HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, December 26, 2013

Pretty Man & Suspicious Housekeeper

Anyeonghaseyo.

Drama The Inheritors dah melabuhkan tirai. Sekarang ni mood layan Pretty Man dengan The Suspicious Housekeeper lak. Meh aku citer serba sikit.


The Suspicious Housekeeper.

Aku pilih cerita ni sebab haritu terbaca review seorang blogger. Citernya macam best so aku layan la even takde hero ngan heroin yang gempak-gempak. Hehe. Apa salahnya tukar cerita yang berkisarkan pasai femly pulak, kan? kan?

Mengisahkan kehidupan sebuah keluarga dimana ahli-ahlinya terdiri daripada 2 anak perempuan dan 2 orang anak lelaki. Mak mereka meninggal dunia bunuh diri dan setelah disiasat ianya berpunca daripada kesalahan bapa mereka sendiri yang berlaku curang dengan perempuan di tempat kerjanya.

Kepercayaan anak-anak terhadap bapa kandung mereka semakin lama semakin pudar dan kehadiran pembantu rumah yang cukup sempurna dari A-Z membuatkan kehidupan anak-anak di dalam keluarga tersebut tidak terumbang-ambing.

Yang uniknya , pembantu rumah dia ni akan lakukan apa-apa sahaja arahan yang diberi oleh majikan dia. And yes, kalau majikan dia suruh bunuh orang, dia akan bunuh orang. Sangat mematuhi perintah.

Paling aku annoyed bila manager housekeeper tu, gilaa psiko, kejap kejap gelak, kejap kejap cakap sendiri. Psiko betul , tapi kelakar la sebab cara dia gelak je yang buat aku annoyed. Haha.

Yang sedihnya, mula-mula tu bapak dia tak pernah sayang isteri sendiri dan anak-anak dari first day kahwin sampai la mak dorang meninggal dunia. Kesian kan?? Nak tahu lagi? Tengok la sendiri macam mana dorang settle kan masalah dorang. Hehe.

Sekarang ni baru habis episod 8.


Pretty Man / Bel Ami

Kenapa aku pilih ni? Sebab ade Jang GeunSuk dalam ni. Muaahahah. Dan juga IU. Aku bukan lah peminat JGS dengan IU , tapi boleh layan la. Aku suka tengok JGS berlakon je. Aku tak gemar sangat muka lelaki yang nampak cantik ni , biasa biasa je.

Cerita pasai si hero Ma Te yang mempunyai rupa paras yang sangat hensem + cantik membuatkan setiap perempuan mudah jatuh cinta dengan dia. Asalnya dia bukan orang yang senang, tapi tak lama kemudian datang seorang wanita memberitahu yang dia ni sebenarnya anak orang kaya. Disebabkan dia ni bukan anak sah bapak dia, so isteri sebenar yang berkuasa ni memang tak bagi mana-mana perempuan simpanan datang cuba menuntut harta. Untuk dapatkan hak dia, dia kena lalui macam-macam dan belajar cara-cara untuk lawan mak tiri dia tu.

Yang aku tak tahan pasai watak Ma Te ni, kengkadang dia ni terlampau menggunakan aset kehenseman yang dia ada. Kalau nak bagi reward kat Bo Tong, dia cakap , "Sebagai ganjaran, saya benarkan awak ambil gambar saya sebanyak 10 keping.".

Erghhh poyo gilaaaaaa. Tapi Bo Tong sukaa je. Ishhh, goosebumps habis aku dibuatnya. Hahah



Pasai heroin pulak , IU. Bo Tong ni memang dah lama minat Ma Te sebab wajah kacaknya kebetulan satu hari tu Ma Te dan ibunya datang ke kedai makan ibu Bo Tong dan mereka jadi rapat walaupun Ma Te tak berkenan sangat. Bo Tong ni sangat-sangat adore Ma Te macam korang minat artis pujaan lahh. Sanggup tolong Ma Te buat apa-apa je.

Lama-lama tu Ma Te jadi jealous sebab Bo Tong asyik rapat dengan lelaki lain. Next? Next?? Sila la layan drama ni secara online ye.

Baru habis ep 6.

Sekarang ni aku layan korean drama online kat gooddrama.net .

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

10 comments:

farrah hanim said...

eeee !! bestnye layan cerite korea !! kite tak ade mase la nak tengok cerite korea .. kesian kan ?? asyik sebok berblogging aje .. haddooiii !! ^_^

nanalee caramelo said...

hallo! yang the strange housekeeper nana dah tengok sampai habis,best cite tu :)

Izzati Amira said...

@farrah hanim

atoto.. cianyaaaa... addict berblogging ke mcm mana ni? haha

Izzati Amira said...

@nanalee caramelo

hai hai, tunggu kita habiskan citer ni oke.. banyak sangat episod yg da terlepas ni.. hehe

nanalee caramelo said...

hahaha~ takpe2. sila nikmati dahulu ye :)

Wan Nabihah said...

yg suspicious housekeeper tu mmg best.. tp syg sbb kisah sal anak pempuan dia tu sikit jer.. hehe.. lg suka pasal cinta remaja dia.. ;) :3

Wan Nabihah said...

Izzati, Nabihah nak tnya sikit... macam mana izzati buat @farrah hanim tu bila tkan dia jadi view dekat komen blogger tu ? nnti balas di chatbox Nabihah erk ?

Fatanah Khirizan said...

wah,macam best je... saya ada banyak lagi kdarama yg belum ditonton lagi,huu~ nanti dah habis nak tengok ah cerita2 ni... :DD

Izzati Amira said...

@Fatanah Khirizan

heheh. buat listdown mcm akak. ekeke

Affy Afiqah said...

ramai juga yang review pasal cerita ni...adehhh busy tak menyempat nak tengok...