HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, November 18, 2013

View : UiTM Kuala Pilah Beting , N9

Assalamualaikum w.b.t

16 Nov 2013

Sabtu baru-baru ni jam 6 pagi satu rumah dah bangun sebab nak bertolak awal ke Kuala Pilah nak hantar adik aku study kat sana. Dah la malam sebelum tu aku tidur lewat sikit, sikit je. Dari Masjid Tanah kiteowang lalu Tampin untuk ke Kuala Pilah. Kenapa aku rasa lambat sangat nak sampai?? Macam jauh je. Dengan jalan pusing-pusing bagai.

Bertolak jam 8 pagi and sampai lebih kurang jam 10 pagi , kot?? Aku tak pasti la, sorry.

First time aku menjejakkan kaki ke Universiti lain. Memang terpelosok jauh dalam hutan gak arr. Sorry okay, aku bukan nak memperkecilkan, aku just nak terangkan je. Sekurang kurangnya Lendu dekat dengan tempat-tempat shopping u olls, haha.

Meh gua citer sikit pasai suasana kat UiTM Kuala Pilah ni.

Mula-mula lepas korang masuk dari gate besar , ade jalan panjang and persekitaran hijau yang sangat bersih. Aku memang suka suasana hijau ni , tapi mengenangkan takde tempat best yang berdekatan untuk lepas stress kononnya , 'Hmm, takpelah.'. Hahah, kejam.


Bangunan pentadbiran / fakulti.

Tak banyak bangunan yang ada untuk dilihat. Persekitaran yang bersih sedap mata memandang. Wee~


Kolej kediaman.

Atau dalam kata lain , apartment. Serius masa aku mula-mula sampai kat kawasan kolej ni rasa macam jeles je dengan adik aku sebab semua bangunan baru-baru-baru!! Bilik dah macam apartment , gempak arhhh. Cantik sangat! *first impression*

Masa aku tengok bangunan kolej kediaman ni takdelah tinggi mana, nampak macam 3 tingkat. Tapi bila adik aku nak masuk bilik, dapat bilik tingkat 5. Aku dah macam , "Haaaa????". Tingkat 5?? Mak aii. Terkejut kambing-kambing berdekatan. Lol.

Tangga tak tinggi mana, boleh la. Tak penat sangat bagi orang muda. Exercise katanya.

Cer describe bilik dia??
Okay. Satu bilik besar yang ada 3 bilik kecil kat dalam dia , tambah dengan 1 bilik air yang ada 3 pintu. Paham? Masa masuk tu macam ada ruang tamu dekat tengah-tengah, tapi aku rasa tu pun macam bilik jugak sebab ada katil dengan almari kat luar tu.


Ini ruang tamu a.k.a bilik sebaik saja korang bukak pintu rumah. Anak panah tu nak menuju ke 3 bilik kecil yang lain. Wa tak berani nak masuk dalam sebab bilik ni belum berpenghuni. Seramshit ahh. Haha

Untuk bilik kecil, 1 bilik untuk dua orang. 3 bilik ada 6 orang + sorang duduk kat ruang tamu. Kita anggap je bilik besar tu sebagai rumah. Satu rumah 7 orang. Tapi kalau intake tak ramai, ruang tamu tu mungkin takde orang duduk. Nak tunjuk dengan gambar pun tak bisa sebab masa tu ramai orang. Pulak housemates adik aku semuanya lelaki. Lol.

Bagi aku bilik dia kecik je. Katil dua, meja dua, almari dua. Antara tiga kelengkapan yang besar dalam tu. Ade ampaian baju jugak. Kalau takut berpeluh masa tidur tak payah pikir la, sebab kipas dinding memang terpacak atas kepala, plus UiTM ni dalam hutan , atas bukit pulak. Sejuk itu pasti.

Apartment perempuan semuanya ada 6 , dan dinamakan sebagai Sri Menanti 1 , Sri Menanti 2 dan seterusnya.

Apartment lelaki pula ada 4 , Sri Pilah 1, Sri Pilah 2 dan seterusnya.


View dari Sri Pilah 1. Bawah tu surau. Berhadapan dengan Sri Pilah 1 ialah apartment Sri Menanti 1.


View dari Sri Pilah 1. Anak panah tu aku rasa dewan makan. Sangat besar and dua tingkat u olls. Kiteowang tak jejak kaki pun kat sana. Next time lahhh. Hehe.

Sebab aku rajin sikit, aku lukis ni guna Photoscape. Hehe.


Simple je. Pikir aku ni pelukis peta ke nak buat cecantik? Haha.


View dari Sri Pilah 1. Bangunan hujung tu bangunan pentadbiran yang korang nampak tadi. Bangunan pertama yang korang akan nampak selepas memasuki pintu pagar.

Baru aku perasan ade tasik kecik dalam gambar tu. Haha. Untuk makluman, sini tak banyak kos pun. Aku google kejap tadi, hanya budak Sains Gunaan dan Budak Ladang je yang belajau kat sini.

Kemudahan lain :
1. Ada mesin basuh katanya. Giler kau kalau takde? Budak laki nak berus baju ke weyh? Haha.
2. Mesin ATM aku tak nampak pulak wat masa ni, aku bukannya round satu UiTM ni dengan teliti pun.
3. Air gedeganggg!! Ataupun , vending machine.
4. Peralatan untuk bersenam dekat tepi jalan raya. Alaaa, yang macam korang selalu nampak kat taman permainan tu, kalau pernah nampak laaaa.

Yang lain aku tak nampak lagi. Sorry.

Walau kat mana pun kita ditempatkan, belajar lah bersungguh-sungguh okay. Aaaminn.

Nanti aku citer fasal Lendu pulak lah sebab ramai yang singgah kat blog aku ni mostly dok cari info fasal suasana kat Lendu, bilik Lendu macam mana, sape retis yang femes kat Lendu, Oopss! Hahah. Gurau-gurau jaa. InsyaAllah lepas wa officially jadi Part 4. Hehe.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

11 comments:

MG schmidt said...

air gedegang tu budak2 asrama je tahu tu ..hehe ..
MG xpenah lg dtg sni even duk pilah tu ..hoho :)

Hafiza AizZawa said...

teringat zaman2 study dulu.. pepe pun slmt menyesuaikan diri di tpt baru..

Affy Afiqah said...

macam baru je uitm kuala pilah ni...betul ke baru? huhu

nanakimie said...

hee..awal2 dulu masa fom1 nanges2 duduk asrama:) zaman duduk u pun sedih2 je mak abah dah balik,hihi..nostalgia sungguh:)

Izzati Amira said...

@Affy Afiqah

yes dear. rasanya dia Uitm baru lagi ni. (:

Izzati Amira said...

@nanakimie

amboi. hahaha

INTAN SHAZLEEN. said...
This comment has been removed by the author.
Izzati Amira said...

@INTAN SHAZLEEN.

waaaa... adik akak blaja sana... heheh (:

Cik Atynn said...

Assalamualaikum.. hyee.. saya pelajar kat uitm kuala pilah.. nampak je kat sini macam tak best.. tp kat sini sangat best sebenarnya.. :)

Anonymous said...

Cer citer ckit ape yg bestnyee.. mcm berminat jekk..

Don Daneyole said...

Ade padang ragbi tak?