah, bagi aku, lecturer semuanya oke-oke kalau nak dibandingkan dengan lecturer budak kelas lain. Setakat niyh first impression masih baik lagi laa.. Takde yang garang-garang lagi kot. InsyaAllah..hehe.

Jadual untuk sem kali ni pun macam best jee. Hari Isnin, paling awal kelas start jam 2:30 petang. Fuhhh, memang lambat giler arhhh bangun tidur. Membutaaa je wa dengan roommate a.k.a classmate. Cuma yang sorang tu je kelas lain. Pagi-pagi lagi dah ade kelas, kesiannn. Selalunya dia kelas petang. Kali ni kiteowang pulak.

Lagi.. sem ni banyak pulak budak kelas lain pindah ke kelas kiteowang. Memang padat la weyhh. Penuh giler sampai ahli asal pun tak sempat nak register. Then, members aku jumpa lect untuk bukak kuota lagi. Untung wa da register ritu, cadang nak register lambat jugak sebab last sem pun macam ramai yang register lambat. Ramai yang tukar kelas sebab dorang dapat lecturer yang tak best. Kedekut dalam pemberian markah katanya.

Sem ni kiteowang ade subjek MGT.. Pasai bisnes.. teori.. Ohmyy. Tapi kan, macam best je sebab kiteowang nanti kena buat projek satu kelas. Wahhhh, so excited!!!

Semoga Semester 4 ni akan menjadi lebih baik dari sem-sem yang lepas. Aaminnn.

Macam ni lah kehidupan di universiti.. hahaha

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

2 comments:

Affy Afiqah said...

goodluck in your new sem :)

Aefa Aerisya said...

rindu gn kuliah~~ hee.. selamat menimba ilmu.. :)