HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, December 29, 2013

Kadang kadang aku tak paham.


Assalamualaikum w.b.t

Kadang kadang aku tak paham .. kenapa kau couple , then gaduh bagai nak gilaa.
Kadang kadang aku tak paham .. kenapa kau couple , then menangis bagai nak rak.

Kadang kadang aku tak paham .. kenapa kau couple , kau mesti nak kongkong hidup dia.
Kadang kadang aku tak paham .. kenapa kau couple , kau dan dia tidak saling mempercayai.

Kadang kadang aku tak paham .. kenapa kau couple , mesti 24 jam nak keep contact je.
Kadang kadang aku tak paham .. kenapa kau couple , mesti nak bagitau kau tengah buat apa sebelum dan selepas contact dia.

Maaflah kalau terasa ye. Saje nak tulis sebab benda ni dah lama bermain kat otak aku. Bertahun dahh.

Kadang kadang aku tak paham .. hanya sebab dia , sanggup bunuh diri.
Kadang kadang aku tak paham .. hanya sebab dia , lupa tanggungjawab sebagai manusia.
Kadang kadang aku tak paham .. hanya sebab dia , lupa hukum agama.
Kadang kadang aku tak paham .. hanya sebab dia , kau lupa sebab apa kau dilahirkan di muka bumi ni..

‘Macam kau bagus sangat..’

Ye. Aku bukan sempurna. Kau pun tak sempurna.

Apa yang aku cuba nak cakap , janganlah gaduh sampai maki hamun bagai.
Jangan sebab seseorang yang kita kenal 4-5 tahun kononnya sanggup bunuh diri bagai.
Sentiasa ingat Allah S.W.T , ada masalah? Doa banyak-banyak semoga sentiasa diberi ketenangan.
Itu maksud aku.

Nak couple tu kau punya hal , bukan hak aku atau hak sesiapa kau nak couple dengan dia. Tapi biarlah berpada-pada, jangan dalam semua hal kau dan dia nak over. Mungkin sebab aku tak punya pengalaman, mungkin laa. Maaf la.

Aku seorang yang mudah mengekspresikan apa-apa yang dia pikir bila aku lepak dengan kawan-kawan aku. Aku akan cakap, kalau aku tak berkenan itu ini, aku akan cakap. Tapi, masih ada batas dia, masih ada lagi yang aku limitkan, walaupun kita kawan, tapi aku kena jugak jaga hati kau. Kengkadang terlepas tu maaflah. Aku kan tak sempurna. Mudah melakukan kesilapan.

Dulu, aku ada sorang kawan. Sukaaaa sangat cita pasai boipren dia kat aku. Tentunya aku tak de nak amik tahu sangat hal pakwe makwe ni sebab.... sebab.. aku tak berminat nak dengar. Haha. Tapi kan, aku tak pernah cakap kat dia macam tu pun. Aku dengar je, kononnya pendengar setia kan. Haha. Adatlah kalau berkawan dengan members yang ade pakwe makwe ni.

* Tapi , kalau kawan kawan korang ada masalah dalam hubungan dia and dia nak kongsikan dengan korang, janganlah tutup telinga ! Belajarlah menjadi pendengar yang baik.

Aku tak tolak cerita tu 100%. Tapi aku bukannya jenis nak selidik sampai habis pasai kisah love love dorang ni. Cukuplah aku tahu, since bila, how and sekarang oke atau tak. Cukuplah si dia tidak menyakitkan hati kawan-kawan aku. Buat kawan-kawan aku nangis.

Tapi kan, mostly dari boipren kengkawan aku ni, semua nya couple and dah siap pasang niat nak kawen ngan dorang. Ni lagi bagus. Terjamin hidup kengkawan aku, hahah.


Orang cakap, kalau kita crush seseorang, jangan crush lama-lama sangat. Bila rasa dah lama tu , tukaq cari crush yang lain pulak. Haha. Hmmm, kenapa aku macam tu erk? Terasa pulak.. haha.

Kbye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

13 comments:

ezyra daniel said...

sama la kita ada crush haha..
klik INTI 1 kali

Akeyla Azmi said...

Alamak sentap pulak qila bila last2 tu kak zati hmmm betul lah. Bila crushing over someone....

its hard, looking at someone
everyday..

and
knowing that he will never be yours.. cewah hahaahah. Hmm. Pelik kan yg sanggup bunuh diri. Qila rasa nak tampar je hahahah

Huny eda said...

huhuw..biasalah..orang cpule ne..sanggup buat mcm2 kerna CINTA..!!

Farhah Nasuha said...

Saya pun ada kawan macam tu . Kekadang macam ' Perlu ke nak bagitahu kat aku ? ' , haha . Jahatnya aku nih . Btw , memang silaplah sampai toreh tangan bagai dan bunuh diri sebab cinta .

KarimahZulkafali said...

Datang singgah! Awesome entry :)

Gee Lion said...

kadang-2, saya pon tak faham orang yg macam ni. honestly speaking, saya pon penah terkapel dgn orang mcm ni. 24jam nak tau saya buat apa pastu bila saya bengang opkoslah tergaduh bagai nak rak kan? rasa terkongkong tu sedikit ada since kita dlm proses mencari keserasian utk berumah tangga, bukan senang2 je nak arah saya buat itu ini.

tak matang. itu je yg saya boleh cakap utk spesies mcm ni..

couple je kot.

Affy Afiqah said...

mesti zati ni tak minat bf bf bagaii ni kan. mesti tak pernah ada bf tu tak faham....hehe..
tapi bagus juga, boleh jaga hati...jaga iman, jaga pandangan...akk pun seumur hidup just betul2 devote dgn cinta sejak dah bertunang....masa tu akk knl cinta yang betul2 kerana agama...which is better laa..tak payah couple2..tuanng terus suh laki tu jumpa parents...n proceed to nikah one fine day...dosa pun boleh elak :)

Izzati Amira said...

@Affy Afiqah

apa yang zati cuba nak cakap is kalau nak couple pun berpada-pada lah. jangan teruk sangat. tu je.. hehe. InsyaALLAH, semoga jodoh akak sampai ke jinjang pelamin. Aaminn (:

hyunieuna said...

Hahak betullah, tapi sya memang lebih suka crush sengsorang, sbb tak pernah sedih, bab couple? Una pun pernah rasa nak couple, tapi sokmo lawan cause pasang couple biasanya tak kekal sampai kawin, its better single daripada jadi second hand .

Mazni Munawar said...

dashyatnya kuasa cinta, sbb tu saya malas n tak suka kapel2 ni. annoying :p

Niena Reen said...

Betul tu kak zati. Kadang2 tak berapa nak faham dengan orang2 begini. Sanggup buat apa sahaja samata2 untuk bf/gf masing2. And last sekali tu, macam susah ja nak buang crush ni hah. Nak tukaq yang lain pun macam tak menjadi sangat ja. Hohoho.. :D

Batrisyia Delaila said...

terima kasih ye sebab rajin datang blog Tisya. Tisya review blog akak http://batrisyiadelaila.blogspot.com/2013/12/review-blog-izzati-amira.html

Affy Afiqah said...

@Izzati Amira akk pun meluat juga kadang2 dengan couple2 yang macam over ni...hahaha...sbb pada akk hal2 camtu tak payh kut nak tunjuk kemesraan atau etc kat orang lain...it's privacy laa pada akk...

TQ zati :))