HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, October 30, 2013

Review : A Werewolf Boy


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Song Joongki : ChulSoo
Park Boyoung : Suni

Aku explain guna bahasa sendiri lah erk.

A Werewolf Boy. Antara filem yang mendapat sambutan pecah panggung ( box office ) kat Korea Selatan. Sebuah filem bergenre fantasy romance.

Mengisahkan Suni seorang remaja perempuan yang terpaksa berpindah ke kawasan pedalaman disebabkan masalah kesihatan yang dia alami. Satu malam tu dia ternampak bayang-bayang seseorang melalui tingkap bilik tidur. Dengan keberanian yang dia ada, dia keluar dari rumah cuba mencari bayang-bayang tersebut. Kat sebelah rumah dia tu ada sebuah pondok kecil , bila dia masuk dalam pondok tu, tiba-tiba seekor serigala cuba menyerang dia kemudian ianya lari.


Besoknya , semasa Suni tolong mak dia sidai baju, mereka berdua nampak seseorang sedang berselindung di balik semak dan besi. Munculnya seorang remaja lelaki yang berjalan merangkak serta mendatangkan bau yang tidak senang kepada Suni. Emak Suni membuat pilihan untuk membela remaja lelaki tersebut yang kemudiannya diberi nama ChulSoo. Segala tindakan dan perilaku ChulSoo sebijik seperti binatang. Suni dari awal lagi tidak menyukai ChulSoo kerana ChulSoo ni tak menjaga etika makan dan tingkah laku.


Tapi lama kelamaan , Suni mendapat idea bagaimana mahu mendidik ChulSoo supaya menjaga etika makan dan kelakuan. Makin hari hubungan mereka makin rapat. Suatu hari , seorang lelaki datang ke rumah untuk mengajak Suni keluar tetapi Suni tak nak ikut. Disebabkan lelaki tersebut, Ji-tae terus menerus memaksa Suni, ChulSoo yang sakit hati melihat kawannya dipaksa-paksa, terus menyerang lelaki tersebut dan rakan-rakan yang bersubahat.


Besoknya, Ji-tae ingin membalas dendam lalu melaporkan kepada pihak polis bahawa ChulSoo merupakan seorang manusia yang merbahaya. Pelbagai cara yang dilakukan olehnya supaya ChulSoo ditangkap. Suatu hari Suni jatuh sakit akibat berlari tanpa henti, ChulSoo yang bimbang dengan keadaan Suni yang tiba-tiba pengsan membawa remaja perempuan tersebut pulang ke rumah. Namun, ibu Suni tiada di rumah begitu juga jiran-jiran terdekat yang lain membuatkan ChulSoo membuat keputusan membawa Suni masuk ke dalam hutan.

Kelakar tengok Joongki pakai seluar senteng. Bhahaha~

Besoknya, satu kampung cuba mencari Suni yang tiba-tiba hilang. Suni yang terjaga dari pengsan terdengar suara orang-orang yang memanggil dirinya. Disebabkan ingin menjaga keselamatan ChulSoo, Suni menyuruh ChulSoo menyembunyikan diri. Kat sinilah part paling sedih muncul. Muahahaha.

Sedih sebab Song Joongki hensem sangat. Boleh gitu?? Hahah. And Park Boyoung masa nangis memang real giler!!

Ending dia?? Sila tengok sendiri. Aku suka dengan citer ni : 4.7/5. Fuyoooooo.
Disebabkan citer ni release dalam akhir 2012 , aku kira movie ni masih baru and takde kat youtube lagi. Aku copy dari member gak. Pandai-pandai korang arh cari.

Update : Blogger Cik Nur Shaz share link movie ni kat kotak komen. Copy kat situ eyh.


Credit : google.com
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, October 28, 2013

Review Part 2 : Thailand Movies

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Haritu aku ade cakap aku nak buat review untuk beberapa Thailand movies yang seterusnya , kan? kan? Well, banyak yang aku dah tengok so aku nak sekali kan dalam satu entry jaa. Benda yang aku nak citer pun sikit sikit ja. Sape yang tengah bosan boleh la dok layan movies ni. Review yang sangat simple and pendek.

Love at First Flood


Kalau search kat youtube , nama movie ni Sweet Love. Tak tau pulak aku ape sebab musababnya nama movie ni lain-lain. Si hero ni terpikat dengan kecantikan si heroin masa dorang tengah tolong angkut barang untuk diberikan kepada rakyat Thai yang jadi mangsa banjir ni. Ada jugak part-part kelakar yang korang boleh jumpa dalam movie ni nanti. Score : 2/5.

