HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, December 7, 2013

Impression.


Assalamualaikum w.b.t

Memandangkan aku dulunya mempunyai banyak sejarah asyik bertukar sekolah *bukan sebab masalah disiplin yo, bapak I kan kerja kerajaan, memang selalu pindah randah ni* , so banyak jugak la feedback yang mengatakan aku ni ‘SOMBONG'!!

At first impression laaa...

Tu sebab dorang tak kenal aku. Hmm, macam mana mau cakap eyh.. Aku memang tak reti and susah nak senyum kat orang lain kalau memang orang tu tak pulak nak senyum kat aku. Orang tu tak rasa pape kenapa kita pulak yang nak lebih-lebih? Cenggitu la. Terserlah kesombongan disitu. Pulak aku ni memang susah nak bercakap dan ramah dengan orang yang aku tak kenal. So, aku akan senyap je terperuk sorang-sorang kat tepi buat hal sendiri. Sangat sombong.

Tapi, aku yang tuan badan mesti lah nak nafikan ye dak? Korang tak kenal aku, so tak boleh ar nak judge aku. Korang sombong ngan aku, lagi lah aku sombong ngan korang. Bila dah kenal aku, members semua cakap aku ni gilaa. Kalau lebih 40 kali dorang cakap aku gilaa ?? Payah gak ni. Haha.



Tentulah aku gilaa dengan orang aku rapat je. Muahaha.

Jadi, macam mana impression aku terhadap orang luar pulak? Aku bukan jenis yang sesuka hati nak judge orang yang aku tak kenal tak tentu pasal. Aku rasa la... rasa je.. aku rasa aku judge orang ni bila aku dah kenal dia lebih dari 2-3 bulan.

Strangers. Korang cakap lah yang Si A tu jahat ke, sombong atau poyo ke, selagi aku tak kenal orang tu and tak nampak cara Si A berkomunikasi, aku takkan judge cara dia. Aku takkan bagi ngeative impression terhadap seseorang at first sight.

Tapi kalau cakap dia tu baik , percaya je lah. Takkan aku sesuka hati nak cakap dia jahat.



Motif aku nak citer ni. Ade satu orang tu, budak sekeliling aku gak laa.. Aku respect jugak la kat dia since Sem 1 atau 2 kot, sebab ramai cakap dia pandai. Tahap keyakinan / confident dia memang best lahh!! So, good impression dari aku untuk dia ada kat situ. Then, tak lama tu members aku cakap yang dia ni poyo, berlagak whatsoever. Tapi dia still pandai and aku still anggap dia tak poyo mana. Oke je tuuu...

Sampai lah satu hari tu , terserlah sikap bagus dia depan aku dengan members aku, depan mata aku pulak tu. Time tu memang wa rasa macam berasap macam panas je even Lendu tengah hujan.

“Pehal dia ni? Bajek bagus je..”. Itulah.

Lepas buat survey , ramai cakap dia memang macam tu. Tapi aku still nak komplen pasal sikap dia tu. Perluke dia cakap macam tu masa tu? Aku tahu dia ade jawatan, aku tahu dia pandai. Tak boleh cakap baik-baik eyh?? Kenapa cara dia cakap tu macam berlagak bagusssss je? Sakit pulak mata ni nengok ! Hishh.



Then aku pikir balik, itu sikap dia. Dia memang macam tu. Dah tak boleh ubah agaknya. Manusia tak sempurna, sedangkan aku ni memang banyak kelemahan. Kita manusia , hanyalah insan yang serba kekurangan. Okelah aku terima je.

Walaupun aku ni suka berlawak, kadang-kadang selalu je terlepas cakap. Tentulah aku yang melawak ni bukannya cakap sebab nak sakitkan orang. Lawak aku ni kadang-kadang berlaku tanpa niat. Spontan gituu. Kalau yang terasa tu , maaflah.


Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

18 comments:

Affy Afiqah said...

pernah juga mengalami ni...tapi tak pernah laa sampai tukar2 skola...redha je even macam kena pulau sikit masa akak sekolah dulu haha
terus jadi benci kat zaman sekolah sebab perangai sesetengah student yang macam ngeng sikit...

kadang2 orang tak kenal kita terus nak jump into a conclusion pasal kita...pendiam tak semestinya sombong...tak senyum tak semestinya sombong...kan :)

dont judge a book by its cover

Niena Reen said...

Sangat setuju! Kita sama.. Janganlah judge kita sebelum kenal kita kan.. Kita bukanlah sesombong mana mungkin kita cuma tak pandai nak jadi friendly dulu.. Cubalah kenal2 kita dulu baru tahu kita macam mana kan.. :D

aisyah fashadeland said...

aisyah dulu pon macam tu. ramai yang cakap aisyah sombong.... tapi lelama diorang cakap " aisyah mana ada sombong tapi gila gila"

hye. done follow your blog. follow me back ? i need your comment:

PERUBAHAN MENJELANG 2014

NurainSuperr said...

banyakkan bersabar hehe. but smile tu penting tau. its sunnah and akan buatkan kawan-kawan awak melting tengok senyuman awak :D

faten.banana said...

lol den pun selalu dicop sombong dengan budak junior lol ._. padahal kita kenal dia pun idok XD /lepas perasaan kejap/

apapun yang penting kita tahu dan kenal diri sendiri ._.

Izzati Amira said...

@faten.banana

setuju!

Izzati Amira said...

@NurainSuperr

thanks (:

Dalila Samsudin said...

Kita sebenarnya pendiam orangnya. Tapi tu lah.. member semua tak caya yang kita ni pendiam pasal tiapkali kita dgn diorang .. mesti suara kita paling kuat . lol ahahah

Razi ten said...

Some people mistoken shyness and arrogant, I also always assumed by others like when Im not. xD
By the way, I hate people like that also, Who are we to be proud of something we have, everything that are in us are all belongs to Him to start with, and if we are really clever we wouldn't even dare comparing what we have with His.

In Malay they even have a proverb saying "ikut resmi padi makin berisi makin menunduk"

Eda Johari said...

sama lah kita. Eda pun jenis cmtu.. susah nak senyum tp tak sombong. dh kenal bwu tau. kan?

Aizan Shazlin said...

aha that's normal. shy with strangers but being the noisiest when with friends especially close friends.

my advice. don't ever wasting your time thinking over someone that doesn't deserve your attention.

okbye!

Nurul Farahizzati said...

biasala kalo first impression ni... mmg xdpt nak buat apa... kita bukan boleh nk kawal mulut org.. akak pun dh naik muak nak pk perangai sorg2.. buat hal sendiri jela.. lagi bagus kan.. huhu... tapi, kalo benda2 cenggitu berlaku depan mata, rasa nak cili2 je kan mulut org cenggitu.. huhu..

Atika Baharudin said...

ehey, qaqa pun mcm ni. org yg tak kenal qaqa ramai ckp qaqa sombong dan tak bergaul dgn org. act dgn org yang qaqa rapat, qaqa lah kecoh. haha. anyway, benda ni sume normal lah kan :)

Mazni Munawar said...

saya pun boleh dikategorikan oleh orang sebagai sombong. tapi saya tak rasa pun yg saya ni sombong. mungkin sebab saya ni pendiam orang anggap mcm tu kot. huhu

Izzati Amira said...

@Razi ten

agreed!

Izzati Amira said...

@Aizan Shazlin

thanks dear (:

Liza Licha said...

dats true dear :) first impression lasts forever.

Official Budak Nerd said...

setuju 100% dengan entry ni.. semua orang mempunyai perangai yang sama.. suka judge orang tanpa mengenali orang itu dulu... kita selalu berburuk sangka kat orang lain.. huhuhu ... :)