HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, January 31, 2014

Next sem pindah Tapah.


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Minggu ni memang kecoh ahh pasai budak Fakulti Perakaunan semuanya pindah UiTM Tapah. Kecohh kecohh. Semua berduka cita , sebab memasing kat Lendu ni mostly berasal dari selatan and tak pepasal kena pindah ke kampus utara nak nak batch aku yang tinggal lagi dua sem je. Err....

Yang oke tu oke lah kot sebab ada yang memang teringin nak merantau jauh jauh bagi yang tak pernah berpeluang tu , tapi kalau yang memang dah TAK NAK tu mulalah kompelin , keluarga tak restu lahh.. susah nak balek rumah setiap minggu lahh ape lahh. Haha. Aku oke je citer dia, tapi memang jauh la sebab femly stay Melaka kot. Even kampung aku kat Perak , tapi....*krik krik*

Memikirkan betapa berbezanya hidup jika dibandingkan Tapah dengan Lendu. Hmm.

Lendu ni boleh dikatakan setiap minggu ade karnival jualan baju, tudung, foods, pizzas etc and itu menyeronokkan. Tapi kat sana? Oke lah, kita jangan buat andaian apa-apa lagi.


Yang tak bestnya, pindah sana free-free je dorang tak provide kolej. Mak nokss , mana nak stay? Pergi sana cuti sem ni semata-mata untuk cari rumah sewa? Lollllllll. Untung la sorang classmates aku ni terlebih rajin nak pergi sana semata-mata nak tengok UiTM Tapah tu macam mana and sekaligus nak cari rumah sewa. Rajin betul la kau ni Azizul !!

Err tapi.. satu lagi kes , kami sebagai classmates mestilah semua nak satu kelas , satu rumah, satu bilik and satu jamban!!. Kami Buddyz , Kami Takkan Terpisah! *pui* haha.

Semalam dah bincang sikit sikit dengan memacik ni, pasni tak boleh balek selalu dahh. Jauh kann. Kalau nak balik pun bila penting and cuti panjang je. Tu pun naik KTM. Hmmm. Perantau betul. Haha.


Walau aper pun , hai hai untuk kengkawan yang berada di UiTM Tapah , next sem kita jumpa lahh.
InsyaAllah.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, January 30, 2014

Cuti-cuti 2013 : Makan-makan di Seoul Garden

Assalamualaikum w.b.t

Cerita hujung tahun lepas. *baru nak post, haha* . Hari tu , kami sekeluarga mengunjungi Seoul Garden dekat Mahkota Parade level 1. Aku memang teringin nauu nak makan kat sini sebab makan ala-ala Korea lah katekannn. Cakap kat femly, lepas mandi manda kat wonderland, biarkan perut lapar sebab nanti bila makan kat Seoul Garden , bayar sekali sahaja. Then, makan lah seberapa banyak yang kau mahu. Hahahaa. *lapar lapar*

Entry panjang. Entry banyak gambar.

Walaupun hari Isnin, parking still susah nak cari kat area Bandar Hilir ni. Sebab tu la we olls jarang datang sini. Lebih suka datang MiTC or MC katanya. Tak sesak and senang cari parking. Maklumlah, pergi Jusco je pun , haha.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, January 27, 2014

Kosong.


Assalamualaikum w.b.t

Kau melihat diriku. Seperti sesuatu. 
Yang mencabar dirimu akal dan mindamu.

Kau mendustaiku. Kau bilang mereka tak tahu.
Siapa diriku. Sedangkan kau juga begitu.

Segala kata cacian, Yang telah engkau berikan, 
Membuatku rasa kosong, kosong, Oh... oh... 

Setiap tutur diperhatikan, Kau cari cara putar belitkan, 
Kau jadikan diriku, Kosong, kosong... oh... oh... 

Kini aku bangkit, Membuktikan yang ku tak sakit, 
Dengan segala perit yang kau berikan.

Kini aku pantas berjalan, Bergerak ke hadapan, 
Dan akan ku buktikan, Siapa diriku yang sebenar.

Moral yang aku dapat dari lagu Najwa Latiff ni ;



Biarlah orang nak kata apa sekalipun kat kita, peduli je. Asalkan apa yang kita buat tak salah hukum dan syariat agama. Kan? Kita hidup kat dunia ni bukannya bertujuan untuk puaskan hati dia je.



Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, January 19, 2014

Movie Review : Balistik

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu 11 Januari lepas , aku keluar dengan roommates pergi Jusco Aeon Bandaraya mahu tengok movie. Hanya kami bertiga. Yes, kami bertiga. Sorang lagi tak dapat join sebab ada hal yang memang azali tak dapat dielakkan , haha.


Asalnya kami bertiga ni dari Tampin , ade hal sikit kat sana. Naik bas dari sana menuju ke MiTC. Awalnya kosong je, tapi bila orang dari AG naik, terus full house ! Boleh gitu? Haha.