Fabulous 30


Fabulous 30. Si heroin ni memang cantik bak model baq hang. Well, even cantik sekalipun, pada usia 30-an dia masih tak jumpa cinta yang berkekalan ekoran kekasih lama meninggalkan dia atas urusan kerja. Then , ada datangnya seorang lelaki muda , Si hero. Si hero ni bila nampak je si heroin terus terpikat. Hari-hari yang seterusnya dia akan mencari jalan untuk mendekati perempuan yang disukainya. Sedang cinta mula berputik, kekasih lama si heroin muncul kembali. Score : 3/5.

Hello Stranger


Latar tempat movie ni boleh dikatakan 90% kat Korea Selatan. Si hero ni join satu rombongan aktiviti pelancongan ke Korea manakala bagi si heroin ni sebab memang dia nak pergi sendiri. Disebabkan sikap kecuaian hero yang tidak mengingati jalan pulang ke hotelnya jadi dia sesat. Bila dah sesat , dipertemukan pula dengan si heroin. Kemana sahaja si heroin pergi si hero akan ikut sebab dia tak nak sesat dalam negara orang lain. The best part bila muncul seorang pelakon yang sebijik macam BaeYong-joon pelakon lelaki yang terkenal dekat Korea Selatan. Score 3/5.

Yes or No , EP 1 & 2.


Antara movie yang paling disukai ramai. Friendship or Love? Kim ni seorang perempuan yang zahirnya berpenampilan seperti lelaki. Pie ni pulak seorang perempuan yang baik dan cantik. Mereka ditakdirkan menjadi satu roommate. Mulanya Pie tak nak, tapi pihak kolej dah tak kasi tukar , so dia terpaksa terima. Mulanya dia tak suka dengan Kim, tapi lama kelamaan mereka jadi rapat sebab Kim ni seorang yang baik. Kemudian mereka pun jatuh cinta. Perempuan dengan perempuan. Score : 4/5.


Disebabkan ramai yang suka dengan movie yang pertama. Muncul pulak part yang kedua. Kali ni hubungan antara Pie dan Kim diganggu oleh pihak ketiga , Yam. Disebabkan Kim ingin buat praktikal dekat ladang bapak dia, jadi dia terpaksa berjauhan dengan Pie. Yam pulak merupakan housemate Kim dekat kawasan ladang bapak Kim. Sebab Kim ni baik dengan semua orang , lama kelamaan Yam pula jatuh hati dekat Kim. Score : 4/5.

Done. Itu saja yang dapat aku ringkaskan. Aku tak arif sangat bab-bab nak review ni. Kalau korang nak layan, tengok aje lah okay. Wa nak layan Korean Movies pulak. Ade movie yang baru keluar tahun ni aku dah tengok. Nanti aku review.

Gambar kredit kat pacek google.com
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, October 25, 2013

Melayu , mudah terpedaya dengan perkataan FREE.

Pantang dengar , FREE.

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Bila aku dah bosan tak tahu nak buat apa bila mengadap internet ni , so aku akan ber-blogwalking ke blog-blog lain untuk tingkatkan trafik dan tengok muka-muka bloggers baru. So, sambil aku ber-blogwalking ni , ada satu entry yang menarik minat aku untuk baca pengalaman seorang blogger yang pernah ditipu oleh salah satu produk yang agak terkemuka and femes kat Malaysia ni , 24 hours masuk tv you!

Dulu masa zaman sekolah , kaki tv macam aku ni dah lali sangat dengan iklan-iklan yang selalu keluar dekat tv ni. Nak nak iklan macam NYSS, LWM and YNHC yang femes la baq hang! Muka putih licin berseri , body super slimmer, rambut gugur kembali lebat hape la. Sampai terbayang-bayang , kalau muka aku teruk macam orang dalam iklan tu , aku kena pergi tempat tu. Well, sesapa yang terpandang iklan macam tu mesti fikir macam aku jugak kan? kan?

So, kat entry aku ni , just nak share pengalaman pendek aku yang tak dapat pihak tersebut perdaya aku. Muahaahaha.

Ada satu kempen NYSS yang boleh aku share kat blog aku ni , so before aku share kat orang lain , aku mesti kena ambil tahu ape , 'Iklan ni nak promote ape?'. Lebih kurang gitu. So , iklan NYSS yang aku tengok tu dulu dia suruh fill up form untuk dapatkan free sample product dorang. Aku pikir lagi , 'Mungkin dorang akan hantar free sample kat rumah kot', even kat form tu dia tak mintak alamat tapi aku isi je.

FREE. Disebabkan dia cakap free , aku pun rasa macam takde hal kalau setakat mencuba. Aku pun salah seorang kaum melayu yang pantang dengar benda free or pantang nampak benda free. Haha.

Note : Aku tak bermaksud nak memperkecilkan bangsa sendiri. Anggap lah ianya sebagai membantu bangsa sendiri supaya mereka dan kita sama-sama sedar. Masih ramai lagi kat luar sana tak tahu fasal ni.

