HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, June 25, 2013

Shooting and Outing with roommates.


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Saya kini berada di Library Uitm. Mencuri sedikit masa untuk update blog. Wahh , walhal ade lagi beberapa article untuk jurnal kiteowang yang belum siap nak cari. Fhewww. Ketepikan.

Sekarang ni , as manager kononnya , nak citer fasal semalam punya story.

Sekitar hari Jumaat , Sabtu dan Ahad yang lalu kat tempat aku ni beragak jerebu jugak lah.

Malam Ahad roommate cakap , dia tengok twitter mpp tweet Isnin takde kelas. Cuti. Happy itu pasti.

Malamnya kami konon bergembira nak layan Final Destination yang ke -3 . Aku dengan Dibah je yang tak tengok lagi. So, be relax and cool. Kita layan.


Heroin dia lawa.

Tapi aku tengok separuh je. Rasanya sampai couple ala gothic tu dah mati. Well , i hate that. Cerita hantu mungkin aku boleh terima , tapi bila mati-mati and keluar darah bagai ni , NO.


Besoknya pulak kiteowang , Shoootinggg. Disebabkan ianya masih berjerebu kat luar bilik tu , so just shoot dalam bilik je. Wahahah. So sempoi kan.

Aku dah tunjuk gambar yang dah siap tukar background bagai. Gambar -Work In Progress- memang takde maknenye aku nak letak. Dah bilik kiteowang memang cun habes!! So , tak perlu nak tunjuk sangat. Aku dah post sikit gambar kat entry yang sebelum ni. Nak lagi? Tengok dekat blog dan page kiteowang. Sekian.

Habis shooting tengah hari tu. Petangnya ajak roommates pergi Masjid Tanah. Nak beli barang sikit. Ehem ehem. Konon nak makan KFC lepas beli barang tu , elok jalan borak-borak sampai je depan KFC tu , "Eh!!?"

Nampak ade sorang laki tengah dok baiki pintu KFC tu and dalam KFC tu plak....KOSONG!

Patah balek pergi dekat kereta. Alahai. Can't decide where to go. Parking tepi , decide masa tu jugak.

"Jum Sungai Udang???" , me suggested.

Konon nak try KFC punya fasal. Isi minyak jum Sungai Udang. Bila dah on the way ke Sungai Udang.

Me adding , "Hmm.. alang-alang ke Sungai Udang.. baik pergi Cheng.. Ade Tesco.. Domino's.. Alang-alang ke Cheng.. baik jenjalan ke Bandar Hilir.. Alang-alang ke Bandar Hilir.. Dibah boleh balek Muar.. Kita pekena Mee Bandung..". Wahaha.


Stop kat Tesco Cheng sudah. Yeah , eventhough memang dalam tu takde pape yang best untuk kiteowang enjoy disebabkan jerebu. Cuci mata je. Masuk dekat kids play yang agak kecil tu and main pape yang patut. Dah macam budak-budak! Yes , for sure. We're still kids. Big kids. 

Memang best main dekat kids play tu weyh. Masa kecik tak pernah merasa lebih sangat. Ajak mak abah pun dorang tak nak masuk. Kalau masuk pun dapat main satu atau dua game je sebab dorang tak bagi duit nak beli token. Bila diri sendiri dah ada duit , hamek kau. Main je semua yang ade depan mata.

Bila dah habes kat situ , kiteowang pergi melantak dekat satu kedai fast food kegemaran Dibah tuu. Then balek kolej rehat sebabnya Selasa kelas bermula seperti biasa. Woot woot. Dalam kereta pulak , lagu Saujana - Keluarga Bahagia berkumandang. Bernasyid lah kiteowang berempat kecuali Erra. Hahah.

Beramai-ramai..

" Oh Ayah.. Oh Ibu dengarkanlah rintihan
dan luahan hatiku yang dahaga kasih
jiwaku terasa tersiksa ketandusan kasihmu
marilah kita bina bersama-sama
keluarga bahagia "


Then, ade iklan Anuar Zain tengah nasihat fasal ape tah, background music lagu Bila Resah. Habis je iklan..

"Hoo! Bila resah... " , ( Anuar Zain ) iklan habis.
" Ingat saat indah
Bila rindu , ku nyanyikan lagu mu
Sehari ku rasa bagaikan setahun
menunggu tibanya oh bahagia .." kiteowang sambung.. hahaha. Semangat memasing.



Malamnya. Updated Hasya Surfina punya blog dan page. Penat. Tidur. Sekian.

Blog Hasya : Hasya Surfina
Page Hasya : Facebook



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, June 9, 2013

Tips : Untuk adik-adik PMR & SPM.


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Aku dengar-dengar budak-budak yang amek PMR tahun ni *2013* last batch. Betul kah? Tak pulak aku kira-kira. Tapi rasa-rasanya macam ya. So, adek aku yang second last tu group terakhir yang dapat merasa PMR lah ni. Best of luck untuk korang semua lahh. Chaiyok!!

Buat lah yang terbaik oke.

Tak nak bahasakan diri 'akak'. Harap adik-adik bawah umur faham lah ye. Hehe.

Bila imbas kembali masa aku salah seorang pelajar yang pernah berada dalam dewan peperiksaan untuk menghadapai PMR'10 dulu. Result takde lah gempak dan tak pulak tahap mengecewakan. Sedang-sedang sahaja cukup makan. Cantik lah jugak. Bagi aku. Hehe.