Macek Mira dengan Dibah memang tak layan citer melayu sangat , alasannya "Nanti kua jugak kat tv." Errr, citer omputeh pun korang boleh download from utube perr..... Mereka berdua tengok ceghita Paranormal dan aku tengok Balistik.


Tu diaaa... BALISTIK.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

This is us.

Assalamualaikum w.b.t.

Bulan ni banyak betul self treat tau. Bila dah keluar dengan roommates, memasing perut taknak makan kat warung or kedai mamak. Semua nak yang sodapp je. Itulahhh... haha.


Chicken Chop depan UiTM , McD Cheng & lunch kat bilik. Muahaha. Mana tak makin comel? Haha


Haritu pergi Jusco Aeon Bandaraya. Saje pusing-pusing tengok wayang. Then, lepas habis tengok wayang tu kami pergi makan sushi kat Sushi King.

Golden Ball paling best and sedap. Bagi aku laaaa... hhehe.


Weeeee...Gambar atas tu kiteowang dalam bas. Bas kosong, memang bermaharaja lela dalam bas and selfie je memasing. Ngah ngah.

Gambar bawah pulak cadangnya lepas pergi survey rumah *kot-kot next sem duduk luar* , lepak AG beli eksrem kat Ice Room. Errrr...tak sedap lahhh. Rasa lain gilaaaa.. Kena pergi kat kedai besar dia jugak barulah sedapp gilaaa. Hehe.


Kbye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, January 16, 2014

Cuti-cuti 2013 : Melaka Wonderland

Assalamualaikum w.b.t

30 haribulan yang lepas , aku sekeluarga keluar pi jalan-jalan. Holiday lah cerita dia kan. Sehari je dapat kua pergi sana sini sebab cuti hujung tahun abah dah spent untuk balik kampung ritu, so 30 haribulan ritu dia off then guna kan sehari suntuk tu jalan-jalan kat area Melaka je.

Macam biasa, aku dan adik-adik setiap tahun akan kumpul duit then hujung tahun kitorang plan satu tempat and pergi sana guna duit melancong tu. Nak kan sesuatu kena lah usaha kan? So, kebiasaannya kitorang kumpul duit dulu then baru plan nak pergi mana.

Disebabkan masa penggunaan cuti yang singkat , kami tak boleh pergi jauh, jalan area Melaka ajelah cerita dia. Dah 3 tahun duduk Melaka, tak pernah pulak jejak Melaka Wonderland tu. Disebabkan aku ada 2 orang adik yang masih kategori kanak-kanak, so kena la pergi bersuka ria kat tempat budak-budak yo!

Melaka Wonderland.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, January 7, 2014

Azam 2014.


Assalamualaikum w.b.t

Apa yang aku nak capai setelah mencapai umur 20 tahun ni weyh? 2 abad dah gua hidup.
Alhamdulillah syukur. Dapat jugak merasa ‘sweet 20’ kan? Kan? Euwww, so gegurlss. Haha.

Kita bercakap pasal external lah yer. Harap paham.

Bila dah meningkat remaja ni , orang cakap, umur-umur macam ni la orang muda boleh ke sini ke sinun luangkan masa , relakskan minda & tenangkan diri. Entry kali ni nak cakap pasai, apa yang aku nak buat untuk kepuasan diri. Luaran. Kalau boleh nak enjoy aktiviti macam ni dengan kawan-kawan lahh.

Ingat lagi masa aku form 2 , cikgu maths aku tu cakap.
“Nak pergi melancong sana sini, enjoy la sebelum korang kahwin. Bila dah kahwin nanti susah nak kesana sini.

Gua pegang sampai harini. Yelah, kalau dapat hubby yang suka bawak pergi jalan-jalan takpe jugak. Kalau yang jenis suka lepak rumah? Jenis yang tak suka bazir duit? Jenis yang anti-sosial? Jenis yang gila kerja? Adoi. Sumbat parak duduk rumah. Haha.

Balik pada tujuan asal.

Aktiviti yang aku nak capai ;

  • Water-rafting.
  • Climbing rock.
  • Main Paintball.
  • Cuti-cuti kat semua pulau yang cantik kat Malaysia.
  • Snorkelling / Diving.
  • Jelajah Taman Negara.
Etc. Akan ditambah kemudian.

Dua tiga dari aktiviti kat atas dah plan dengan members. Still dalam perbincangan. Sebab kena plan betul-betul. Maklumlah, masih belajar kan. Aku tak target nak capai semua itu dalam tahun ni, gilaa kau? Ini bila-bila masa pun boleh buat, jikalau ada kelapangan lah citer diaa.

Last but not least.. Korea & Belanda ( Holland )!!!


Memang dah berhajat lama nak pergi melancong situ. InsyaAllah jika masih dipanjangkan umur , ada kelapangan masa dan murah rezeki. InsyaAllah.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.