Besoknya aku terima panggilan dari dorang , a bit surprise. Memandangkan aku stay Melaka, dorang ada event kat Melaka nanti and nak suruh aku datang pergi ambil free sample tu sendiri. Before tu, kena dengar ceramah 3 jam , lepastu baru dapat free sample dari dorang.


Aku memang tak pernah percaya pada iklan , seriously. Tapi kalau setakat mencuba produk yang tak mahal mana and harga pun aku mampu bayar , aku tak kesah sangat. Tapi, kalau dah cakap fasal treatment itu ini tak ke kau rasa dalam poket mesti ada 3-4-5 angka??

Setakat pergi Melaka sejam lebih untuk dapatkan produk tu semata-mata , baik tak payah. So, aku cakap kat amoi tu aku takde transport. Dia suggest suruh parents hantar , then aku cakap 'Jauh laa...'. Memandangkan aku ni student, aku cakap la masa tarikh tu aku ada final, walhal final aku dua minggu selepas tarikh tersebut. Aku cakaplah aku busy, abah tak bagi pergi. Amoi tu still tak faham bahasa and keep requesting alternatif lain untuk datang jumpa dorang.

Lama jugak amoi tu tahan aku borak dengan dia dalam phone , then bapak aku yang tengok aku on the phone lama sangat dengan orang yang aku tak kenal , bapak aku panggil aku , "Kak, dah stop borak! Meh sini tolong abah!". Thanks Abah, aku dah tak larat nak layan amoi ni even tak sampai 20 minit pun perbualan kiteowang. Then , aku mengakhiri ayat terakhir aku , "Takpelah amoi. Saya busy ni." Matikan panggilan.


Bila aku baca blog bro Khalidsuxx dan sys Ida ni , rupanya ramai Melayu yang dah kena tipu dengan ayat Free Facial Treatment dari dorang. Kesian. Beratus beribu duit dorang habis macam tu je. Hasil nya? Tak memberangsangkan!! Kalau orang yang tak pernah tahu taktik yang digunakan oleh mereka ni memang kesian arhh. Siap guna sistem PAKSA-PAKSA. And paling kurang ajar bila staff dorang sendiri kutuk customer dorang. Bagi aku, sikap dorang memang sangat-sangat kurang ajar.

Aku just nak share post dorang ni and harap korang dapat baca and jadikan pengajaran. Sangat bagus tau. Baca, jangan tak baca!! Enjoy!

Blog bro Khalidsuxx
Blog sys Ida - kalau rajin bacalah pengalaman tukang-tukang komen tu sekali.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, October 22, 2013

Tahu fasal Diploma Pengurusan Ladang tak?


Assalamualaikum.

Have any idea about Diploma Pengurusan Ladang ?? Anybody please kindly drop your comments.

Dah try research fasal orang-orang yang pernah belajar dalam kos ni , tapi rasa macam maklumat tu tak cukup puas hati. Harap boleh tolong.

Alhamdulillah , rezeki adik aku dia dapat kursus Diploma Pengurusan Ladang UiTM Kuala Pilah untuk transit sementara. Katanya kampus sebenar dekat Jasin. Well , masih dekat dengan Melaka.

Bapak aku memang tak nak anak dia duduk jauh pun. Mungkin sebab kiteowang ni tak pernah stay mana-mana asrama semasa zaman persekolahan. Waktu aku pulak , dapat PLKN kat Ayer Keroh then UiTM dekat Lendu je. Dekat je semua so kalau ada pape problem senang la Abah nak berulang-alik tengok anak dia.

Nak diikutkan adik aku ni minat nursing and dah mohon INSTEDT. Jauh pulak and bapak aku tak galakkan sebab kalau ada apa-apa masalah susah dia nak jenguk. Tapi buat masa ni rezeki dalam kursus pengurusan ladang yang dah datang. Taknak biar dia merasa dunia pekerjaan lama sangat sebab bila dah pegang duit sendiri ni nanti mula lah hilang minat belajar.

Sementara menunggu permohonan Spa8 dalam bidang jururawat ni , insyaAllah hujung bulan November ni dia akan melanjutkan pelajaran di kampus transit kat Kuala Pilah.

Mintak tolong and kerjasama kalau korang ada ahli keluarga , kengkawan, or diri sendiri kakak abang semua yang pernah belajar dalam kos ni , sila beri tunjuk ajar and cerita kos ni bagus atau tak. Apa-apa sahaja maklumat yang mahu dikongsi. Thanks.

UPDATE 6 MAY 2015 : Buat adik-adik yang sedang mencari apakah itu Diploma Pengurusan Ladang. Nanti akak buat soal jawab dengan adik akak untuk info korang okay.

