HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, January 19, 2014

Movie Review : Balistik

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu 11 Januari lepas , aku keluar dengan roommates pergi Jusco Aeon Bandaraya mahu tengok movie. Hanya kami bertiga. Yes, kami bertiga. Sorang lagi tak dapat join sebab ada hal yang memang azali tak dapat dielakkan , haha.


Asalnya kami bertiga ni dari Tampin , ade hal sikit kat sana. Naik bas dari sana menuju ke MiTC. Awalnya kosong je, tapi bila orang dari AG naik, terus full house ! Boleh gitu? Haha.

Macek Mira dengan Dibah memang tak layan citer melayu sangat , alasannya "Nanti kua jugak kat tv." Errr, citer omputeh pun korang boleh download from utube perr..... Mereka berdua tengok ceghita Paranormal dan aku tengok Balistik.


Tu diaaa... BALISTIK.

Motif aku tengok citer ni? Takde motif pun sebenarnya, aku nak tengok citer ni pun sebab ada Adi Putra berlakon dalam citer tu. Hahaha, nampak tak minat dia tu macam mana? Dan, aku minat gak pelakon Rosyam Nor dan Rita Rudaini ni. Memang minat lahh. Minat aje la. So, bila ketiga-tiga pelakon yang aku minat berlakon dalam satu movie... Kebaaaboomm!! Harus tengok lah citer dia!!

Sebelum tengok citer ni, member dah tanya, Balistik tu citer pasai ape.. Aku jawab.. "Ntah...tak tahu pun.. Nak tengok Adi Putra je..". Krik krik.

Masuk Hall 1. Bila dah tengok wayang aku prefer sit depan. Kesah pulak sakit kepala ke hape. Aku punya sukalahh.

Jom ceghita sikit.


Bila aku fokus :

SAGARI @ SAGA dalam movie ni dia merupakan seorang ayah kepada Rykarl dan bekas suami kepada Ina ( Rita Rudaini ). Apa yang aku nampak sebagai penonton hari tu *cewahh* , Saga ni merupakan seorang pembunuh. Tapi dia bunuh orang-orang yang jahat je. "Orang yang sepatutnya mati!" , katanya.

Disebabkan dia hero dalam citer ni , 100 orang yang pegang pistol or senapang pun dia boleh tembak dengan gagahnya. Haha, macam hero industan tau. Hebat hebat. Banyak moral yang korang boleh dapat dalam citer ni.

Banyak scene sedih melibatkan yang nangis-nangis ni. Part Saga marah anak dia and anak dia nangis ( Rykarl menangis tu memang macam real, sedih pulak hati I yang macam mak-mak ni tengok dia nangis, haha ), part Saga terkejut tengok kereta yang anak dia naik terbakar. Serius sedih gilaaaa... Tengok kat TV tak sama dengan tengok kat wayang, feeling dia lain tau.

Banyak jugak scene yang aku tak expect, berlaku. *selalunya kan kita boleh agak-agak je citer melayu ni*. Tapi ni serius lain. Tak rasa rugi tengok sebab pelakon yang berlakon, bagus-bagus kot. Ending dia buat aku tersentap sikit...scene yang korang tak jangka. Serius. Korang memang kena tengok !!

Bila aku tak fokus :


Duduk dalam pawagam tu tentulah sejuk bak hang!! Bila dah sejuk gila aku dah tak boleh tahan and mula lah aku nak gelak-gelak je and detect benda-benda yang serius tapi bagi aku , "Itu lawak."

Adi Putra lambat keluar sikit , and tentulah aku ternanti-nanti.. dalam hati..
"Mana Adi Putra ni.. mana Adi Putra ni.. haishh..."

Bila dah muncul tu.. kamera pulak zoom dekat gilaa...
"Errr.... hensemnyaaaaa...". Bila tengok rapat-rapat ni, terus pandang tempat lain. Err, selekeh la ko Zati feeling sengsorang!!! Hahah. Kesah?

Dalam citer ni Adi Putra ni inspektor tau, bila dia pakai bukan baju seragam tu, perghhhh.. bapakkkkk hensem!!! 
*dah lari jauh ni*

Rate : 4/5 . Tak rugi tengok walaupun dengan tax dia agak mencekik. Hhaaha.


Lepas habis tengok wayang , happy-happy dekat Sushi King. Mereka lah yang ajar gua makan sushi, dah jadi feveret gak ahhh.


Disebabkan dorang punya makanan lambat lagi sampai , and aku dah lapar gilaa. Aku yang tibai sushi dulu. Dorang order yang dalam menu , sebab tu la lambat. Wahahaaa. *aku geram tengok Dibah, suka buat muka comel dia tu!!*


Tapi , aku takeaway CNY Bento ni untuk makan malam. Haaha. Aku ni memang teringin lama dah nak makan yee sang makanan cina ni. Memang sedap and penuh perut eden nak menghabiskannya. Sedap sedap.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

7 comments:

Razi ten said...

Oh I thought Adi Putra, the genius boy was in the movie lol..

Yee sang in Sushi King? Aww I rather have Japanese dishes in there xD

Izzati Amira said...

@Razi ten

hahah.

yee sang, i just feel like to try it. (:
Sedap jugak!..

Gee Lion said...

sampai sekarang menyesal cik izzati. because instead of Balistik, me and my friend pilih The Legend of Hercules semalam.
Filem omputih tu tak sedap langsung. Entah apa-apa tah!

Dan saya minat hero Rosyam Nor.
Rasanya kalau bukan sebab kawan saya & malas nak tengok wayang sorang2, confirm saya pilih Balistik.

sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian...

Izzati Amira said...

@Gee Lion

alaa..kesiannya... lain kali buat pilihan sendiri..heheh

MISS IMAKASIHDANI said...

best nye jalan2 dgn kekawan.. shushi tu best T__T sy follow sini 1985

http://kasihdani.blogspot.com/2014/01/benci_14.html

Mazni Munawar said...

sedapnyaa bentoo. tak pernah cuba makan :(

Aya Zuki said...

saya ternampak si kacak adi putra disituuu..wiwitttt