HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, January 30, 2014

Cuti-cuti 2013 : Makan-makan di Seoul Garden

Assalamualaikum w.b.t

Cerita hujung tahun lepas. *baru nak post, haha* . Hari tu , kami sekeluarga mengunjungi Seoul Garden dekat Mahkota Parade level 1. Aku memang teringin nauu nak makan kat sini sebab makan ala-ala Korea lah katekannn. Cakap kat femly, lepas mandi manda kat wonderland, biarkan perut lapar sebab nanti bila makan kat Seoul Garden , bayar sekali sahaja. Then, makan lah seberapa banyak yang kau mahu. Hahahaa. *lapar lapar*

Entry panjang. Entry banyak gambar.

Walaupun hari Isnin, parking still susah nak cari kat area Bandar Hilir ni. Sebab tu la we olls jarang datang sini. Lebih suka datang MiTC or MC katanya. Tak sesak and senang cari parking. Maklumlah, pergi Jusco je pun , haha.


Inilah dia Seoul Garden yang heboh aku dok citer tu. Disebabkan ni first time kitorang try masuk SG , jadi tak bape tahu sangat rules dia macam mana. Dah tentu aku google dulu itu ini pasai SG ni, review harga dia macam mana. Lain tempat lain harga, yang aku pergi baru-baru ni aku rasa harga dia da naik sikit nak dibandingkan dengan review by other bloggers yang buat entry 1-2 tahun yang lepas.

Disebabkan kitorang datang pada weekdays , dan jam di telefon bimbit menunjukkan jam 4:45PM. Masih dalam harga Lunch. Murah sikit dari harga Dinner RM2-RM3 laaa. Aku bajet below RM200 je lepas buat kira-kira kat rumah kalau ikut harga Dinner la. Sampai je sana , bajet below RM180 sebab ikut harga Lunch + weekdays kan. 4 orang student pulak tu.

Total : 2 orang dewasa + 4 orang student = RM164.
        : Service charge + Govt tax = RM 27
Round up : RM 190.00

See??? Heol~~

Rules masuk SG.

1.       Pergi ke kaunter untuk bayar dulu. Kalau ade matrik kad, sila pamerkan kad pelajar tersebut. Sebab pelajar ni ada harga dia. Kira murah sikit la.
2.       Sementara tukang bayar sedang bayar duit and pilih jenis sup, the rest akan dibawa ke meja makan.
3.       Bila dah duduk atas meja, boleh la pergi kerumun kat tempat bahan-bahan mentah atau sebagainya untuk dibawa ke meja dan MAKANNNN !!!

Diingatkan, jangan ambil banyak-banyak, ambil sikit-sikit dulu kalau lapar sangat. Boleh ambil ansur-ansur. Sebab, kalau makanan korang tak habis nanti, sisa makanan yang tak habis tu akan dikumpulkan , ditimbang dan setiap gram korang akan didenda.

Tak habis makan setiap 100gsm , akan didenda RM5. Ingat tu.

Punyalah aku ingatkan banyak-banyak kali kat parents aku, jangan ambil banyak takut tak habis. Pulak nanti kena denda. Adoi. Kena bayar lagi. Haha. Tapi, still dalam keadaan relax. Chill ah. Hehe.



Muka muka bahagia. Tak banyak gambar muka di ambil sebab memasing sedang ‘bahagia’ menikmati hidangan grill kisahnyaa. Hehe.

Apa yang ada kat Seoul Garden ni?

Sekali bayar, selebihnya korang makanlah berapa banyak yang korang nak makan. Make sure perut memasing berada dalam condition kebuluran tahap kritikal. Baru lah rasa tak rugi bila datang sini. Bayar mahal makan sikit ape cer , macam aku. Dah kenyang terus stop. Teringin nak tunggu sampai senak baru stop, tapi tak boleh. Kena kawal. Haktuih. Haha.


Bahagian ayam , daging, sotong, udang yang diperap dengan pelbagai jenis bahan. Ada macam-macam perisa lah. Coffee, sweet, satay, sos etc. Nanti korang kena grill la.


Ini pula bahagian sayur dengan bermacam-macam jenis makanan berproses, kentang, fishball, meatball etc. Desert buah-buahan pun ade.


Ini pulak bahagian korang boleh bikin cendol atau abc sendiri.

Selain tu, ada juga disediakan nasi putih, nasi goreng, ayam goreng dicurah madu *kot*, fish&chips, kentang, dim sum, pau and aiskrim !!!! Aiskrim yang aku pergi haritu ada 10 jenis perisa. Pilih and makanlah sebanyak mana yang korang nak. Haritu kitorang banyak makan perisa keladi and durian !! Sedappp !!!! Banyak kali jugak kitorang refill aiskrim. Hehe.

Food of the day. #FOTD


Ini yang aku pilih. Ambil aje lah yang berkenan sedap mata memandang gitu. Hasil perapan yang boleh diterima anak tekak la. Nampak tak dim sum tepi tu? Aku ngan adik-adik ni memang gilaa dengan dimsum. Start dari kitorang masuk sampai dah nak habis makan, asyik refill je.. haha. Sos yang disediakan pun banyak. Memang best ! Adik aku cakap, dua tingkat tempat kukus dimsum tu kitorang je yang kebas. Haha.


Grill grill grill.... Abah cakap , macam main pondok-pondok pulak. Haha.


Daging kambing yang dorang baru letak untuk dinner. Saat saat akhir tu sempat lagi aku tengok barang baru , aku ambil je, tapi adik aku yang makan.


Licinnnnn......

Overall , memang oke la walaupun sakit hati tengok service charge dia tuu. Hehe. Sedia maklum aje lahh.. Pekerja dia pun hokayy, kalau korang sesat or tak tahu nak tukar cawan, tak tahu nak ambil pinggan kat mana, tak tahu tempat cuci tangan, tak tahu nak slow kan api, rajin-rajinkan diri bertanya dekat pekerja dorang okay.

Tak menahan masa aku nak tukar gelas kepada cawan, kena pergi kaunter dia. Hek alaa.. macam ni ke. Hehe. First time kann. Dah la pekerja lelaki banyak pulak kerumun kat kaunter tu, tebal muka buat bodoh even ada yang try nak kenyit-kenyit. Hek alaa.. Dah la aku pun tak sure dorang ni warga hape. Muka Korea aku layan laa bro. Hahah. Tui.



At last.... kenyang jugak. Aku bukanlah penggemar minuman kopi ni. Tapi.. nak merasa lah cerita dia..
Jum secawan...




Follow IG @dropshipmina untuk gelang Pandora cantik-cantik dengan harga below RM30 okayyy!!

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

4 comments:

Bahrain said...

Pernah makan kat mahkota parade makanan ni tapi macam lain je tempatnya. suasana pun dah lain. Tapi memang makanan kat sana memang sedap. macam-macam ada. Betul, memang kena makan sikit-sikit.

Akeyla Azmi said...

kyaaaaaaaaaa
dapnye :(
qila pernah sekali je hmmmmmmm
</3

mane aci cemni hihihi
nak gakkkkkkkkk
hehehehe

Nur Inani said...

sedapnyaaa. hihi.sekali sekala dapat makan2 dgn famili memang awesome. :)

nana kimie said...

xpenah try lagi steamboat SG ni,...flaming & steamboat antrabgsa je penah...adeh...terliur tengok:)