Done buat entry , BACA SINI okay , untuk ketahui serba sedikit info mengenai Dip. Pengurusan Ladang ni.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, October 20, 2013

Review Part 1 : Thailand Movies

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Semalam aku cakap aku nak buat review pasai movies thailand kan. Yang bergenre romantic comedy je tau. So, wa nak share. Sape yang kaki penganggur sementara macam aku jugak boleh la layan thai movies ni. Setakat ni aku baru layan dua movies. Yang lain bakal menyusul, aku buat review yang dua ni dulu. Hehe.

A Little Thing Called Love adalah antara thai movie yang wajib tengok tau. Done watching.

My Name Is Love.


Sinopsis : Q ni dulunya salah sorang pelajar yang paling hensem and femes kat sekolah. Anak jiran sebelah yang muda beberapa tahun dari dia admire kat Q, Kerr. Kerr ni chubby and kulit gelap, dah tentu kena reject dengan Q. Selepas beberapa tahun, Kerr ni membesar menjadi seorang perempuan yang sangat cantik. Dah bertukar, Q pulak suka gila-gila dekat Kerr ni. Dalam masa yang sama, sambil bekerja sebagai salah sorang jurujual dekat sebuah syarikat, Q juga jadi ‘Doktor Cinta’ disebabkan hal tertentu.

Rate : 2/5.

Pendapat : Its kinda boring. Tapi kalau u olls nak try tengok boleh aje. 18+.

First Kiss.


Sinopsis : Sa, dulu kat sekolah dia ade admire sorang pelajar lelaki yang femes lagi hensem, Ohm. Lepas beberapa tahun mereka berjumpa dekat satu party ni. Bila dah selalu keluar sama-sama, dorang saling menyukai. Saat Sa tengah berangan memikirkan first kiss yang bakal dia lalui dengan Ohm, berlakunya satu eksiden dimana Sa ter-kiss dengan sorang pelajar sekolah tinggi, Bass. Disebabkan sikap Bass yang terbuka dan suka mengusik Sa , mereka jadi rapat.

Rate : 4/5 (best!)

Pendapat : Well, love this movie better than the first one. Sangat comel. Situasi macam lelaki muda menyukai perempuan yang lebih tua dari dia. Sorang hensem, sorang cantik then it is acceptable. Haha. Cerita niyh sweet jugak la sebab lelaki ni comel and full of jealousy u olls. Bila ade lelaki lain call bakal awek dia, dia rampas fon tu. Cute~


Scene yang aku tak boleh lupa. Masa Bass ajak rakan sekerja Sa makan sesama. Kawan pondan Sa tu kelakar lah.

Jane ( pondan ) : Your name is Bass?
*Bass angguk*
Jane : Can I play?
*Bass sengih*

Puhahah. Melampau nauuu. Understand tak lawak kat situ? Haha.
Then, Jane jeles kenapa takde lelaki yang sanggup gaduh untuk rebut dia, kawan pompuan dia cakap, “Cerminlah diri tu sikit! Lelaki mana yang sanggup gaduh untuk dapatkan lelaki macam kau!”. Ekeke.

Thailand movies yang bakal menyusul.
  • Hello Stranger
  • She
  • Yes or No. 1
  • Yes or No. 2
  • Fabulous 30
  • Loser Lover
  • Sweet Love
  • Suddenly Magic , etc.



Kbye. Selamat menonton!



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, October 15, 2013

Now Watching : The Heirs Korean Drama


Anyeonghaseyo.

Drama Korea yang aku nanti-nantikan sudah tiba. The Heirs. Haha. Sebab hero ngan heroin dia Lee Minho dengan Park Shinhye. Aku takde la minat sangat-sangat kat dorang. Tapi aku suka tengok dorang berlakon, haa gituu.


Lee Minho ni pernah berlakon citer Personal Taste, Boys Over Flower etc.
Park Shinhye pulak famous dengan citer He's Beautiful , Stairway To Heaven etc.
Kim Woobin pulak dalam School 2013.
Citer ni ramai jugak kpop idol yang berlakon , antaranya Krystal f(x) , Minhyuk CNBlue & Hyungsik ZE:A.

Drama ni baru je start, 9 Oktober ritu. Masuk tv setiap hari Rabu & Khamis. Tapi nak tunggu dia sub bagai, hari Jumaat atau Sabtu aku dah boleh tengok secara online.


Sinopsis sependeknya :
Macam biasa cerita fasal anak-anak orang kaya yang bakal mewarisi harta pusaka mak bapak dorang. Dan kisah cinta tiga segi antara Kim Tan ( Lee Minho ), Chan Eun Sang ( Park Shinhye ) dan Choi Youngdo ( Kim Woobin ).

Suka tengok rambut panjang Park Shinhye yang macam ni. Cantik giler.

Baru tayang Episod 1 dan 2. Sekarang ni tengah tunggu Episod 3 dan 4 pulak. Cepatlaaaa.. Tak sabaq ni!

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.