HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, January 16, 2014

Cuti-cuti 2013 : Melaka Wonderland

Assalamualaikum w.b.t

30 haribulan yang lepas , aku sekeluarga keluar pi jalan-jalan. Holiday lah cerita dia kan. Sehari je dapat kua pergi sana sini sebab cuti hujung tahun abah dah spent untuk balik kampung ritu, so 30 haribulan ritu dia off then guna kan sehari suntuk tu jalan-jalan kat area Melaka je.

Macam biasa, aku dan adik-adik setiap tahun akan kumpul duit then hujung tahun kitorang plan satu tempat and pergi sana guna duit melancong tu. Nak kan sesuatu kena lah usaha kan? So, kebiasaannya kitorang kumpul duit dulu then baru plan nak pergi mana.

Disebabkan masa penggunaan cuti yang singkat , kami tak boleh pergi jauh, jalan area Melaka ajelah cerita dia. Dah 3 tahun duduk Melaka, tak pernah pulak jejak Melaka Wonderland tu. Disebabkan aku ada 2 orang adik yang masih kategori kanak-kanak, so kena la pergi bersuka ria kat tempat budak-budak yo!

Melaka Wonderland.


First of all.. kena lah bergambar depan gate gerbang utama kononnya. Hehe.


Then beli tiket. Disebabkan wonderland ni milik swasta, so takdelah student price ke, pekerja kerajaan ke hape ke. Semua sama je. Tapi aku ada terbaca kalau ade member card Upin & Ipin atau tiket Groupon tu, ader la kot. Disebabkan aku takde kaitan, so aku tak dapek nak bagi info pasai tu.

Total 4 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak : RM 180.00 .

Gambar masa tengah-tengah main tu tak dapek la wa nak upload sini. Privasi kate kauu.. wahah. Upload yang tertentu je gitu.

First impression, tak seperti yang aku jangka. Ofcourse la, walaupun aku da banyak google pasal wonderland ni ramai cakap tak best, pergi jugaklah sebab itu je yang dekat. Bagi bebudak mungkin dorang rasa best, tapi kalau nak tanya pendapat aku yang dah masuk 20 ni *ehem* , tak best sangatlah. Bosan sebab tak banyak game yang memuaskan hati aku.

Tapi, yang best Tornado Chaser tu je la. Memang boleh tahan la, best sebab sampai satu lorong tu dia jatuh menjunam , konfem lah jerit kalau yang gayat. Best sampai aku main dua kali. Nak naik buat kali ketiga, tapi malas dahh. Adik-adik pompuan aku sume da kecut, wa takde geng. Haihh.


Yang sorang ni naik dengan abang dia, sampai bawah je terus nangis. Hahaha. Sengal je.

Paling hampa and menyakitkan hati playground kanak-kanak dia tu. Lahai. Harap gelongsor je banyak, tapi bila turun, siap tersekat-sekat bagai. Menyakitkan hati, tak kira lah kau ringan ke berat, nak turun tu slow cam siput. Sakitnya hati.

Overall, aku tak bape nak enjoy sangat datang sini sebab game tak banyak. Big wave pun ombak dia macam ... lahai. Bukan nak compare la, tapi Gambang lagi best and berbaloi jugak la kau bayar. Jangan pulak nak compare dengan Sunway, tengok harga pulak la kan. Tapi aku rasa harga Gambang dengan Melaka Wonderland ni tak jauh beza, tapi Gambang punya lagi best. Sorry.

Tapi, sebab dah bayar kan. Main aje lahhh. Kena la main dua tiga kali sebab dah bayarrr kannn....


Last but not least.. my lovely femly. Aku yang snap, memey la aku takde dalam gambar ni. Hehe. Pemalu gituu...

Star rate : 2/5.


Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

3 comments:

Akeyla Azmi said...

ececeh malu pulok :p
hehehehe
bestnya nak ikut T_T

nana kimie said...

penah g sekali je sini,heee...tapi tak mandi pon,da besa ni segan nak mandi tempat gitu^^

fatin wawa said...

betul tu.. kalau bdk2 mesti suka. kalau kita2 ni kurang sikit kot.. hehe..