HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, December 25, 2013

Presentation P4


Assalamualaikum w.b.t

Kali ni wa nak citer pasai presentation wa seorang diri last week. Yang aku paham sangat pasai diri aku ni, tentu lah aku bukan kategori orang yang berkeyakinan. Pulak kos BEL aku ni takde final, so setiap markah assignment akan di bawa pada hujung sem. Assignment dia buat pasai presentation , 2 kali individual, 2 kali secara berkumpulan.

Untuk yang pertama ni secara individual, I’m alone. Tu tak kesah la, ape da hal setakat nak present je kat depan kan.  Wa dah biasa kot. Tapi.. bila kat U ni perasaan dia lain sikit kalau nak dibandingkan masa korang buat presentation masa kat sekolah dulu-dulu.

Satu , classmate bukan calang-calang, semuanya pandai-pandai. Dua, kena cakap omputeh pastinya. Pulak aku nak kena speaking sekor and bina ayat sendiri tanpa bantuan. Nervous tahu tak? Cuak tuu.

Patutnya, aku berada dalam group pertama yang kena present , tapi sebab sir masuk lambat, hanya 6 orang pertama je yang sempat buat presentation masa tu. Dah kemain hafal siap susun ayat bagai, sebab masing-masing tak nak dapat markah baca slide !

Presentation kiteowang pasai improved product. Terangkan latar belakang company, carta organisasi company, produk lama dengan produk baru yang company tu buat. Yang penting kita kena tahu detail pasal produk yang kita bentangkan. Benda tu tak menjadi masalah pada kiteowang rasanya.. Yang menjadi masalah, classmates kitowang sendiri.

Kejam pulak aku rasa. Lepas habis present tu, Sir akan bukak ruang pertanyaan and mostly semua soalan dari classmates banyak yang main-main. Nak tak nak memang kena jawab sebab Sir dah bagi ruang. At first , menggeletar jugak lutut gua, tapi tahankan saja. Nervous itu pasti. Sape je yang tak cuak bro?

Nak citer pasai presentation aku sikit, aku pilih Latitude Tree Holdings Berhad. Tahu apakah ia?? Sebuah investment company dalam masa yang sama LTHB ni merupakan pembekal barangan perabot kayu jati. Lebih kurang macam tu lah. Jenuh aku nak fikir pasal improved product dari LTHB sebab gambar perabot memang tak banyak. Ade jalan lain yang aku buat, tapi itu rahsia. Ekekek.. And bila aku da pilih company tu, aku tak nak tuka company lain. Usaha je mana yang boleh. Hee~ Selagi tak sampai waktu untuk aku present , selagi tu lah aku akan bukak lappy untuk baiki, baiki dan baiki sampai aku rasa puas walaupun tak bape nak puas jugak lah.

Bila aku dah selesai present tu belambak pulak soalan yang aku dapat. Jawab ajelah mana yang mampu , tu pun satu dua je. Takpe, member lain pun dapat banyak soalan jugak, so rasa fair sikit sebab banyak nau soalan yang… hmmm. Tak focus masa orang present kat depan. Nak ketuk je. Banyak ketidakpuasan hati so aku kena belajar untuk improve lagi.


Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

4 comments:

Nur Inani said...

nanti lama2 biasa lah tu bercakap sorang2 :)

Gee Lion said...

teringat zaman belajar dulu2. memang nervous time nak present, tapi dlm masa teruja. yg paling penting dlm present kena jangka soalan apa yg mereka akan tanya. so, persediaan dari segi isi & jawapan tu dah ada. kat situ dah boleh kurangkan nervous.

paling penting, MARK muka org yg selalu bertanya nih. tiba time dorang, lu sedia soklan bebanyak. it's revenge time. hoho.. :p

Izzati Amira said...

@Gee Lion

wahahaha. tips yg bergunaaa.. weee~

Affy Afiqah said...

BEL...business ke? akk ada sorg mbe juga stdy business kat uitm...