Masa aku Form 3 dulu. Family aku takde lah nak hantar aku pergi tuisyen bagai Skor itu ini. Semuanya atas usaha sendiri dan tunjuk ajar dari cikgu dan kengkawan kat sekolah je. Fyi , aku duduk kat kelas 2nd last pulak. Disebabkan result form 2 aku tak best. And banyak C masa tu. Sebab tu dapat kelas C. Haha. Well panjang ceritanya, habes je form 2 aku tukar sekolah.


Aku yakin. Kalau rajin berusaha dan banyak buat latihan, dengan izin Allah , korang pasti boleh berjaya. So, aku nak tekankan kat sini , adik-adik yang bakal ambil PMR/SPM tahun niyh. Banyakkan buat latihan mengenai soalan past year. Buku latihan past year kaler oren tu sangat-sangat membantu korang tahu tak. Rasanya kalau cetak baru sekalipun , warna kulit buku tersebut tetap kaler oren.

Teknik belajar yang betul :
1. Buat nota ringkas yang boleh dibawa kemana-mana sahaja.
2. Mengikut jadual belajar. *kalau ada.
3. Memberi penumpuan yang lebih kepada subjek yang korang lemah.
4. Banyak bertanya.
5. Banyakkan ulang kaji.
6. Buat soalan past year. *hehe, habiskan!!! Tahu. ( tak paksa kalau tak mampu beli )
7. Bersungguh-sungguh!
8. 21 Teknik belajar yang betul. SINI.

Aku tak mention tuisyen di luar sekolah itu tak bagus. Ianya juga banyak membantu korang. Tapi make sure, bila dah tuisyen hasilnya mestilah memberangsangkan. Jangan hangat hangat tahi ayam je. Jangan terlalu bergantung pada tuisyen semata-mata sampai korang malas nak belek buku dekat rumah. Percayalah.


Lastly , banyakkan berdoa dan bertawakal setelah berusaha oke. InsyaAllah.

Tujuan buat soalan past year :
1. Supaya korang familiar dengan format PMR/SPM.
2. Selalunya soalan yang hampir sama dikeluarkan setiap tahun.

Take note :
1. Jangan kesihatan diri dan banyakkan minum air masak. *Sekarang niyh cuaca semakin panas.
2. Ramadan dah dekat. Berdoa kepada Allah S.W.T semoga dipermudahkan.
3. Raya?? Sehari je lah.
4. Latihan, latihan dan latihan. *Tolonglah banyakkan buat latihan ye adik-adik.
5. Banyakkan bertanya guru mata pelajaran atau kengkawan yang pandai dalam subjek-subjek tertentu.

p/s: Peringatan juga kepada aku yang nak menghadapai Final Sem 3 , bulan Sept - Okt niyh. Hehe. Sama-samalah kita berjaya oke. Aku harap adik aku pun dapat banyak A dari result aku. Biar aku jeles. Hehe. Amin.

SINI. Tips menghadapi peperiksaan dari Kak Fatin. Kalau terkurang maafkan saya yer. Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, June 7, 2013

Waktu Tidur Orang Dewasa


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Aku rasa , topik mengenai tidur merupakan salah satu topik yang menjadi perbalahan antara aku ngan kengkawan aku yang lain. Kenapa fasal tidur pun nak gaduh beb? Tidur je lah! Ayat cliche , "Perempuan... hal kecik mestilah nak kecoh...", bhahah. Fakta ke?

Aku sentiasa tidak mahu mengalah jika aku merasakan apa yang aku cakap tu betul. Well , i do read newspaper.. watching tv (sometimes).. About : Sleeping.

Masa aku muda trang tang tang dulu , aku ada tengok satu siaran mat saleh tu cakap orang dewasa niyh sekurang-kurangnya memerlukan waktu tidur 7 jam sehari. Kengkawan aku tetap jugak nak cakap , orang dewasa harus tidur 5 jam sehari je! Titik. And aku malas nak layan dahhh..hehe.


Sebabnya , selepas aku tengok rancangan tu , otak aku terus set. Sehari tidur 7 jam sahaja. Tak kurang, lebih takpe, hehe. Mostly, sebelum tidur aku mesti kira-kira besok nya aku nak bangun pagi pukul berapa. Aku akan pastikan waktu tidur aku tak akan kurang dari 7 jam , kalau kurang... alamatnya memang mengeliat lahhh nak bangun pagi besoknya.

Selalunya bila otak dah set kita nak tidur sampai pukul berapa, insyaAllah kita akan bangun dari tidur hampir tepat dengan waktunya. Bila otak aku dah set , tidur 7 jam je. Selepas 7 jam aku mesti terjaga dari tidur.

Credit : HERE

Aku ade jugak google sikit , nak share something kat korang. Bila mempunyai waktu tidur yang cukup, badan pun tak akan rasa penat.

Saintis Akui Cara Tidur Rasulullah S.A.W baik untuk kesihatan. SINI , SINI
Remaja : - 6 - 7 jam sehari
Orang dewasa : 6 - 8 jam sehari
Kanak-kanak : Lebih panjang dari waktu tidur orang dewasa
Veteran yang mencapai usia emas : 4 - 5 jam sehari


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.